28 August 2011

SALAM HARI RAYA DARI ODAHONE UNTUK SEMUA




SMS alert dah start berbunyi lagu raya...ring tone pun sama juga...bukak tv & radio berkumandang sudah lagu-lagu raya...pergi shopping complex pun sama juga...sana-sini orang sibuk jual kuih raya...pakaian baju pun sama juga...daun ketupat & lemang dah dijual sini sana untuk hari raya...ayam & daging pun sama juga

Apakah maksud semua ini?

Laa...dah dekat nak raya rupanya...Mood raya pun dah makin membuak-buak lebih-lebih lagi bila dah selamat sampai kat kampung yang tercinta...ada yang masih kat atas jalan raya untuk pulang beraya...berhati-hatilah dijalan raya, jangan memandu macam hantu raya...semoga selamat sampai selamat tiba

OdahOne nak ambil kesempatan di hari mulia yang bakal tiba ni untuk memohon ampun & maaf kepada semua pelawat blog yang serba merah ni...kalau ada terkasar bahasa or silap & salah semasa menulis entry, komen or apa-apa sahaja yang buat sesiapa terasa OdahOne ingin menyusun sepuluh jari mintak maaf...


Maklumlah, bukan semua yang kita tulis orang suka baca & bukan semua yang kita tulis itu betul belaka...kadang-kadang kita lupa & ada kala kita leka...So, inilah kesempatan terbaik untuk kita perbetulkan kesilapan & memohon maaf kepada para pembaca


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 0 - 0


Ini blog suka-suka
Bukan buat orang berduka
Malahan buat orang gembira
Bukan mengumpat atau mengata
Jauh sekali ungkapan mencerca
Sekadar berkongsi satu cerita
Buat tatapan para pembaca
Jika ada insan terluka
Mahupun ada yang terasa
Ampun dan maaf jua yang odahone pinta
Selamat Hari Raya untuk semua

From : muo to taypeng with love
"Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"



bighandesignbighandesign

*nota kaki berbau :
Hari raya hari bahagia, umat Islam semua bergembira, jangan lupa pada yang tiada, miskin papa dibantu juga, agar hidup sentiasa ceria...Maaf dan ampun perlu dipinta, kepada ibu mahupun bapa, sanak saudara tak juga lupa, itulah nikmat di hari raya

8 KOMEN:

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Assalam....

berjalan-jalan mencari baju raya,
untuk di guna di hari raya,
kalau ada silap bahasa, terlebih kata,
harap di maaf aQ pinta....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin !!!!!

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

selamat hari raya odah...moh dtg umah yer hehehe..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

slmt hr raya semua! yeah!2 esk raya

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

salam aidilfitri
maaf zahir batin yer

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

Selamat hari raya odah dan one
maaf zahir batin yer

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

maaf zahir & batin MOMOY

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

golden goose
lebron 17 shoes
adidas yeezy
yeezy shoes
golden goose outlet
yeezy boost
lebron 15
westbrook shoes
birkin bag
stephen curry shoes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...