"S.A.K.I.T"
"Aduh! sakit kepalaku"..."Sakit kepalalah"..."Sakit! hati aku!"...
Apakah yang perlu anda lakukan ketika anda sakit?...tak kiralah sakit apa pun either sakit gigi, sakit perut, sakit jantung, sakit buasir, bila masa tu (bagi wanita), dan seumpamanya...yang penting pada ketika itu anda berasa sakit
Makan ubat...sudah semestinya dah sakit mestilah kena makan ubat...jangan nak mengada-ngada tak mahu or takut makan ubat kalau dah tahu yang diri sendiri sakit
Berdoa...ini adalah senjata utama orang mukmin...senjata nuklear pun tak boleh nak lawan senjata yang ini...anda hanya perlu angkat dan tadah tangan separas bahu, kemudian mintalah apa yang anda ingin serta hajatkan
Tak kiralah bahasa apa yang anda gunakan, insyallah yang mendengar doa anda akan faham...masa tengah betul-betul sakit tu cuba berdoa...tak dapat tadah tangan berdoa, berdoa dalam hati pun sudah cukup...janganlah kita sombong sangat sampai tak mahu berdoa...baru sakit gigi pun dah tak boleh tahan, itu pun nak sombong
"Bila dah ditimpa sakit baru ingat nak berdoa"...takpelah at lease berdoa jugak kan...tapi, ada orang yang berdoa saja tapi ubat pun malas nak makan...kalau macam tu jangan harap nak cepat sihat
Berzikir...pagi petang siang malam mesti berzikir...tak dapat gunakan lidah pun boleh gunakan hati...tak kiralah masa tengah berdiri, duduk atau baring pun boleh berzikir
Bersabar...ini juga perkara yang lazim kita ucapkan apabila melawat orang yang sedang sakit...memang dah takde lagi ucapan yang lebih sesuai selain daripada ucapan tersebut
"Sabar, sabar ajelah Borhan...esok lusa, tahun depan or tahun 2012 eloklah sakit kau tu" kata si Ah Chong
<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>
Perkara-perkara di atas adalah perkara lazim yang biasa orang akan buat ketika sedang sakit...sebenarnya, perkara pokok yang nak dibincangkan di sini bukan apa yang disebutkan di atas...selain daripada makan ubat, berdoa, berzikir dan bersabar ada beberapa perkara lagi yang boleh kita lakukan...kadang-kadang ada perkara yang kita sering terlepas pandang padahal kesannya amatlah ketara
Tips-tips berikut sesuai di amalkan oleh semua orang tak kira agama, bangsa & budaya...Melayu, Cina, India dan kaum peribumi yang lain semua boleh amalkan...tips untuk "1 Malaysia"
1. Senyum
Sebab apa perlu senyum? Kenapa perlu senyum? Ada apa dengan senyum?
"Engkau tak nampak ke yang aku sedang menahan sakit! takkan nak senyum, gila ker?"
Kalau buat muka berkerut ketika sakit rasanya sakit tu boleh hilang ker?
Cuba senyum ketika anda sakit...kalau boleh, senyum dihadapan cermin lagi bagus...lihatlah muka anda ketika sakit...cuba senyum & memberi motivasi kepada diri sendiri walaupun terasa sakit yang teramat sangat
Memanglah nampak macam perlakuan orang gila bila orang yang sedang sakit tiba-tiba senyum...tapi cuba praktikkan, anda akan rasa perbezaannya jika anda senyum ketika sakit berbanding anda berkerut dahi dan bermasam muka menahan sakit
Kalau kita tak senyum pun sakit tu tetap sama, jadi apa salahnya kalau kita senyum...nescaya sakit tu akan berasa lega sedikit...kalau tak lega pun bukankah senyuman itu satu sedekah?...tak perlu keluar duit pun hanya gunakan otot-otot pada pipi sambil tu dapat pahala lagi
2. Sentuhan
Sentuhan yang dimaksudkan bukanlah sentuhan yang memberahikan, tapi sentuhan penawar iaitu sentuhan dari tangan anda sendiri atau tangan orang lain
Apa yang anda lakukan jika anda berasa sakit atau berlaku kecederaan pada anggota badan anda?...sudah tentu anda akan memegang bahagian tersebut bukan?...tahukah anda bahawa tindakan yang anda lakukan itu adalah secara automatik
Perbuatan memegang tempat yang sakit itu sebenarnya dapat membantu sistem badan anda untuk melegakan rasa kesakitan...sentuhan yang anda lakukan misalnya ketika anda pening kepala, sebenarnya telah membantu meringankan rasa kesakitan tersebut
Untuk lebih berkesan lagi, sertakan sekali sentuhan tersebut dengan doa atau ayat-ayat yang bersifat untuk memulihkan seperti jampi atau 'magik word' (ayat-ayat syifa atau ruqyah bagi yang beragama Islam)
Kajian yang dibuat di pusat kajian Miami telah membuktikan kuasa sentuhan tangan kita adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Kajian tersebut telah membuktikan bahawa sentuhan dapat ;
- Meningkatkan sistem imun (pertahanan badan di mana kawasan tempat sentuhan terdapat penghijrahan sel darah putih yang bertindak sebagai daya tahan badan berkumpul dengan banyaknya
- Meredakan stress (tekanan)
- Mengurangkan paras glukosa pada pesakit diabetis
- Mempercepatkan pemulihan luka dan tulang yang patah
- Mengurangkan rasa kebimbangan (anxiety)
- Mengurangkan tahap kemurungan
- Mengurangkan rasa kemarahan
- Melegakan rasa dukacita
- Melegakan dan membantu proses penyembuhan penyakit
- Membantu penurunan tekanan darah
- Menambahkan rasa selera makan
Apabila kita memeluk bayi, isteri atau anak, perasaan lega akan terhasil kerana serotonin diaktifkan apabila berlakunya sentuhan...serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira...melalui sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan...kekurangan dopamin akan menyebabkan manusia nyanyuk dan terdedah kepada penyakit parkinson
Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapat ditingkatkan...ini adalah berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan, penghargaan kendiri dan tahap keyakinan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berbuat demikian
'Pegang Tangan Seseorang'
Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan di kawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri atau pada orang lain dapat membantu melegakan sakit, malah boleh juga menyembuhkan penyakit sepertimana yang diamalkan oleh ramai pengamal perubatan
Teknik sentuhan dengan tangan biasanya diamalkan oleh para pengamal perubatan alternatif...pada tangan tersebut mengalir tenaga magnetik dan elektrik yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan
Mereka juga menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api, cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi, lalu mengalirkan tenaga ini kepada badan pesakit sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan
Akan tetapi, sentuhan yang terbaik ialah sentuhan dari tangan seorang ibu...tangan ibu anda mempunyai kuasa penyembuh yang teramat mujarab yang anda tidak pernah tahu kecuali bila anda sakit
Kalau tak percaya cuba anda praktikkan...kadang-kala sakit akan hilang serta-merta sebaik sahaja si ibu menyentuh tubuh badan anda (contoh; sakit perut, pening kepala dan demam)...bagi sesiapa yang sudah kehilangan ibu atau ibu jauh di kampung, bolehlah pegang tangan orang yang ada di sekeliling anda...suami boleh pegang tangan isteri, begitu juga sebaliknya
Bahkan tangan kanak-kanak yang belum akil baligh (umur 7 tahun kebawah) juga boleh dipegang...jangan sekali-kali memandang rendah kuasa sentuhan kanak-kanak kerana mereka juga mempunyai aura penyembuh
Bagi para suami yang ada kat luar sana tu, rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri anda...lakukan perkara ini setiap hari supaya anda dan isteri selalu sihat dan ceria kerana anda mempunyai sentuhan yang amat ajaib!
3. Air
Minum air...atau basahkan muka dengan air...nak lagi bagus ambillah air sembahyang bagi yang beragama Islam atau cukup sekadar kulit bersentuhan dengan air
Apa kena mengena sakit dengan air?
Air ini sifatnya sebagai penenang...kalau kita melihat orang yang terperanjat, terkejut atau sedang trauma bagilah mereka minum air untuk menenangkan mereka...begitu juga air boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah
Orang yang pitam atau pengsan turut boleh dipulihkan dengan merenjis atau menyapu air pada bahagian muka mereka...begitu juga ramai para pengamal perubatan Islam yang menggunakan air sebagai salah satu kaedah rawatan mereka
4. SMS@Telefon
Kirimlah sms atau hubungilah mereka yang anda rasa boleh jadi tempat untuk mengadu...tujuannya bukan apa, just nak beri semangat pada diri sendiri...jangan biarkan diri anda menanggung sakit bersendirian...cuba cari teman yang boleh berkongsi sakit dengan anda
Pastikan orang yang jadi tempat anda mengadu betul-betul faham dengan masalah anda...faham dengan penyakit yang anda hidapi...anda akan dianggap sebagai seorang yang mengada-ngada atau manja jika tersalah memilih tempat mengadu...hal ini akan menyebabkan moral dan semangat anda terus menjunam (down)
5. Fikirkan Sesuatu
Fikirkanlah sesuatu yang menyeronokkan atau yang positif...jangan sesekali terfikir untuk mati kerana ia akan menyebabkan anda bertambah sakit, baik dari segi mental mahupun fizikal...mati bukanlah ditentukan oleh manusia
Cuba untuk kuasai sakit tersebut bukan sakit yang menguasai diri anda...jangan sesekali mengeluh atau memberontak kerana ia bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah menambahkan lagi penderitaan anda...motivasikan diri anda sendiri
6. Alihkan Perhatian
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada terus mengingati sakit yang anda sedang tanggung ketika itu...contohnya; seperti menulis blog, melayari facebook, bermain Playstation, melayan haiwan peliharaan dan sebagainya
Jika anda sakit terbaring, cuba gerakkan anggota badan anda alihkan perhatian anda dengan menggerak-gerakkan anggota badan (seperti goyangkan kaki atau anak-anak jari)...jika tak mampu bergerak cuba kelip-kelipkan mata atau buatlah apa saja yang anda mampu asalkan perhatian anda beralih ke tempat lain bukan kepada sakit yang sedang anda tanggung ketika itu
<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, bukannya rekaan semata-mata...pengalaman dan info yang ingin dikongsi bersama...kalau rasa mujarab amalkanlah, tapi kalau memudaratkan tak perlulah ikut...ini hanyalah sebahagian dari tips-tips yang boleh di amalkan kerana banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan ketika sakit
*nota kaki berbau : biarlah jasad merana menahan sakit yang penting hati sentiasa tenang...carilah kenikmatan yang ada ketika sakit, kerana itulah kunci kepada hati yang tenang