19 July 2011

JUALAN MERDEKARAYA


Kalau dulu kita pernah dengar Jualan KongsiRaya (Gong Xi Fa Cai + Hari Raya), Jualan DeepaRaya (Deepavali + Hari Raya), Merry Raya & tahun ni kita dengar pulak jualan MerdekaRaya sebab kebetulan tarikh Hari Raya Puasa tahun ni saing dengan Hari Kemerdekaan negara kita 31 Ogos

Ada-ada jek diaorang ni...buat confusekan konsep Hari Raya...tiap kali nak raya macam-macam jenis jualan yang diaorang buat...Jualan Koyak-Rabak pun OdahOne pernah tengok bannernya...habislah koyak rabak poket orang-orang yang shopping kat situ...diskaun sampai 80% pun ada...nak pancing orang datang beli punya pasal...kenapa tak bagi jek diskaun 100% ker kan bagus?...baru bankrupt bisnes...hoho

Belum puasa lagi dah macam-macam iklan yang keluar...iklan perabot, cat, barang kemas, pakaian, pinggan mangkuk, barang elektrik & macam-macam ...kalau iklan buah kurma tu logik masuk akal jugaklah coz bulan puasa & kurma memang tak dapat dipisahkan...memang sunnah nabi...iklan cat pun ok jugak sebab ada jenis orang yang tiap-tiap kali raya sure cat rumah macam jiran depan rumah aku dulu...paling koman pun cat pintu pagar besi...kalau tak memang tak sah & tak raya lah diaorang gamaknya

Tapi, kadang-kadang ada iklan yang takde kena mengena dengan hari raya...contoh; kedai cermin mata pun buat jualan MerdekaRaya jugak...ada ke orang yang tukar cermin mata tiap kali nak raya? or beli spect Rayband untuk pakai tiap kali Hari Raya...stylo lah ek beraya rumah orang pakai spect itam...kalau ada sorrylah maybe OdahOne yang tak up to date...siapa yang nak cuba nasib JOIN peraduan MerdekaRaya pun ada...tengok jelah kat dalam paper tu 

Pada OdahOne boleh kalau nak guna istihlah MerdekaRaya tu...tapi, maksud MerdekaRaya kat sini ialah; 

Sesiapa yang dapat harungi ujian time bulan Ramadhan & berpuasa dengan sepenuh jiwa maksudnya bukan just menahan lapar & dahaga barulah layak untuk Merdeka & sambut Hari Raya (MerdekaRaya)...tapi, kalau puasa pun asik ponteng & berpuasa just dapat lapar & dahaga nak merdeka amendenya...masih dijajah dek syaitan...kalau istihlah KongsiRaya & DeepaRaya tu memang tak sesuai digunakan sebab perayaan ni melibatkan agama mana boleh nak digabung-gabungkan sambutan lain-lain agama

*nota kaki berbau :
Hari Raya, Jalan Raya, Lebuh Raya, Jabatan Kerja Raya, Hantu Raya, Balai Raya...Raya maksudnya; besar, ramai, pesta, banyak, umum, awam...Pilihan Raya dah nak dekat ni....Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi???

5 KOMEN:

Maya Mayana said...[Mari Balas Komen Ini]

dah daftar dah,mengundi pun dah...biasalah tu semua tricks :P

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

Time2 macam ni lah abis rabak duit kita..Macam2 sale ada..ye tak ye gak kan..kedai spek tu buat sale merdeka rayaapa pekahnya..tiap2 tahun ke org tukar spek?i ni pun spek tukar 3 tahun belum tentu sekali..hahaha

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

maya : thn ni blehlh mengundi...pangkah beso2 hoho...

qelissa : agknya sale dieorg mningkat time raya kot...

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

odah hehe tq wish td hehe..ni baru sempat blogwaking ^_^

merdekaraya..aduihh nnt 31 ogos kita wajib smbut merdeka walupn msa tu raya ke2 kn odah..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

xtaulh yg mana nk smbut...sambut raya lg best kot dari smbut merdeka tjerit2 smbil countdown...xmerdeka2 gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...