21 February 2011

MARI JOIN FACEBLOG!!!


Edit

MARI KITA BERAMAI-RAMAI JOIN FACEBLOG PULAK...JUST KLIK SINI KALAU BERMINAT NAK JOIN...

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH...1 MALAYSIA 1 BLOG 1 FACEBLOG

*nota kaki berbau :

Dulu kita join Facebook, sekarang kita join Faceblog...akan datang kita face to face pulak??? Layankan asalkan tak drop my waterface (air muka)

LELAKI BOTAK SEXY & MACHO? LELAKI BOTAK SAMSENG & GANAS?

Botak

Tangan kanan: 'Tapak Buka' bergerak mengikut bulatan. Lokasi: Atas paras kepala (KLIK untuk melihat video isyarat)

Makna Botak adalah ketiadaan atau kehilangan sebahagian rambut pada kepala

Segala yang berkaitan dengan Botak : Parit Botak, Botak Chin, burung botak, Botak Jones, Bukit Botak

LELAKI botak? Ada perempuan yang suka tapi ada jugak yang tak suka laki botak sebab muka nampak macam samseng...ada betul gak sebab selalu kalau kita tengok filem@drama yang pegang watak jahat, samseng atau watak perogol biasanya berkepala botak...sebab tu agaknya orang panggil lelaki botak samseng...tapi tak semestinya, ada lelaki yang pakai smart-smart tapi lagi samseng dari lelaki tanpa seurat rambut 

Menurut organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate, hanya 12 peratus wanita di Malaysia suka teman lelaki botak manakala di China pula, bilangannya lebih tinggi iaitu sebanyak 28 peratus...maybe sebab wanita kat China ni terpengaruh dengan imej Shaolin kot...diaorang minat dengan Jet Li or pelakon-pelakon Hong Kong yang berlakon cerita kungfu tu...dalam cerita kungfu biasanya lelaki yang jadi hero berkepala botak...kalau cerita Melayu lelaki botak jadi orang jahat...itulah bezanya 

Tapi, berdasarkan kajian yang sama, kebanyakan wanita memilih lelaki yang berimej kemas, pembersih@wangi lebih penting daripada paras rupa...orang laki yang tak suka mandi, pengotor, berbau tungkik (tak mahu spend duit untuk beli & pakai minyak wangi or ubat ketiak) atau berpakaian selekeh lebih dibenci oleh wanita berbanding laki botak...terselamatlah lelaki botak kat luar sana tu 

Buktinya, kajian terhadap 10,000 wanita di negara ini mengatakan satu pertiga wanita mementingkan penjagaan kebersihan yang baik sebelum lelaki itu boleh dianggap kacak manakala 20 peratus wanita mengakui ciri kedua penting bagi mereka adalah lelaki yang mempunyai ciri keyakinan tinggi...ada satu lagi berita baik untuk lelaki botak kerana kajian sama juga mendapati hanya satu peratus wanita bersetuju rambut sangat penting untuk mengklasifikasikan seseorang sebagai kacak 

Ada yang cakap lelaki botak ni pandai-pandai sebab banyak sangat berfikir sampai gugur rambut...kalau tak percaya cuba tengok professor, ahli politik or golongan cerdik pandai ramai yang berkepala botak

Encik Charles Darwin
Lelaki botak kebiasaannya nampak garang, macho dan lebih terserlah kejantanannya...Apa lelaki yang berambut ni tak nampak jantan ke?

Lelaki berambut panjang selalu dianggap memiliki sifat yang Romantik & Jiwang...Apa lelaki botak ni tak romantik ke? 

Ada sesetengah wanita pulak anggap Lelaki Botak ni sebenarnya memiliki sifat Kelakian yang Kental & Tahan Cabaran...tapi, dalam pada tu masih terselit kelembutan di dalam dirinya...Selalunya lelaki botak jugak seorang yang manja...Manja Ke?

"Saya tak suka lelaki yang takde rambut...nampak ganas semacam jek!"...i hate botak guys!" Sabarina Bt Ahmad, pelajar jurusan akhir teknologi dandanan kolej swasta

"Lelaki botak seksi? Iyeker? I tak setuju 110%!!! Nak dekat dengan lelaki botak pun I takut...kalau macam Jet Li tu comel jugak" Cik Ayu, pelakon tambahan drama swasta

"Lelaki botak tu nampak jek garang tapi hatinya baik...mungkin gaya penampilannya yang buat orang gerun tapi suami saya ok jek, sabar & penyayang" isteri kepada suami yang botak 

"Bukan semua lelaki yang botak tu nampak seksi & kacak...ada yang buruk bila botak sebab kulit kepala tak rata & ada yang lebih sesuai dengan imej tanpa rambut macam Abang Mawi...tapi Erma suka tengok David Beckham time botak nampak sexy & macho" kata adik Erma sambil tersenyum tersipu-sipu

Kadang-kadang tu ada orang lelaki yang tak suka botak tapi apa nak buat bila usia dah lanjut tiba-tiba rambut jadi gugur & botak sikit demi sikit sampailah gondol & berkilat...ada yang botak kat bahagian depan jek & ada yang botak semua sekali sampai helikopter pun boleh landing

Setakat ni tak jumpa lagi orang perempuan yang nampak cantik bila botak...nampak buruk & pelik ada lah...Sinead O Connor ada nampak cantik sikitlah
Mungkin ramai yang anggap lelaki botak ni nampak Ganas & Jahat...tapi tu semua hanya sifat luaran atau fizikal jek...hati budi orang mana kita tahu, tak kenal maka tak cinta...bak kata pepatah; "don't judge a book by it's cover"

*nota kaki berbau :
Tak suka makan mi maggi & ajinomoto sebab takut kepala cepat botak...betul ker???

14 February 2011

KEMPEN SEBARKAN MUHAMMAD : RASULLULAH SAW

Maulidur Rasul


Hari ni 14 Februari hari untuk para kekasih konon-kononnya...ramailah couple-couple yang menghadiahkan pasangan masing-masing dengan hadiah yang pelbagai seperti perfume, bear, coklat & bunga (*termasuklah hadiah yang kat dalam perut)...lebih kurang setahun dari sekarang kalau suka hadiah yang kat dalam perut tu diaorang simpanlah...tapi kalau tak mahu diaorang buang kat tepi longkang, surau or tong sampah...kekasih yang hanya bersifat sementara tak bawak sampai mati 

Esok pulak 15 Februari Hari Keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...Rasullulah kekasih Allah & juga kekasih kita sebagai umatnya di dunia & juga di akhirat...pemimpin agung yang amat kita kasihi yang membawa rahmat keseluruh alam sehingga ke hari ini...berselawatlah kita ke atas baginda tanda cinta & kasih sayang kita kepada manusia yang paling mulia disisi Allah...inilah kekasih yang hakiki


Kenapa Kita Perlu Sentiasa Berselawat ke atas nabi?

Masa kecik-kecik dulu aku tak faham kenapa orang tua-tua suruh kita selalu berselawat ke atas nabi...setiap apa yang kita nak buat selalu diaorang pesan selawat banyak-banyak, jangan lupa banyakkan selawat...time demam diaorang suruh selawat, time sakit pun kena selawat, nak driving pun perlu berselawat, nak masak cuci sayur or masak nasi pun diaorang suruh selawat, time nak lafaz akad nikah pun diaorang suruh selawat banyak-banyak supaya senang tak gugup, segala-gala dalam hidup ni tak boleh lepas dari berselawat ke atas nabi...Kenapa?


Umur dah meningkat dewasa ni barulah aku dapat jawapannya...ada sorang ustazah tu explain kat aku tentang kelebihan selawat sebab dah lama aku simpan kat kepala nak tanya soalan ni...aku memang jahil sikit bab agama & curious tapi sentiasa nak cari jawapan...ustazah tu jawab dalam bahasa yang paling ringkas tapi buatkan aku 110% faham


Jawapannya macam ni; Selawat itu maknanya selamat...kita memohon rahmat daripada Allah...sekali kita berselawat ke atas nabi 100 kali Allah Taala berselawat ke atas kita...


Sabda Nabi S.A.W:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)


Bayangkan kalau Allah dah berselawat kat kita? Selawat = Selamat...bila Allah Taala pencipta kita dah janjikan selamat pada kita maka segala apa perbuatan yang kita buat yang disertai dengan selawat akan berada dalam lindungan & rahmatnya bermaksud segala-galanya selamat...apa lagi yang kita nak?...barulah aku faham kelebihan sebenar selawat ni...kalau dulu aku jahil sebab selalu fikir kenapa kita perlu berselawat ke atas nabi sedangkan baginda dah dijanjikan syurga oleh Allah...tapi sekarang aku dah betul-betul faham & tak jahil lagi...


Sebenarnya Nabi Muhammad tak memerlukan selawat-selawat daripada kita untuk memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda...Rasullulah sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama & dijanjikan tempat yang paling mulia disisi Allah..tapi dengan berselawat, kitalah yang akan dapat manfaat & faedahnya...kita akan mendapat pahala, rahmat dan keberkatan daripada Allah Taala serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda...itulah tujuan sebenar disuruh kita sebagai manusia sentiasa berselawat...


Allah Taala & para malaikat pun berselawat ke atas nabi inikan pula kita manusia yang lemah...

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


Dalam ayat ni, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut sama melakukannya...Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam Al-Quran...tujuan sebenar ialah semata-mata mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara, artis-artis atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya


Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasullulah & bukannya bermaksud bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah...yang sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia...contoh yang paling mudah macam seorang ibu yang memuji-muji & terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya


Para malaikat pula merupakan makhluk Allah yang sangat taat...mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul...walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka...memandangkan malaikat merupakan makhluk Allah yang dicipta tanpa nafsu maka ini bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat


Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. 


Hadis Riwayat Ad-Dailami :


"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "


Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda...contohnya kalau kita nak mintak kerja & kebetulan kenal pulak dengan orang dalam (ada kabel) & dapat surat sokongan dari bos kat dalam tu kan senang nak dapat kerja...


Macam tulah jugak bila kita memohon doa daripada Allah kalau...bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita...selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita, dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad S.A.W. yang mendapat gelaran kekasih Allah...inilah apa yang dikatakan sebagai "recommendation" tadi


Sabda Nabi Muhammad S.A.W :


"Hinalah hidup orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku"

"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku"

Sumber : SELAWAT

Siapa yang rasa nak join kempen ni just KLIK pada banner kat atas tu...ada masa lagi ni sebelum menjelang esok iaitu hari untuk kita Menyambut Maulidur Rasul...JOM!

"1 Malaysia 1 Ummah"

*nota kaki berbau :

Dengan kebenaran dia lahir, dengan kebenaran dia hidup, dengan kebenaran dia turun, dengan kebenaran dia wafat...dengan syafaatmu kami lahir, dengan syafaatmu kami hidup, dengan syafaatmu kami bangkit, dengan syafaatmu kami mati...kami merinduimu Ya Rasullulah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...