29 March 2011

WANITA & HANDBAG


KLIK image kalau nak tengok gambar Handbag yang cun
Orang perempuan@Wanita & handbag memang tak dapat dipisahkan bak irama & lagu...pergi mana-mana sure ada jek handbag yang tersangkut kat bahu or ditatang ke sana kemari...kadang-kadang dalam handbag tu takde apa-apa pun barang yang penting, tapi pakai handbag ni dah jadi macam fesyen or barang keperluan bukan lagi aksesori...kalau tak pakai handbag tu maybe rasa macam keluar rumah tak pakai baju kot...hoho...

Apa barang yang wajib ada dalam handbag wanita??? Jom kita selongkar & try ushar sikit...

1. Wallet@purse (ini benda wajib ada sebab segala dokumen penting seperti IC, pasport, kad ATM or kad kredit semua simpan kat sini termasuklah duit, kalau ada...)
2. Handset (yang ini pun sekarang dah jadi benda yang wajib ada lagipun handset sekarang dah besar gedabak tak muat tangan nak pegang or letak dalam poket  better simpan jek dalam handbag, hope tak kena ragutlah)
3. Barangan kecantikan@makeup@perfume (mana tau makeup dah cair kena panas & nak touch up muka sikit-sikit or badan dah berbau boleh spray kasi wangi)
4. Tisu (penting jugak benda ni, boleh guna untuk kesat peluh, pergi toilet or lap mulut lepas makan, so taklah nampak selekeh sangat)
5. Kunci kereta@motor (wanita sekarang banyak yang dah bekerjaya & mampu beli kereta@motor sendiri & tak perlu tumpang orang lelaki lagi)
6. Tuala wanita (berguna semasa kecemasan or bila masa tu, ada orang segan nak cerita benda ni tapi kan normal semua wanita alami benda yang sama...lagipun sekarang dalam iklan kat TV pun tunjuk benda ni siap terjun dari atas kapal terbang lagi...kalau dulu nak beli siap berbungkus-bungkus dengan surat khabar lagi)
7. Lain-lain (spray sebuk lada hitam untuk mempertahankan diri, hand sanitizer, losyen tangan, buku nota, pen, panadol or pil-pil kecantikkan@supplement & macam-macam lagi...cuba tengok apa lagi barang yang ada dalam handbag korang yang aku tak mention kat sini???)

Tapi, bukan semua wanita yang suka pakai handbag...ada jugak yang tak suka sebab lebih suka penampilan yang ringkas lagi senang nak bergerak ke sana sini & tak mahu bagi peluang kepada peragut untuk ragut handbag...senang sikit bolehlah jalan berlenggang macam itik pulang petang...kalau ada pun just pakai handbag yang comel-comel jek ringan senang nak bawak tapi tak bolehlah sumbat barang banyak-banyak

Lelaki yang bimbit or kepit handbag wanita celah ketiak tu nampak dayus or kurang macho betul ker????

Entahlah...pada aku biasa jek tak efek langsung tahap kemachoan seorang lelaki kalau setakat kepit or pegang handbag isteri@girlfriend...tapi nampak lebih gentleman ada lah...ada jugak orang perempuan yang saja bawak beg berat-berat & sumbat segala macam alat solek dalam tu tapi boyfriend yang tukang pegang...time pergi shopping si boyfriend tolonglah usung handbag ke sana ke mari...tu tak termasuk lagi beg plastik barangan yang di shopping...habis tak cukup tangan nak pegang...kalau si boyfriend redha tak kesahlah yang penting bahagia

Ada jugak wanita yang memang gila dengan handbag...bertukar handbag ni dah jadi macam tukar baju hari-hari...kalau setakat jenama yang cikai-cikai takpe lah jugak...tapi kalau jenis yang branded mau pitam si suami or si teman lelaki...terpaksalah cari boyfriend@suami yang bergaji 10k sebulan

Itu sajalah kisah tentang wanita & handbag...Kalau nak handbag F.O.C (Free Of Charge) jangan segan-segan untuk JOIN GA OdahOne ya...masih lama lagi tarikh tutup ni...belum cuba belum try...

ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA


KLIK image kalau nak tengok gambar Handbag yang cun
*nota kaki berbau :
Irama dan lagu, ianya tidak dapat dipisahkan....Jika dipisahkan antara keduanya, rosaklah lagu, pincanglah irama...Begitu juga wanita dengan handbag...Jika dipisahkan antara keduanya, rosaklah rancangan si peragut, pincanglah income dia orang...Beware of Peragut!!!

24 March 2011

MI BANDUNG MUO | CERITA DISEBALIKNYA

Mr. Google Image
Malam ni Odah & One nak keluar makan mi bandung sambil berdating...tapi maybe mak & ayah pun ikut join sekali kot bimbang terjadi aksi yang terlarang...hoho!...bila sebut pasal mi bandung of courselah Mi Bandung Muo yang jadi pujaan hati...dah test makan kat tempat lain memang tak best langsung rasa macam makan mi kari

Selama ni cuma tau makan jek tapi sekarang nak cuba singkap sikit sejarah mi bandung ni & Kenapa Mi Bandung Muar ni terkenal sangat??? Apa rahsia disebalik tu???

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia...tempat lain pun ada kot tapi tak terkenal & sesedap macam yang ada kat Muo ni. 

Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut, yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain...misalnya, seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D)

Pening jugak nak fahamkan maksudnya ni...apa kaitannya dengan Mee Bandung??? Cer Cer Cer Ceritain...

Sebenarnya, Mee Bandung adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada  suatu ketika dahulu maka ia digelar sebagai Mi Bandung...Mi + Telur = Mi Bandung (gandingan antara mee & jugak telur simple equation but with a big answer)...sama jugak macam Odah + One = OdahOne...hoho!...gandingan yang ideal Insyallah Boleh! dan yang terbaru sekali Odah + One + Bizz = OdahOneBizz...sori, dah lari dari topik mi bandung ni

So, OdahOne nak ambil kesempatan untuk perbetulkan kekeliruan kat sini...Mi Bandung dengan Bandung (nama suatu tempat kat Indonesia) takde apa-apa kaitan langsung...hope, orang tak salah anggap & keliru, langsung takde kaitan samada dengan yang hidup mahupun yang telah mati...takut nanti orang dari Bandung tumpang glamer pulak disebalik keglameran nama Mi Bandung Muar & orang Muo pun terasa hati bila orang Bandung cakap orang Muo tumpang publisiti murahan disebalik nama Bandung

Di samping tu, dalam mi bandung jugak ada ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering...sekarang ni ia dah  ditambah pula dengan bahan tambahan seperti udang, daging, fish cake/ball dan jugak sayuran...nak kasi rasa bertambah umph! & menarik lah tu

Ada jugak yang letak biskut marie nak kasi kuahnya bertambah pekat...tapi sekarang dah ada rempah mi bandung instant senang jek nak buat tak payah bersusah payah... just tambah air rebusan daging & bahan-bahan lain yang kita suka dah siap...rasa pun boleh tahan best tapi kenalah beli rempah Mi Bandung Ori dari Muo bukan kat tempat lain

Daripada mana dapat nama Mi Bandung Muar tu? Tempat lain kat merata Malaysia pun ada jugak jual Mi Bandung???

Sebab, Mee Bandung Muar telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia...ramai yang dah cuba & diakui serta diketahui Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah...standardlah bila sesuatu makanan tu rasa sedap & ramai yang suka makan kat situ, maka ia akan digelar dengan panggilan yang sama...Contoh; laksa penang, sate kajang, nasi beriani batu pahat & macam-macam lagilah

Ok, setakat ini saja cerita tentang Mi Bandung...air liur pun dah banyak yang meleleh masa taip entry ni...tak sabar nak terjah gerai mi bandung malam ni...so, siapa yang datang Muo & nak tahu kat mana port nak makan mi bandung yang paling sedap kat Muo jangan segan-segan contact OdahOne...siapa yang belum test rasa mi bandung muo bolehlah cuba rasa sekarang...tapi nak yang pure taste jemputlah datang ke muo

Kalau nak tahu apa lagi makanan yang best-best kat Muo or tempat-tempat menarik yang ada kat MUO boleh try baca entry yang panjang lebar tentang Muar...segala-gala tentang Muo ada kat sini...MUO BANDAR MAHARANI...bye...from Muo to Taypeng with lot of love


*Mi Bandung Asli tidak mengandungi apa-apa yang berasa masam, jadi janganlah masukkan tomato puri, tomato sos, cili sos mahupun asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modified Mi Bandung Muar dengan letak sour ingredients sebab tulah spoilt rasanya. Take note

*nota kaki berbau :
Bila mi bandung di makan bersama air sirap bandung maka perut juga akan membesar seakan  perempuan yang sedang mengandung anak sulung, begitulah ungkapan terulung tentang mi bandung

23 March 2011

GIVEAWAY NISACHOC & ZULFOTO



Sekarang ni OdahOne tengah mood nak join GA...kali ni nak dapatkan hadiah dari tokey coklat pulak...tengoklah hadiah yang mengiurkan tu siapa yang tak teruja...meleleh air liur basi...bestnya coklat tu bila cair kat dalam mulut...siap boleh request wording lagi...kat dalam kepala dah terfikir apa ayat yang nak ditulis pada coklat tu...marilah kita join beramai-ramai...Mari kita lihat siapa yang kena!!! Kalau berminat nak dapatkan coklat ni sila KLIK pada banner yang kat atas tu...Semua syarat-syarat nak menang coklat ada kat sana...


HADIAH :

UTAMA (bernilai RM 60- coklat +pos)
35 cavities coklat (banyak tu)
design, colour, wording boleh request!
*seorang pemenang sahaja



SAGUHATI :
Baucer NisaChoc (bernilai RM 10)

*untuk 3 orang pemenang

Blogger yang di TAG untuk makan coklat :

*nota kaki berbau :
Cokelat dalam istilah umum merupakan warna berupa kuning gelap, jingga, atau merah yang diikuti pencerahan yang relatif terhadap sinar atau objek berwarna putih

21 March 2011

1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"



Hari ni OdahOne nak join 1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL" setelah di tag oleh  Princess MOMOY...thanx MOMOY...dah lama jugak tak join contest or GA ni...mana tau kali ni bernasib baik...belum cuba belum try

Just KLIK banner kat atas tu kalau nak tahu segala jenis syarat-syarat penyertaan, hadiah GA & macam-macam lagi tentang penganjur GA (Mama Tomell)...Let's Join!!!

3 orang yang di tag :


*nota kaki berbau :

Tidak semua orang memperolehi kehidupan yang diinginkan. Hanya segenlintir sahaja yang benar-benar bertuah. 

19 March 2011

SHISHA SHISHA




Betul ker shisha tu lebih berbahaya berbanding rokok?

Macam tak percaya jek...baru nak test sedut paip shisha sepam dua...semalam lepak-lepak dengan member, aku sedut jek bau asap perisa epal...terasa gak nak try

Ramai yang anggap shisha tu tak bahaya kalau nak dibandingkan dengan sedut asap rokok yang berkepul-kepul tu...tapi kandungan asas bagi rokok dan shisha lebih kurang sama jek, iaitu tembakau...tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam

Air dalam shisha yang kita tengok dalam botol tu pun tak dapat nak menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha...konon-kononnya air tu macam filterlah...tapi tak tahulah apa benda yang di tapis

Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa...Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok

So, hisap rokok or shisha bahayanya lebih kurang sama jek...cuma hisap shisha tu nampak stylo & agak sopan sikit kot??? sebab tu ada perempuan yang selamba jek sedut paip shisha kat tepi-tepi jalan sambil pekena kopi...ada fakta yang menyebut hisap shisha 400 kali ganda lebih bahaya dari hisap rokok...iyeker??? Lagi satu aku gelilah nak kongsi-kongsi sedut paip shisha tu bercampur-campur air liur...boleh kena sakit TB...lainlah kalau satu shisha tu aku boleh sedut sorang-sorang...boleh ker???

*nota kaki berbau :
Tak hisap rokok, tak hisap shisha, tak hisap candu cuma suka tengok kumbang menghisap madu 

OH TSUNAMI ITU



Oh Tsunami itu
Ombak mengganas sepintas lalu
Meragut ia nyawa beribu

Oh Tsunami itu
Tak kira taulan musuh seteru
Membadai ia sekali sapu

Oh Tsunami itu
Menyerang tanpa rasa malu
Anak ayah mahupun ibu

Oh Tsunami itu
Datangnya ia tanpa di alu
Tinggallah yatim dan juga balu

Oh Tsunami itu
Bagai ada yang sering menyeru
Jadi petanda dari tuhan yang satu

Oh Tsunami itu
Datang lagi membawa sayu
Negara mata sepet dan juga kuyu

Oh Tsunami itu
Jadi soalan bertalu-talu
Kecanggihan ada tidak membantu

Oh Tsunami itu
Lidah kelu menjadi buntu
Buat manusia melangkah kaku

Oh Tsunami itu
Janganlah diam juga membisu
Ada insan perlu dibantu

Oh Tsunami itu
Berdoa kita penuh merayu
Agar bumi dilindung selalu

Hasil nukilan : acahia kapinatodongok

*nota kaki berbau :
Musibah itu adalah rahsia disebalik kebaikan, belajarlah sesuatu dari musibah...Antara Maksiat & EN. Bala

16 March 2011

ADUH TSUNAMI



Manic Street Preachers: Tsunami Lyrics

For you my dear sister
Holding onto me forever
Disco dancing with the rapists
Your only crime is silence

Can't work at this anymore
Can't move I want to stay at home
Tied up to all these crutches
Never far from your hands

Tsunami, tsunami
Came washing over me
Tsunami, tsunami
Came washing over me
Can't speak, can't think, won't talk, won't walk

Doctors tell me that I'm cynical
I tell them that it must be chemical
So what am I doing girl?
Cry into my drink I disappear

Eyes for teeth waiting over me
Bring down the shadows of my mind
Sleep and breathe under our sheets
Inhale the anxiety in between
In between, in between, in between

Tsunami, tsunami
Came washing over me
Tsunami, tsunami
Came washing over me

Tsunami, tsunami
Came washing over me
Tsunami, tsunami
Came washing over me
Through September under the weather

In between, in between
In between, in between

Tsunami, tsunami
Came washing over me
Tsunami, tsunami
Came washing over me

Tsunami, tsunami
Came washing over me
Tsunami, tsunami
Came washing over me
Take the GI's, I will have the spies


*nota kaki berbau :
Tuhan Sudah Uji Namun Ada Manusia Ingkar, Tuhan Sentiasa Uji Namun Acapkali Manusia Ingkar, Tuhan Suruh Umat Nabi Agar Mantapkan Iman, Tuhan Seru Umat Nabi Adam Melakukan Ibadah, Tuhan Selamatkan Umat Nabi Adam Melainkan Ingkar, Turun Sengsara Untuk Natijah Agar Manusia Insaf, Tak Syukur Untuk Nikmat Allah Maka Insaflah, Tak Sangka Untuk Nengok Air Mengganas Impaknya

08 March 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

High Heel Shoes Women Fashion Clip Art

"Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women"

Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac.

Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya. Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. 

Tuntutan wanita
  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih 'mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah. Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie.


Nabi Muhammad dan Wanita

Nabi Muhammad S.A.W menjadi contoh ikutan kita semua. Rasulullah adalah manusia pertama yang mengangkat martabat kaum wanita. Nabi menyuruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita, malah meninggikan lagi martabat wanita kerana wanita yang beriman itu umpama mutiara yang tidak ternilai harganya. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.


Kepada insan yang bernama wanita kat luar sana "Selamat Hari Wanita"

Ramai wanita boleh hidup & survive tanpa lelaki selepas bercerai, tapi ramai lelaki yang tak boleh hidup tanpa wanita...Women are always beautiful

*nota kaki berbau :
3 orang Wanita yang paling aku kagum dalam dunia; Saidatina Khadijah Binti Khuwailid, Ibuku & Odah

05 March 2011

HARI TERBUKA TENTERA DARAT 2011



Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 78 akan diadakan pada 1 Mac 2011. Justeru, Tentera Darat (TD) akan mengadakan Hari Terbuka TD mulai 4 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Berikut adalah aturcara-aturcara sempena Hari Terbuka Tentera Darat pada 4 Mac hingga 6 Mac 2011.

Bila lagi kita nak tengok Tentera Darat kita beraksi di kawasan bandar kan??? Inilah masanya...aku tengok Dataran Merdeka tu pun dah macam zon perang...memang gempak habis...selama ni kita tak tahu sangat apa yang ATM buat kat dalam hutan tu & tak tahu skop tugas diaorang dah pergi baru tahu...Jomlah kita tengok senjata & aset ATM yang canggih-canggih kat sana...rugi kalau tak pergi bila lagi kita nak tengok...tengok jangan tak tengok!

Aturcara Hari Terbuka Tentera Darat

4 Mac 2011 (Jumaat)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)

5 Mac 2011 (Sabtu)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)

6 Mac 2011 (Ahad)

0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Deonstrasi ULK)

Kalau nak tengok Kereta Kebal Pendekar beraksi atas jalan raya jom lah tengok kat Dataran Merdeka
Helikopter Tentera Darat dengan celoreng pun kita boleh tengok 


Canggih-canggih semua aset yang Tentera Darat kita ada...semua ni kita boleh tengok  kat Hari Terbuka Tentera Darat...rasa macam nak tukar profession pun ada
Dance Warrior pun ada...memang smart
Ini Red Warriors ATM bukan pasukan  bolasepak Kelantan...boleh tengok diaorang beraksi stunt atas motor...yang perempuan pun ada

*nota kaki berbau :
Bila aku sudah dewasa, aku ingin jadi tentera, berani! berjuang! musuh akan ku tentang

MARI MENGUNDI


Esok hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Melaka & Kerdau Pahang...aku bukan nak cerita tentang politik sebab sure ramai yang tak suka topik ni...lagipun aku tak layak lagi nak mengundi sebab daftar pun belum lagi...just nak share lagu 'Mari Mengundi' ni & sikit info

Bagi yang akan mengundi esok selamat mengundi & hayatilah lagu yang paling popular 4 or 5 tahun sekali ni...pangkahlah parti yang boleh membawa kesejahteraan kepada anda di dunia mahupun di akhirat

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Setakat ni tak pernah nampak lagi Parti Bebas yang gunakan lambang kepala harimau...Sure orang takut nak mengundi takut kena baham dek Pak Belang

Lambang Parti Politik Yang Dah Pupus

Lambang yang simple & penuh makna & bersemangat 
Ini lambang parti politik yang paling stylo...aku minat sangat lambang ni macam Red Bull sebab aku suka minum air RedBull...kepala lembu ke kerbau or seladang aku pun tak sure...ada ker yang pangkah parti politik sebab lambangnya stylo & lawa?

*nota kaki berbau :
Musykil kenapa orang gunakan ayat membuang undi? Kenapa orang pangkah kertas undi? Buang & pangkah kan membawa maksud yang tak berapa elok????

01 March 2011

SAMAN! OH SAMAN!





Lirik lagu Saman(A LA LA LA DATUK)- Poe


Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Lagu: Ian Lewis
Lirik: Poe


Saman...Oh...Saman...Semalam last day untuk pesalah trafik setelkan segala jenis saman yang dah pun lama tertunggak...so, ramailah yang beratur panjang kat depan balai polis trafik & pejabat pos sebab takut disenarai hitamkan & semata-mata nakkan diskaun saman 50% (cuba tengok gambar kat atas tu)...bagi yang setakat 1 or 2 saman maybe tak terasa sangat kot diskaun 50% tu, tapi pada yang ada lebih dari 10 saman tu banyak jugak...saman yang berjumlah RM14k just bayar RM7k jek kan jimat tu...

Masalahnya Trafik PDRM dah bagi tempoh start dari 1 Disember tahun lepas lagi tapi semalam barulah orang sibuk beratur panjang-panjang nak bayar saman...biasalah kalau tak buat kerja last minutes tak nama rakyat Malaysia???...bukan setakat balai polis trafik & pejabat pos yang sesak tapi laman web tempat bayar saman pun jammed sama...MyEG termasuklah maybank2u semalam pun asyik hang jek

Moral of the story; lepas ni bayarlah saman awal-awal tak payah nak tunggu ada diskaun or last minit baru terhegeh-hegeh nak bayar...lagipun start 1 Mac ni siapa yang bayar saman lewat makin lama amount tu akan meningkat...dah macam ceti punya interest...nak bagus lagi cuba elakkan dari kena saman lagi jimat tak payah keluar duit satu sen pun

*nota kaki berbau :
Teringat pada Terusan Wan Mat Saman terusan yang terpanjang di Malaysia waktu belajar subjek Sejarah dulu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...