30 April 2011

ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA

***Sticky Entry : Scroll cursor ke bawah untuk entry terbaru dari OdahOne...


***Sticky Entry : Scroll cursor ke bawah untuk entry terbaru dari OdahOne...



Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia & Salam 1 Bloggers

Bermula hari ini, buat pertama kalinya OdahOne ingin menganjurkan satu GiveAway (GA) buat anda semua dengan hadiah-hadiah yang menarik

Syarat-Syarat Penyertaan GA :

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog
2. Menjadi follower bagi blog Odah + One = OdahOne
3. Buat satu entry berkenaan GA ini yang bertajuk;
"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
*Sila letakkan banner di atas di dalam entry tersebut & linkkan ke entry ini
4. Tag 2 orang blogger untuk JOIN GA 
5. Sila tinggalkan URL entry yang anda buat pada kotak komen di bawah entri ini dengan format seperti  berikut ;
Nama : OdahOne
URL Entry : http://odahone.blogspot.com/2011/03/odahone-giveaway-bersamamu-hidup-ini.html

Tarikh Tutup :
30 April 2011

Peserta yang bertuah akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas TARIKH TUTUP penyertaan


Hadiah-Hadiah :

1. Hadiah UTAMA (dipilih berdasarkan cabutan oleh OdahOne)
*satu pemenang sahaja dengan 3 hadiah menarik


 
Handbag Stylish (KLIK image untuk ZOOM IN)
+
 
Kerongsang Jurai Elegant + KJ 102 R (KLIK image ? untuk melihat hadiah)


2. Hadiah SAGUHATI (dipilih berdasarkan cabutan oleh OdahOne)
*2 orang pemenang


Hadiah Saguhati Pertama (Set Kerongsang@Brooch)

Hadiah Saguhati Kedua (Set Kerongsang@Brooch)

Setiap hadiah adalah tajaan dari OdahOneBizz

Marilah sertai GA ini beramai-ramai...Senang, Mudah & pantas...
"Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya..."

*nota kaki berbau :
The more credit you GIVE AWAY, the more will come back to you & the more you have...The more you help others, the more they will want to help you...So, just give it away because It is normal to GIVE AWAY a little of one's life in order not to lose it all...

LAST CALL UNTUK PESERTA GA


Ada masa lagi ni kalau ada sesiapa yang berminat nak JOIN "OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya" Tepat jam 12.00 tengah malam 30 April 2011 barulah GA ni akan melabuhkan tirainya...

Update terkini jumlah peserta setakat ni dah 136 orang...kalau boleh cukupkan 150 or lebih pun bagus jugak kan...barulah meriah sikit...persaingan untuk menang hadiah pun menjadi semakin sengit

Apa tunggu lagi???? Ringan-ringankan tangan anda untuk buat satu entry yang paling simple...mungkinkah anda akan tersenarai di antara nama-nama pemenang??? Kalau tak menang pun yang penting kita mencuba


Anyway bagi yang dah JOIN tu thanx a lot...OdahOne dah tengok semua entry-entry yang diaorang buat untuk JOIN GA ni...ada yang buat simple-simple just cukupkan syarat tapi ada jugak yang tulis macam-macam tentang GA ni...

Apa-apa pun penyertaan anda semua dah pun OdahOne terima tak kiralah entry tu panjang or pendek yang penting ikhlas untuk JOIN & pemenang dibuat berdasarkan cabutan secara manual oleh Odah & One...semua orang ada peluang untuk menang...kemenangan tu perkara nombor 2...yang penting semua orang ENJOY!!!


*nota kaki berbau :
“Apakah yang anda paling takuti sebagai seorang pelajar?” Kami takut GAGAL...Ahh! Takut gagal lepas tu takut pulak nak mencuba...Saya pandai menyanyi & kebetulan ada satu pertandingan nyanyian di sekolah. Saya hendak masuk pertandingan tu tapi saya takut gagal, atau takut jika saya tak menang & kawan-kawan ketawakan saya. Kalau tak menang, saya mungkin akan rasa sangat kecewa. Jadi apa anda buat? Anda tidak memasuki pertandingan itu. Mengapa? Takut gagal kemudian takut mencuba...Anda perlu ingat, jika anda cuba, anda mungkin gagal atau anda mungkin berjaya. Kita tidak pasti. Tetapi satu perkara yang pasti, jika anda tidak mencuba, anda pasti tidak akan berjaya!...Mari mencuba???

26 April 2011

TINGGAL 5 HARI LAGI...


Tinggal 5 hari saja lagi untuk ke semua pembayar-pembayar cukai melengkapkan borang cukai pendapatan masing-masing untuk dihantar ke Lebaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)...zaman sekarang dah canggih tak payah lagi isi borang yang berjela-jela tu...just isi secara online E-Filing mudah, cepat & pantas...OdahOne tak wajib bayar cukai lagi sebab gaji pun ciput...just hantar borang buat cukupkan syarat jek...tunggu gaji dah beribu-ribu nanti saya bayar ya encik LHDN...

Ini pesanan LHDN untuk warganegara Malaysia yang bertanggungjawab..."TARIKH AKHIR pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi punca pendapatan bukan perniagaan ialah pada 30/04/2011"

Tapi, OdahOne bukan nak cerita tentang cukai ni semua...just nak remind tinggal 5 hari lagi "ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA" akan ditutup secara rasminya iaitu tepat jam 12.00 tengah malam 30 April 2011...kebetulan tarikhnya sama pulak dengan tarikh akhir untuk hantar borang cukai kat LHDN...so, sesiapa yang belum hantar penyertaan lagi cepat-cepat menJOINkan diri sebab masa sudah semakin singkat...lagipun OdahOne buat GA yang simple-simple jek senang orang nak JOIN

Setakat ni ada seramai 117 peserta yang dah JOIN...seperti yang OdahOne pernah cakap dulu kalau penyertaan melebihi <100 orang maka hadiah akan ditambah...dengan sukacitanya OdahOne tambah lagi satu hadiah untuk para peserta...

Kat bawah ni OdahOne uploadkan gambar hadiah untuk pemenang hadiah saguhati ke-3...hope, semua orang enjoy dengan GA ni & suka dengan hadiah terbaru ni...peluang untuk anda menang hadiah semakin meningkat...marilah JOIN beramai-ramai tinggal 5 hari jek lagi...Let's Do It!...Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya...Yeah!!!

Hadiah Saguhati Ketiga (Kerongsang Jurai Elegant)

*nota kaki berbau :
1x5 = 5, 6-1 = 5, 3+2 =5, 2+3 = 5, 15-10 = 5, 5x0 = ???...every equation have their own answer...begitu juga jawapan untuk pemenang GA OdahOne...Bila? Kita tunggu minggu depan...

24 April 2011

LELAKI MISTERI PENYIMBAH ASID | AWAS!



LELAKI MISTERI MASIH BEBAS

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal dan memakai topi keledar berpenutup penuh yang dipercayai mendalangi beberapa siri simbahan asid di bandar raya ini masih bebas mencari mangsa terutama golongan wanita dan kanak-kanak tanpa diketahui motif tindakannya itu.

Kejadian simbahan asid dilakukan lelaki itu menjadi ancaman baru kepada warga kota hingga meninggalkan trauma seumur hidup kepada mangsa.

Berdasarkan beberapa kejadian, modus operandi suspek adalah menunggang motosikal bersendirian dengan membawa cecair berbahaya dipercayai asid sebelum membaling cecair itu secara rawak kepada mangsa.

Motif utama perbuatan itu tidak diketahui kerana suspek tidak mempunyai sasaran tertentu dan lokasi kejadian juga semakin berkembang iaitu bermula dari Bangsar kemudian ke Brickfields, Dang Wangi dan Sentul.

Bukan itu saja, malah kejadian itu turut dilaporkan di Mantin, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, kes di Negeri Sembilan itu tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya memerlukan maklumat saksi atau orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk menjejaki lelaki misteri itu.

Menurutnya, pihaknya percaya suspek adalah rakyat tempatan berdasarkan warna kulit, tetapi motif sukar dikesan berikutan suspek tidak memilih mangsa dan membaling cecair berbahaya itu tanpa tujuan. “Kami sudah menerima 10 laporan berkaitan simbahan cecair berbahaya sejak awal tahun ini, tetapi gagal untuk menjejaki suspek kerana mangsa tidak dapat mengecamnya dan tiada saksi tampil untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dan mereka tidak perlu risau atau takut kerana identiti akan dirahsiakan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak dapat menentukan jenis cecair yang diguna suspek sama ada berlainan jenis atau tidak kerana laporan Jabatan Kimia belum siap.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis sudah ditempatkan di kawasan Bangsar dan Brickfields yang menjadi tumpuan penyerang misteri yang menunggang motosikal berwarna gelap. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan berikutan menimbulkan panik di kalangan penduduk bandar.

Katanya, Polis Kontinjen Selangor kini berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan menambah bilangan anggota untuk bertugas di Brickfields dan Sentul.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai beberapa kejadian itu dikatakan semakin berleluasa dan menimbulkan panik di kalangan masyarakat.

SMS itu menyebut suspek menjadikan wanita sebagai sasaran terutamanya mereka yang memandu kereta dengan membuka tingkap.

Menurut SMS itu, kejadian berlaku di sekitar Dang Wangi, Sentul dan yang terbaru di hadapan Istana Budaya dan mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, Bahagian Perhubungan Awam HKL ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang kes terbaru yang membabitkan mangsa simbahan asid setakat ini.

“Apa yang kami terima hanyalah kes Mac lalu membabitkan wanita disimbah asid ketika memandu oleh penunggang motosikal yang tidak dikenali,” katanya.


LUKA BERNANAH

KUALA LUMPUR: “Nanah keluar dari puting payudara saya sejak hari kejadian dan kini baru luka itu mulai kering,” kata seorang guru dikenali sebagai Ng, 25, yang terkena simbahan asid dibaling seorang lelaki tidak dikenali, pada 26 Mac lalu.

Ng yang juga mangsa ke-12 kejadian simbahan asid itu berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 7 pagi, dia yang sedang melalui kawasan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Vivekanda di Brickfields, di sini, tiba-tiba dibaling sejenis cecair oleh seorang lelaki bermotosikal tidak dikenali hingga mengalami kecederaan parah di dada.

Katanya, akibat kejadian itu, dia memohon untuk berpindah ke sekolah lain kerana takut untuk melihat tempat kejadian selain trauma ketika mendekati objek panas.

“Saya tidak dapat mengecam suspek kerana diserang dari belakang hingga membuatkan saya tidak dapat tidur pada waktu malam selain takut apabila mendengar bunyi motosikal.

“Kini, harapan saya hanya untuk keluar dari Kuala Lumpur bagi meneruskan kehidupan seperti biasa hingga kecederaan ini pulih,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak berkuasa memperbanyakkan lagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bandar bagi memudahkan pengawasan dijalankan.

“Saya mahu lelaki yang tidak bertanggungjawab itu ditahan segera dan dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan dilakukan,” katanya.

Mangsa ke-10, Rohainah Hussin, 30, yang terkena simbahan asid di muka kiri dan leher pada 25 Mac lalu berkata, dia hanya berasa panas pada muka dan leher selepas seorang lelaki bermotosikal membaling sejenis cecair ke arahnya dan rakan ketika mereka menuju ke kereta rakannya berhampiran tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields.

Katanya, dia mengalami kecederaan parah dan kemungkinan buta akibat kejadian berkenaan.

“Saya mahu tindakan tegas diambil kepada suspek kerana kebanyakan mangsa mengalami kecederaan teruk dan cacat seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata, rakan yang berada di sebelah juga terkena tempias cecair itu di muka, tetapi kecederaannya tidak serius.

“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya Perbuatan lelaki menyimbah asid bermula pada 2 Mac lalu selepas lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan yang sedang menunggu bas di hadapan sekolah mereka di Bangsar, di sini, dibaling cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki bermotosikal hingga cedera pada muka dan badan.

Suspek yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan melarikan diri sebaik melempar bungkusan plastik cecair itu kepada mangsa.

Dalam kejadian lain pada 26 Mac pula, sepasang kekasih warga Perancis yang melancong ke negara ini turut menjadi sasaran lelaki itu ketika mereka sedang berjalan di Jalan Conlay, kira-kira jam 3 petang hingga kedua-duanya mengalami radang kulit.

Sumber : myMetro>Setempat

Tak taulah apa motif lelaki ni simbah asid kat muka orang...maybe muka dia pun hodoh sebab kena simbah asid sebab tu dia pakai helmet fullface nak cover kehodohan mukanya kot...lepas tu nak balas dendam kat orang lain pulak...muka hodoh tak kesah tapi hati janganlah dengki khianat kat muka orang yang cantik sikit...


Asid ni boleh menyebabkan kecacatan kekal seumur hidup bukan muka jek hancur tapi tempat lain yang kena pun boleh cacat & menderita...habis hancur masa depan...senang ke nak dapatkan asid ni...siapa-siapa pun boleh beli ke?...entah aku pun tak pernah beli sebab tak pernah menoreh getah...balik kampung nak test toreh getah sebab harga getah pun tengah melambung ni...boleh kenal dengan asid or cuka getah

Hope, pihak polis dapat tangkap lelaki misteri ni secepat mungkin...teringin sangat nak tengok muka orang yang ada masalah mental macam ni...lagipun selagi tak dapat tangkap lelaki ni selagi tu lah tak aman & ada jek kes orang perempuan yang kena simbah asid lagi...budak-budak nak pergi sekolah pun rasa tak selamat...Stop right now...Thank you very much...I need somebody with the human touch...Hey you always on the run!

*nota kaki berbau :
There are three side effects of acid: enhanced long-term memory, decreased short-term memory, and I forget the third...???

22 April 2011

TILAM LAMA GANTI BARU | BEWARE!!!


Tilam...tilam...tilam lama...tilam lama ganti baru...tilam kao kao...@#$%&**^

Sure ramai yang selalu dengar ayat macam ni dari speaker lori jual tilam...biasanya kat taman-taman perumahan, rumah flat or kat area pangsapuri  sebulan sekali mesti lori ni akan lalu...kadang-kadang annoying jugak bila dengar bunyi dari speaker yang macam nak pecah tu...suara rakaman tu boleh sama pulak...kat mana-mana aku pergi mesti dengar suara yang sama berteriak jual tilam...maybe persatuan penjual tilam-tilam lama dah standardized kan kot rakaman suara macam tu supaya semuanya seragam

Tilam yang diaorang jual ni memanglah murah & memang sesuai dibeli oleh orang yang berpendapatan rendah or  sederhana...kalau nak beli tilam yang bila tidur tenggelam ikut bentuk badan tu memanglah kita tak mampu...so, belilah tilam yang murah janji selesa...lagipun diaorang yang jual tilam pakai lori ni siap ada pakej gantikan tilam lama dengan tilam baru...kira macam trade in lah ni...nak beli tilam pun boleh trade in macam nak beli kereta pulak...bila trade in tilam lama dapatlah beli tilam  baru dengan harga murah sikit

Yang tak bestnya semalam aku baca paper ada yang recycled semula tilam lama (terpakai) & jual semula sebagai tilam baru...selama ni aku ingatkan yang diaorang jual tu semua tilam baru...tapi, diaorang just ganti sarung yang baru & modified sikit supaya tilam tu nampak baru...tapi, material yang ada kat dalam tu tetap yang lama punya...permukaan tilam jek nampak baru yang lain still the same...

Patutlah diaorang sanggup beli tilam kita yang lama...mula-mula aku fikir gak kenapa nak beli tilam yang orang dah guna...rupanya ada kilang yang recycled semula tilam-tilam lama...tilam bundle lah ni...illegal factories yang buat kerja macam ni pun berlambak...kalau yang legal tu maybe buat ikut procedure sterilised dulu tilam tu baru selamat

Tilam lama kita pun tak tahu entah apa organisma yang ada kat dalam tu...maybe pengguna tilam yang lama tu ada penyakit yang boleh berjangkit contohnya; sakit hepatitis, kusta or ebola ke...kan bahaya boleh berjangkit pada orang yang guna tilam tu...tak pun ada pijat or segala jenis serangga yang suka berkampung kat dalam tilam anytime jek standby nak gigit kita time tidur

Lagipun tilam yang orang dah guna gelilah nak kongsi-kongsi...entah macam-macam peta ada kat atas tu...kita pun tak tahu background orang tu camne...yang bahayanya kalau tilam yang diaorang ambik tu datangnya dari pusat jagaan & hospital...orang buang tilam diaorang kutip pulak pergi jual...bahaya tu...

At least, time jual tu bagitaulah or letak label, tilam bundle or 2nd hand ke...barulah tak terasa tertipu...bila tanya cakap ini semua tilam baru punya...bila dengar tilam baru & harga murah customer pun apa lagi kasi angkatlah tak fikir-fikir lagi...moral of the story; berhati-hatilah ketika membeli tilam 

Sekian sahaja kisah tentang tilam....

*nota kaki berbau :
"Sampai tu memang sampai...tinggal lagi azab saya yang tanggung lebih...dia orang duduk atas TILAM...saya duduk atas papan...sampai naik kematu punggung saya wak... lain kali taruh TILAM saya kasi 10sen"???

20 April 2011

NASI LEMAK YANG BERLEMAK?


Nasi Lemak kembali popular....

Kalau dulu popular dengan isu nasi lemak 50 sen dalam filem Cuti-Cuti Cinta, tapi sekarang timbul pulak isu antara sebab budak-budak sekolah jadi gemuk atau obesiti dalam bahasa halusnya, ialah makan nasi lemak yang dijual dikantin sekolah???

Memang tak boleh nak nafikan yang nasi lemak ni makanan popular dikalangan rakyat Malaysia...kat mana-mana pun ada orang jual nasi lemak...tapi yang paling 'kick' of courselah nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang...memang tu identiti nasi lemak & rasanya lebih best sebab ada aroma daun pisang...tapi ada jugak kedai makan yang hidangkan nasi lemak guna pinggan yang didesign macam daun pisang...tak aci lah camtu

Tak taulah kenapa tiba-tiba nasi lemak boleh jadi isu negara & tak pasal-pasal kena hadkan penjualannya kat sekolah...dengar cerita 1minggu sekali jek boleh jual nasi lemak...efektif ke buat camtu???...nasi lemak ke sebab utama budak-budak sekolah jadi gemuk???...dari darjah 1 sampai form 5 aku sekolah dulu memang dah biasa bedal makan nasi lemak tapi bila habis sekolah badan aku still maintain lagi BMI nya...hoho...

Kesian kat makcik-makcik kantin yang sumber pendapatannya daripada hasil jualan nasi lemak...kenapa nak di sekat penjualan nasi lemak kat sekolah...sekatlah sekali makanan fast food or junk food yang ada kat luar sana tu yang boleh sebabkan budak-budak jadi lebih gemuk...aku tengok tiap-tiap hari keluar macam-macam iklan kat tv yang menggalakkan budak-budak makan burger & ayam goreng yang terbukti berlemak & menggemukkan

Tak kesahlah, maybe diaorang ada good reason tentang isu nasi lemak ni...aku pun tak pandai sangat tentang pemakanan & kesihatan ni...pada aku apa-apa makanan pun kalau makan berlebihan akan jadi penyakit & menggemukkan...so, makanlah secara sederhana macam yang nabi ajar

Anyway, aku tetap suka makan nasi lemak & nasi lemak yang paling best sekali mestilah nasi lemak yang dimasak oleh my 'Emak'...nasi lemak antarabangsa pun tak boleh lawan akan kesedapannya...sambal udang / ikan bilis / sotong yang mak aku masak memang kena dengan rasa lemak yang ada pada nasi lemak yang dimasak olehnya...hope balik kampung nanti dapat rasa masakkan nasi lemak emak ya mak

Ok, perut dah lapar ni & nak pekena nasi lemak yang Makcik Temah jual kat bawah tu...

Kat bawah ni aku selitkan sikit fakta tentang Nasi Lemak yang aku copy dari Wikipedia...enjoylah makan nasi lemak sambil tahu fakta-fakta tentang nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

*nota kaki berbau :
Suka tengok rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' kat tv9 sambil makan nasi lemak yang dimasak oleh emak bersama dengan air kopi 'O'

19 April 2011

PARTI SISWI SEKSI


BUKTI...Mohd Yusof menunjukkan kain yang digantung bagi menarik perhatian pelajar IPT.
Kain rentang untuk invite siswa siswi join the College Uniform Party

Gadis seksi untuk siswa

MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.


Uniform Party ni sebenarnya budaya masyarakat omputeh ataupun lebih senang cakap budaya barat...langsung takde dalam budaya kita...kebanyakkan uniform yang diaorang pakai time join party ni pun seksi-seksi belaka...ada jugak uniform formal yang telah di alter jadi seksi & memberahikan bila dipakai...contohnya; uniform anggota bomba yang telah di alter ala-ala stripper (penari bogel)

Kalau kita nak buat Uniform Party ni jugak pun boleh, tak salah...tapi pakailah uniform-uniform yang proper sikit...buatlah Hari Kerjaya kat IPT & semua orang pakai uniform kerjaya yang diaorang suka time pergi kuliah..so, taklah jadi party maksiat dressing seksi maut-maut

Kat bawah ni antara contoh-contoh Uniform Party Costumes...tapi, costumes yang seksi-seksi melampau aku malas nak upload...just yang biasa-biasa jek

W.P.C. Stripper Costume
Doctors Coat Costume
Fireman Stripper Costume 
French Maid Black/White Costume

*nota kaki berbau :
At every party there are two kinds of people - those who want to go home and those who don't...anda orang yang bagaimana??? Suka-suka joget dipinggir jalan...

14 April 2011

ALL MEN ARE BROTHERS


Genre:
Action Asian Chinese Drama

Synopsis
All Men Are Brothers also known as Water Margin tells the story of why and how 108 heroes (105 men, 3 women) gathered at the Liang Mountain and soon became outlaw armies to fight against pompous and heartless tyrants. It is a drama of martial arts, political corruption, murder, hatred and love. Led by director Kuk Kok Leung, the epic series boasts an equally epic all-star cast.

Starring: Zhang Tielin, Tong Dawei, Ray Lui, Kao Fu, Yan Kuan, Jing Gangshan, Anita Yuen, Hu Ke, and Ady An.

Every Monday - Friday
8.30pm


Siapa yang layan cerita ni???...Setiap hari Isnin-Jumaat pukul 8.30 PM kat 8TV...Layannnn....

Drama ni memang superb penuh dengan aksi kung fu & keganasan...hoho...budak-budak memang tak sesuai tengok...dengar lagu tema dia pun aku dah jadi bersemangat nak bersilat@berkungfu...nak tengok video & dengar lagu tu boleh klik kat SINI...lagi satu cerita ni memang ramai sangat hero tu yang best...hero yang terer kungfu & berlawan bukan superhero yang boleh terbang or mengarut ada macam-macam power tu...pilihlah hero mana yang korang suka, ada 108 orang hero tak kira baik or jahat, hensem or tak hensem...105 heroes & 3 heroin

 Wu Song (武松)
Harm Star (天傷星)
Nickname: "Pilgrim"
Position: Infantry
1st appearance: Episode 22/86
Hero yang paling aku suka dalam cerita ni of courselah Wu Song...dia ni memang hati kering & no mercy...tapi pada orang jahat & yang cari pasal dengan dia jek...dengan orang lain dia ok...karakter brutal tapi berhemah macam ni yang aku suka...cuma dia ni kuat minum arak tu yang aku tak berapa berkenan...tapi, bila mabuk dia jadi lagi kuat & ganas...dah macam Popeye The Sailorman lah pulak jadi kuat bila makan sayur spinach or bayam...mamat ni memang sempoi & fighting spirit dia memang kuat...wa caya sama lu beb

Siapa yang sukakan cerita Cina & Kung Fu drama ni memang sesuai untuk jiwa korang...habis cerita Roda-Roda Kuala Lumpur or drama-drama Melayu yang lain aku tak kasi orang lain tengok...pukul 8.30pm memang aku dah booking tv awal-awal & tercegat kat depan tu...orang lain nak tengok Buletin Utama pun aku tak bagi...lagipun sekarang ni tengah cerita pasal Pilihanraya Sarawak...cerita politik yang agak bosan sikit...baik aku layan berkungfu kat drama daripada berkungfu kat medan politik

8TV pun ada buat contest untuk drama ni...korang just posing depan tv time cerita ni on air ikut kreativiti masing-masing...lepas tu pilih siapa favorite hero korang & kenapa korang suka sangat kat hero tu & scene mana yang korang paling suka sekali..hadiah dia iPhone 4 best gak tu...kalau nak tahu detail tengok kat bawah ni...aku pun rasa macam nak join contest ni lah...my favourite hero siapa lagi...En. Wu Song lah...mari JOIN!...aku tolong 8TV promote contest pulak kat sini


iPhone & All Men Are Brothers Contest

Watch Every Monday to Friday start from 14 Mar- 15 Apr
8:30pm "All Men Are Brothers"
To win a brand new iPhone 4

Contest Instructions as below:
1. Take a photo of yourself with a creative pose when "All Men Are Brothers" is on air.
2. Write who is your favourite hero in "All Men Are Brothers" and why, most favourite scene

Email your photo and answer to chinese@8tv.com.my or 8tvchinese@gmail.com
The 2 winners with the most creative photo and answer will each win an iPhone 4
For more information, please log on to www.8tv.com.my
Closing date: 15 April

Ini contoh gambar yang aku ambil dari laman sesawang 8TV...kreatif tak budak ni...hoho
So, siapa yang belum layan lagi cerita ni bolehlah tengok malam ni & korang judge sendiri either best or tak cerita cina ni...selamat menonton....


Jom Layan Entry Ni Pulak... "108 WIRA LIANGSHAN | ALL MEN ARE BROTHERS"

*nota kaki berbau :
All men are brothers...setiap muslim adalah bersaudara...setiap hero itu tidak boleh digelar sebagai hero kecuali hanya di dalam dunia hero

11 April 2011

F1 RACE DI DATARAN MERDEKA



Orang sibuk layan live F1 race kat litar sepang tapi aku layan kat Dataran Merdeka jek...walaupun cuaca hujan ramai jugak yang still tak berganjak layankan race tu sambil pegang payung...tapi, ada jugak yang kental just tadah air hujan atas kepala...ada yang just stay tengok dari dalam kereta termasuklah aku...rasa macam tengok movie sambil duduk kat dalam kereta...

Berbaloi jugaklah daripada tengok kat rumah tu feel nya lain sikit...boleh tengok kat skrin raksasa, sound system pun superb...gambar cantik Astro HD lagi...tapi lagi best kalau dapat tengok live kat grand stand

Tak mampu pulak nak beli tiket mahal-mahal...dulu, aku pernah tengok F1 kat litar sepang tu & beli tiket yang paling murah sekali RM50...duduklah aku kat atas bukit tu sambil dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit...habis badan semua gatal-gatal, nasib bail medical team kat situ memang dah standby ubat untuk gatal-gatal kulit...memang ramai pun yang badan merah-merah sambil menggaru, ingatkan aku sorang jek...

So, lepas daripada tu kalau tak dapat tiket kat area grandstand memang aku tak mahu tengok kat grandhill tu lagi...

Pada aku yang best layan live F1 race kat litar Sepang tu sebab nak tengok kepantasan & bunyi kereta Formula 1 tu...lagipun ada bunyi yang kita tak dapat dengar kat dalam tv cuma dapat dengar secara live jek...dia punya speed jangan cerita macam tak puas nak tengok, kereta tu cuma jalan sepintas lalu jek...

Anyway, thanx to DBKL sebab sponsor siaran langsung F1 race ni...ramai yang enjoy walaupun hujan

*nota kaki berbau :
"Racing drivers have balls, unfortunantly, none of them are crystal" (David Coulthard)

10 April 2011

KATAK HIJAU YANG MENGGEMBIRAKAN...



Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. 


Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.

Ada macam-macam jenis katak kat dalam dunia ni...ada katak pisang, katak puru, katak takang, katang wong & macam-macam katak lagi...

Tapi, ada seekor katak ni telah berjaya menggembirakan hati OdahOne...Kenapa agaknya??? cuba KLIK pada gambar katak yang tersenyum kat atas tu...kat sana ada jawapannya...jawapan disebalik katak yang tersenyum...Thanx Mr. Froggy kerana berjaya menggembirakan kami berdua...kamu adalah katak hijau yang sungguh menggembirakan

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah

*nota kaki berbau :
Saya tidak akan mencium seekor katak walaupun katak itu akan bertukar menjadi seorang Putera Raja yang kacak sebaik sahaja dicium, anda bagaimana?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...