19 April 2011

PARTI SISWI SEKSI


BUKTI...Mohd Yusof menunjukkan kain yang digantung bagi menarik perhatian pelajar IPT.
Kain rentang untuk invite siswa siswi join the College Uniform Party

Gadis seksi untuk siswa

MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.


Uniform Party ni sebenarnya budaya masyarakat omputeh ataupun lebih senang cakap budaya barat...langsung takde dalam budaya kita...kebanyakkan uniform yang diaorang pakai time join party ni pun seksi-seksi belaka...ada jugak uniform formal yang telah di alter jadi seksi & memberahikan bila dipakai...contohnya; uniform anggota bomba yang telah di alter ala-ala stripper (penari bogel)

Kalau kita nak buat Uniform Party ni jugak pun boleh, tak salah...tapi pakailah uniform-uniform yang proper sikit...buatlah Hari Kerjaya kat IPT & semua orang pakai uniform kerjaya yang diaorang suka time pergi kuliah..so, taklah jadi party maksiat dressing seksi maut-maut

Kat bawah ni antara contoh-contoh Uniform Party Costumes...tapi, costumes yang seksi-seksi melampau aku malas nak upload...just yang biasa-biasa jek

W.P.C. Stripper Costume
Doctors Coat Costume
Fireman Stripper Costume 
French Maid Black/White Costume

*nota kaki berbau :
At every party there are two kinds of people - those who want to go home and those who don't...anda orang yang bagaimana??? Suka-suka joget dipinggir jalan...

3 KOMEN:

Ayie said...[Mari Balas Komen Ini]

agak melampau.. pihak berkuasa, sila la bertindak.. Jangan hanya taw bercakap, tapi habuk pun tarak..

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

haishh..macam2la skang nih.patu ade jugak ke budak kolej yg terlibat?huhuh

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

memang mlampau...ada kot budak kolej yg join aleen...benda2 cmni mmg rmai yg nak join..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...