19 November 2010

RX-S ENERGY INDUCTION


"Retro Xtravaganza Sempoi"




























"Memburu Impian"


Ku Jejak

Jalan Yang Berliku
Membara Jiwa Ku
Memburu Impian

Ku Renang
Lautan Gelora
Biar Pon Tersadai
Di Hujung Dunia

Akan Ku Rempuhi
Segala Rintangan
Biar Pun Rebah
Ku Bangun Sendiri

Akan Ku Genggam
Biar Pun Hitam
Menjadi Milik Ku

Ku Mula Dengan
Langkah Ini
Menuju Sinaran
Yang Abadi


RX-S Energy Induction 115cc

Sebuah motorsikal keluaran syarikat Yamaha yang kini mula digilai semula oleh para peminat motorsikal kategori retro atau klasik

Kebanyakkkan mereka yang mempunyai pengalaman menunggang dan memiliki motor ni, sure tak mahu jual pada orang lain...walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi berbanding harga sewaktu mula-mula beli dulu

"Jual jek lah motor kau ni...dah buruk takde siapa yang nak bawak & nak jaga" ayat yang biasa didengar

"Lagipun motor pun dah lama...asyik rosak jek, tak berbaloi pun kalau repair"

Kalau nak jual RM1k dulu memanglah dah ada orang yang nak beli...tapi kalau jual pastu buat bayar downpayment motor baru (tu pun tak cukup), lepas tu tiap-tiap bulan tanggung hutang nak buat apa

Aku lebih rela tengok motor ni hancur & buruk macam tu daripada tengok orang lain tunggang motor ni...sampai macam tu sekali perasaannya...kalau tak percaya tanyalah owner-owner yang pakai motor RX-S ni betapa sayangnya mereka

Tapi kalau ada orang yang nak beli dengan harga yang munasabah boleh difikirkan jugak ek...lagipun nombor pendaftaran (plat) motor ni cantik gak...kalau nak beli motor ni terpaksalah beli dengan tuan-tuannya sekali (pakej 2 in 1)...hoho

Tak dapat tunggang motor ni pun takpe janji dapat tengok rupa dia pun jadilah, tiap pagi bukak tingkap tengok motor ada tengah park kat luar rumah...pun dah rasa cukup bahagia

Macam orang yang bercinta, tak dapat tengok muka dapat tengok bumbung rumah pun jadilah

Tapi kalau dapat bawak & dengar bunyinya yang mengasyikkan lagilah bertambah feel, deruman bunyi ekzos yang mengaum-ngaum...vrroom vrrooomm...lebih kurang macam tulah bunyinya

Kenapa jadi camtu?

Sebab motor ni lain dari yang lain...orang yang pernah memiliki motor ni maybe tau kot apa yang aku maksudkan...tak boleh nak digambarkan dengat kata-kata...kalau tak takkan orang beiya-iya cari nak beli motor ni

Even kalau ada duit pun kalau takde orang yang nak jual tak boleh beli gak

Apa yang menarik tentang motor cabuk ni?

Cabuk kau kata? Di waktu zaman 1980an motor inilah yang menguasai jalan-jalan raya kat Malaysia...memanglah sekarang ni dia agak retro atau klasik

"King of the road on early's 80s and still giving a superb performance until today" jentera yang terbukti power diatas jalanraya...kalau tak percaya tanyalah orang-orang lama

Masa tu istihlah mat-mat rempit atau samseng jalanan belum ada lagi...istihlah bohsia & bohjan pun takde lagi dalam kamus

Nak cerita sikit, dulu aku pernah tunggang motor ni bawak jalan-jalan keliling bandar...sedang syok layan alih-alih ada segerombolan budak-budak scooter mencelah

Aku pun buat tak tahu sambil menurunkan visor helmet apollo, sebab malu gak aku sorang jek yang naik motor buruk dicelah-celah scooter airbrush yang pelbagai warna tu sambil disulami dengan bunyi lagu hip hop yang dimainkan di atas scooter

Tiba-tiba, datang sebijik teksi cuba pulak mencelah, aku mula syak sesuatu...sambil membunyikan hon berkali-kali teksi tu pun memotong motor aku, lalu kelihatan kepala pemandu teksi yang agak terkeluar dari tingkap kereta

Pemandu teksi tersebut menunjukkan isyarat 'bagus' berkali-kali sebaik saja lalu disebelah motor aku...punyalah banyak motor scooter yang cantik-cantik tapi motor aku jugak yang dia cakap bagus

Kebetulan motor aku masa tu memang tengah berkilat baru digosok dengan autosol...memang itulah kerja aku setiap hari iaitu kilatkan motor...lagilah menarik perhatian orang, tak perlu pasang lagu kuat-kuat buat habis bateri jek

Aku pun apa lagi sepantas kilat terus angkat kembali visor helmet sambil menganggukkan kepala kearah pemandu teksi tanda terima kasih di atas pujian yang telah diberikan sambil memecut laju meninggalkan mamat-mamat scooter yang berlagak tadi dengan perasaan bangga

Sedutlah asap...memang dieorang tak boleh nak kejar kekuatan mesin RXS ni...aku bukan nak bangga just sekadar berkongsi cerita...bukan semua barang baru tu disukai orang...kadang-kadang nilai sentimental yang ada pada sesuatu barang lama itu lebih tinggi dari paras rupa dan wang ringgit

Waktu tu team scooter atau budak-budak scoot memang tengah naik...awek-awek scoot pun saham tengah naik siapa yang dapat tackle awek scoot kira championlah...dieorang punya dressing dengan skirt pendek memang mengancam jiwa mat-mat motor yang lain

Power sangat ke enjin RX-S tu?

RX-S punya enjin memang terbaik dalam kelasnya sampai sekarang pun still tak boleh di challenge oleh adiknya atau Yamaha RXZ

Mat-mat rempit ramai yang gunakan karburetor motor ni & sumbat dalam motor EX-5 or Kriss dieorang untuk tambahkan power pecutan...memang power pun bila modified dengan carburetor RXS ni...lagipun carburetornya tebal boleh lay banyak-banyak kali

Ada gak yang modified motor ni untuk tujuan berlumba...aku pernah tengok motor Yamaha RXZ semput nak kejar motor RXS ni...cucuk angin bertiang-tiang jauhnya...makan asap

Tapi aku tak berapa setuju sangat budak muda yang gunakan motor ni untuk berlumba...motor yang ada sekarang ni banyak yang laju-laju, buat apa nak gunakan motor yang dah tahap retro ni untuk berlumba

RX-S ni ada pelbagai model & bentuk betul ke?

Betul...motor jenis ni ada adik-beradik yang lain...ada RX 100 (iaitu abang sulong) dan RXK...jenis RX-S jek ada pelbagai bentuk

RXS yang 1st model brake depan biasa jek takde brake disk, lampu depan pun bulat...tapi jenis yang ni klasik value dia lagi tinggi...susak gak nak cari model yang ni sebab banyak release kat luar negara

Model yang berikutnya signal & lampu depan dah jadi bentuk empat segi macam motor aku tu (rujuk gambar)

Kalau tak silap release kat Malaysia pada tahun 1981...tapi motor aku lahir pada tahun 1982...dah tua pun umur dah 28 tahun

Ada jugak pemilik yang modified motor RXS ni jadi RXK sebab rekabentuk RXK ni lebih sporty siap dengan sportrim...rekabentuknya pun lebih aerodinamik tak banyak bersegi-segi memang sesuai untuk race

Ada lagi tak cerita best-best tentang motor RX-S ni, minatlah pulak?

Ada...cerita yang ni touching sikit...dulu aku pernah hantar servis motor kat bengkel yang agak lama atau otai...yang jadi ceritanya, cina yang bikin motor tu repair motor aku bersungguh-sungguh

Aku pelik bila dia layankan motor tu macam motor dia sampai ada barang yang aku tak kasi tukar pun dia nak tukar...bukan sebab dia nak untung tapi dia dah naik syok tengok motor tu, sampai bila nak bayar pun dia siap bagi diskaun lagi

Sekali bila aku tanya, "kenapa gua tengok lu begitu teruja bikin motor gua ni"...ini jawabnya

"Dulu gua pergi sekolah naik ini motor...gua punya Pak hadiah kasi sama gua...tapi gua punya motor sudah hilang orang kasi curi, bila gua tengok lu punya motor gua ingat sama gua punya motor & gua punya Pak" kata Si Ah Beng sambil bola-bola kristal seakan-akan terbit dari matanya yang sepet

Rupanya ada cerita disebalik tu...untuk tak menghampakan harapannya aku bagi dia test motor tu bawak keliling bandar...aku siap tinggalkan lagi motor tu & dah petang baru aku datang angkat...biar dia layan feeling puas-puas

Aku pun puas jugak bila dapat mengembalikan nostalgia Ah Beng bersama motor dan ayahnya...suka tengok muka mamat Cina ni bila dapat merempit dengan motor aku

Yang bestnya, dia adjust & setting terbaek untuk motor aku...lepas mendapat sentuhan dari pada si Ah Beng, motor aku tak banyak buat ragam & performance paling tip top yang pernah aku dapat

"Lu ada problem sama ini motor lu datang cari sama gua ok" itu pesanan terakhir Ah Beng sebelum aku meninggalkan bengkelnya

Motor lama ni memang kena dapatkan sentuhan dari orang lama...kalau repair kat orang baru nanti dia setting motor jadi racing pulak, macam nak pergi berlumba...aku pun ada pengalaman repair dengan budak-budak muda ni, hancur tak best langsung setting semua ke laut

Ada gak certain benda yang aku boleh repair sendiri & yang tak perlu hantar bengkel...motor ni dulu pun aku spray@cat sendiri...habis semua aku baraikan...lagipun senang, jenis motor macam ni tak ada cover set, nat & skru pun tak banyak yang nak kena bukak

Dulu, aku pernah lenjan naik motor ni pergi Gunung Ledang berdua dengan member...aku ponteng kerja, so terus plan nak pergi sana

Time tu pulak condition motor ni memang teruk sangat-sangat, bila bawak orang yang kat sebelah pun boleh dengar bunyi rod enjin motor aku yang agak kuat

Tak tahulah pagi tu memang malas giler nak pergi kerja...kebetulan member pun on apa lagi startlah aku mengembara...nasib baik sampai gak ke destinasi yang ditujui, walaupun sepanjang jalan enjin aku berbau hangit & mengeluarkan asap yang berkepul-kepul

Puncak Genting pun ada konvoi yang pernah sampai dengan motor ni tanpa sebarang masalah inikan pula puncak Gunung Ledang...tapi bukanlah betul-betul sampai ke puncak Gunung Ledang just sampai tempat parking motor yang dulu kena charge seringgit tu

Kalau nak naik sampai puncak kenalah pakai 4x4 bukan RXS...tak sesuai

Bunyi macam nak pecah enjin pun ada...tapi aku yakin pada kekuatan mesin RXS ni (Allah lagi berkuasa)...setakat ni dia tak pernah mengecewakan aku

Kalau ada pun sebab habis minyak kat tengah jalan...banyak kali gak aku mengalami situasi macam ni sebab motor RXS takde meter minyak...maklumlah retrolah katakan

Tapi, sekali lagi pujian buat motor RXS sebab walaupun enjin mati kerana kehabisan minyak, dia still boleh jalan lagi kalau di start semula, dia just bagi warning yang minyak dah nak kering...lagipun ada minyak reserved

Ada satu skill atau kelebihan motor RXS...bila aku berdepan dengan situasi yang macam ni senang jek nak setelkan...aku just tiup kat dalam tangki minyak tu sambil pusing tuil ke arah reserved & tutup tangki minyak cepat-cepat

Lepas tu biasanya boleh start & continue journey sampailah ke stesen minyak yang terdekat...kadang-kadang ngam-ngam sampai rumah baru enjin betul-betul padam (in case bila keluar rumah lupa nak bawak duit or poket memang tengah pokai masa tu)

Motor lain mana boleh buat macam ni...terpaksalah menyorong motor dengan muka seposen...malulah kalau awek tengok kononnya...kalau jarak stesen minyak tu jauh berkilometer terpaksalah marathon sorang-sorang

Tapi, kalau jumpa orang yang baik hati bolehlah mintak tolong belikan minyak dalam botol...itu pun kalau kita ni awek cun sure ramai yang sudi menolong...kalau jantan jangan haraplah semua just tolong tengok jek...yang lebih kurang ajar siap hon kuat-kuat lagi suruh kita ke tepi

"Demam RXS kembali melanda Malaysia"

Sejak tahun 2008 aku tengok orang dah start cari motor ni semula...saham Yamaha RX-S naik kembali...dah kembali ke landasannya semula

"Zaman kegemilangan muncul kembali"

Macam-macam kelab yang dieorang tubuhkan...bangga bila tengok motor ni diminati semula bukan sahaja otai-otai (Old timer), tapi budak-budak muda pun dah start minat & cari motor ni

Bila dah ada club ni senang sikit nak cari barang-barang sparepart...takdelah terkial-kial cari sorang-sorang...kalau ada problem dengan motor pun senang nak repair

Tapi aku dulu bergerak secara solo...tak join pun club-club motor ni...lagipun masa tu tak popular sangat motor ni...aku bawak pun orang pandang macam pelik, budak muda tapi pakai motor macam orang tua...dah lah helmet & dressing pun oldies

Ramai gak yang gelakkan, tapi aku buat tak tahu...kau yang gelakkan aku motor pun tak habis lagi bayar hutang bulan-bulan...silap-silap beli pakai duit mak bapak lagi...tak payah nak eksyen

Aku cari barang-barang sparepart & aksesori motor ni pun sendiri-sendiri...adalah member yang sama-sama cari tapi dia pakai motor Honda 50cc...bila dapat barang yang dicari punyalah suka lebih-lebih lagi kalau barang yang original

Nak kena explore kedai yang lama-lama (yang dindingnya dah nak roboh) baru boleh jumpa barang-barang yang dicari...kalau cari kat kedai-kedai sparepart yang baru-baru ni bila tanya haram pun dieorang tak tahu...siap tanya lagi; ada orang pakai lagi ke motor tu?

Lagi satu bila dah ramai yang cari sparepart motor ni apa lagi harga pun melambunglah...lampu signal yang dulunya aku beli harga baru RM20 sepasang dah jadi RM30

Barang yang asli tentunya datang dari Jepun...barang-barang yang local@tak ori Malaysia pun ada buat...tapi kebanyakkannya datang dari negara Thailand sebab kat sana masih berlambak-lambak lagi motor jenis ni...di negara India pun sama

Kalau kita tengok cerita Tamil atau Hindustan biasanya akan terpandang dieorang guna motor RXS buat berlakon...yang buat stunt pakai motor ni pun ada...naik motor siap dengan kayu hokinya nak ajak bergaduh...punyalah otai

Sampai ada yang cakap "Polis India dah sampai" sebaik saja terpandang aku datang bersama-sama motorku yang berwarna biru, mirip warna motor yang digunakan oleh pasukan polis negara India dalam cerita Tamil...sabar jeklah

Dalam cerita Ali Setan pun ada sorang mamat yang gunakan motor ni

Kalau dulu selepas zaman kejatuhan RXS iaitu selepas munculnya Yamaha RXZ, motor ni orang gunakan untuk tarik gerabak kelapa sawit di kampung-kampung...punyalah kuat enjinnya setakat sawit berat 1 tan selamba jek dia tarik

Tapi sekarang pantang jek tengok orang kampung gunakan motor ni tentu ada saja yang menghimpit nak beli...kalau pandai ayat dapat beli dengan harga yang murah giler sebab si pemilik tak tahu lagi value motor RXS sekarang ni...pada dia dah cukup bertuah ada yang nak beli motor buruk yang dimilikinya

Walaupun takde roadtax & motor dah tersadai, terbarai & berkarat pun orang sanggup nak beli...punyalah minat

Motor aku jek dah berapa ramai yang dok usha nak angkat tapi setakat ni aku masih tak berminat untuk menjualnya, walaupun ada suara-suara yang inginkan aku menjualnya

"Buat apa kau simpan lagi motor tu?...jual ajeklah boleh tambah-tambah duit kau nak kahwin nanti"

Banyak jugak kedai-kedai motor yang notice akan kehadiran motor aku ni di bandar tempat aku tinggal...motor ni jadi lebih glamer bila aku saja-saja iklankan di mudah.com...saja nak test market tengok orang berani nak angkat berapa RM?

Buktinya aku pernah pergi repair kat satu bengkel...waktu tu tayar motor aku pancit..biasalah tiap kali repair motor aku mesti duduk tercongok kat depan mekanik tu, kadang-kadang psiko gak dia nak buat kerja

Aku memang takkan biarkan orang repair & serahkan bulat-bulat motor aku ni...memang aku kurang yakin sebab ada mekanik yang buat kerja ganas macam buragas...habis calar-balar motor aku sebab dulu dah ada pengalaman...lagipun nak belajar skill sikit-sikit

Tengah syok-syok perhatikan mekanik gantikan tiub tayar motor aku, tiba-tiba datang seorang apek yang dah lebih separuh abad tanpa beri salam berkata; (memang pun tak beri salam sebab dia non muslim)

"Haiya ini motor gua pernah nampak dalam internet maaa...mau jual kah? gua mau angkat sikalang, berape wang mau"

Pelik gak macam mana apek tua ni boleh tahu...canggih jugak apek ni, inilah apek di zaman cyber semua maklumat dihujung jari...yang buat dia senang nak cam motor aku ni maybe sebab nombor plat motor ni orang senang nak ingat

Apek tua pun senang nak hafal...bukan nombor yang lintang pukang susah nak di simpan dalam memori

Lagi satu kes, waktu aku servis motor just nak ganti minyak hitam jek...aku saja test pergi bengkel motor yang aku tak pernah pergi & dalam masa yang sama nak usha mana tau ada barang-barang RXS yang dia simpan

Mekanik yang repair motor aku tu siap tahu rumah aku kat mana, dia memang cam dengan motor aku...dia pun story motor-motor RXS yang biasa dia nampak kat area-area ni...gila gak dia punya minat sampai camtu sekali

Dia pun ada sebijik RXS yang semua barangnya still original lagi...tapi malangnya dia sayang nak bawak just terperuk kat rumah jek

Dalam masa yang sama, aku dapat dua barang RXS dari kedai tu...susah gak aku nak cari barang tu selama ni...jumpa juga akhirnya

<
<
<
<

Macam mana motor ni boleh sampai ke tangan aku pun panjang ceritanya...tak payahlah nak diceritakan secara detail...motor pusaka yang akan terus dijaga sampai bila-bila

Kalau ada pertandingan bercerita mengenai pengalaman anda dan motor anda aku nak try masuklah...mana tau boleh menang ker

Akhir kata...motor ini pasti akan kembali merempit di jalan raya pada suatu hari nanti...

*nota kaki berbau
Yang lama jangan dilupakan, yang baru jangan ditinggalkan, yang belum dapat cuba dapatkan, yang sudah dapat jangan dilepaskan, yang sudah lepas jangan dikenangkan

17 KOMEN:

mknace unlimited said...[Mari Balas Komen Ini]

:) :) :)
klasik nih

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

motor jek yg klasik orangnya belum klasik lagi masih up tu date...:p

sapitque said...[Mari Balas Komen Ini]

bro.. nice post..
meh tgk rx-s den plak.. ade kisahnye juge. hehehee..
http://sapitque.com/blog/2009/12/yamaha-rxs-pal/

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@sapitque...hoho! aku bru baca...nice entry gak jiwa rxs dh mresap kt ownernya mcm yg aku cerita kt dlm entry ni...dh lama aku cri org yg rjin wt entry tntg rxs ni...long live rxs!

sawn said...[Mari Balas Komen Ini]

aku pun minat motor ni sejak zaman jipang

yahaya said...[Mari Balas Komen Ini]

memang best motor ni..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@sawn...long live rxs!

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Baik moto ni bro.. jgn jual sampai bila2.. blh jadi harta pusaka.. kasi cucu pakai..

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Baik moto ni bro.. jgn jual sampai bila2.. blh jadi harta pusaka.. kasi cucu pakai..

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Aku pon pakai rxk juga.. bini aku bising gak.. moto da lapuk katanya. Tapi org kasi thumbs up utk moto ni.. jgn jual bro.. pakai la sampai ke ank cucu..lepas tu jadi harta pusaka...hahaha..

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Aku pon pakai rxk juga.. bini aku bising gak.. moto da lapuk katanya. Tapi org kasi thumbs up utk moto ni.. jgn jual bro.. pakai la sampai ke ank cucu..lepas tu jadi harta pusaka...hahaha..

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Terbaik

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Terbaik

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

longchamp handbags
moncler
jordan retro
golden goose sneakers
jordan shoes
longchamp handbags
golden goose
supreme new york
yeezy boost 350 v2
moncler jackets

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

q1w90w6u54 f0v49e4g57 o5q99t0i43 c5j66r4w54 p5n53k6v46 b5e20s6y24

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

i7x29s0i21 o0n35d6j12 x9s12q6n23 s0d56h8w74 l7i10i1b69 v2b45r4c91

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Sama pak ga maU
jual

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...