Hari ni 14 Februari hari untuk para kekasih konon-kononnya...ramailah couple-couple yang menghadiahkan pasangan masing-masing dengan hadiah yang pelbagai seperti perfume, bear, coklat & bunga (*termasuklah hadiah yang kat dalam perut)...lebih kurang setahun dari sekarang kalau suka hadiah yang kat dalam perut tu diaorang simpanlah...tapi kalau tak mahu diaorang buang kat tepi longkang, surau or tong sampah...kekasih yang hanya bersifat sementara tak bawak sampai mati
Esok pulak 15 Februari Hari Keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...Rasullulah kekasih Allah & juga kekasih kita sebagai umatnya di dunia & juga di akhirat...pemimpin agung yang amat kita kasihi yang membawa rahmat keseluruh alam sehingga ke hari ini...berselawatlah kita ke atas baginda tanda cinta & kasih sayang kita kepada manusia yang paling mulia disisi Allah...inilah kekasih yang hakiki
Kenapa Kita Perlu Sentiasa Berselawat ke atas nabi?
Kenapa Kita Perlu Sentiasa Berselawat ke atas nabi?
Masa kecik-kecik dulu aku tak faham kenapa orang tua-tua suruh kita selalu berselawat ke atas nabi...setiap apa yang kita nak buat selalu diaorang pesan selawat banyak-banyak, jangan lupa banyakkan selawat...time demam diaorang suruh selawat, time sakit pun kena selawat, nak driving pun perlu berselawat, nak masak cuci sayur or masak nasi pun diaorang suruh selawat, time nak lafaz akad nikah pun diaorang suruh selawat banyak-banyak supaya senang tak gugup, segala-gala dalam hidup ni tak boleh lepas dari berselawat ke atas nabi...Kenapa?
Umur dah meningkat dewasa ni barulah aku dapat jawapannya...ada sorang ustazah tu explain kat aku tentang kelebihan selawat sebab dah lama aku simpan kat kepala nak tanya soalan ni...aku memang jahil sikit bab agama & curious tapi sentiasa nak cari jawapan...ustazah tu jawab dalam bahasa yang paling ringkas tapi buatkan aku 110% faham
Jawapannya macam ni; Selawat itu maknanya selamat...kita memohon rahmat daripada Allah...sekali kita berselawat ke atas nabi 100 kali Allah Taala berselawat ke atas kita...
Sabda Nabi S.A.W:

Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)
Bayangkan kalau Allah dah berselawat kat kita? Selawat = Selamat...bila Allah Taala pencipta kita dah janjikan selamat pada kita maka segala apa perbuatan yang kita buat yang disertai dengan selawat akan berada dalam lindungan & rahmatnya bermaksud segala-galanya selamat...apa lagi yang kita nak?...barulah aku faham kelebihan sebenar selawat ni...kalau dulu aku jahil sebab selalu fikir kenapa kita perlu berselawat ke atas nabi sedangkan baginda dah dijanjikan syurga oleh Allah...tapi sekarang aku dah betul-betul faham & tak jahil lagi...
Sebenarnya Nabi Muhammad tak memerlukan selawat-selawat daripada kita untuk memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda...Rasullulah sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama & dijanjikan tempat yang paling mulia disisi Allah..tapi dengan berselawat, kitalah yang akan dapat manfaat & faedahnya...kita akan mendapat pahala, rahmat dan keberkatan daripada Allah Taala serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda...itulah tujuan sebenar disuruh kita sebagai manusia sentiasa berselawat...
Allah Taala & para malaikat pun berselawat ke atas nabi inikan pula kita manusia yang lemah...

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Dalam ayat ni, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut sama melakukannya...Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam Al-Quran...tujuan sebenar ialah semata-mata mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara, artis-artis atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya
Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasullulah & bukannya bermaksud bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah...yang sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia...contoh yang paling mudah macam seorang ibu yang memuji-muji & terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya
Para malaikat pula merupakan makhluk Allah yang sangat taat...mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul...walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka...memandangkan malaikat merupakan makhluk Allah yang dicipta tanpa nafsu maka ini bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat
Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat.
Hadis Riwayat Ad-Dailami :
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda...contohnya kalau kita nak mintak kerja & kebetulan kenal pulak dengan orang dalam (ada kabel) & dapat surat sokongan dari bos kat dalam tu kan senang nak dapat kerja...
Macam tulah jugak bila kita memohon doa daripada Allah kalau...bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita...selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita, dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad S.A.W. yang mendapat gelaran kekasih Allah...inilah apa yang dikatakan sebagai "recommendation" tadi

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Hinalah hidup orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku"
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku"
Sumber : SELAWAT
Siapa yang rasa nak join kempen ni just KLIK pada banner kat atas tu...ada masa lagi ni sebelum menjelang esok iaitu hari untuk kita Menyambut Maulidur Rasul...JOM!
"1 Malaysia 1 Ummah"
*nota kaki berbau :
Dengan kebenaran dia lahir, dengan kebenaran dia hidup, dengan kebenaran dia turun, dengan kebenaran dia wafat...dengan syafaatmu kami lahir, dengan syafaatmu kami hidup, dengan syafaatmu kami bangkit, dengan syafaatmu kami mati...kami merinduimu Ya Rasullulah...
1 KOMEN:
salam maulidur rasul ^_^
Post a Comment