SMS alert dah start berbunyi lagu raya...ring tone pun sama juga...bukak tv & radio berkumandang sudah lagu-lagu raya...pergi shopping complex pun sama juga...sana-sini orang sibuk jual kuih raya...pakaian baju pun sama juga...daun ketupat & lemang dah dijual sini sana untuk hari raya...ayam & daging pun sama juga
Apakah maksud semua ini?
Laa...dah dekat nak raya rupanya...Mood raya pun dah makin membuak-buak lebih-lebih lagi bila dah selamat sampai kat kampung yang tercinta...ada yang masih kat atas jalan raya untuk pulang beraya...berhati-hatilah dijalan raya, jangan memandu macam hantu raya...semoga selamat sampai selamat tiba
OdahOne nak ambil kesempatan di hari mulia yang bakal tiba ni untuk memohon ampun & maaf kepada semua pelawat blog yang serba merah ni...kalau ada terkasar bahasa or silap & salah semasa menulis entry, komen or apa-apa sahaja yang buat sesiapa terasa OdahOne ingin menyusun sepuluh jari mintak maaf...
Maklumlah, bukan semua yang kita tulis orang suka baca & bukan semua yang kita tulis itu betul belaka...kadang-kadang kita lupa & ada kala kita leka...So, inilah kesempatan terbaik untuk kita perbetulkan kesilapan & memohon maaf kepada para pembaca
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 0 - 0
Maklumlah, bukan semua yang kita tulis orang suka baca & bukan semua yang kita tulis itu betul belaka...kadang-kadang kita lupa & ada kala kita leka...So, inilah kesempatan terbaik untuk kita perbetulkan kesilapan & memohon maaf kepada para pembaca
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 0 - 0
Bukan buat orang berduka
Malahan buat orang gembira
Bukan mengumpat atau mengata
Jauh sekali ungkapan mencerca
Sekadar berkongsi satu cerita
Buat tatapan para pembaca
Jika ada insan terluka
Mahupun ada yang terasa
Ampun dan maaf jua yang odahone pinta
Selamat Hari Raya untuk semua
Selamat Hari Raya untuk semua
From : muo to taypeng with love
"Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
"Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
*nota kaki berbau :