21 February 2011

LELAKI BOTAK SEXY & MACHO? LELAKI BOTAK SAMSENG & GANAS?

Botak

Tangan kanan: 'Tapak Buka' bergerak mengikut bulatan. Lokasi: Atas paras kepala (KLIK untuk melihat video isyarat)

Makna Botak adalah ketiadaan atau kehilangan sebahagian rambut pada kepala

Segala yang berkaitan dengan Botak : Parit Botak, Botak Chin, burung botak, Botak Jones, Bukit Botak

LELAKI botak? Ada perempuan yang suka tapi ada jugak yang tak suka laki botak sebab muka nampak macam samseng...ada betul gak sebab selalu kalau kita tengok filem@drama yang pegang watak jahat, samseng atau watak perogol biasanya berkepala botak...sebab tu agaknya orang panggil lelaki botak samseng...tapi tak semestinya, ada lelaki yang pakai smart-smart tapi lagi samseng dari lelaki tanpa seurat rambut 

Menurut organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate, hanya 12 peratus wanita di Malaysia suka teman lelaki botak manakala di China pula, bilangannya lebih tinggi iaitu sebanyak 28 peratus...maybe sebab wanita kat China ni terpengaruh dengan imej Shaolin kot...diaorang minat dengan Jet Li or pelakon-pelakon Hong Kong yang berlakon cerita kungfu tu...dalam cerita kungfu biasanya lelaki yang jadi hero berkepala botak...kalau cerita Melayu lelaki botak jadi orang jahat...itulah bezanya 

Tapi, berdasarkan kajian yang sama, kebanyakan wanita memilih lelaki yang berimej kemas, pembersih@wangi lebih penting daripada paras rupa...orang laki yang tak suka mandi, pengotor, berbau tungkik (tak mahu spend duit untuk beli & pakai minyak wangi or ubat ketiak) atau berpakaian selekeh lebih dibenci oleh wanita berbanding laki botak...terselamatlah lelaki botak kat luar sana tu 

Buktinya, kajian terhadap 10,000 wanita di negara ini mengatakan satu pertiga wanita mementingkan penjagaan kebersihan yang baik sebelum lelaki itu boleh dianggap kacak manakala 20 peratus wanita mengakui ciri kedua penting bagi mereka adalah lelaki yang mempunyai ciri keyakinan tinggi...ada satu lagi berita baik untuk lelaki botak kerana kajian sama juga mendapati hanya satu peratus wanita bersetuju rambut sangat penting untuk mengklasifikasikan seseorang sebagai kacak 

Ada yang cakap lelaki botak ni pandai-pandai sebab banyak sangat berfikir sampai gugur rambut...kalau tak percaya cuba tengok professor, ahli politik or golongan cerdik pandai ramai yang berkepala botak

Encik Charles Darwin
Lelaki botak kebiasaannya nampak garang, macho dan lebih terserlah kejantanannya...Apa lelaki yang berambut ni tak nampak jantan ke?

Lelaki berambut panjang selalu dianggap memiliki sifat yang Romantik & Jiwang...Apa lelaki botak ni tak romantik ke? 

Ada sesetengah wanita pulak anggap Lelaki Botak ni sebenarnya memiliki sifat Kelakian yang Kental & Tahan Cabaran...tapi, dalam pada tu masih terselit kelembutan di dalam dirinya...Selalunya lelaki botak jugak seorang yang manja...Manja Ke?

"Saya tak suka lelaki yang takde rambut...nampak ganas semacam jek!"...i hate botak guys!" Sabarina Bt Ahmad, pelajar jurusan akhir teknologi dandanan kolej swasta

"Lelaki botak seksi? Iyeker? I tak setuju 110%!!! Nak dekat dengan lelaki botak pun I takut...kalau macam Jet Li tu comel jugak" Cik Ayu, pelakon tambahan drama swasta

"Lelaki botak tu nampak jek garang tapi hatinya baik...mungkin gaya penampilannya yang buat orang gerun tapi suami saya ok jek, sabar & penyayang" isteri kepada suami yang botak 

"Bukan semua lelaki yang botak tu nampak seksi & kacak...ada yang buruk bila botak sebab kulit kepala tak rata & ada yang lebih sesuai dengan imej tanpa rambut macam Abang Mawi...tapi Erma suka tengok David Beckham time botak nampak sexy & macho" kata adik Erma sambil tersenyum tersipu-sipu

Kadang-kadang tu ada orang lelaki yang tak suka botak tapi apa nak buat bila usia dah lanjut tiba-tiba rambut jadi gugur & botak sikit demi sikit sampailah gondol & berkilat...ada yang botak kat bahagian depan jek & ada yang botak semua sekali sampai helikopter pun boleh landing

Setakat ni tak jumpa lagi orang perempuan yang nampak cantik bila botak...nampak buruk & pelik ada lah...Sinead O Connor ada nampak cantik sikitlah
Mungkin ramai yang anggap lelaki botak ni nampak Ganas & Jahat...tapi tu semua hanya sifat luaran atau fizikal jek...hati budi orang mana kita tahu, tak kenal maka tak cinta...bak kata pepatah; "don't judge a book by it's cover"

*nota kaki berbau :
Tak suka makan mi maggi & ajinomoto sebab takut kepala cepat botak...betul ker???

6 KOMEN:

pak long said...[Mari Balas Komen Ini]

salam..
lelaki botak..nampak ganaz.dalam hati ada taman...hehehe

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

wsalam pak long...tmn astakona ker???

MissFyzz said...[Mari Balas Komen Ini]

hehe ~ saye x suke lelaki botak . tapi x tau la kenape saye suke lex luthor (smallville) ;D padahal die botak .

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

yeezy 500
coach outlet store
golden goose sneakers
yeezys
jordan shoes
moncler jackets
golden goose outlet
nike basketball shoes
bape clothing
hermes

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

my sources YOURURL.com Going Here replica bags about his https://www.dolabuy.co

mctatee said...[Mari Balas Komen Ini]

replica bags supplier hermes fake u3m02v0x35 replica bags aaa visit this site right here x0w17o4w41 Louis Vuitton fake Bags replica bags philippines wholesale y0x16p3e94 home l5v61y6z44 replica gucci bags replica bags online uae

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...