06 April 2011

PANGGILAN POKAI




KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.

Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.

“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.

“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.


So, berhati-hatilah kepada sesiapa yang ada banyak duit tu sebab manusia sekarang ni dah semakin pandai...bukan pandai apa, pandai menipu...tapi, kalau diaorang call aku diaorang yang pokai sebab aku bukan ada banyak duit pun, diaorang tak payah call pun aku memang tengah pokai sekarang ni...hoho...

Moral of the story, nasihat bagi orang-orang yang berwang atau berduit lebat tu peganglah pada prinsip ni; "Trust No One"...sentiasa berhati-hati dengan segala urusan yang melibatkan duit walaupun sepuluh sen...bagi orang-orang yang wang tak berapa nak ada tu ambillah ikhtibar dari kejadian macam ni...mana tau esok lusa rezeki datang bergolek & terus jadi kaya raya ke???

Jangan mudah sangat percaya kat sesiapa walaupun saudara mara kalau urusan yang melibatkan duit ni...sebab duit boleh putus saudara...sebab duit orang sanggup berbunuh...kalau orang luar tu lagilah jangan percaya...selidik dulu asal usul orang yang buat panggilan sebab penjenayah intelligent ni memang expert bab menipu ni...maybe diaorang ada ambik Master or Phd bab tipu menipu ni kot...ada ke course macam tu??? 

Biasanya, kalau kita pergi rumah orang kaya non Muslim yang besar-besar tu sure kat pintu pagar tu ada tulisan "Beware Of Dog"...so, bagi kes macam ni eloklah letak pada wallpaper or screensaver pada handset anda ayat yang macam ni..."Beware Of Penipu"...setiap kali terima panggilan anda akan rasa lebih berhati-hati & duit anda pun terselamat daripada penipu yang ada kat luar sana tu

*nota kaki berbau :
Telefon berbunyi ring! ring! ring! Ku angkat ku tanya siapa???? Penipu? Penyangak?

3 KOMEN:

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

bahaya tu
diaorang dah makin licik dalam bab nak tipu orang nih
pernah juga dapat telepon macam tu
tapi momoy cakap momoy akan bayar cash so tak perlu nak amik no siri bagai
Dia kata saya cantik TAPI saya..."
Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@.::: Princess MOMOY :::....yup! penipu mkin pndi & genius...tapi last2 jtuh ke tanah gak mcm tupai

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

haishhh,mcm2 taktik skarang ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...