11 July 2011

WANITA UGUT TERJUN JAMBATAN KEDUA SUNGAI MUAR


Semalam sekali lagi OdahOne terserempak dengan perisriwa live berlaku di depan mata waktu kat Muar...kelmarin peristiwa DRAMA TEBUSAN DI MUAR, kali ni sorang perempuan pulak ugut nak terjun daripada Jambatan Kedua Muar...untuk makluman dia bukannya nak buat bungee jumping or pecahkan rekod terjun daripada jambatan, tapi nak buat free jumping untuk bunuh diri...

Kebetulan OdahOne on the way nak ke Melaka tapi start daripada stesen Petronas nak naik ke jambatan kereta dah berduyun-duyun...ingatkan sekatan jalanraya untuk perhimpunan Bersih tak habis-habis lagi...kalau kotor kasi angkat cuci bersih-bersihlah awat nak bikin jalan jammed....kebetulan kami pakai couple shirt kaler kuning pulak tu...berdebar-debar gak bila tengok polis ramai-ramai kat atas jambatan tu...rupa-rupanya....???




MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.

Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Kecewasuamicurang/Article



Fuh!...ingatkan apa tadi buat suspen jek...Apolah...tak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri & orang lain...dah kena siasat under section 309...orang ramai yang lalu jalan tu pun dah start maki-maki sebab terpaksa berbaris panjang...ada yang dah terperangkap berjam-jam waktu jammed nak masuk KL hari sabtu lepas, ni terperangkap lagi sekali mana tak hangin...macam biasa orang ramai yang datang tengok yang sebenarnya bikin jalan jadi bertambah sesak

Moral of the story : Fikir dulu sebelum bunuh diri...especially bagi yang beragama Islam...rugi jek kalau mati bunuh diri macam mati katak...dunia tak dapat akhirat pun tak dapat...kalau dah teringin sangat nak bunuh diri janganlah menyusahkan orang lain carilah port bunuh diri yang privacy & tak ganggu orang ramai & kalau boleh mayat pun orang tak payah nak cari...pasukan bomba & penyelamat banyak lagi kerja lain yang diaorang boleh buat daripada cari mayat orang yang bunuh diri...Fikir dulu sebelum terjun


*nota kaki berbau :
Mau hidup susah mati pun susah, mati pun mau kena pegang itu bendela...Haiyaa...


Jangan lepaskan peluang untuk memenangi 6 iPads, 56 tea sets & Grand Livina daripada BOH!

13 KOMEN:

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

laa.putihnye.ingatkan cina.hu3
knapela terus pikir nak bunuh diri.isk3

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

Tapi yang pasti hubby dia mesti buat balik perangai dia tu
Nak heran apa...mesti dia x kisah

Cara dan Tips Elak Blog Dari di Godam | Bertindak Sekarang!"
Cara Test Kualiti Keyboard Komputer Korang"

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

aleen : yup mula2 igtkn cina gak tapi bila tgk husband dia ckp melayu baru tau org melayu

MOMOY : ntahlah xtaulh kalo dia xinsaf lg maybe dia yg ptut terjun kot...hoho

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

kesian kat minah ni, sbb syg sgt dgn laki dia nekad nak bunuh diri..Odah tgk cun tak minah tu? nampak mcm cun je.sayangkan lelaki ni da dpt bini cun pun lagi mau cari lain...

Renjer Sungai said...[Mari Balas Komen Ini]

nasib baik dapat pujuk hi..kalau tidak mau jadu makanan ikan huhu...

semoga tuhan memberi pertunjuk kepada beliau aminnn...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

cunlah sbb cukup sifat semua sekali...xtaulh apa mslh problem husband dia tu...kalo bini dia jadi terjun & mati sure laki dia nyesal & silap2 terjun sama gak...ishk ishk

Hans Hanis said...[Mari Balas Komen Ini]

adoi
bunuh diri bukan jalan penyelesaian
xfaham betul aku manusia2 skrg
nasib dapat diselamatkan

Apabila Aku Meminati Drama Dan Filem Dari Korea Dan Jepun

org muo said...[Mari Balas Komen Ini]

ish ish ish ..jambatan kedua muo mcm sunyi sikit...kecuali kenderaan yg lalu situ..dengo citer dh banyak makan org jambatan tu :( ... kalau marah sgt kat suami curang tu jgn lah sampai nak bunuh diri...lbh baik ambik batang cangkul tibai je suami curang tu...puas hati..bunuh diri bedosa beso tu hmmm

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

yela org muo...jmbtn tu mmg scary sikit...xde org yg berani memancing kat area tu tak macam jmbtn lama ramai kaki pancing...waktu mula2 bukak jmbtn tu pun dah ada yang mati motor terpelanting jatuh dari jmbtn

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

yela org muo...jmbtn tu mmg scary sikit...xde org yg berani memancing kat area tu tak macam jmbtn lama ramai kaki pancing...waktu mula2 bukak jmbtn tu pun dah ada yang mati motor terpelanting jatuh dari jmbtn

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Cik Mendezz xrasa dia nk bunuh diri..
just nk perhatian org so dat hubby dia igt apa yg dia buat ni..
bila emosi mengatasi logik akal ini lah jadinya..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Azura Mendezz...yup stuju gak...len kali suaminya xbrani wt lg kan...malu wooo...

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Pemilik blog ni tak sensitif langsung, nampak sgt mentaliti kelas ketiga. Tiada simpati, siap kata menyusahkan org bagai, siap suruh org tu bunuh diri senyap2 supaya tak susahkn org. Cold nya hati kau. Kalau tuhan uji kau dan family kau sampai jd macam perempuan tu baru kau tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...