30 October 2011

3 PERLAWANAN 3 RASA


Adam N9 Amie Ganu

Malam tadi ada 3 match yang best sampai buatkan pengusaha kedai mamak pening kepala tak tau nak pilih match yang mana satu patut diaorang pilih untuk tunjuk kat customer...kebetulan waktu ketiga-tiga perlawanan pun lebih kurang serentak...yang datang tengok pulak pakai jersi hitam putih Terengganu, Jersi kuning hitam Negeri9, Jersi merah Man U & Jersi Arsenal...semua die hard fan ni...mau kena baling kerusi kalau tak dapat tengok team diaorang main

Tak aman sangatlah tengok match malam tadi sebab asik kena tukar-tukar channel...tapi, antara 3 match ni yang paling superb sekali match Chelsea vs Arsenal

Memang terhibur dengan corak permainan diaorang...score pun banyak...Van Persie yang memang tengah tip top sekarang ni dapat score hatrick tu...gol yang paling sadis bila Van Persie sambar bola hasil kesilapan John Terry yang terjatuh tak dapat sambut hantaran ke belakang...gol ni lah yang menyebabkan corak permainan Chelsea jadi terencat & menjadikan keputusan muktamad Arsenal 5 Chelsea 2 walaupun 1st half Chelsea dah lead 2 - 1

Lagi satu match pulak Everton vs Manchester United...nasib baik game ni start awal sikit dapatlah layan game ni even tak sehebat Chelsea vs Arsenal...Our favourite team Man U pun menang jugak malam tadi walaupun just score 1-0 tapi dah cukup untuk wake up dari kekalahan besar dengan Man C hari tu...cis bedebah! memang tak boleh ingat kembali game tu...Chicharito score untuk Manchester United 1 Everton 0...Go Javier Hernandez!

Yang paling sedih tengok match final Piala Malaysia...poor Terengganu silap sikit terus punah harapan nak julang Piala Malaysia...macam jugak kesilapan John Terry yang terjatuh tak dapat sambut hantaran, gol penyamaan Negeri Sembilan pun hasil kesilapan yang tak sepatutnya berlaku...bola mudah melantun masuk dalam gawang Ganu & tak dapat ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Sharbinee Alawee...terus terdiam penyokong Ganu

Bila dah dapat score gol penyamaan momentum game pun terus berubah & N9 pun dapat score lagi sebijik gol & menang; Negeri Sembilan 2 Terengganu 1

Gol kemenangan Hai-O memang brilliant & membuatkan penyu terus menangis teresak-esak...anyway, game semalam memang seimbang dua-dua team saling menyerang cuma luck takde untuk team Ganu...syabas buat team Negeri Sembilan sebab dapat julang Piala Malaysia tahun ni setelah kempunan tahun lepas...semangat juang N9 memang hebat...hope, tahun depan kita dapat tengok team lain pulak beraksi untuk pentas final Piala Malaysia...hoho...jangan marah


*nota kaki berbau :
RM50 bising dah menang suka, RM50 bising jugak dah kalah menangis, RM50 langsung tak bising sebab menang or kalah poket tetap masyuk

28 October 2011

FINAL PIALA MALAYSIA 2011









VS









Pendekar Penyu VS Pahlawan Rusa

Siapa yang lebih gagah, siapa yang lebih hebat & siapa yang lebih kuat? Kita dah tengok 2 pasukan ni bertarung dalam aksi separuh akhir hari tu...kalau tengok dari segi persembahan time semi final tu rasanya ramai yang dah boleh buat prediction, ramai yang dah boleh agak siapa yang bakal menang...tapi, bola tu bulat dia boleh bergolek masuk kat mana-mana gawang gol pun bak kata pepatah; "Keputusan di atas kertas boleh diterbalikkan di atas padang"

Belum pun tiup wisel final FAM dah bikin panas sebab harga tiket tiba-tiba jek melambung...tahun lepas harga baru RM30 tapi kali ni tiket final dah jadi RM50 diaorang mark-up RM20...banyak jugak tu, ingatkan harga barang jek naik harga tiket bola pun nak naik sama...gaji naik, barang pun naik, tiket bola pun naik...so, takde bezanya

Bahang pun dah makin terasa...kedua-dua peminat dah start berdebat hangat kat Facebook tapi bukan pasal match, pasal harga tiket yang mahal amat...dah macam-macam yang diaorang buat tapi FAM tetap dengan keputusan muktamad no diskaun..."Kalau rasa nak tengok belilah tiket kalau tak nak tengok sudah"...nak tak nak kena beli jugak tiket walaupun mahal sebab nak tengok pasukan kesayangan beraksi di pentas final



Ada yang kata nak boikot final match ni...kita tengoklah nanti either Stadium Shah Alam tu lebih banyak kerusi daripada orang or sebaliknya...Anyway, jom kita ramai-ramai tengok bola kat TV pun jadilah...siapa yang ada kemampuan nak pergi stadium tengok live match & sanggup spend duit RM50 tengoklah kat stadium lagi thrill...especially bagi peminat Kipas Susah Mati team N9 & Ganu...hope berbaloilah dapat tengok game yang best & fight...jangan main macam hampeh sudahlah

Odah N9, One Ganu kita tengok sape yang menang esok???



*nota kaki berbau :

Bila agaknya Team Johor & Perak nak bangun dari tidur? Dah lama sangat tidur tak bangun-bangun ni...nak kena jirus air sebaldi ke?

25 October 2011

CUCI KERETA HATI MENDERITA



Sekarang ni pusat cuci kereta dah berlambak kat sana sini...semua berlumba-lumba dengan harga yang paling murah...sampaikan sekali cuci RM2 pun ada, cuci guna mesin automatik...memang cepat & value for money...tapi, biasanya cucian menggunakan mesin automatik ni boleh mendatangkn swirl-mark@kesan calar halus...tengok pakai mata kasar memang tak berapa nampak tapi kalau tengok betul-betul barulah perasan ada kesan calar

Lagi puas hati kalau cuci guna tangan orang daripada guna mesin...lagi bersih & selamat walaupun lambat...kalau yang cuci dengan harga murah tu maybe sabun & material yang diaorang gunakan pun surelah murah...takkan nak guna sabun mahal untuk upah cuci kereta yang tak seberapa...guna sabun murah cat kereta pun cepat rosak

Ada jugak yang pancing customer datang cuci kereta sambil cuci mata...yang cuci tu gadis-gadis seksi siapa yang takmau pakej camtu...pakej 2 in 1 cuci kereta sambil cuci mata...kereta tak bersih tapi mata yang bersih sampai terbeliak bijik mata tengok orang cuci kereta...masuk sabun dalam mata baru tau pedih tak pedih



OdahOne sebenarnya nak cerita pengalaman pahit tentang cuci kereta, yang tadi tu just mukaddimah jek...ceritanya bermula begini; minggu lepas tengah on the way nak balik KL dari kampung OdahOne singgahlah cuci kereta...tak sanggup nak drive kereta yang dah macam kereta 4WD meredah hutan belantara...kereta kaler putih dah bertukar ke warna coklat taik...memang menjijikkan mata memandang

Macam biasa parking jek kereta terus bagi kunci & tunggu diaorang cuci...pekerja kat situ semua budak-budak plus sorang pakcik yang agak tua...hati dah rasa lain macam kalau budak-budak yang cuci sure tak bersih...diaorang buang air besar pun cuci tak bersih inikan pula nak cuci kereta orang...ramalanku benar belaka, yang banyak buat kerja pun si pakcik tua, yang budak-budak just gosok lebih kurang jek...tak sampai berapa minit dah siap cuci...handal sungguh mengalahkan cucian mesin 

Hasilnya memang hampeh macam taik...dari jauh nampak macam bersih tapi bila tengok dekat-dekat banyak sangat part yang still kotor...bukan cerewet tapi kalau setakat cuci camni baik cuci sendiri jek...malas nak cakap banyak sebab dah kesuntukkan masa, bayar duit RM 10 terus blah sambil buat muka yang tak boleh blah

Sepanjang jalan rasa bengang tak habis lagi...yang paling bengang sekali segala duit syiling kat dalam bekas habis licin...yang tinggal cuma 2 keping duit 5 sen jek...itupun perasan waktu nak bayar duit tol...cis! dasar toyol cuci kereta habis duit aku kau kebas...maybe sebab diaorang tengok plat kereta negeri lain sebab tu berani buat kerja camtu kot

Hati dah start panas membara rasa mau jek patah balik & tuntut keadilan, fight for your right...tapi, memandangkan kos duit tol & minyak kereta lagi tinggi dari nilai duit syiling yang hilang maka terpaksa pendamkan jek perasaan tu

Sampai kat rumah pulak tengok ada kesan calar baru pada bahagian pintu sebelah penumpang...lagilah tercalar hati ini...hutang bank pun tak bayar habis lagi kereta dah calar-balar...memang sakit hati sangat-sangat kita bayar RM 10 untuk dapatkan calar pada kereta plus duit syiling kena curik...penat pun tak hilang lagi tambah pulak sakit hati

Moral of the story, kalau hantar cuci kereta better kita tunggu & perhatikan diaorang buat kerja...jadilah macam mandor tengok setiap gerak-geri diaorang...kalau ada barang berharga tu eloklah keluarkan siap-siap...

Tapi, bukan semua kedai or pusat cuci kereta camni...selama ni elok jek OdahOne cuci kereta takde masalah...cuma lepas daripada ni kenalah lebih berhati-hati kalau nak cuci kereta...kalau rumah ada halaman lagi bagus cuci sendiri boleh jugak exercise

*nota kaki berbau
Cuci kereta cuci mata, cuci hati cuci dosa

20 October 2011

RISIK MEMPELAI


KLIK image kalau nak singgah...

Minggu lepas OdahOne banyak habiskan masa untuk menyelesaikan misi yang bernama 'Ops Kawen'...misi kali ni agak mencabar sebab kena berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain semata-mata nak cari butik pengantin yang vogue...Parit Buntar adalah destinasi pilihan sebab dekat dengan lokasi majlis

Area Parit Buntar ni memang banyak sangat butik pengantin...banyak sangat pilihan kalau 1 hari nak ushar semua tempat memang tak habis...lagi banyak kita ushar lagi banyak baju cantik-cantik yang kita jumpa & lagi menarik pakej yang akan kita dapat & lagi banyak bajet yang kita dapat save...itulah kelebihannya kalau kita rajin buat survey...tapi, kekurangannya pun ada gak...kepala jadi pening & badan jadi letih secara automatik

Lebih dari 8 butik pengantin yang kami sempat terjah...mata pun dah naik berpinar-pinar tengok manik-manik pada baju pengantin...terpaksa ambik macam-macam pamplet dari setiap butik & buat perbandingan...bukannya cerewet tapi just nak cari pakej perkahwinan paling bajet...kalau duit banyak takpe gak, cari jeklah butik yang grand-grand & ambik pakej yang paling mahal sure cantik & glamer

Final decision perlu dibuat kalau ikut nafsu memang semuanya cantik...last sekali ushar punya ushar OdahOne pilih yang ini 'Butik Pengantin Risik Mempelai' sebab pakejnya yang menarik, worth it sesuai dengan bajet, baju & solekkannya cantik, layanan yang friendly yang paling penting ownernya jenis yang lebih kurang & tak kesah...lokasinya pun terletak kat tepi jalan utama senang nak nampak

Mula-mula OdahOne pelik jugak dengan nama kedai ni kenapa Risik Mempelai...orang dah jadi mempelai buat apa nak dirisik lagi carilah yang bukan mempelai kan still ramai lagi kat luar tu

So, ownernya pun jawab dengan panjang lebar; kalau nak jadi mempelai orang lelaki kenalah merisik dulu barulah boleh mempelaikan diri...yang orang perempuan pulak lepas dirisik barulah boleh jadi mempelai...bukan boleh main belasah jek sebab kita kan orang Melayu ada adat lagipun nak kahwin dengan anak orang bukannya dengan anak kucing

Terdiam kejap OdahOne...tulah mulut gatal sangat nak tanya...tapi, ownernya ni memang suka bergurau...OdahOne tak kesah memang betul apa yang dia cakap tu 

Owner butik ni nama Syahrul...orangnya sempoi jenis soft guy tapi bukan jenis yang mengada-ngada tu...muda-muda lagi dah ada butik & pandai cari duit sendiri...dia ni jenis yang kalau kita melayan lagilah dia makin menjadi...kenalah regu dengan OdahOne...rancaklah kami berborak...One pulak takes time untuk faham bahasa orang utara...kalau kita cakap slow-slow dia fahamlah tapi kalau laju sangat makin lambatlah pick up dia nak faham...


Baju kat sini memang cantik-cantik...memang Syahrul design sendiri manik pun dia jahit sendiri...kami tengok macam-macam jenis manik berlambak kat atas meja dia...hasil kerjanya pun kemas & memang up to date...bila tengok banyak sangat baju yang cantik startlah Odah nak tukar theme kaler lain...nasib baik One ada, dia yang nasihatkan kita stick dengan theme asal sebab banyak barang kahwin yang dah beli kaler tu...biasalah orang pompuan pantang tengok baju cantik
 
Yang paling penting sekali makeup mesti cantik...takmaulah kecantikkan pelamin menenggelamkan kecantikkan si pengantin...cantik ker si pengantin?

Kami ambik pekej lengkap semua sekali senang tak payah fikir banyak-banyak...set terdiri daripada pelamin, bilik tidur, meja makan pengantin, kek 3 tingkat, baju 2 set siap dengan aksesori, 2 kali solekkan, tilam nikah, photographer siap dengan album gambar...yang paling best semua hiasan pada pelamin, bilik tidur & meja makan pengantin termasuk bunga tangan diaorang guna fresh flower@bunga hidup bukan bunga mati@plastik...ala-ala garden gaklah...

Kira berbaloi dengan harga...dapat pun baju baru, baju belum habis jahit manik lagi tapi dah nampak lawa...tanpa membuang masa kami pun terus sambar baju tu


Dah siap fitting baju & pilih design pelamin semua OdahOne terus deal & bayar deposit...senang nak bincang dengan orang yang friendly & lebih kurang ni...butik-butik sebelum ni memang ada yang lagi murah tapi cara layanannya tak berapa best & bila nak tambah benda yang kecik-kecik pun nak charge duit...dengan budak Syahrul setakat benda yang kecik-kecik dia tak berkira sangat pun kira cincailah orang Cina cakap...tapi hasil kerja tak cincai tu yang mustahak

Misi kami pun berakhir disitu dengan penuh kepuasan...hope, semuanya berjalan macam yang dirancang...misi yang seterusnya ialah memastikan berat & bentuk badan kekal seperti sekarang supaya baju kahwin yang dah siap di fitting muat sekali masuk jek tanpa perlu di alter banyak-banyak kali

*nota kaki berbau :
Sorang utara (Tepeng) & sorang lagi selatan (Muo) berjumpa pulak kat tengah-tengah (Kolumpo)...Indah sungguh bumi tuhan

19 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #15








*nota kaki berbau :
Mencegah itu lebih baik dari mengubat, menutup jalan maksiat itu lebih baik dari merawat, menegah itu lebih baik dari melihat

18 October 2011

GIGI PALSU BUAT EMAK





Balik kampung tengok mak dah takde gigi...sedihnya bila tengok mak nak makan pun susah main telan jek...lama-lama gusi pun sakit sebab kunyah pakai gusi bukan guna gigi...ini tak boleh jadi...aku pun start ushar kat mana agaknya port nak buat gigi palsu yang murah & cepat lagi selamat...buat kat hospital kerajaan memanglah murah tapi nak tunggu berbulan-bulan tu yang tak larat...akhirnya dapat gak sebuah tempat ni yang memang popular kat area Kamunting sebab harganya yang murah


Kedai ni memang underground & style kampung...dia tak mementingkan deco dalaman yang cantik tapi kualiti & harga yang berpatutan sesuai untuk orang kampung & golongan sederhana macam OdahOne ni...mula-mula cari tak jumpa kedai ni & telefon pun ownernya tak angkat...so, terpaksa tanya makcik yang jual goreng pisang kat area bus stand Kamunting tu...dah terlanjur tanya kenalah beli goreng pisang RM2.00...dia pun tolong tunjukkan kedai yang ada gambar gigi besar terpampang kat pintu cermin kedai

Masuk jek kedai tengok doktor gigi ni tengah solat patutlah tak jawab panggilan rupanya ada panggilan yang lebih penting dari tu...mula-mula dia sukat & buat acuan untuk bentuk gusi & gigi palsu dulu & dia suruh datang lagi esok untuk fitting gigi pulak...nak buat gigi pun kena fitting jugak macam nak test baju pengantin...bukan sekali buat terus ok...kena try & error jugak barulah dapat gigi palsu yang ngam dengan mulut & rupa & bila tersenyum orang tak perasan yang kita pakai gigi palsu

Doktor gigi ni pun baik & jenis yang tak berkira...yang peliknya bila nak bayar lumpsum dia tak mau sebab katanya barang belum siap lagi tak boleh bayar habis...ada jugak orang yang berniaga tapi takmau ambik duit customer

So, siapa yang stay area Taiping, Parit Buntar or kawasan yang berdekatan bolehlah buat gigi palsu kat sini...harganya memang murah & berpatutan...kat KL harga buat gigi palsu atas & bawah mau sampai RM800-RM1K...kalau tengok mak or abah tersenyum nampak gusi macam pagar dah tumbang tu eloklah buatkan gigi palsu untuk diaorang...takkanlah kita sanggup tengok diaorang terkial-kial nak habiskan sepinggan nasi bersama lauk ayam goreng...dulu dia bela kita dari takde gigi sampailah tumbuh gigi tak mintak sebarang bayaran pun


Kepada yang still ada gigi jagalah gigi masing-masing sebab 1st sekali makanan yang masuk dalam mulut akan jumpa gigi dulu...lepas gigi kunyah barulah tekak dapat menikmati keenakkan makanan & seterusnya ditelan masuk ke dalam perut...kalau gigi pun dah takde nak makan pun jadi tak syok...takkan nak makan kanji@bubur sepanjang hidup...tengok orang makan KFC kita pun nak merasa jugak kan

*nota kaki berbau :
Bangun pagi gosok gigi cuci muka makan roti minum kopi buat entri pasal gigi

12 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #14





*nota kaki berbau :
Pagi Petang Malam, Cerah Hujan Gelap, Sesak Sederhana Lapang

10 October 2011

9.10.11


Congratz! Nadia & Zaki

Apa ni? Baru nak belajar mengira ke?

Sebenarnya ni tarikh keramat...apa yang keramat?...entah semalam ramai betul member & sedara mara OdahOne yang kahwin...semua berebut pilih tarikh ni sampai confuse tak tau nak pergi yang mana satu...terpaksalah pilih mana yang wajib pergi takut ada yang kecik hati & nanti kita kahwin pun diaorang tak mau datang...datang kenduri kahwin ni memang wajib tapi kalau dah banyak sangat tak laratlah nak pergi semua sekali dari utara sampai selatan...kena pilih yang mana lebih wajib pergi

Memang dah jadi trend agaknya semua nak kahwin pilih tarikh yang glamer-glamer...tapi, kadang-kadang tak sengaja & rancang pun...dah tarikh tu yang paling sesuai & elok nak kahwin so, apalagi on jek lah...adik lelaki One dulu kahwin 11.10.09, adik perempuan dia pulak kahwin 10.10.10 & abangnya maybe kahwin 20.11.2011 kot...Insyallah...

Kalau orang Jawa nak buat majlis kahwin or nikah diaorang akan pilih tarikh yang elok-elok berdasarkan kalendar Islam bukannya kalender orang putih...katanya kalau pilih tarikh yang elok Insyallah perkahwinan akan berkekalan & majlis kahwin pun akan berjalan lancar...tak taulah betul or tak, tapi dalam Islam even nak potong kuku pun kena pilih hari yang elok...kalau nak kahwin pun kena pilih tarikh yang elok-elok jugak kot tak boleh main bantai jek

Cuba kita tengok Kalender Jawa ada perkataan Legi, Pahing, Pon, Wage & Kliwon...maybe ramai yang tak pernah tengok...satu pun OdahOne tak faham hanya orang yang betul-betul Jawa yang boleh faham...tak tau camne cara perkiraan tarikh diaorang...ilmu Tajul Muluk kot namanya...ada masa boleh belajar kalau ilmu yang berguna takde salahnya nak belajar...tapi jangan terlampau taksub sangat dengan tarikh-tarikh tertentu sampai melebihi kuasa Allah & menyalahi Qadak & Qadar

Apa-apa pun OdahOne ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang berkahwin semalam...hope, berkekalan sampai ke akhir hayat...ada yang cakap kahwin ni satu perjudian...bergantung pada nasib, yelah macam orang main judi kalau nasib baik ada ong dia menang & kalau nasib tak baik@suwei dia kalah...ada ker patut kahwin nak disamakan dengan judi?...orang kahwin dapat pahala orang main judi dapat dosa besar  masuk neraka kalau tak sempat taubat...mana boleh samakan camtu...apolah...

Kalau kahwin dengan kaki judi lagi teruk habis anak bini semua tergadai...silap-silap ada yang kena bunuh...yang berjudi lepas kahwin pun ada jugak...konon-kononnya nak tambah income sebab anak-anak dah ramai tak mampu nak tanggung...bagilah anak bini makan duit haram hasil judi Toto, Magnum, Da Ma Cai or daun terup...ini baru dinamakan perkahwinan itu satu perjudian...sebelum kahwin tak main judi tapi lepas kahwin pandai pulak main judi & terus terjebak jadi kaki judi...hoho

Pada yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun ni buatlah persiapan kahwin elok-elok...jangan membazir & ikut kemampuan...buat jugak persiapan mental sebelum jadi isteri or suami orang...macam nasihat untuk diri sendiri jek...pilihlah bakal suami or isteri yang bila "Bersamamu hidup ini jadi indah semuanya"...Bersamamu Selamanya...

*nota kaki berbau :
11.11.11...20.11.2011...13.12.11...12.12.12...20.12.2012...Ada lagi ke tarikh glamer lepas ni???

07 October 2011

BAJET 2012




Kat atas ni adalah antara apa yang menarik untuk Bajet 2011...

Bajet 2012? Kita sama-sama tunggu petang ni lepas Solat Jumaat PM kita Dato Seri Najib akan bentangkan secara panjang lebar & terperinci...biasalah dah jadi tradisi Bajet@Belanjawan memang akan dibentangkan pada Hari Jumaat...nak ambik berkat kot...dah macam-macam spekulasi yang kita dengar tentang bajet ni walaupun belum keluar secara rasmi tapi bayangannya dah ada...ramai yang dah buat bajet sendiri...berangan nak jadi Menteri Kewangan ke-3 lah tu...buat Bajet dapur sudah lah

Harga barang apa yang bakal naik? Harga barang apa yang tak naik & harga barang apa yang turun? Biasanya yang dah naik susah nak turun...

Servis / perkhidmatan / cukai / duti apa pulak yang akan dinaikkan & ada tak yang akan dimansuhkan? Cukai untuk rokok & arak memang biasa tiap-tiap tahun naik...itupun masih ramai yang masih mampu nak merokok...maklumlah orang kaya boleh bakar duit...nasib baik kadar bayaran tol untuk 4 lebuhraya PLUS dah dijanjikan takkan naik untuk tempoh 5 tahun macam yang dibentangkan untuk Bajet 2011...kerajaan dah janji nak bagi subsidi untuk benda tu

Siapa yang paling banyak akan dapat benefit daripada Bajet 2012? Rakyat? of course...tapi rakyat yang macam mana? berpendapatan rendah? kakitangan awam or swasta or usahawan or yang bekerja sendiri? or penganggur? Dengar cerita kakitangan awam akan dapat bonus hujung tahun ni betul ke? Tersenyum lebar nampak...Yelah dah lama tak dapat full bonus...yang kerja swasta dapat habuan tak? 

Adakah akan diteruskan lagi program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan?...rakyat miskin or berpendapatan rendah bolehlah tarik nafas lega kalau PM teruskan or tambah lagi benda baru yang menarik...untuk bajet yang lepas imam, guru agama, dan ahli JKKK Persekutuan dapat tambahan elaun, tahun ni siapa yang akan dapat lagi? 

Yang tak best cukai perkhidmatan yang dikenakan untuk perkhidmatan televisyen berbayar Astro...habis naik setakuk lagi bil Astro kita tahun ni...tu tak termasuk lagi yang Astro gatal-gatal naikkan & bakal naikkan...kalau tak kerana nak tengok bola memang dah lama kasi shutdown itu astro

Amboi...makin banyak soalan yang timbul...apa-apa pun kita tunggu jeklah PM kita yang bentangkan lepas habis Solat Jumaat dalam pukul 3 petang kot...OdahOne setakat bentangkan sejadah untuk jemaah nak Solat Jumaat bolehlah...nak bentangkan Bajet untuk rakyat memang tak lepas sebab diri sendiri pun memang dah lari bajet...saksikanlah Bajet 2012 di depan TV anda ataupun nak dengar radio or via online pun boleh

*nota kaki berbau :
Bajet cun, bajet lawa, bajet kaya, bajet pandai padahal takde apa-apa pun?

05 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #13






*nota kaki berbau :
Hantu dan jembalang banyak berkeliaran dia cuba nak menghasut perpaduan bangsa

04 October 2011

MATI CELAH PINTU


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil, Hue.

Mati Celah Pintu 

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama di tingkat tiga pejabatnya di Jalan Yam Tuan, di sini, semalam. 

Ketika kejadian, mangsa, Hue Wan Ching, 79, yang dikatakan tinggal berseorangan di bilik pejabat itu sejak 30 tahun lalu sebagai penjaga bangunan itu ditemui dalam keadaan terbaring. 

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan berulat dan busuk itu berbungkus langsir dipercayai dijadikan selimut ketika sejuk. 

Sumber berkata, wanita itu dipercayai membuka pintu dan keluar sebelum pintu pejabat itu tiba-tiba tertutup, manakala tombol pintu terkunci dari dalam. 

“Mangsa kemudian terperangkap antara ruang itu dan mungkin mati akibat kelaparan dan kesejukan, malah dia juga mempunyai sejarah sakit jantung.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maticelahpintu/Article/index_html


Bila baca artikel ni teringat pulak dengan peristiwa yang berlaku pada OdahOne bulan puasa yang lepas...boleh baca entry ni kalau nak tau kesah sebenar; "TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN"...ramai yang bantai gelak & ketawakan OdahOne bila baca entry ni...insiden tu memanglah lawak tapi kadang-kadang kita tak tersedar boleh mengundang bahaya contohnya tengoklah macam kes yang kat atas ni

Kesian kat aunty ni sebab dia tersepit kat celah pintu tu sampai berhari-hari tak dapat makan & minum...bayangkanlah bertapa terseksanya hidup dalam kehausan & kelaparan dalam ruang yang sempit tu?...memang sadis, mayat dia pun orang jumpa dalam keadaan berselimut maybe dia kesejukkan...kat area tu tak ramai orang yang lalu-lalang kot...so, takde siapa yang boleh datang tolong even dia menjerit mintak tolong...or mungkin jugak aunty ni meninggal dunia sebab dia panik & terus kena serangan jantung

Mujurlah OdahOne cuma tersepit tak sampai sehari...nasib baik jugak sebab waktu tersepit tu ada bawak handset...bolehlah call kawan-kawan tolong...kalau handset pun tertinggal kat dalam rumah maybe lama jugak duduk kat celah pintu tu & tak mustahil boleh menerima nasib yang sama macam aunty ni...nauzubillah

Pengalaman OdahOne duduk dekat 2 jam kat celah pintu tu mungkin tak sedashyat pengalaman yang aunty ni dapat hinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya kat situ...tapi, at lease OdahOne dapat jugak rasakan bagaimana perasaannya time tu...perasaan panik, cemas, marah, lapar, dahaga, nak buang air & macam-macam...memang panik & gabra gila...lebih-lebih lagi kalau kita tinggal sorang kat rumah tu...dah lama-lama baru cool & tau apa nak buat

Moral of the story; berhati-hatilah time nak keluar rumah especially bagi yang tinggal kat rumah or pejabat yang ada ruang diantara pintu grill & pintu dalam...makesure kunci dah ada dalam poket sebelum kunci & tutup tombol pintu...pastikan situasi di atas tak terjadi pada anda & kalau berlaku jangan panik sebab time panik kita memang tak boleh nak buat apa-apa even berfikir

*nota kaki berbau :
Mati itu pasti, pastikan bersedia dulu sebelum mati, jangan mati sebelum anda benar-benar mati

03 October 2011

BERSYUKUR KERANA KITA MASIH KURUS & SIHAT



Bersyukur

Kedua-dua belah tangan "5" jari terbuka tapak ke atas menyentuh tepi pipi, lalu dinaikkan sedikit ke atas. 
Contoh ayat : Kita mesti bersyukur kepada tuhan

Klik SINI untuk melihat video isyarat (Sumber : MFD)


Kadang-kadang tanpa kita sedar kita kurang bersyukur.....

Sanggup habiskan duit beratus malah beribu RM semata-mata nak kuruskan badan...entah macam-macam benda di cuba...minum teh diet lah, sedut lemak kat pusat rawatan kecantikkan, beli produk 'lu slimlah beb' & produk kuruskan badan yang harganya kadang-kadang tak berbaloi dengan hasil...badan still boyak walaupun berkotak-kotak ubat yang dah ditelan...lemak tepu & spare tyre masih lagi kelihatan dari kejauhan

Dalam pada tu, ada pulak yang ambik kesempatan jual produk menguruskan badan dengan harga yang tak masuk akal sedangkan ingredients kat dalam tu entah apa-apa entah...kadang-kadang rasanya kalau tak makan ubat tu pun boleh kurus jugak...kalau ikut arahan lepas makan ubat dia tak kasi makan nasi, makan malam & banyak-banyak buat exercise...semua orang boleh kurus camtu even tak telan ubat yang dia jual...apolah!


Gemuk 

Kedua-dua belah tangan "S" tapak ke atas paras pinggang, lalu kembangkan kepak siku kanan dan kiri.

Orang yang nak kurus@diet ni sanggup buat apa jek & tak kesah spend duit banyak-banyak...bajet untuk kurus & nampak cantik dah suku or separuh daripada gaji...kami buat semua ni sebab nakkan title KURUS...kalau kurus macam-macam fesyen baju yang kami boleh pakai...masalahnya dulu time kurus & cantik tak mau jaga...bila badan dah mula memboyak & orang dah mula mengata barulah kelam kabut cari formula nak kurus...( -nasi + exercise + ubat = kurus)


Bila tengok gambar sendiri yang terkini member upload kat facebook pun tak percaya sebab ada double chin...mungkinkah itu orang lain?...nak pilih gambo nak letak kat kad kahwin & bunting pun susah sebab takde gambar terbaru yang cun & slim...kalau dua-dua pasangan slim ok lah macam merpati sejoli...yang tak ok kalau sorang slim & sorang gumuk...bertapa hebatnya masalah yang melanda & menghantui


Kurus

Kedua-dua belah tangan "I", hujung jari dikenakan antara satu sama lain, kemudian direnggangkan ke atas dan bawah.


Nak gemuk memang senang tapi nak slim memang susah beb...baju kat almari@robok banyak yang dah mengecut either baju yang mengecut or saiz badan yang semakin berkembang...kami pun tak tau...mungkin washing machine yang rosak sekali cuci habis semua baju jadi kecut & tak muat nak pakai...mungkinkah ini ayat untuk cover line?...haruskah mesin basuh baju yang dipersalahkan?

"Dulu saya gemuk sekarang saya dah tak gemuk...lihat pinggangku...jadi rampingkan???"

Syarikat & produk nak kuruskan badan pun berlambak-lambak kat pasaran macam cendawan taik anjing yang tumbuh selepas hujan...kebanyakkan semua nak kaut untung di atas kegemukkan orang lain...maka, diaorang letaklah model & testimoni yang mengarut nak bagi orang gemuk terpengaruh...kalau niat ikhlas nak membantu orang jadi kurus takpe apa salahnya...maka, juallah produk dengan harga yang munasabah jangan dengan harga yang mencekik darah

Dalam proses diet kita sanggup pulak menolak makanan yang dah sedia terhidang kat depan mata...padahal cuma tinggal suap jek masuk dalam mulut, dengan alasan takut inci kat pinggang naik pulak...walaupun masa tu tengah lapar & makanan favorite yang dipersembahkan...sedangkan bila lihat kat luar sana ramai manusia yang kebuluran tak cukup makan & mati tak makan...seandainya duit yang di habiskan untuk jadi kurus & cantik tu kita dapat alihkan buat beli makanan untuk diaorang alangkah bagusnya...


***Ayat-ayat di atas adalah coretan si penulis yang gagal dalam program dietnya...yang mana baik jadikan tauladan & yang buruk jadikan sempadan...yang mana fakta jadikan nota...yang mana auta jadikan sketsa...Sekian...

*nota kaki berbau :
www.akutakmaugemuklah.com...www.ohperutkusparetyre.com...www.kurusker.com...www.camnenakdietni.com...www.tolonglahlemakpergijauhjauh.com...www.kurusituindah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...