29 December 2011

KISAH MISI MENCARI RUMAH SEWA DITERUSKAN LAGI



Sekali lagi misi mencari rumah terpaksa diteruskan...kalau dulu sewa rumah tinggal bersama kawan-kawan...tapi, sekarang cari rumah sewa untuk tinggal berdua-duaan...nak beli rumah sebijik tak mampu lagi, terpaksalah cari rumah orang untuk disewa...hope tak dapat tuan rumah kedaung macam Kisah-kisah sebelum ni;

KISAH TUAN RUMAH KEDAUNG & RUMAH SEWA

KISAH PENGGANTI RUMAH SEWA & LAUNGAN AZAN


Sayang jugak nak tinggalkan rumah yang ada ni...member-member serumah semua dah ngam...tapi, status sekarang dah bertukar dah tak boleh nak buat perangai macam orang bujang...say farewell to zaman bujang & Jahiliah

Area rumah baru yang nak disewa ni memang hotspot...Area hotspot jangan harap nak dapatkan rumah yang sewanya bawah RM500 sebulan...macam jugak hotchick mestilah jual mahal...hampir suku gaji dah nak kena bayar untuk sewa rumah...kalau bayar sampai 20 tahun nanti akhirnya jadi rumah sendiri takpelah jugak...tapi ni tak, bayarlah sampai habis nyawa pun rumah tu tetap jadi hak milik kekal tuan punya rumah sewa

Apa kriteria yang paling penting kalau nak sewa rumah?

1. Rumah tu mesti selamat...maksud selamat tu luas...

Selamat daripada bencana alam...banjir, tanah runtuh, ribut taufan, gempa bumi or letusan gunung berapi (kalau adalah)...Insyallah setakat ni bumi Malaysia still terhindar daripada bencana alam yang macam tu...kalau rumah sewa yang kita stay tu tiap kali hujan lebat masuk air banjir pun susah gak...takut kerugian tiap kali banjir lagi mahal daripada harga sewa rumah...terpaksa beli motor boat sebijik & sekaligus menambahkan kos sara hidup

Rumah tu mesti selamat daripada gangguan manusia, binatang, jin & syaitan...

Gangguan manusia tu kat mana-mana pun ada cuma kalau boleh selamat lah sikit...tak banyak foreigner & Awang Hitam berkeliaran kat kawasan rumah...kalau tinggal kat area penyamun pun scary gak...tapi, jangan anggap tinggal kat condominium mewah tu selamat...sebab yang tinggal kat situ pun penyangak & perompak yang educated & mampu bayar sewa mahal-mahal...kadang-kadang pelik sebab tahap security kat pintu masuk condo punyalah ketat tapi hampir tiap hari ada kejadian pecah rumah...siapa lagi yang buat kerja tu kalau bukan penghuni kat situ

Gangguan binatang? kalau tempat yang banyak anjing pun annoying jugak...hari-hari nak tidur dengar dia menyanyi@menyalak...kalau nasib tak baik kena gigit...kadang-kadang area yang banyak kucing pun tak best...dah macam zoo kat sana sini ada binatang...orang masuk zoo kena bayar tapi kita masuk free, pakej siap dengan sewa rumah

Gangguan jin & syaitan...bukan kita jek manusia yang menyewa duduk kat dunia ni...makhluk lain pun bayar sewa gak tiap-tiap bulan...macam tu jugak dengan rumah yang bakal kita sewa...mana tau sebelum ni dah ada penyewa lain ke & sebab tu penyewa rumah sebelum ni terpaksa berpindah...kena wat research sikit kenapa penyewa sebelum ni berpindah...kalau tak menyewalah kita bersama-sama makhluk asing...tiap malam dengar bunyi pinggan mangkuk berlaga...tak semua orang percaya benda-benda macam ni, just kena berhati-hati...lagipun OdahOne bercakap berdasarkan pengalaman bukan omongan


2. Bayaran sewa yang berpatutan...yelah kalau rumah tingkat 4 & takde lift janganlah demand nak letak harga sewa tinggi-tinggi...orang nak menapak naik atas pun dah cukup tinggi...kalau rumah tu fully finished (kosong, kontang takde apa-apa) jangan mengada-ngada nak letak harga sewa macam fully furnished...kalau gaji cukup-cukup makan minum jangan berangan nak sewa rumah yang besar macam muzium...pandai-pandailah manage & bajet untuk bayaran rumah sewa

3. Dekat dengan tempat kerja...yang ni pun penting...kalau jarak rumah dengan tempat kerja macam jarak dari Masjid Putrajaya ke Masjid Negara pun tak boleh jugak...jauh lagi memenatkan & tension, nak mengadap jammed lagi, bayar tol & minyak memang tak berbaloi...biarlah bayar sewa rumah mahal sikit pun takpe daripada drive pergi kerja jauh-jauh...sama jek pulangannya...kena bangun awal pagi & balik malam hari...keluar rumah tak nampak matahari sampai rumah pun tak nampak matahari, mana boleh tahan mengadap camni hari-hari

*nota kaki berbau :
Dunia ini umpama sewaan, dibayar dengan amalan, ditegur dengan amaran, di rayu tanpa paksaan & ditarik balik dengan pilihan; penghormatan@penghinaan

28 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #22



*nota kaki berbau :
Habis dimakan monyet

14 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #21








*nota kaki berbau :
Jangan jadi sombong macam Cik Renab. Last sekali kena dudukkan orang.

13 December 2011

DILEMA PERKAHWINAN JARAK JAUH | CAMNE NAK HANDLE NI?



Perkahwinan jarak jauh? tak sanggup lah saya!
Kalau camtu carilah calon suami/isteri yang boleh tinggal sebumbung lepas kahwin...jangan cari yang kerja jauh-jauh or selalu outstation sampi 2 or 3 bulan, memanglah selalu kena tinggal jadi lone ranger kat rumah

"Jadi Branch Manager memang cita-cita saya pun...tapi, yang jadi big problem terpaksa pulak pindah tempat kerja & berjauhan dengan suami tercinta...rasa macam berat hati nak tinggalkan suami sorang-sorang kat rumah...dia pun tak sanggup nak lepaskan saya kerja jauh-jauh...siapa yang nak jaga pakai minum dia?...takkan janda rumah sebelah nak tolong jaga dia?...Oh!  tidak! ku didalam dilema...Ahhrgh! lupakanlah cita-cita tu, my husband is no. 1...baik stay dengan suami boleh darling hari-hari...hehe!" -Puan Maimon- (Asst. Manager Pizza Hut)

"Syabas! Puan Maimon...Puan dah pilih jalan yang terbaik untuk stay bersama suami...Insyallah suami puan akan hargai segala pengorbanan tersebut...kalau kerja gaji besar tapi tak dapat redha suami pun tak guna jugak kan?...mana tau Puan tolak rezeki kali ni Allah akan bagi rezeki yang lebih baik pulak...yelah perancangan Allah kan lagi sempurna...mana tau pasni dapat offer jadi Branch Manager KFC kat depan rumah tu ke, senang sikit nak pergi kerja & tak payah berjauhan dengan cik abang" -Hamba Allah-

 
"Lu kalau mau kahwin mesti duduk satu rumah maa, jangan duduk jauh-jauh nanti lu susah maa!" -Encik Apek Driver Taxi Sapu-

Apa yang penting? Bekerjasama...dah tak duk serumah camne nak bekerjasama? Apolah...kena kerja asing-asinglah...yang penting  sekali mesti ada give and take or omputeh kata bertolak ansur & juga persefahaman serta saling percaya...kalau takde kepercayaan kat pasangan pun tak boleh jugak...U trust me I trust U bukannya 'trust no one'...masing-masing kena jujur dengan pasangan masing-masing

"Isteri walaupun tinggal berjauhan dengan husband, still kena jaga jugak adab-adab serta batasan sebagai seorang wife...bila dah kahwin, dosa isteri perlu ditanggung oleh suami jangan lupa benda tu...kesianlah sikit kat suami kita takkan nak biarkan dia masuk neraka sebab perangai jahiliah kita?...jadilah isteri yang baik even suami takde kat sebelah..." -Isteri Mithali-

"Dah hampir 3 tahun saya jadi 'Weekend Wife'...seminggu sekali baru dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri...Alhamdulillah setakat ni still survive" -Isteri Mingguan-

"Untunglah awak Weekend Wife, saya ni tak taulah fall under kategori apa either weekend or monthly husband?...isteri saya balik jumpa saya ikut bajet, kadang-kadang 2 minggu sekali & kadang-kadang 1 bulan sekali...maklumlah saya ni OKU tak larat nak kerja...just kerja mengadap komputer & cari duit online berapa sen sangat yang dapat" -OKU Husband-

"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan" pepatah yang dah tak relevan pada masa kini -Mat Pujangga-

 
"Teknologi dah canggih sekarang...walaupun tinggal jauh-jauh tapi 'Effective Communication' tu penting...kena hari-hari call tanya khabar suami/isteri untuk mengekalkan keintiman...paling koman pun say; Good morning bila bangun tidur & Good Night bila nak tidur...gunalah plan prabayar or pascabayar yang paling jimat kalau tak mampu, janganlah kedekut sangat...sekarang macam-macam plan ada...buat video call kalau rasa nak tengok muka or hantar MMS selalu...nak chat kat facebook, GTalk, YM or video chat & streaming pun boleh...kalau dah nak jimat sangat sms pun takpe...tapi, nak bagitau kalau guna fix line kat rumah lagi jimat boleh call free jek...nak langgan boleh PM saya k...-Encik Syamsul-(pekerja kontrak TM)

 
"Masalah ‘Touch n Go’ juga akan terjadi dalam kes PJJ ni...dah banyak kes yang saya handle" -Dr. Ismail Embi-(Perunding Keluarga)

"PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) memang memudahkan para pelajar...tapi, kadang-kadang cara pembelajarannya tak seeffective macam belajar kat dalam kelas boleh jumpa & tengok muka lecturer hari-hari...macam tu jugak dengan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)" -Pelajar PJJ Jurusan Perniagaan-

Perkahwinan Jarak Jauh Apa Pro & Contranya? Kesan Buruk? Kesan Baik? Ada ker kesan baik?

Pros :
1. Baik untuk Family Planning (bagi pasangan yang baru berkahwin & belum bersedia untuk ada anak or ekonomi still tak stabil)
2. Perasaan rindu & sayang yang sentiasa membuak-buak (yelah kalau jumpa hari-hari kurang sikit rindunya bila dah berpisah jauh barulah datang feel rindu tu)
3. Ada 2 rumah persinggahan (satu di utara & satu lagi di selatan)
4. Berlanjutan status bujang walaupun dah kahwin (especially si suami, bebas nak join kawan-kawan lepak kedai mamak tengok bola sampai pagi)
Cons :
1. Kurang kasih sayang (terutama sekali si isteri, kurang dapat belaian dari suami & tak boleh manja-manja dengan suami)
2. Timbul perasaan syak wasangka (si isteri takut laki main kayu dua, tiga mahupun empat, si suami pulak takut bini curang pasang spare tyre)
3. Tak dapat tambah pahala (solat berjamaah suami isteri besar pahalanya tu, cium tangan & tengok muka husband hari-hari pun dapat pahala jugak)
4. Berubah hati (bila tengok ada girls/guys yang lagi ayu/ensem kat tempat kerja & berikan perhatian lebih daripada pasangan masing-masing maka mulalah nak curang)
5. Kesian kat anak-anak (kurang kasih sayang & perhatian ibu@bapa)
6. Kos sara hidup meningkat (tak dapat share tempat tinggal, makan & minum sama-sama, bajet kena asing-asing) 
7. Tekanan perasaan (tak sanggup dengar soalan tanya bila engkau nak tinggal serumah, jeles tengok jiran sebelah yang hari-hari berkepit dengan laki dia, bosan hidup tak berteman tidur walaupun dah kahwin, suami tak larat nak pujuk isteri yang jadi sensitif bila kena tinggal & hari-hari nak merajuk)

Oh! rupanya banyak contra dari pro...kalau ada pilihan better pilih PJD (Perkahwinan Jarak Dekat) jek lagi senang...lagi baik duduk sebumbung daripada berbumbung-bumbung


Moral Of The Story : Bersabarlah bagi mereka yangg terlibat dengan PJJ (Perkahwinan Jarak jauh) @ HJJ (Hubungan Jarak jauh) ni...sentiasa cari jalan agar kita dapat tinggal sebumbung...banyak-banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita InsyaAllah...


Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:

Malam ini terasa panjang,
Aku dibalut kegelapannya,
Mataku enggan lena,
Tiada teman untuk bersenda,
Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,
Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!

Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?
Hafsah menjawab, “empat bulan!”
Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan. Sumber: Tarikh Khulafa' karangan Imam As-Suyuthi
 
Jangan Biarkan Cinta Anda Cair Seperti Kek

*nota kaki berbau :
Perkahwinan Jarak Jauh, Perhubungan Jarak Jauh, Percintaan Jarak jauh, Perindu Jarak Jauh, Pelari jarak Jauh...semuanya jauh & memenatkan

12 December 2011

EARNINGS FROM 701 PANDUAN ADNETWORK | MASYUKLAH JUGAK




Hidup sebuah blog memang tak lengkap kalau tak letak ads kat kiri, kanan, atas or bawah blog...memang ramai yang blogging just for fun tapi kalau dapat income sampingan lagilah fun...mungkin ada orang yang segan nak letak banyak-banyak iklan kat blog sebab takut orang cakap terlalu komersial, mata duitan, banyak iklan dari entry & macam-macam lagi...

Tapi, blog yang paling popularlah jadi lubuk iklan & banyak advertise iklan...kita yang tak popular pun apa salahnya kalau nak letak iklan selagi ada pengiklan yang sudi nak publish...pada OdahOne selagi iklan tu tak ganggu orang nak baca blog kita apa salahnya...cuma kena pandai letak iklan kat tempat yang strategik & tak ganggu orang nak baca entry...jangan selagi ada space semua ada iklan kena selak iklan baru dapat baca entry...memang agak annoying...hoho...jangan marah ha

Kita update blog hari-hari, Kita? Wasn't me...OdahOne taklah update entry daily...takkanlah selamanya just for fun sekali-sekala nak jugak merasa bayaran saguhati...tak banyak sikit naklah jugak kan...kadang-kadang nak update blog or nak luahkan perasaan dalam blog tu takes time gak...berbaloilah kalau dapat side income hasil daripada berblogging

Ads yang paling popular of courselah Nuffnang...tapi, banyak lagi ads yang wujud kat muka bumi contohnya Churp-churp, Innity, Adverlets, Mangga, says.my, Heartbeat dll...yang OdahOne nak cerita kat sini ads 701panduan

Minggu lepas baru jek dapat duit dari 701panduan setelah mendaftar hampir 7 bulan...maybe ada orang yang perasan kot iklan yang berjoget kat blog OdahOne ni...contoh macam gambar kat bawah ni;

Ads 701panduan ni ada huruf (i) kat penjuru bawah sebelah kanan
  
Maybe ramai jugak yang nak tanya apa benda 701panduan tu? Banyak ker income yang masyuk? Tak efek Status Geli-Geli (Glitterati) Nuffnang ke? Ada chance dapat BE tak kalau letak iklan ni? Berapa sen yang dapat kalau ada orang sudi mengelik?

Untuk info lebih lanjut sufrlah kat sini...http://adnetwork.701panduan.com/...tak larat nak terangkan panjang lebar...mula-mula join dulu memang lagi masyuk sebab dapat RM 0.30 per klik...lebih 5 sen daripada Nuffnang...5 sen pun banyak gak tu kalau darab dengan 10 dah jadi 50sen & kalau darab dengan 100 dah jadi RM5.00...malangnya, start bulan Mei hari tu saham jatuh merudum & dah kena cut jadi 10 sen per klik

Publisher Network Iklan 701Panduan, kami ingin mengumunkan bahawa kadar Pay Per Klik kami akan dikurangkan kepada RM 0.10 mulai 1 Mei 2011.


Kami juga berusaha untuk memadankan iklan yang lebih relevant pada tema dan kategori laman web anda serta meningkatkan jumlah pengunjung dan kadar CTR.


Sekiranya anda menghadapi masalah dalam Payout Reporting di control panel anda, sila abaikan masalah ini. Kami telah menerima laporan dari beberapa publisher yang mengatakan payout yang dibuat tidak berpadanan dengan klik. Untuk mengatasi masalah ini, kami akan membuat pengiraan manual ketika payout email dihantar keluar pada minggu pertama setiap bulan.


Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan pada masa yang sama, kami juga dalam proses menyiasat beberapa kes penipuan klik untuk sesetengah Publisher dan kami akan memaklumkan kepada yang terlibat setelah mendapat keputusan dari pihak Pengurusan kami.


Sekian, terima kasih.
701Panduan Adnetwork Team

Setelah berbulan-bulan letak ads ni kat blog, OdahOne langsung tak dapat feedback dari 701panduan...Sistem paparan earnings 701panduan ni memang tak secanggih Nuffnang...susah sikit nak pantau earnings...so, hantarlah email tanya diaorang;

I would like to ask u some questions..

How do i know about my current earnings & how to cashout my earnings? Because i not give u any details yet (my bank a/c number & so on)

Hope to hear from u very soon...tqvm

Sincerely;
OdahOne

Hi can you kindly provide your bank details for us to make payment end of this month

Sorry for the delay in sending October Earnings Email:
Due to growing demand for our adnetwork, we apologize to have been extremely slow in replying your emails.

Please check your Bank Account Statement towards 28 Nov until 5 Dec 2011: Because we are now using iPay88 online payment system to make payment.
you will received your October payment anywhere from 28 Nov until 5 Dec 2011.
If you did not receive your October earnings kindly reply me.

Below is the report for your perusal,

Total Banner Clicks:  430 (oct ) + apr 350 + may 380 + jun 380 + jul 333 + aug 290 + sept 240
Total Payout : RM  43 (oct ) + apr 35 + may 38 + jun 38 + jul 33.3 + aug 29 + sept 24  - (Based on RM 0.10 per click)
Total Payout (October 2011): RM 240.3

Thanks & Regards,
701Panduan Ad Network Team

Alhamdulillah...2/12/2011 check A/C bank duit pun dah masuk...barulah lega...takdelah orang cakap yang program 701panduan ni menipu...at least OdahOne pernah jugak merasa duit publish iklan ni...walaupun tak banyak tapi bolehlah buat top up duit nak pergi honeymoon...hoho...

Yang best iklan 701panduan  ni loading cepat sikit daripada iklan Nuffnang...tak payahlah kita nak tunggu lama-lama kalau tertarik nak tengok iklan tu...sekali klik terus open sekejap jek dia punya loading...kalau ada yang dah daftar dengan ads 701panduan ni & tak tau status earnings korang cepat-cepatlah hantar email tanya...malu bertanya duit tak dapat

Kira oklah walaupun sekali klik hanya dapat seposen tapi duit jugak...kalau takde duit seposen takkan jadi amount RM 1,000,000 betul tak?...just jadi RM 999,999,90

Setakat ni status geli-geli (Gliteratti) memang tak terjejas & Nuffnang still baik hati nak bagi Buffered Earnings (BE)...hope, Encik Nuffnang tak amik port sangat dengan ads ni...just letak suka-suka...tapi, kalau dia bagi warning terpaksalah remove agaknya...25sen tu lagi besar nilainya

OdahOne pernah tanya gak kat admint 701panduan ni sebab curious dengan nama 701 kenapa tak bubuh nama yang lebih glamer lagi 007 macam James Bond ker?...ini soalan yang OdahOne tanya kat Encik Justus;

"thank you very much admin 701...boleh tahu tak apa makna 701 tu???
unik nombor 701 tu ada apa-apa meaning ke???"

Ini jawapan Encik Justus iaitu jurucakap@tukang jawab soalan bagi 701panduan (setiap email akan dijawab oleh Mr.Justus)

"O 7 = ? Bila nak cari ada question mark kan ?
0 = takda results bila nak cari.
1 = ! Dah Cari! ..."

"So mcm tu..mcm mcm ada..."

regards:
Justus

Lawak jugak jawapan yang Encik Justus bagi ni...mula-mula agak terkedu dengan jawapan dia ni tapi layankan jeklah...tapi, dia memang dah berterus terang dari awal yang dia ni tak pandai sangat cakap Melayu...so, considerlah dengan dia punya bahasa...Siapa yang berminat nak JOIN & nak tambah side income bolehlah try join...rasanya tak rugi kot


Proses Cepat dan Mudah Setup
Hanya 3 langkah mudah untuk bergabung dan mulai mendapatkan pendapatan:

1. Daftar sebagai publisher 701Panduan Network Iklan dengan mengisi borang pada halaman pendaftaran.
2. Jika kriteria website anda memenuhi keperluan minimum, anda akan menerima script dan masukkan skript IFRAME ke laman web anda.
3. Pihak 701 Panduan akan menyediakan anda dengan laman Masuk Penerbit bagi anda untuk mengesan kemajuan anda setiap hari.

**Layankan ayat Encik  Justus kat atas ni 

*nota kaki berbau :
Blogging suka-suka, dapat duit lagilah suka, tak dapat duit muka jangan mencuka, usaha lagi sampai berjaya, kalau dah berjaya janganlah lupa, kawan-kawan pun nak share sama

08 December 2011

KAMI DI SPONSOR OLEH ODAHONEBIZZ



Kalau artis kahwin aksesori di sponsor oleh Rafflesia sampai berjuta-juta, tapi kami kahwin hanya ditaja oleh syarikat sendirian berhad OdahOneBizz...hoho...sedih-sedih company sendiri yang sponsor...orang lain tak berani nak sponsor takpelah sponsor untuk diri sendiri...oklah jugak save bajet tak payah nak sewa semua barang-barang aksesori tu...mahal jugak kalau nak sewa pakaian termasuk aksesori

Pakej kahwin bajet semua benda kena bajetlah...setakat baju nikah tu kalau nak jimat beli jek sendiri...lepas nikah boleh guna lagi baju tu...tak pun masuk dalam muzium buat kenangan bila dah tua nanti boleh tunjuk kat anak cucu...tapi, jangan pulak guna untuk nikah buat kali kedua

Lagipun puas hati dapat bergaya dengan barang sendiri bukan barang pinjam...kalau dari atas sampai ke bawah semuanya ditaja tak best pulak...dapat bergaya kejap lepas tu kena pulang balik...kalau sponsor bagi terus buat harta bestlah...barang harga beratus ribu takkanlah sponsor nak bagi camtu jek???

Tapi, OdahOneBizz ni baik hati sikit...barang yang disponsor akan terus jadi hak milik orang yang kena sponsor...untunglah orang yang disponsor & hope rezeki orang yang sponsor pun makin melimpah ruah
 
Takmau banyak cerita boleh layan gambar-gambar kat bawah ni & kalau berminat boleh terjah ke kedai blog sponsor utama kami OdahOnebizz

Baju yang One pakai tu ditaja oleh Sabisa Tailor...Dokoh pada songkok & Baju Melayu@Baju Nikah pulak ditaja oleh OdahOneBizz...Dokoh 3 tingkat yang One pakai ni memang stylo bercorak moden klasik...maybe kat dalam gambar ni tak nampak sangat boleh terjah ke blog sponsor untuk lihat gambaran sebenar (KBK 48 G)...Rasanya dokoh yang paling tinggi pun cuma 5 tingkat jek, tak pernah lagi jumpa dokoh yang setinggi 88 tingkat macam KLCC...Yang kat sebelah tu adik One...Dokoh Besar yang melekap pada baju kurung tu turut ditaja oleh OdahOneBizz...dari jauh lagi dah terserlah akan keglamerannya
Ini pulak Kerongsang Besar yang dipakai oleh Kak Ngah Odah...Kak Ngah adalah nama gelaran bagi anak kedua dalam adik-beradik (saja nak bagitau)...macam biasa ditaja oleh OdahOneBizz jugak...tudung plain kaler merah bila ditambah dengan Kerongsang Besar sebagai aksesori tambahan membuatkan si pemakai kelihatan lebih Meletop! Malah mengalahkan keserian pengantin...orang pun nak jugak pakai aksesori tambahan bukan setakat kereta jek yang nak pakai skirting & tinted gelap
Ini songkok yang One guna time nikah...mula-mula dia malas nak pakai dokoh kat atas songkok sebab tak mau nampak glamer sangat & tak sanggup nak memberatkan kepala...betul gak dah lah nervous nak salam tangan Tok Kadi kena pulak usung songkok yang beratnya berkilo-kilo...sebenarnya dokoh ni lagi cun kalau pakai pada songkok plain yang bersaiz tinggi...tapi, dah takde songkok lain pakai jeklah lagipun orang dah sponsor takut kecik hati pulak...nasib baik One sekali lafaz dah berjaya...tak sia-sia OdahOneBizz bagi sponsor
Kerongsang Besar yang tersemat kat atas kepala Odah tu turut disponsor oleh OdahOneBizz...Nampak macam berat tapi sebenarnya benda tu ringan jek...tak perasan pun ada benda melekap kat atas kepala...Kalau pakai tudung plain bila letak Kerongsang Besar ni akan nampak lebih menyerlah keanggunannya...kalau takmau pakai kat kepala nak semat pada baju pun boleh jugak...benda ni sebenarnya flexible ikut kreativiti & kesesuaian diri masing-masing...tapi, jangan semat pada tempat yang tak sepatutnya sudahlah
Ini baju nikah Odah...Beli sendiri jek takmau sewa sebab nak simpan buat kenangan... Yelah kalau boleh nak nikah sekali jek seumur hidup takmau nikah setahun sekali...hoho...mula-mula baju nikah ni nampak dull & macam ada yang kurang...tapi, bila Odah gantung dokoh pada leher barulah nampak macam permaisuri sehari...kalau tak orang tak perasan siapa sebenarnya yang nak bernikah...yang datang semuanya pakai cantik-cantik pulak tu...terima kasih banyaklah kerana OdahOnebizz
Baju mak mertua yang turut mendapat sentuhan daripada OdahOneBizz...barulah nampak glamer bila baju kebaya dipadankan dengan Dokoh...kaler gold lagi...Dokoh ni memang Simple & Stunning...tak payah susah-susah nak bergaya just semat & bergaya...harga pun murah tak mahal sangat...mak mertua anda akan kelihatan 20 tahun lebih muda sampai orang ingatkan anda bergambar dengan kakak sendiri
*nota kaki berbau :
Anda ingin kelihatan bergaya tanpa perlu berbelanja lebih? Solution = "Dokoh 'Simple & Stunning' Hanya Semat & Bergaya" Memang smart pun! Pesanan penaja ini dibawakan oleh OdahOneBizz

07 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #20





*nota kaki berbau :
Gosok jangan tak gosok, Gosok sampai berkilat bontot periuk itu

02 December 2011

BERAKHIRLAH SUDAH MUSIM MENUAI BUFFERED EARNINGS



Buruk bebenor rupa ME ni...tak cun langsung
Start dari bulan Julai sampailah bulan November tiap-tiap hari ada jek iklan BE yang berjoget-joget kat blog OdahOne...boleh dikatakan 1 or 2 minggu sekali akan dapat BE yang baru...tapi, minggu ni bila check earnings semuanya dah bertukar rupa menjadi ME (Metered Earnings)...sure ramai blogger yang menyampah tengok rupa ME ni...kenapalah cepat sangat dia bertukar rupa? kan dah elok rupa BE tu...kalau tengok rupa BE sejuk sikit mata memandang

Musim menuai dah habis ke? Hari tu waktu outing ambik gambar kat bendang tengok sawah padi belum lagi nak menguning takkan dah habis musim menuai kot?...dah takde lagi ads yang sudi nak berjoget lambak kat blog OdahOne lagi ke?...maybe sebab bulan November yang lepas ni kami amat busy & jumlah visitor pun makin menurun...tak sempat nak update blog hari-hari...sebab tu agaknya dia merajuk takde orang yang nak layan dia berjoget...mana syok kan berjoget sorang-sorang

Anyway, puas jugaklah makan hasil dari BE...dapatlah tambah-tambah modal nak mendirikan masjid walaupun sekadar dapat beli batu bata jek...boleh jugak guna buat bayar duit upah mak andam...bagilah peluang kat orang lain merasa menuai hasil BE pulak...terima kasih untuk Encik Nuffnang & mereka yang sudi singgah & menyumbang untuk blog ni...ada rezeki kita tunggu pulak musim menuai untuk tahun depan...kali ni kita menuai pakai traktor pulak baru banyak sikit hasil


Mungkinkah ini BE yang terakhir buat tahun 2011?...Sayonara



BUFFERED EARNINGS | USEFUL TIPS



*nota kaki berbau :
Lambang BE yang gagah dipandang mulia dan indah...OdahOne terus mara untuk rakyat Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...