07 October 2011

BAJET 2012




Kat atas ni adalah antara apa yang menarik untuk Bajet 2011...

Bajet 2012? Kita sama-sama tunggu petang ni lepas Solat Jumaat PM kita Dato Seri Najib akan bentangkan secara panjang lebar & terperinci...biasalah dah jadi tradisi Bajet@Belanjawan memang akan dibentangkan pada Hari Jumaat...nak ambik berkat kot...dah macam-macam spekulasi yang kita dengar tentang bajet ni walaupun belum keluar secara rasmi tapi bayangannya dah ada...ramai yang dah buat bajet sendiri...berangan nak jadi Menteri Kewangan ke-3 lah tu...buat Bajet dapur sudah lah

Harga barang apa yang bakal naik? Harga barang apa yang tak naik & harga barang apa yang turun? Biasanya yang dah naik susah nak turun...

Servis / perkhidmatan / cukai / duti apa pulak yang akan dinaikkan & ada tak yang akan dimansuhkan? Cukai untuk rokok & arak memang biasa tiap-tiap tahun naik...itupun masih ramai yang masih mampu nak merokok...maklumlah orang kaya boleh bakar duit...nasib baik kadar bayaran tol untuk 4 lebuhraya PLUS dah dijanjikan takkan naik untuk tempoh 5 tahun macam yang dibentangkan untuk Bajet 2011...kerajaan dah janji nak bagi subsidi untuk benda tu

Siapa yang paling banyak akan dapat benefit daripada Bajet 2012? Rakyat? of course...tapi rakyat yang macam mana? berpendapatan rendah? kakitangan awam or swasta or usahawan or yang bekerja sendiri? or penganggur? Dengar cerita kakitangan awam akan dapat bonus hujung tahun ni betul ke? Tersenyum lebar nampak...Yelah dah lama tak dapat full bonus...yang kerja swasta dapat habuan tak? 

Adakah akan diteruskan lagi program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan?...rakyat miskin or berpendapatan rendah bolehlah tarik nafas lega kalau PM teruskan or tambah lagi benda baru yang menarik...untuk bajet yang lepas imam, guru agama, dan ahli JKKK Persekutuan dapat tambahan elaun, tahun ni siapa yang akan dapat lagi? 

Yang tak best cukai perkhidmatan yang dikenakan untuk perkhidmatan televisyen berbayar Astro...habis naik setakuk lagi bil Astro kita tahun ni...tu tak termasuk lagi yang Astro gatal-gatal naikkan & bakal naikkan...kalau tak kerana nak tengok bola memang dah lama kasi shutdown itu astro

Amboi...makin banyak soalan yang timbul...apa-apa pun kita tunggu jeklah PM kita yang bentangkan lepas habis Solat Jumaat dalam pukul 3 petang kot...OdahOne setakat bentangkan sejadah untuk jemaah nak Solat Jumaat bolehlah...nak bentangkan Bajet untuk rakyat memang tak lepas sebab diri sendiri pun memang dah lari bajet...saksikanlah Bajet 2012 di depan TV anda ataupun nak dengar radio or via online pun boleh

*nota kaki berbau :
Bajet cun, bajet lawa, bajet kaya, bajet pandai padahal takde apa-apa pun?

7 KOMEN:

LiLy @ MaMaQiStInA said...[Mari Balas Komen Ini]

Menarik..sama2lah kita tunggu ptg ni.. ^_^

tnZackJ said...[Mari Balas Komen Ini]

apakah manfaat besar yg rakyat jelata dapat?
takut indah kata dari laksana..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

lily : yup, hope ada gula2 utk rakyat

tnzackj : hope xlah camtu...

W.o.a.y.I.e.s said...[Mari Balas Komen Ini]

same2 nantikan ye..=)

Fazleyatul Aini said...[Mari Balas Komen Ini]

ish kerja la, tak dapat tengok bajet. tengok berita malam nanti je la

dulu zaman study suka tengok budget

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

yg hp tu jer yg ok pon..naseb dimansuhkn siott je nk cukai2..ingt sume org kaya cam dorg!

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

rupa2nya yg naik dkt 40% tu cikgu2 je..
kita kakitgn awam biasa2 ni..biasa2 aje la naiknya..
ok la tu..bersyukur dpd xde..
CUEPACS pon 1 hal gak..patutnya fight utk penyelarasan gaji..
ni dok sibuk fi8 utk bonus jek!
very d hampesss tau!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...