03 November 2010

MUO BANDAR MAHARANI


"Awak Orang Mana?"

"Saya orang Muo"...inilah jawapan standard yang akan di jawab oleh mereka yang berasal dari Muar, Johor apabila di tanya di mana asal tempat tinggal mereka

"Kenapa tak jawab saya orang Johor?"

Sebab biasanya kalau jawab orang Johor nanti orang akan ingat Johor Bahru...kebanyakan orang kat Malaysia ni keliru & anggap Johor itu adalah Johor Bahru betul tak?

Dah banyak kali aku terkena, bila bagi jawapan saya orang Johor terus orang yang tanya tu ingat Johor Bahru...so, jawapan yang paling ringkas padat dan sendat ialah, "saya orang muo" supaya kita sebagai orang muo tak perlulah nak jawab & explain berulang kali

Lagipun aku rasa kebanyakan orang di Malaysia ni kenal & tau muo tu kat mana kot...kalau tak tahu tengok dalam google maps


Aku nak ambil kesempatan ni untuk perbetulkan persepsi antara Johor dan Johor Bahru...Johor itu ialah salah sebuah negeri yang terdapat kat dalam Malaysia, manakala Johor Bahru itu pula ialah sebuah daerah di dalam negeri Johor yang merangkap sebagai ibu negeri Johor...amboi dah macam  cikgu Geografi lah pulak

Harap-harap bila di London@oversea orang muo tak jawab, "I'm Muarian" bila di tanya oleh mat & minah saleh kat sana "where are you coming from?"...of course omputeh tak tahu kat mana tu? Just jawab, "I'm Malaysian"...Honk if you are Malaysian


Kadang-kadang orang ingat orang Muo ni sombong & berlagak sebab takmau cakap dia orang Johor...tapi, inilah hakikatnya "We are proud to be Muarian"..."Kami orang Muo!"

Lagi satu, kebanyakkan Orang Muo ni lebih familiar dengan Bandar Melaka berbanding Bandaraya Johor Bahru...kalau nak pergi shopping complex yang grand-grand sikit pun kita orang akan pergi Melaka sebab tak sampai 1 jam dah sampai kalau bertolak dari bandar Muar


Daerah Muar ni terletak kat bahagian utara Johor & Melaka adalah jiran terdekat...nak pergi Johor Bahru tu jauh sangat...dekat 2 jam setengah baru sampai

"Kenapa Muo bukan Muar"

Sebab ini gaya bahasa or loghat orang Muo...semua ayat yang akhirnya huruf A & R akan ditukar menjadi huruf O & R

Contoh; muar-muo, pasar-pasor, ular-ulor, bandar-bandor, tukar-tukor, cabar-cabor, besar-besor, kasar-kasor, lebar-lebor, tayar-tayor, pagar-pagor, gambar-gambo...gebor, lapor, kejor, segor, askor, tawor, selipor, engko, calor, cador, sangkor, sambor, tampor, gegor, lawo, seluor, bior, antor, belajor, tikor & esbok@ice box@peti sejuk 


Orang Muo juga menyebut almari sebagai gobok@gerobok...so, jangan pelik kalo terdengar orang muo menggunakan perkataan itu bagi menggambarkan sebuah almari

"Kenapa orang Muo cakap kat hujung ada perkataan 'Ek' ?"

"Ek" tu kira macam penyedap bahasa atau kata penguat yang menunjukkan orang itu serius dalam berbicara atau bercerita

Contoh; "Kenapa dia benci kat kita ek?" "Cantik kan baju aku? ek ek" "Dia tu selalu perasan ensem ek"

Orang muo juga menyebut perkataan pegang sebagai peigang...pernah tak anda mendengar rakan-rakan anda yang berasal dari muo menyebut perkataan peigang? "Boleh pandang-pandang...Jangan peigang-peigang"

Selain itu, orang muo juga bahasakan diri mereka sebagai orang..


Contoh; "hari ini saya tak pergi sekolah"..."hari ini orang tak pergi sekolah"..."mak orang nak pergi bandor jap"...macam orang Bidor jugak yang bahasakan diri mereka sebagai awak@awok...kata ganti nama diri bagi saya


"awak dah cakap yang awak tak boleh control buah pinggang awak...lumpuh tau..." awak itu mewakili saya

"Kenapa orang panggil Muo bandar pencen ek?"

Yelah sebab muar ni bandar lama bukan macam jirannya batu pahat bandar baru yang lebih tersusun dan terancang...bandar batu pahat pun jalannya lebar-lebar berbanding muo jalannya sempit sikit

Di muo juga masih banyak terdapat lagi bangunan-bangunan lama yang macam dah nak pencen tinggalan penjajah British dulu...lagipun, memang ramai pun orang yang dah pencen duk muo...petang-petang selalu nampak pakcik-pakcik yang dah pencen lepak kat tepi laut sambil hisap berborak & hisap rokok

"Bandar Maharani dengan Bandar Muo tu sama ke?"

Yup! benda yang sama, cuma ejaan yang berbeza...Muar dulunya dikenali dengan nama bandar maharani...nak cerita tentang sejarah muar memang panjang lebarlah entri ni...so, make it short

Muar dibuka pada tahun 1884 dan dikenali sebagai Bandar Maharani dinamakan bersempena dengan nama isteri Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim..Muar merupakan bandar diraja negeri Johor

Nama Muar berasal dari perkataan 'muara' berikutan kedudukan bandar itu di muara sungai...aku rasa cukuplah setakat itu sahaja info tentang sejarah muo...nak tau lebih lanjut boleh baca kat SINI


*update : Bandar Maharani@Muar secara rasminya telah di isytihar sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor pada tahun 2012





"Kenapa aerial TV kat Muo ni tinggi-tinggi belaka? Line tak clear ke kat sini? Pasanglah Astro kalo nak clear siaran tu!" 

Orang Muo especially Chinese memang suka pasang aerial TV tinggi-tinggi sebab nak dapatkan channel TV Singapore...kalau pakai aerial yang kemetot tu jangan haraplah nak dapat tengok TV Singapore...TV Malaysia pun still ada channel yang tak clear inikan pula Singapore...kadang-kadang aku tengok orang kampung pasang Astro semata-mata nak kasi clear siaran TV bukannya sebab nak layan siaran merapu kat Astro tu

Memang orang yang first time datang Muo akan tegur kenapa aerial kat sini tinggi amat...tambah pelik lagi bila dok tengok orang tengah memanjat repair aerial TV yang rosak...kadang-kadang scary jugak bila tengok technician yang tengah buat kerja memanjat, pasang & repair aerial ni...batang aerial tu halus jek aku tengok, entah bila agaknya nak tumbang...kalau time kilat sabung menyabung memang aerial tinggilah yang jadi sasaran

Anyway, aku still anggap benda ni unik tak terdapat kat mana-mana tempat kat Malaysia...kalau area Batu Pahat or Johor Bahru diaorang tak payah sampai nak pasang aerial tinggi-tinggi...pakai aerial biasa pun dah dapat tengok TV Singapore




"Kenapa orang panggil Mi Bandung Muo? Bukan Mi Bandung Gunung Semanggol, Mi Bandung Batang Berjuntai?" 

Sebab Mi Bandung Muo lah yang paling famous dan terbaek...the best in the world...tak caya try tanya orang yang pernah rasa...kalau makan tak hirup & jilat pinggan sampai licin memang tak sah

Ada banyak tempat yang best kat muo ni kalau rasa nak perkena mi bandung...ni tempat yang aku dah try & aku syorkan sesiapa yang nak test kesedapan mi bandung muo

Gerai Sahak simpang lampu isyarat Jalan Bakri Batu 1 1/2, Mi Bandung Parit Ponorogo, gerai Mi bandung Muar Tg Agas, Mi Bandung Central Taman Tun Syed Nasir, Mi Bandung gerai Abu Bakar Hanifah Jalan Abdullah, Restoran Manisah Parit Bulat...

Sebenarnya aku pun tak dapat nak judge kat mana gerai menjual mi bandung yang paling sedap dalam muo@best in the world sebab tiap-tiap tempat ada rasanya yang tersendiri...bergantung pada taste masing-masing

Sebab aku pernah bawak orang Taiping try makan mi bandung & dia cakap tempat yang aku bawak makan mi bandung tu lah yang paling sedap kat muo tapi padahal orang muo tak g makan pun kat tempat tu

So, taste mi bandung ni adalah satu benda yang complicated...hanya tekak masing-masing yang boleh judge & don't judge a book by it's cover because kadang-kadang rupa mi bandung tu langsung tak menyelerakan tapi sekali rasa pehh! meletup

Senang cerita sebut jek makan mi bandung kat muo ni memang semuanya sedap-sedap belaka, orang kata ada rasalah berbanding makan kat tempat lain

Dulu, aku pernah pekena mi bandung kat Segamat, tapi dia punya rasa hampeh tak best langsung nyesal order aku makan pun sebab dah rindu nak makan mi bandung ingatkan orang segamat boleh challenge orang muo tapi ternyata aku kecewa

Padahal jarak muo dgn segamat tu bukan jauh sangat pun adalah dalam 81km...mungkin rasa sedap mi bandung tu berubah ikut kilometer kot...semakin jauh semakin berubah rasanya 

Aku jugak pernah rasa mi bandung yang di buat oleh orang Taiping...sekali rasa macam mi kari daa...tapi aku habiskan juga makan sebab nak jaga hati orang yang masak...hoho..

Bagi siapa yang rajin, ada di jual perencah mi bandung...balik rumah boleh buat sendiri senang jek yang penting mesti guna air rebusan daging or tulang & perencah tu beli kat muo yang homemade bukan kilang made

"Tak lengkaplah kalau datang melawat muo tapi tak makan mi bandung"

Boleh terjah entry ni untuk tau kesah..."MI BANDUNG MUAR | CERITA DISEBALIKNYA" 


"Kenapa orang muo breakfast pagi-pagi pun makan sate?"

Inilah uniknya orang muo...aku dah merantau kat tempat lain tapi dieorang makan sate time sebelah malam jek tapi orang muo breakfast makan sate

Banyak gerai yang menjual sate awal-awal pagi lagi dah pun dibuka...orang muo lepas habis jogging kat kawasan rekreasi tg. emas akan singgah gerai makan sate sambil perkena teh tarik dan mi rebus...terbaek...joging tak sampai 1 round tapi makan beround-round



Kalau rasa nak perkena asam pedas best, muo jugalah tempatnya...yang paling popular Gerai Asam Pedas Parit Jawa sebab pernah masuk TV3

Pelbagai jenis asam pedas ikan yang fresh-fresh ada kat sini...sebab tu lah best...ada ikan merah, siakap, jenahak, pari, kembung, dan juga sembilang

Kena datang awal sebab kalau lambat memang tinggal tulang ikan jek...tapi pada aku best lagi mak aku punya asam pedas, memang tak boleh challenge especially bila masak aku punya favorite asam pedas ikan parang...fuh!

Akan tetapi, ada lagi satu masakan asam pedas yang paling best dalam dunia tapi dah tak dapat merasa lagi sebab orang yang pandai masak tu baru jek meninggal dunia waktu musim piala dunia yang lalu Bafana Bafana...siapa orang tu?

Aku punya atok yang dipanggil Atok Yah...orang lain maybe panggil nenek tapi aku panggil Atok Yah...Al-Fatihah


Selain dari mi bandung orang Muo@Johor taulah apa nama benda ni...Mi Siput kalau kat area Perak panggil mi sanggul...tapi, tak sama macam yang ada kat Muo kot...kalau makan kosong macam tu jek tak sedap...kena letak sambal tumis ikan bilis kat atas tu...

Peh! memang terangkat rasanya beb...aku boleh layan makan benda ni berkeping-keping...dulu, time balik sekolah agama kompem singgah rumah Mak Mon nak pekena benda ni...yang buat best dia punya sambal...meleleh air liur aku time taip entry ni punyalah klasik rasanya


Ini pulak goreng pisang@pisang goreng...sama jek dengan tempat-tempat yang lain...yang bezanya cuma Sambal Kicap...mula-mula sampai KL dulu aku pernah order goreng pisang sambil mintak sambal kicap...makcik jual goreng pisang tu pun jawab; "Kalau nak sambal kicap kena balik Muar dik kat KL ni mana nak cari sambal kicap"

Macam tu gamaknya...padahal bukan susah sangat nak buat sambal kicap ni...just tumbuk cili & curahlah kicap kat atas tu dah siap...ambik masa jugak aku nak makan goreng pisang plain camtu tanpa sambal kicap...tapi, bila balik Muo aku balun goreng pisang cicah sambal kicap cukup-cukup...sambal kicap ni kat Muo free jek pakej didatangkan bersama-sama dengan goreng pisang






Tarikan terbaru di muo...Medan Ikan Bakar Sabak Awor...kalau dulu orang muo nak makan ikan bakar kena pergi Melaka samada Umbai, Umbai Terapung, Serkam, Anjung Batu atau Muara Sungai Duyung, tapi kini tak perlu lagi

Muo pun dah ada medan ikan bakar yang standard macam kat Melaka jugak...terletak di persisiran sungai muo tempat yang stategik makan ikan bakar sambil menghirup bayu laut...di bina atas kawasan paya bakau

Berkonsepkan macam rumah kayu dulu-dulu siap dengan anjung tinjau lagi...boleh tengok burung-burung & hidupan di kawasan paya bakau...aku dah banyak kali makan kat sini ok lah makan best,view menarik & tak mahal sangat macam kat Melaka


Ini kedai kuih cina yang paling popular kat Malaysia kot...setiap pelancong especially yang berbangsa Cina akan singgah ke kedai ni untuk membeli kuih sebagai buah tangan

Masa weekend jalan ini akan dipenuhi dengan bas-bas pelancong yang beratur menuggu giliran untuk membeli kuih...kebanyakkannya dari Singapura

Kalau ada logo Jakim kat depan kedai ni nak jugak aku rasa...malangnya takde or memang Jakim tak boleh nak bagi sijil sebab bahan dalam kuih tu ada letak babi...haram beb tak boleh makan

Dulu masa zaman muda remaja aku selalu lepak kat kedai ni, tapi time pukul 11malam ke atas sebab nak tengok orang lumba kereta...lepak dengan pakcik Jaga kedai kuih ni dan member-member

Masa tu aksi drift kereta belum popular lagi kat Malaysia tapi kat muo dah ramai yang main illegal drift race ni...peh best giler tapi tepat pukul 12malam biasanya polis akan datang & mintak penonton semua bersurai

Mana yang kaki race tu pun apa lagi cabutlah...tapi ada yang sambung race balik lepas tu padahal trek bukan best sangat pun setakat pusing-pusing situ jek...yang buat dieorang teruja maybe sebab kehadiran penonton yang ramai sambil berdiri kat tepi-tepi jalan tu

Kebetulan pulak ada stall burger kat selekoh jalan tu yang selalu nyaris-nyaris kena langgar dengan kereta yang sedang drift...ada satu malam tu kereta yang drift terbabas & langgar lori yang parking kat tepi jalan...orang pun bersorak sebab orang lain pun macam aku jugak, suka tengok kereta terbabas benda tu yang paling aku tunggu

Sekarang aku tak tahu ada lagi tak illegal race macam tu...muo ni bandar kecik tapi penuh dengan pelbagai aktiviti, tu yang menjadikan seronok tinggal kat muo ni...bukan bangga just ayat penyata


Selain itu, muo juga terkenal dengan makanan-makanan cina...oleh kerana aku tak pernah merasa makanan tu, so tak dapatlah nak cerita lebih-lebih

Dengar cerita nasi ayam bebola kat salah sebuah restoran cina di muo ni pun best macam yang kat dalam gambo tu...nak tahu lebih lanjut tentang makanan cina trylah lawat blog lain sure ada banyak cerita

"Makanan-makanan di muo ni memang outstanding"




Kopi 434

Muar juga terkenal dengan jenama kopi 434...kalau lalu highway PLUS area Melaka ke Kuala Lumpur pasti anda akan melihat bilboard jenama kopi 434 di bahu jalan...ada orang yang tiap kali balik muo borong kopi ni banyak-banyak sebab kopi kat tempat lain rasa tak sama & tak berapa nak best macam kopi ni

Di muo jugak ada jual air pear yang sedap...air pear yang di jual oleh apek di Jalan Mariam kalau tak silap aku..ada 2 kedai yang bertentangan yang menjual air yang sama...tapi yang paling best air pear yang di jual oleh apek bukan si nyonya



Inilah durian yang terbesar di muo...berapa agaknya harga sekilo durian ni?...dulu aku pernah tengok sorang budak kecik yang dok mengira duri yang ada pada durian ni...mungkin sekarang budak tu dah jadi seorang akauntan yang berjaya gamaknya

Muo juga terkenal dengan buah durian dan juga buah-buahan yang lain seperti; jambu batu muar dan duku tg gading muar...sebaik sahaja keluar dari plaza tol Tangkak atau dari lebuh AMJ anda akan lihat banyak gerai menjual pelbagai jenis buah-buahan di bahu-bahu jalan

Ini adalah menara yang mengalu-alukan pelawat atau pelancong dalam & luar negeri ke bandar muo...turun jek jambatan Sultan Ismail akan jumpalah menara ini menandakan anda baru saja sampai ke bandar muar..."welcome to muo bandar pencen"



Jambatan Sultan Ismail yang dibina pada tahun 1969...kini jambatan ni dah nampak uzur tapi masih boleh digunakan walaupun ada jambatan kedua yang menggantikannya tetap tak sama dengan sentimental value yang ada pada jambatan yang ini...jambatan ni macam satu nostalgia

Kalau dulu-dulu aku naik bas pergi outstation, bila bas naik jek atas jambatan ni aku akan terjaga dari tidur dan baru perasan dah sampai muo rupanya

Time rindu nak balik muo pun sama either pulang beraya, anak-anak muo pasti rasa lega & terubat rindu sebaik sahaja kenderaan mereka melewati jambatan ni

Malam-malam ramai orang bergayut kat atas jambatan ni untuk memancing ikan, walaupun diharamkan memancing tapi masih ramai lagi orang yang still nak memancing kat atas tu

Maybe lubuk ikan kot kat bawah jambatan tu kalu tak taklah orang gila-gila memancing kat situ...dah macam satu pesta pulak bila tengok orang ramai-ramai duk atas jambatan tu memancing yang datang tengok pun ramai

Dengar cerita mak & atok aku, dulu time nak buat jambatan ni dieorang ada tanam kepala orang pada tiang utama jambatan ni...konon-kononnya nak kasi kuat jambatan ni supaya tak roboh macam lagu jambatan sudah roboh tu atau dalam versi inggerisnya london bridge is falling down

Tapi ni jambatan muo...yang jadi mangsa penggal kepala ramai budak-budak & yang memenggal kepala tu dieorang upah orang india yang satu masa dulu popular dengan nama 'Keling Sabit'...mungkin istihlah ni agak sensitif tapi inilah fakta sejarah

Salah satu cara orang tua dulu-dulu nak takutkan anak-anak mereka supaya tak main jauh-jauh dari rumah ialah dengan menggunakan nama 'Keling Sabit' termasuklah mak aku

"Ko jangan main jauh-jauh nanti kena tangkap dengan Keling Sabit" kata mak

Tak tahulah akan kebenaran cerita ini samada fakta atau auta...scary jugak tengah main-main tetiba ada orang bawak sabit penggal kepala semata-mata nak buat jambatan kasi kuat

Apolah...gunalah teknologi konkrit kan senang ni sampai nak memenggal-menggal kepala orang hanya pasal nak buat jambatan jek...tak berbaloi-baloi

Nasib baik jambatan ni bertahan hingga ke hari ini...kalau tak sia-sia jek pengorbanan kepala budak yang dipenggal

Tempat ni juga menjadi lokasi yang paling popular bagi orang-orang yang nak membunuh diri...kalau setakat 100 orang yang terjun buat bungy jumping dari jambatan ni aku rasa memang ada...cuma dieorang tak pakai tali just free jumping & die...so agak berpuaka gak jambatan ni



Jambatan Kedua daerah muo...ada iras-iras jambatan Pulau Pinang...kalau lalu ikut jambatan ni tak terasa dah sampai muo berbanding naik jambatan lama, rasa macam sampai kat Pulau Pinang pulak

Sebab tu aku kata jambatan yang lama tu banyak nostalgia...kadang-kadang benda baru yang lagi canggih & selesa takkan dapat menggantikan benda yang dah lama & uzur kerana nilainya lebih tinggi...bukan nilai wang ringgit tapi nilai sejarah, nostalgia, memori, kenangan dan yang seangkatan dengannya



Masjid Sultan Ibrahim antara bangunan lama yang tercantik di muo...dulu kecik-kecik aku selalu pergi masjid ni time sambutan Maulidur Rasul jek coz ada bagi makan & minum free...bukan sebab nak dengar ceramah

Beraturlah panjang-panjang nak makan aiskrim, nasi minyak, kuih & macam-macam makanan secara percuma coz ada orang yang sponsor...walaupun terpaksa berebut-rebut tapi worth it...yang paling best dia punya sirap bandung memang kaw...aku sanggup beratur sampai 2-3 kali semata-mata nak rasa secawan sirap bandung siap tapau masuk dalam botol lagi bagi mak aku rasa



Masjid Kedua daerah muo terletak bertentangan dengan masjid Sultan Ibrahim hanya dipisahkan oleh sungai muo yang merentangi antara masjid ini...rupa bentuk pun dekat nak sama...dibuka kepada makmum pada tahun 1999..."Sembahyang itu lebih baik daripada tidur"

Masjid ni seakan-akan 'mirror image' bagi Masjid Sultan Ibrahim...kalau tak percaya cuba try lepak kat belakang Masjid Sultan Ibrahim sambil tengok bayang-bayang masjid dalam sungai & kemudian terus tengok pada Masjid Kedua ni...nampak tak macam apa yang aku nampak?



Bangunan Sultan Abu Bakar...bangunan ni kira macam putrajaya lah tapi kat muo...pusat pentadbiran kerajaan muo, banyak pejabat-pejabat & jabatan kerajaan yang beroperasi kat sini...dulu time kecik-kecik aku buat IC or kad pengenalan yang pertama ketika umur 12 tahun kat sini...tapi sekarang dah pindah tempat lain


Inilah Istana Hinggap Sultan Johor...Sorilah tak dapat gambar yang terbaru sebab sekarang istana ni dah dibaik pulih & lagi cantik...cuma gambar ni jek yang ada kat Google Image...Sultan Johor pun selalu mencemar duli singgah kat istana ni waktu melawat daerah Muar 


Jeti Nelayan sungai muo...kebanyakan mereka tinggal di perkampungan nelayan Parit Tiram...arwah atok aku dulu pun tinggal kat situ

Dulu dia kerja sebagai penyelam tiram...menyelam manual jek tak pakai pun tangki oksigen tu...my atok is a hero

Member-member aku pun ramai yang tinggal kat sini...tapi nama nickname dieorang pelik-pelik

Antaranya; Loncos, Pikun, Udi Pak, Awit, Amut, Minami, Kapak, Kajal, Ajid Konok, Cik Meh, Cik Mat, Cik Yeh, Dik din, Mat Kicap, Wan Tetek, entah apa lagi aku dah lupa...pelik kan nama dieorang...untuk rekod dieorang semua ni berbangsa Melayu...tapi, nama ada yang macam orang Jepun



Deretan bangunan-bangunan lama tinggalan zaman penjajah yang masih utuh berdiri sambil diberi nafas baru dengan warna-warna yang menyegarkan mata memandang

Ada kaler kuning, merah jambu, biru, purple dan juga kaler cream

Muo juga sering menjadi lokasi penggambaran drama-drama atau filem...tak kiralah cerita cina, melayu or tamil...antaranya sayang salmah, sutun, blues pasar tani...tak payahlah aku sebut banyak-banyak nanti orang cakap membangga diri

Penduduk muo juga terkenal dengan keramahannya dan sifat sporting...try tanya artis-artis yang pernah buat show di muo apa reaksi peminat-peminat kat sini

Sure dieorang bagi jawapan yang positif...mana-mana artis yang belum pernah buat show kat muo lagi anda di alu-alukan...tapi, kalau artis tandas tak maulah anda tak dijemput


Rumah Muar atau rumah limas...kebanyakan rumah-rumah lama di kampung-kampung bercorak macam ni, termasuklah rumah arwah nenek aku


Gambar time menjelang perayaan Tahun baru Cina...kebanyakan peniaga-peniaga kawasan bandar ni memang keturunan Cina...time raya Cina memang happeninglah kawasan bando muo ni dengan tanglung-tanglung macam yang kat dalam gambo tu...bergayut-gayutan


Sekolah Tinggi Muar (High School Muar)...sekolah yang tertua di daerah muo...tapi aku tak sekolah kat sini aku sekolah St. Andrew SAS (St. Andrew School) iaitu musuh kepada sekolah ni dalam sukan hoki

Tiap kali final sure kedua sekolah ni akan bertemu...tapi tu dulu sekarang tak lagi

"Give me 'S' give me 'A' give me 'S' who's the best SAS!" teringat teriakan waktu menjadi penyokong pasukan hoki sekolah dulu...sampai nak bergaduh pun ada...come on andrean!


Kilang ST Microelectronics...kilang yang paling beso kat daerah Muo...rasanya, kat sinilah tempat budak-budak lepas SPM mengadu untuk cari kerja...kilang besar masa depan terjamin sikit...tapi, waktu krisis ekonomi dulu ramai jugak yang kena berhenti kerja...sebab tu jugaklah kilang ni terpaksa di pecah dua...tapi, ST yang asal still kekal lagi

Kalau kilang ni tutup aku rasa ramai penduduk Muar yang tanam anggur & hilang sumber pendapatan...kilang ni buat komponen-komponen kecil barang elektronik...alah, kalau kita biasa tengok pada motherboard or apa-apa barang elektronik ada jek tulisan ST kat situ especially pada IC & chip-chip yang kecik tu...mahal tu barang-barang ni walaupun kecik




Taman Rekreasi Tanjung Emas...segala aktiviti riadah berlaku disini samada yang sihat mahu pun tak sihat...orang muo berjoging, bersenam, ber tai-chi, berpoco-poco, beraerobik semua kat tempat ni...tempat ni jugak antara lokasi popular untuk amik gambo kawen outdoor...tak kira Melayu, Cina or India semua buat photoshoot kat sini

Yang tua muda bermadu kasih pun kat tempat ni...port maksiat lah tu...terpaksa majlis perbandaran pasang signboard beso-beso; "Melakukan Maksiat Mengundang Bala"...kalau nak tau cerita lanjut boleh baca entry ni; "ANTARA MAKSIAT & ENCIK BALA"


Mat-mat rempit melepak & menunjukkan skill masing-masing pun kat sini jugak...ramailah yang berlonggok ramai-ramai sambil ushar-ushar awek kat sini...untung-untung dapat angkut sorang naik motor

Dulu masa zaman kanak-kanak, aku selalu datang sini untuk main jongkang-jongket, gelongsor dan buaian sambil makan aiskrim yang apek jual kat tepi jalan...sekarang permainan banyak yang canggih-canggih rasa macam nak jadi budak kecik 




Dataran Tanjung Emas...tempat acara konsert, ekspo, pameran, karnival, auto show & apa-apa event pun...tempat ni juga jadi tempat orang muo berkumpul masa sambutan ambang merdeka sambil countdown dan melihat percikan bunga api di tepi sungai muo


Tanjung Ketapang...bersebelahan jek dengan tg emas...ada satu-satunya padang golf dalam daerah muo...tempat aku cari belangkas masa dulu-dulu

Dapat jek belangkas terus bakar kat sini jugak...makan telur belangkas time panas-panas best...tapi sekarang dah tak boleh bakar suka-suka kena perambat dgn MPM (Majlis Perbandaran Muar)

Kat sini jugak kita boleh lihat pasangan yang macam belangkas...ada ramai yang suka lepak atas pokok sambil skodeng si belangkas yang sedang memadu kasih

Pada entrance tempat ni ada satu signboard yang agak mengerikan

"Maksiat Mengundang Bala" tapi ada gak kata-kata sinis yang cakap kat sini tak boleh buat maksiat nanti En. Bala datang..tak tahulah Balasundram or Balachandran...huhu




Jeti Tanjung Emas tempat orang naik bot menyelusuri persisiran sungai muo macam dalam gambo tu...tapi aku tengok kebanyakan orang luar yang naik bot ni...orang muo tak ramai yang terasa or teringin nak naik termasuklah aku




Kompleks Marina Muar...haha...projek gajah puteh...konon-kononnya dibina supaya ada pelayar-pelayar yang macam Datuk Azhar Mansor tu datang singgah kat sini untuk baiki kapal layar or apa-apa kemudahan logistik

Jangan kata kapal, layar kapal pun aku tak pernah nampak singgah kat sini...kalau ada pun kapal sesat tak pun kapal tongkang or kapal angkut pasir...membazir baik buat kompleks membeli belah lagi bagus...tak pun kompleks tabung haji ker


*Update : Sekarang tempat ni dah happening...dah ada restoran kat tepi laut & boleh sewa tempat ni untuk buat apa-apa function...orang ramai dah boleh keluar masuk dah takde pak guard yang jaga...barulah tak jadi gajah puteh...berjanggut kalau nak tunggu ada kapal layar yang singgah



Lokasi di mana manusia melihat beruk@monyet...tak sah kalau datang muo tapi tak pergi tempat ni...agaknya monyet-monyet ni pun pelik kenapa tiap-tiap hari ada jek orang nak tengok dia walaupun buntut dia kaler merah



Air Terjun Gunung Ledang...dulu gunung ledang termasuk dalam tanah jajahan muo tapi sekarang dah jadi daerah Ledang...tapi takpelah masukkan jugak gambo tapi tak boleh nak cerita lebih-lebih nanti marah orang Ledang

Gunung Ledang ni memang penuh dengan lagenda...tempat dia memang menarik bagi sesiapa yang suka mandi air terjun...cuma penat sikit nak daki sampai atas untuk mandi kat tempat yang best-best macam kolam puteri, kolam anak gajah & macam-macam kolam lagi...pergi berkelah kat sini mulut jangan cabul sangat takut tak balik rumah pulak



Balai Polis Bukit Kepong pun terletak dalam daerah muo...siapa yang tak tahu tentang peristiwa bukit kepong? kalau tak tahu sila lihat filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsuddin

Cerita perang@combat Melayu paling best pernah aku tengok sampai hari ni still layan lagi...tak bosan sebab full perang takde layan cintan macam cerita perang Melayu yang lain

Lagipun hati jadi panas & membara bila tengok sorang-sorang anggota polis kita mati kena tembak dengan komunis...Cis! lakhanat ko komunis!!!





Bandar muo sekarang ni pun dah banyak hotel yang cantik-cantik tak macam dulu yang ada hanya hotel pelacur jek...haha...

So, kalau datang muo tak perlu risau tentang penginapan pilih jek hotel-hotel yang ada ni...kalau nak yang pemandangannya menghadap ke selat Melaka@Sungai Muo pun ada

Pendek kata, (bukan panjang yang kata) asal ada duit macam-macam tempat boleh stay...kalau rajin contact, kat umah aku pun boleh stay 3hari 2malam...aku charge murah-murah jek ek

Gambar yang kat atas sebelah bawah ni adalah Muar Traders Hotel yang dulunya merupakan bangunan UMNO...juga dikenali dengan nama Muar Trade Centre atau dalam Bahasa Melayunya Pusat Dagangan Muar...tak taulah entah apa benda yang nak didagangkan kat sini yang penting kat Muar pun ada pusat dagangan macam PWTC@Pusat Dagangan Dunia Putra

Setelah terbengkalai sejak sekian lama akhirnya dah dibaik pulih untuk dijadikan hotel...barulah cun sikit rupanya...dari jambatan muar dah boleh nampak bangunan ni tesergam indah...dulu waktu terbengkalai nak tengok pun menyampah & takde semangat nampak kusam jek

Dengar cerita dulu bangunan ni berhantu sebab tu takde orang yang nak take over untuk majukan bangunan ni kot...yelah lokasi pun kat tepi sungai macam-macam makhluk yang suka nak singgah...kat bawah bangunan ni pun sekarang dah ada 'Secret Recipe'...orang Muar tak payah pergi Melaka lagi dah kalau nak rasa kek 'Chocolate Indulgence'



Ini ialah kompleks membeli belah yang paling grand di muo Wetex Parade...ia tak sehebat Sogo, Mid Valley mahupun Pavillion atau Suria KLCC...tetapi di sinilah tempat anak-anak muda muo melepak dan bersidai sama macam kompleks beli belah kat KL tu




Beca Muar yang semakin pupus di telan zaman...tapi masih ada lagi pakcik-pakcik yang mengayuh beca untuk menyara keluarga...teringat ketika zaman sekolah dulu duduk mengcangkung ketika menaiki beca si Pakcik Mahmud...pergi bando bersama mak pun menaiki beca...

"Mari nak naik beca pakcik, kita round satu bando muo ek"


Tapi beca yang ini hanya akan bergerak pada jam 12 tengah malam sahaja...jangan terperanjat jika anda melihat beca sebesar ini berada di atas jalan raya bandor muo...jeng jeng jeng!

*****
Ini semua adalah persepsi aku mengenai muo dari kacamata aku sendiri walaupun aku tak pakai cermin mata...pengalaman aku yang hampir 3 dekad menjadi penghuni setia bandar muo...gambo-gambo yang ada ni aku google jek malas nak tangkap sendiri...credit untuk orang-orang yang amik gambo tu

Setelah baca cerita aku yang panjang lebor ni takkan korang tak teringin melawat Muar kot???...Ada benda yang aku boleh cerita, tapi ada yang tak tergambar oleh kata-kata...kena pergi dan alaminya sendiri baru tahu

Di sinilah segala-galanya bermula....

"Ada apa dengan Muo?"

Jawapannya ada di atas...

Jemputlah datang ke muo...destinasi bajet semuanya murah...Jommm!!!


Sekian...From Muo With Love...acahia kapinatodongok anak song cham; the truly muarian

*nota kaki berbau :
Anak jati muo walau dimana berada pasti akan teringatkan mi bandung dan tanjung kerna itulah benda yang disanjung

21 KOMEN:

KatekateKite said...[Mari Balas Komen Ini]

wow! best! menarik entry nih! tetibe terasa bangga lak jadik anak muo! =D

jauh gak jalan jalan dari mediajer tetibe jumpe blog nih....... =)

btw, wetex dah cun! sangat cantik! boleh berbangga dgn org luar! dah tak jadi tempat lepak2 budak baru nak naik... ;p

kompleks marina pon dah hidup! ada kedai makan, best! chicken chop die pon sedap! =D

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@KatekateKite...bgus bg update utk bando muo...dah lama xblik muo so xtau sgt pkmbgn tbaru...wetex pun dah lama xjejakkn kaki...bguslah kalo kompleks marina dah berfungsi....proud to be muarian...miss muo a lot

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

aku suka la blog ni...aku pon sek st andrew dlu,x sangka byk cerita best2 dalam blog ni...nice...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Anonymous...thanx andrean jugak ke?

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

chantek ar entry kau pasal muo ni. Suke aku baca. Aku pun truly muarian gak!

Dan hampir 100% semua cerita psl muo yg ko citer tu sgt lahh betul. aku setuju sgt2..huhu..tq sbb rajin nak wat entry psl muo ni. kami org muo sgt hargai.

patot ko tambah je lagi.. kat muo ade secret recepi. pastu dlm wetex da ade penambahan baru iaitu baskin robin and surau...huhu..

pastu kat tg agas pun da ade GIANT ape.. heeeeee:D

Lagi satu kan aku rase muo ni dipanggil bandar pencen sbb kebanyakan org tua tua je yg duduk kat muo ni.. yang da tak bekerja tunggu anak2 balik raya je. heheheh.. sbb kat muo byk sekolah n pejabat kerajaan which is org yg berusia yg stil lagi bekerja. yg muda2 semua mostly dah berhijrah. Dats why yg dah pencen2 ni, semua stay kat muo je termasuk mak aku. heh!

PAstu awat tak masukkan skali pasal istana singgah kat tjg tu.. skrg kan kerap giler sultan johor turun muo and duduk kat istana tu.

ape2..all the best ok.. citer lu mmg best!

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Anonymous...thanx bro!...k bgus idea tu nnti kalo rjin aku update cite pasal muo bhgn 2 pulak...muarian best!

Dessert Paradise said...[Mari Balas Komen Ini]

syabas kerana berjaya menghasilkan entry yang menarik dan penuh dengan pengisian... All the best to you utk entry2 yg seterusnya

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Adalagi pasal Muo yg ttinggal ni dear..
itu pau Muar..yg byk pakcik2/makcik2 jual kt sepanjang jalan dr simpang Bukit Pasir smpi Tanjung Emas tu..
tp skrg cam dh xramai dh jual2 pau tepi jalan tu kan??
Sedap..beso2..gebu lagi.. =)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Dessert Paradise...thanx bro

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Azura Mendezz...oic kuih pau ek...yg terkenal namanya pau pesta

Hairul85 said...[Mari Balas Komen Ini]

Bangga betol jd anak muo ni.. Ada lg citer bleh update psl Kmart kat depan sek.sains muo,nasi beringin ali@ayon, Duku tg. gading, kilang perindustrian muo (sbb kbykn bebudak abih SPM akan gi cube nasib kat sana nak keja), kain, murah..murah kat tgkak ngan umah sy kat Kesang laut...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@H@!ruln!z@m...wah! byk benda nak update lagi ni...bguslah nnti OdahOne kasi update lagi cite pasal muo ni biar org luar tau & berminat nk dtg lepak kat muo...

cik abbit said...[Mari Balas Komen Ini]

wee rindu nye nak balek kg. same la kite pon orang muo.. nak makan sate pgII kt KL xde . em nak pt njong

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

thanx org2 muo semua yg sudi bg komen...org muo xde sombong punyer...idup muarian

kakrose said...[Mari Balas Komen Ini]

akk orang muo juge.rempah mee baandung, kopi 434, mee siput sentiasa ada..hehe

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@kakyon...cayalah akk org muo!...mee siput mmg best kat tempat lain tak best mcm kat muo kan...hoho

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

org jdi ank mu0 bru 3 ta0n..,ad 2 ta0n ag stay cni..da skol kt mu0 je..umah tmpat len..

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

cayalah...bangga aku jadi warga Muor nih....perencah segera mee bandung Mak Pon...asam pedas prt jawa perisa spender pon sodap...hehehe...Kilang Electronic Pioneer pon bulih masuk sekali...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Anonymous..t.kasih cik anon..nnti ada masa akn di update lagi entry ni..come on org muo teruskan mengomen tntg update2 tkini tentang muo yg boleh kita selitkn kt entry ni utk tatapan semua warga muarian...tang asam pedas pt jawa perisa spender tu no komen...hoho

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Kalau nak baca Bandar Muar beli buku "Pages From My Past'. Penulisnya Kamaruddin Abdullah. Boleh didapati di kedai buku MPH

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Bagus.....pendekatan yg baik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...