31 October 2010

ALAHAI SI MERAH ALAHAI SI KUNING


" Si Merah & Si Kuning "




Lebih kurang 12 purnama yang lepas, genap setahun Si Merah dan Si Kuning bertelagah...akan tetapi pertelagahan itu dimenangi oleh si kuning...mungkin di ketika itu si merah masih tidak cukup ilmu di dada, lantaran tenaga muda si kuning yang meluap-luap membakar api semangat perjuangan dengan penuh harmonis tanpa prejudis

Walaupun si merah datang bersama-sama ribuan para pengikutnya tetapi lautan kuning tetap menenggelamkan semangat si merah bak nakhoda kapal yang hilang arahnya...sedikit pun tidak ada perasaan takut dan gentar bahkan sebesar zahrah sekalipun

Bak tanduk si rusa perut si merah di ratah-ratah...menghambur keluar isi perut si merah penuh dengan kesan darah yang mencurah-curah

Kali ini si merah datang lagi membawa semangat yang tidak berbelah bagi...luka lama kian berdarah kembali

Semangat pendekar bernama pahlawan merah di tatang dan di madah...al maklum bersama-sama dengan para pengikutnya yang setia seakan-akan mahu menakluk bumi si kuning

Perjalanan berbatu-batu namun mereka tak pernah lesu dek kerana matlamat yang satu...terus mengira detik dan waktu masih jauhkah lagi destinasi nak di tuju...jantung mereka terus berdenyut-denyut laju

"Kain merah sebagai baju, akan kami musnahkan musuh seteru" laung pengikut si merah sekadar bidalan buat rakan dan taulan

Medan pertarungan itu dipenuhi dengan lautan merah dan kuning, yang merah kibarkan bendera merah dan yang kuning pula berkibarlah bendera kuning

Yang hijau kuning dan merah kuning dah lama berputih mata dek kerana penangan si pahlawan merah...yang jingga pula asyik marah tak sudah-sudah, kerna hilang bisa si lebah

Semboyan perang pun bergema, hiruk pikuk di sambut dengan gegak dan gempita...ada yang berdiri ada yang melata...sambil menyusun tutur dan kata, dikepalai oleh si tukang kata...di penuhi umpat, caci dan cela...begitulah semangat rakyat jelata...tak pernah jemu tak pernah leka...bagai di rasuk sang puaka

Begitulah halnya di tengah gelanggang...Si kuning dan si merah pantas menyerang sebaik pertarungan hidup dan mati itu di mulakan oleh si baju hitam...segala ilmu menundukkan lawan kini dipergunakan...berkat usaha, ilmu dan latihan

Si kuning tampak penuh bersemangat...kemenangan lalu di jadikan sebagai sandaran dan pingat...agar musuh selalu beringat...kejayaan tak bermakna tanpa peluh, darah dan keringat

Akan tetapi si merah tak mudah gundah...setiap serangan si yellow berjaya dipatahkan tanpa ada setitik darah...akibat serangan yang bertali arus dan tak tentu arah, akhirnya si merah mulai rebah buat kali pertama di satu arah, si kuning mudah meratah-ratah

Si penyokong kuning pun berlonjak sakan...tenggelam mereka dalam kenikmatan...melihat musuh mudah dijinakkan...menggaru kepala geleng-gelengan...sambil menghirup udara kepenatan

Pantang si merah menyerah kalah mungkin itu lah semangat yang si merah bawa kali ini...setahun yang lalu aku budak mentah mudah kau ratah tapi kini aku kembali untuk menuntut hutang darah yang mesti ku balas dengan darah...nantikan kebangkitanku wahai si kuning tak bermaruah

Luka si merah kian terawat...si merah mengatur strategi bagi menundukkan lawannya yang kalis senjata dan kekwat...tanpa perlu sebarang ubat

Sambil diiringi paluan gendang perang, si merah menyusun langkah lebih garang...pak indera mengepalai serangan berakar tunjang

Kali ini lebih ampuh dan jitu...ke sasaran terus mereka tuju

Akhirnya kelekaan musuh membawa padah...kelalaian yang membawa padah sesal tak sudah sudah...kepala yang ditadah membawa madah, itulah detik kebangkitan si merah

Berhamburlah darah si kuning memercik-mercik sebaik kelemahan diri di terokai oleh si licik

"Nah rasakan penangan si merah! " nada si botak penuh marah

Arakian dengan itu bersoraklah pengikut si merah tak tentu arah...si kuning tertunduk menahan pedih yang kian mengening...

Kelemahan si kuning sudah dihidu... semua lubuk ditumbuk diserbu...biar tinggal arang dan debu...pantang berundur pahlawan melayu

Si kuning kian lemah...tonggak utama tercedera parah...diusung keluar memapah-mapah...sambil di jeling pahlawan merah

Nafiri perjuangan terus di tiup kepada rakan-rakan yang lain tanda semangat berjuang si kuning belum pun luntur...sekali lagi jentera disusun dan di atur

Apakan daya nasib si kuning...Si Jamak terpaku menahan pening...fikiran bercelaru kian merunsing...menanti-nanti saat nan genting...saban masa terus meruncing

Tak daya nampaknya si kuning melawan kudrat si pahlawan merah...kali ini datang pula tusukan kedua yang membawa lebih parah...nadi si kuning kian berdenyut lemah

Para pengikut terpaku membisu, tatkala lembing si merah menerobos tubuh yang longlai bernyawa lesu...kesakitan menerpa berpusu-pusu

"Ayuh bangkit si kuning!" terdengar pekikan lemah Si Jamak

"Gomol! si merah gomol!" terdengar pula pekikan semangat Si Jelaga sambil di sambut dengan sorokan bergemuruh sang pengikut setia

Si kuning cuba bangkit tetapi ada saja yang menjadi batu penghalang seakan bukit...yang lemah ditukar ganti dengan yang gagah sedikit...tapi luka yang terasa tak pernah lega dan sembuh malah terus terasa sakit

Akhirnya...tumbang jua si kuning yang di disangka kebal...maka berakhirlah riwayat kekebalan si kuning di tangan pahlawan merah yang berilmu tebal

"Oh si kuning...ku sangka kau kebal tapi sebenarnya kau bebal" ejekan si merah penuh drama

"Oh si merah! jangan kau cepat berasa megah, lain masa akan kau ku ratah-ratah, biar tulangmu ku patah-patah" pekikan Tok Ketua

Mujur tidak berlaku pertumpahan darah di kalangan pengikut sang merah dan sang kuning

Mungkin jika ditakdirkan gugur wira si merah, maka tak terbendunglah amukan si penyokong merah tanpa maruah...habis semua mereka belasah...tanpa peduli tak amik kesah

Pengikut si merah memang terkenal dengan semangat api...berapi-api ke mana jua meraka pergi...mungkin itulah perjuangan warna merah sejati

Si baju hitam pula tersenyum lebar tanda faham...menunggu arahan seterusnya dari si FAM

Terkunci mulut Pak Jamak seakan gam...bersalam tahniah dengan si hitam legam

Langkah longlai mengiringi pemergian si kuning...langkah wira mengiringi rentak si pahlawan merah...langkah sinis mengakhiri cerita penulis...sekian


Hasil nukilan : acahia kapinatodongok anak song cham


*nota kaki berbau : minat pada si merah biru, tapi tak suka bila melihat si merah biru berpecah menjadi si jingga dan si merah biru, lebih elok kalau warna-warna itu disatukan menjadi warna premier

30 October 2010

KAF HAA WAU YAA NUN



"Bila Mau Kahwin, Bila Lagi Nak Kahwin?"

Maksud kahwin dipetik daripada lagu SM Salim...kaf ha wau yaa nun (huruf jawi) yang bermaksud, kaf : kongsi, ha : hidup, wau : waktu, ya : yang, nun : nikmat...dalam maksudnya tu

Bagi sesetengah individu, soalan inilah yang paling dia benci nak jawab...kalau tak jawab takut orang kecik ati tapi masalahnya dia sendiri tak tahu nak beri jawapan yang terbaik...bukannya tak mahu kahwin tapi kahwin yang tak mahu kat dia

Maksudnya dia memang dah rancang nak kahwin tapi ada sesuatu yang menghalang yang menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat murni itu...kalau lepas halangan itu maka berkahwinlah ia

Ada orang yang tiap kali jumpa akan tanya soalan yang sama seperti tajuk diatas berulang-ulang kali...bukan sekali bukan dua kali bukan jugak tiga kali tapi berkali2

Tiap kali jumpa mesti nak tanya benda yang sama macam dah takde soalan lain dalam simpanan bank soalan tu...annoying dan membuatkan kepala jadi serabut nak menjawabnya

Bukan setakat bila jumpa sahaja malah dalam facebook, sms, video call, voice call, twitter pun masih tanya soalan yang sama...pening gak nak layan orang yang macam ni

Tanyalah soalan matematik ker, soalan sejarah or geografi boleh jugak bukak buku or search internet untuk cari jawapannya tapi kenapa soalan itu jua yang nak ditanya?

"Awak tu dah tua dah makin berumur sedarlah diri tu sikit, sampai bila nak idup membujang" tanya si dia

"Umur dah lanjut, pipi pun dah layut, nafas pun dah semput, nak tunggu apa lagi" tanya si dia lagi

Aku ada satu jawapan yang special khas untuk orang2 yang macam ni...jawapannya;

"Awak tu nak mati bila" or lebih sopan lagi "Bila awak rasa awak akan mati"

Sure dia susah gak nak jawab soalan tu, begitulah juga susahnya orang yang dia selalu tanya soalan, bila nak kahwin? untuk menjawabnya, padahal dia sendiri tahu masalah yang dihadapi oleh si yang ditanya...cubalah jawab kalau terer...hang kata hang terer piirahhh...haha

Kenapa aku suruh jawab macam tu? bcoz kita sendiri tak tahu bila kita nak mati or akan mati...kecualilah kalau dah memang rancang nak mati bunuh diri...itu pun kadang2 tak terus mati tapi menderita dulu beberapa hari barulah mati...nyusahkan orang yang hidup jek...mati tu sesuatu yang pasti cuma masanya bila kita sendiri tak tahu

Macam tulah gak dengan jodoh...benda ni ada kait mengait...bukankah orang selalu cakap jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal dan maut ditangan tuhan...kita hanya mampu merancang tapi tuhan jua yang menentukan

Kadang2 dah elok2 plan nak kahwin tapi tetiba tak jadi kahwin either si bakal pengantin mati kemalangan or dieorg sendiri yang decide tak jadi nak kahwin...tak siapa boleh jangka benda yang akan datang even nostradamus pun bukannya selalu betul...propaganda jek tu semua

Lagipun tengoklah contoh orang yang dah kahwin tapi rumahtangga tak bahagia...aku rasa lagi elok tak kahwin dari jadi macam tu coz melibatkan banyak pihak...kesian kat anak2 kalau mak bapak asyik bergaduh jek...yang jadi mangsa anak2

Yang jadi bohsia & samseng jalanan pun anak2 jugak...so, tak payahlah kecewa kalau jodoh tu tak sampai lagi yang penting usaha doa & tawakkal itu tangga kejayaan

Tuhan kan dah set awal2 apa yang terbaik untuk kita...kalau kita usaha & ikut perintah dia insyallah kita dapat apa yang kita nak & kadang2 lagi baik dari tu pun kita boleh dapat

Contohnya; aku tak ingatlah nama serikandi Islam ni, suami dia syahid time perang uhud kalau aku tak silaplah...so, dia pun sedihlah meratapi kematian suaminya

Tapi berkat kesabaran, keimanan dan ketaqwaan yang ada pada dirinya, last sekali Allah gantikan dengan yang lagi baik coz dia dapat jadi isteri Rasulullah SAW...ceritanya lebih kurang macam tulah...bukankah itu satu penantian yang beerti?

So, pesanan bagi orang yang selalu sibuk asyik tanya bila nak kahwin tu eloklah cari soalan lain pulak...tak pun lagi elok kalau soalan tu digantikan dengan doa, contohya macam ni;

"Aku doakan ko dapat jodoh secepat yang boleh" "sabarlah, insyallah tahun depan sampailah jodoh tu" "aku doakan kau dapat jodoh yang terbaek dan cepat2 kahwin" "sian kau dah tua tak kahwin2 lagi, tapi takpe aku doakan kau kahwin dengan kekasih hati kau tu & bahagia selama-lamanya"


Bukankah ucapan itu lagi baik dan menyejukkan hati orang yang menerima dan mendengarnya? Doa itu lagi baik berbanding bertanya soalan yang sama berulang2 kali...pernah tak kita mendoakan kebahagiaan untuk orang lain? kalau tak pernah boleh cuba cara ni tak rugi pun

Fahamilah masalah orang yang kita tanya sebelum tanya soalan yang semacam itu...orang tu bukannya tak mahu kahwin tapi ada sesuatu yang menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hajat untuk mendirikan masjid buat sementara waktu

Paku, kayu, simen, pasir, buruh binaan, batu bata pun takde macam mana nak buat masjid? tok imam, bilal, makmum pun takde watpe nak dirikan masjid cepat2 tunggulah dah cukup korum barulah buat

Apalah asyik tanya macam tu jek...mana ada orang yang tak mahu kahwin...bukan best pun idup sorang2 ni...mungkin perjalanan hidup orang yang bertanya tu smooth tak banyak dugaan & cabaran macam orang yang ditanya...renung-renungkanlah


*nota kaki berbau
Sedang merancang nak kahwin tarikh 20.11.2011 @ 20.12.2012 

29 October 2010

ALA ALA DIN PART 1


"Jom Belajar Bahasa Tangan Bergerak-gerak"



Long time ago, in a faraway land called Persia, there lived a young boy. His name was Aladdin and he lived a with his mother, in the middle of the town.

Dulu, ada satu budak lelaki tinggal, satu tempat jauh, nama P-E-R-S-I-A. Nama, A-L-A-D-D-I-N. Rumah pusat bandar, dia, mak tinggal.


Aladdin worked hard to help his mother, but they were still very poor.
Dia, mak tolong, kerja rajin, tapi hidup susah masih.


Just outside the town walls was an enormous palace. Inside, lived a beautiful young girl, called Princess Jasmine. She had a very easy life, with more riches than she could wish for.
Luar bandar, istana besar ada. Perempuan muda, cantik nama Puteri J-A-S-M-I-N-E tinggal. Dia kaya, hidup senang, semua mahu boleh.

There was only one problem; her father was determined that she should marry a rich man like himself, so she was forbidden to play outside with the local girls and boys.
Tapi, masalah ada, ayah dia, paksa kahwin orang kaya mesti. Dia kanak-kanak kampung, main sama-sama tak boleh.

Every day Princess Jasmine would sit on her balcony, listening to the other children running and laughing outside in the streets. How she longed to be outside with them, having fun!
Setiap hari, Puteri J-A-S-M-I-N-E beranda duduk. Jalan, kanak-kanak lain ketawa. Tapi dia dengar sahaja. Dia sertai bagaimana ?

”You will not mix with children like that!” cried her father, when she begged him to be allowed outside. “Those children are not good enough for you - you are a Princess!”
Dia, merayu, keluar mahu. Tapi ayah, marah, cakap, awak Puteri, kanak-kanak lain, bergaul, tak boleh.
One day Aladdin was playing in the street, when he noticed a very tall man with a long black beard standing by the market stalls. Everyone said he was a powerful magician. There was something about him that made Aladdin quite scared.
1 hari, A-L-A-D-D-I-N jalan main. Lelaki tinggi, janggut hitam panjang, gerai pasar, berdiri. Orang semua cakap dia bomoh hebat. A-L-A-D-D-I-N, lelaki janggut panjang takut.

A minute later, the strange man came up to speak to him. “I have been looking for you, Aladdin!” he said. “I am your Uncle Ebeneezer.”
1 minit sudah, lelaki pelik cakap A-L-A-D-D-I-N, saya, awak, cari! Saya pakcik awak.
Aladdin was sure that this was a lie; he had never heard of having an ‘Uncle Ebeneezer’. However, his ‘uncle’ bought them such wonderful presents – clothes and shoes – that he soon forgot his worries.
A-L-A-D-D-I-N tipu tahu sebab nama pakcik E-B-E-N-E-E-Z-E-R dengar tak pernah. Pakcik E-B-E-N-E-E-Z-E-R hadiah cantik, kasut, baju, bagi. Risau kosong.

Aladdin and his mother were no longer poor and were most grateful to the magician, ‘Uncle Ebeneezer’ for all his gifts.
Emak, A-L-A-D-D-I-N miskin tak, terima kasih hadiah ahli sihir Pakcik E-B-E-N-E-E-Z-E-R.
One day, the magician turned to Aladdin’s mother and spoke.
Satu hari, ibu A-L-A-D-D-I-N ahli silap mata datang jumpa, cakap.
“I have to leave on a long journey and I want to take Aladdin’s with me,” he said.
Dia cakap, saya jalan jauh pergi mahu, mahu bawa bersama.

After a lot of thought, his mother agreed to let Aladdin go. After all, Ebeneezer was his uncle, so he would surely take care of her boy.
Fikir lama sudah, ibu setuju A-L-A-D-D-I-N ikut sebab E-B-E-N-E-E-Z-E-R, bapa saudara, jaga A-L-A-D-D-I-N boleh.
The magician and Aladdin set off on their journey. They walked for many miles until they arrived at the foot of a huge mountain.
Ahli silap mata, dan A-L-A-D-D-I-N, mula perjalanan. Jalan jauh, sampai bukit besar, sudah.
Cut into the side of mountain was the entrance to an enormous cave.

Pintu masuk, tepi bukit ada, untuk masuk gua.
“This is where I need your help, Aladdin,” said the magician.
Ahli silap mata cakap, sekarang, awak tolong saya, mesti.
Then the man continued. “This is a magic cave. Inside are great treasures; the entrance is too small for me to squeeze through, but you will have no problem.”
Aladdin agreed help. He bent down and started to wriggle his way through the narrow entrance.
Lelaki, cakap sambung. Ini gua magik. Sana, dalam harta hebat, ada. Pintu kecil sangat, saya masuk tak boleh. Awak masuk boleh.

Aladdin agreed to help. He bent down and started to wriggle his way through the narrow entrance.
A-L-A-D-D-I-N, bantu, setuju sudah. Dia, badan bongkok, sempit, jalan masuk.

To be continued............

Anda pening?
Anda tertanya-tanya?
Apa itu MySL? Is it a bird? Is it a plane? No....It's....
Kenapa bahasa yang digunakan agak pelik?
Kenapa bahasanya tonggang terbalik?
Relax jangan panik....
Semuanya akan terjawab dalam Ala Ala Din Part 2...Tunggguuuu......



*nota kaki berbau :
Ada orang yang yang ditegur berkali-kali tapi masih buat benda yang sama, orang ini digelar orang yang tak faham bahasa...bahasa mencerminkan bangsa

26 October 2010

KU LIHAT HIJAU


"Hijau Bumi Tuhan"

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Kadang-kadang kita tak perasan yang hidup kita ni dikelilingi oleh benda2 yang unik yang penuh dgn pelbagai warna...itulah yang dipanggil warna2 kehidupan...tapi bila kita duk sorang2 & takde benda nak wat baru kita akan perasan akan kehadiran benda2 macam ni yang selama ni bersama2 dengan kita tanpa disedari akan kehadirannya...

Gambo2 ni aku tangkap guna kamera handset sony cybershot jek xmampu nak beli kamera digital or SLR or DSLR...so apa yang ada kita layan bersama2



Ini entrance pintu bilik aku yang berwarna hijau kehijauan saujana mata memandang...gambo ben 10 ni anak sedara aku kimie yang suruh lekatkan kat pintu...aku ikutkan jek...tapi cantik gak ek sesuai dgn theme ijau


Tudung saji penutup makanan ni ayah aku baru beli...benda alah ni yang wat aku noticed akan kehadiran unsur2 hijau yang meresap kat dalam umah aku ni...macam jahat jek bunyinya

Berus gigi ijau ni bukan aku yang punya...maybe time kenduri kahwin hari tu ada orang yang tertinggal kat dalam toilet...xpelah boleh interframe skali wat cukupkan corum

Berus jamban pun tak mau ketinggalan gak nak join the green familia...glamerlah gak walaupun tugas die sangat tidak glamer dan mencabar...dah banyak berjasa dah patut tukar yang baru pun...tapi tak taulah kaler apa plak pasni...tunggu...

Kotak ijau ni ialah slimming tea my father...untuk buang toxin dalam badan sekali...kalo bapak aku guna produk jusmate5 Dr Rozmey tak dapat aku nak upload gambo kat entri ni coz kotak die kaler pink...minum teh ni akan menyebabkan kita kuar masuk toilet berulang kali...aku bukan nak promote produk ni just sebagai ayat penyata...lu slimlah beb!!!

Gambo diatas ialah penapis air teh or kopi...pun nak kaler ijau gak padahal banyak lagi kaler2 kat dalam dunia ni kaler kelabu taik anjing, coklat taik, biru air laut, merah hati, kuning langsat, kaler lemak ketam, tapi tetap nak pilih ijau jugak

Yang ni pintu bilik my mum...kat dinding tu wallpaper kaler ijau aku gak yang tampal...lawa gak aku tampal...beri salam dan ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik orang jangan main redah sebarang jek

Ini lukisan yang tergantung kat dinding luar sebelum masuk ke bilik aku...dinding ni dulu aku yang cat waktu kudrat aku masih kuat dulu...nak cat dinding ni dulu macam2 problem...tengah cat syok2 skali cat tak cukup, so aku pun g beli lagi 1tin cat nak sambung kerja2 mengecat...skali cat ni kaler lain daa...padahal kat luar tulis nombor cat yang sama jenama pun sama kedai yang sama harga pun yang sama tokey yang sama gak tapi awat kaler tak sama???...

My botol air...pun tak lari dari theme ijau...bukan aku yg beli tapi akak aku yang bagi...bagus botol air ni dah banyak berjasa pada tuannya...waktu aku dahaga die yang membantu menghilangkan kehausan (berkat rahmat dari Allah)...tapi waktu aku dahagakan kasih sayang die tak boleh nak membantu...chet...dasar botol air

Konon2 ni shoot yang menariklah...ditengah2 kehijauan padahal takde apa pun...cuma ada tambahan item raga yang jaring2 tu...benda ni dapat time kenduri kahwin orang bagi wat goodies bag letak telur kat dalam tu, cara gak

Kotak tisu, pendrive, cawan milo, bam serai, aku punya Jcard yg dah xpired sumenya ada sentuhan ijau...krim halia yang odah jual pun tag die kaler ijau...belilah krim halia yang odah jual ni murah jek RM10

Sesuai untuk sesiapa yang nak ilangkan spare tyre kat perut, legakan sengal2 kat badan & sendi2, pecahkan angin & lemak, kembung perut...bagus krim halia campur susu kambing ni dah terbukti berkesan ramai yang dah order & gunakan...cuma stok jek takde & susah nak dapat...penat aku promote ni dapatlah kamsen hendaknya

<
<
<

Ni baru kat dalam umah aku jek belum tgk kat luo sana tu...cuba jenguk kat luar sana tu betapa indahnya alam ciptaan Allah yang maha esa...memang sesuailah dgn lagu tema aku hijau bumi tuhan...kita belalah bersama-sama kita jagalah harmoninya...

Pesanan khidmat masyarakat ini di bawa oleh OdahOne Group CSR (Corporate Social Responsibility)


*nota kaki berbau : warna ijau terhasil daripada campuran warna kuning dan biru, abadikan keindahan ini

25 October 2010

MY NICKNAME IS? UiTM SEGAMAT MEMORIES


"Apa Nama Nickname Anda"

Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

FadhlKebaikan, kelebihan, sisa
FadhlurrahmanKeutamaan dari Allah, Anugrah Arrahman
FadiPenebus
FadilGenerous, honorable
FadlDermawan, murah hati
FadlanKeutamaan
FadliKelebihanku, ihsanku
FadlinKeutamaan
FadlullahKelebihan Allah
FaeyzaSukses, hidupnya meningkat
FahadHarimau bintang
FahdHarimau
FahimYang faham, memahami, pintar, rajin belajar
FahmanKefahaman
FahmiKefahamanku, pemahaman


Kat atas ni adalah diantara himpunan nama2 indah dalam Islam bagi anak lelaki...baguskan makna-maknanya...tapi kebanyakan orang sekarang main bubuh jek nama asal bunyinya sedap bila dipanggil tapi makna entah haram pun tak tahu...

Kalau kena yang maknanya bagus takpe gak lah tapi kalau maknanya yang bukan2 & tak elok? how? mana tau maknanya taik kucing kering ker or nama ada kena mengena dgn binatang haram seperti anjing or babi ker or nama setan ker...sian kat budak tu

Sebab tulah budak2 zaman skrg ramai yg nakal2 coz sering dipanggil dgn nama2 yang tak berape nak elok maknanya...ewah pandai plak aku membebel

Lagi satu trend skrg nama mesti panjang2 sampai lima ke enam harkat sampai jenuh budak tu nak tulis nama atas kertas jawapan peperiksaan & isi apa2 borang termasuk borang nikah, borang pendaftaran, borang pajak gadai & macam2 jenis borang yang memerlukan nama...ada ker borang yg tak mintak nama?...nama aku pun ni dah dikira panjang 3 harkat

Bila cite pasal nama ni teringat plak aku kisah masa aku belajo kat uitm cgamat dulu...kat sini dieorang tak panggil nama ikut nama sebenar macam yg mak bapak bagi kat dalam ic, tapi dieorg just panggil guna nama nickname yg senior2 beri masa baru masuk dulu...

As part one or freshie wajib jumpa senior2 utk dapatkan nama nickname sampai dapat...nak dapatkan nama nickname tu adalah rintangan dan cabarannya...nantilah kalo rajin aku cite dalam entri yg akan datang...Siapa yang dah dapat nickname tu dah kira berjaya, tak kesahlah apa nama pun asalkan ada nama yg nak dipanggil walaupun dapat nama yang maksudnya macam gampang

Kalau ada sape2 yg tak puas ati dgn nama nickname yg senior bagi die boleh jumpa senior2 lain yang lagi tinggi senioritinya dari senior yg bagi nickname tu...nickname tu boleh dicantas oleh super senior...

Contoh; senior part6 boleh cantas nama yang diberi oleh senior part5 dan kebawah, tapi senior part8@super senior boleh cantas nama yg senior part6 bagi...untuk rekod hanya senior part4 dan keatas jek yg boleh bagi nama nickname kat budak2 part1...wow hebatkan sistem ini

Uitm cgamat ni mmg unik sket...diantara tujuan utama sistem nickname ni diperkenalkan sebab kalo berlaku apa2 illegal case kat dalam kampus pak guard susah nak cekup coz xtau nama sebenar...good idea...tapi aku pun tak taulah sape perintis sistem ni maybe mak, bapak or uncle2 kita yang belajo kat sini dulu kot

Dalam banyak2 nama ada nama yang best & sedap didengar tapi makna macam haram...ada gak nama yang elok maknanya walaupun bunyinya tak bape best...nama2 yg senior bagi kadang2 bergantung pada rupa bentuk & penampilan seseorang serta latar belakang budak tu

Tapi kebanyakannya aku tengok dieorang main bantai jek bubuh nama junior, especially bagi nama yang mencarut marut sampai tak sanggup nak dengar maknanya walaupun bunyinya macam best bila dipanggil...

Part1 mesti perkenalkan nama nickname bila jumpa dgn senior & bgtau sape yang beri nama tu...kalo makna nickname mcm sial mmg jadik bahan gelak para seniorlah gamaknya...Member2 sebaya pun bantai gelak sama gak walaupun makna nickname die lebih kurang sama jek, benda alah tu gak...korang akan paham bila dah teliti senarai nama2 kat bawah ni

Ada student yang pakai nama nickname die sampai grad, tapi ada gak yang tukar nama len bila dah sampai tahap super senior coz tak sanggup nak gunakan nama yang maksudnya macam haram jadah sampai grad

Tak kesahlah yang penting ni semua pengalaman yang best time aku belajar kat uitm cgamat dulu...ada gak benda yang nak diingat & boleh selitkan kat dalam blog ni...ada banyak lagi cite2 best kalo rajin aku cerita lagi...enjoy!

WARNING!!! NAMA-NAMA KAT BAWAH NI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR LUCAH YANG AGAK MELAMPAU DAN TAK SESUAI DIBACA OLEH BUDAK BAWAH UMUR

*Yang dalam bracket tu makna disebalik nickname tu
  • Panpa (pantat pelupa) sebab selalu lupa nama2 senior masa orientate
  • Pumak (pukimak) chief kepada 3 nama kat bawah ni
  • Pujing (pukimak anjing)
  • Puyam (pukimak ayam)
  • Pubi (pukimak babi) *kebetulan plak gang2 yg dapat nama pukimak ni duduk bilik yang sama...nasib ko lah
  • Pudat (puki sendat)
  • Puchow (puki lancau)
  • A'at (aku main pantat malam jumaat)
  • Ratat (raba pantat)
  • Korie (kolom konek sendiri)
  • Kobang (konek berlobang)
  • Damer (budak darjah lima)
  • Komer (konek Damer) *Damer yang bagi nama kat budak ni
  • Bless (black ass) trademark sambil tepuk bontot
  • Taei (taik)
  • Taibo (taik jebo) *badan beso macam bouncer & kuat berak
  • Talat (taik palat)
  • Tobby (tokey babi)
  • Barock (babi rock)
  • Jimbit (jimak menggunakan telefon bimbit) ke hulu hilir asyik dengan handset Ngage dia jek
  • Chikee (cipan 2 kaki)
  • Madi (mambang mabuk minum brandi)
  • Mapart (macai 224)
  • Gipat@Gips (gigi rapat)
  • Niti (nikmat idup sebelum mati)
  • Tugi (hantu gigi)
Banyak lagilah nama2 nickname tapi aku tak bape nak ingat maybe member2 boleh tolong kalo baca entri ni...kalo aku ingat aku edit balik...Yang kat bawah ni antara nama-nama nickname yang aku ingat tapi tak tahu or dah lupa maknanya apa...
Ramock, Sawit, Bagong, Kajau, Kopiah, Saoux, Brut, Jalut, ombie, burang, hanger,B-eye, K-tom, Taan, etc

*Moostank...ni lah nickname aku best tak? tapi maknanya rahsia…hoho...chow...Update : temui budak2 wing 3C di fesbuk group Wing 3C Success

WARNING!!! NAMA-NAMA DIATAS INI ADALAH CONTOH NAMA-NAMA YANG TIDAK ELOK. OLEH ITU JANGAN SEKALI-KALI CUBA UNTUK MENAMAKAN ANAK-ANAK ANDA DENGAN NAMA-NAMA YANG TERSEBUT DI ATAS. HARAP MAKLUM.


Peta Lokasi UiTM Segamat



Welcome...selamat datang student


Inilah die kolej sempana riau yang dah berwajah baru...disinilah tempat aku menghabiskan masa dengan kawan2...time aku belajo dulu buruk sket kaler kuning air@cream dengan bingkai tingkap kaler ijau...ni baru renovate kot, tapi rekabentuk tetap sama gak...aku tinggal kat wing yang paling ujung skali wing3C orang panggil wing kayangan



Dulu kolej sempana riau berdepan dengan kolej gurl, kolej si manja kini yang nampak kat dalam gambo ni, sekarang aku tak taulah...wing3C ramai artis2 tandas...tiap2 malam dieorang akan melalak sambil men gitar menghadap ke kolej ni sambil didengari oleh siswi2 dari celah2 tingkap...siap ada yg request lagu tu


Taklah lawo macam kampus Shah Alam...bolehlah...lokasi pun kat tengah2 utan...tapi ada kehidupan@life kat dalam tu yang org len tak tahu kecuali ex-uitm cgamat...HOHO...macam bagus jek

*nota kaki berbau : 
Rindu kat budak-budak wing 3C wing gay@maharaja kayangan yang happening tiap masa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...