08 July 2011

DRAMA TEBUSAN DI MUAR


‘AKU BUNUH SEMUA’

MUAR: “Bunuh aku, kalau tak aku bunuh semua budak yang ada.” Itu ugutan lelaki dipercayai pesakit mental yang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru sebagai tebusan selama hampir tujuh jam, bermula jam 9 pagi semalam.

Ugutan lelaki bersenjatakan parang, tukul besi, pistol pengokot (stapler) dan alat pemadam api itu disuarakan kepada Penolong Pengetua Pusat Jagaan Serikids, Khoo Chon Den, 50, sambil mengacukan tukul besi kepadanya.

Khoo yang ketakutan dan serba salah, bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas memikirkan penyerang lelaki itu bersikap baik terhadap semua tebusan termasuk mendukung seorang kanak-kanak untuk ke bilik air.

“Lelaki itu menghulurkan saya tukul besi dan menjerit supaya saya membunuhnya, namun saya tidak memenuhi tuntutannya itu kerana takut.

“Saya bimbangkan keselamatan semua kanak-kanak yang ada, namun pada masa sama tidak mahu menjadi pembunuh. 

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2011070801012020110708010120/Article



Semalam kebetulan OdahOne lalu kat tempat kejadian...sure ramai orang muo yang tak lepaskan peluang datang tengok...kawasan tu memang penuh dengan orang ramai yang nak tahu & nak tengok sendiri episod drama tebusan, walaupun sebenarnya mengganggu tugas polis...lepas berita ni keluar kat berita pukul 1 petang semalam lagi ramai yang datang & polis terpaksa tutup jalan nak masuk ke kewasan tu

Bomba, polis & ambulans pun dah standby kat luar...selalu kita just tengok kat dalam TV tapi kali ni live depan mata...syukur semua selamat & takde yang tercedera parah or kehilangan nyawa...syabas buat cikgu-cikgu & anggota keselamatan sebab berjaya menyelesaikan drama tebusan tersebut dengan berjaya walaupun terpaksa menembak mati suspek...


Orang ramai yang tunggu kat luar especially parents budak-budak tadika kat situ memang berdebar-debar sebab dah beberapa jam still tak tau nasib anak-anak diaorang kat dalam tu...dalam area pukul 1 petang, ada dalam 2 or 3 bijik helikopter yang aku rasa diterbangkan khas dari Johor Bahru untuk bawak anggota UTK (Unit Tindakan Khas)...bila UTK dah sampai aku dah dapat bayangkan diaorang memang akan buat serbuan punya sure akan ada yang terkorban...yelah kaedah pujuk pun dah tak jalan

Nasib baiklah takde budak yang jadi korban...kalau kat  US diaorang berbangga sebab ada pasukan SWAT...kat Malaysia kita ada UTK...bangga jugaklah sebab negara kita pun ada pasukan elit camni...diaorang buat kerja memang profesional

Anyway suspek ni memang polis dah ushar dari dulu...tahun lepas dia dah ketuk kepala budak tadika dengan tukul besi...sekarang aku tengok tadika tu dah jadi macam zoo pagar dia bukan main tinggi lagi untuk safety punya pasal...legalah ibu bapa bila orang kurang siuman ni dah kena tembak...jangan ada lagi yang ikut camni dah lah

*nota kaki berbau :
A hero is a man who does what he can...Tahniah kepada semua hero-hero



Jom main teka-teka & menang $$$

9 KOMEN:

Siti Safiyyah said...[Mari Balas Komen Ini]

dia ada masalah dengan budak tadika ke hape? btw, syukur alhamdulillah takde yg cedera parah kan? :')

kakngah said...[Mari Balas Komen Ini]

syukur semua selamat.
hhmm.. apa motif dia sebenarnya yer.. mmg la dia sakit mental. tapi mesti ada sebab kenapa dia bertindak camtu.

Aisyah Aina said...[Mari Balas Komen Ini]

orang memang suka tengok benda2 macam ni..nak2 lagi kemalangan :D

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

SS : xtaulah nape dia suka kat bdk tadika...ada black history time kat tadika dulu kot

Kakngah : ntah apa motif tak tau...family dia pn xtau nape dia jadi cmtu


Aisyah : yup, ramai2 dtg tlg tgk jek

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Ishhh, bahaya ble ade org mcm ni. Gle ape nk org bnuh dia XD

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

Ni mesti ada masalah mental coz dia cuma nak pistol je as a ransom..klu org waras, mesti mintak duit berkepok..takpun emas berkilo..haishh..Bestlah u dapat tgk kejadian ni live depan mata...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

nurnajwa : mmg mentally disordered pun

qelissa : yup best gak slalu cuma tgk kat tv jek...hoho...tapi scarry gak

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

yeezys
supreme new york
off white jordan 1
yeezy boost 350 v2
pg 1
yeezy 500
outlet golden goose
jordan 4
jordan 12
fila shoes

taseesea said...[Mari Balas Komen Ini]

r8z90e0t64 s9z53y7k44 m3p59i3t33 x8k38y1y60 p8p87k9m46 s0n33m9g09

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...