*nota kaki berbau :
Bangau oh bangau kenapa engkau tak makan rumput? Perut sakit or sebab dah nampak ikan?
*nota kaki berbau :
SEGMEN FAST & FURIOUS |
SEGMEN : FAST & FURIOUS
PROGRAM : SUPERMOTARD HBN 2012
Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari oleh peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal scrembler walaupun ianya tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu. Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension bagi litar offroad. Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua jenis laluan tersebut. Program Supermotard Hari Belia Negara 2012 lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan supermotard di Malaysia. Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara sihat.
|
KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur
|
Kejohanan KBS National Drag Racing Championship adalah adalah perlumbaan secara lurus (Drag Race @ Sprint Test) dengan jarak hanya sejauh 200 meter / 300 meter bermula dari kedudukan pegun 2 buah jentera di lorong masing-masing dari garisan “START” sehingga ke garisan “END”. Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan “END”. Kejohanan ini adalah merupakan acara sukan permotoran Drag Racing (Sprint-Test) Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di seluruh pelusuk tanah air menerusi 8 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta dan motosikal bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi. Kejohanan ini merupakan program perlumbaan Drag Racing yang terunggul di Malaysia yang menggunakan sistem “Profesional Portatree Drag Racing Timing” beserta sistem aplikasi software & peralatan canggih sensor yang diiktiraf sepenuhnya oleh diiktiraf oleh badan FIA (Federation Internationale de I’Automobile). Kejohanan ini juga bertindak sebagai platfom bagi membantu pihak-pihak Penaja dan Kementerian Belia & Sukan dalam mengenal pasti serta melahirkan pasukan-pasukan permotoran yang berpotensi bagi mewakili Malaysia di peringkat yang lebih berprestij iaitu Perlumbaan Asean Drag Racing yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun 2013 kelak. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drag Racing) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Drag Racing di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kelas utama iaitu Kereta dan Motorsikal yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan setiap pusingan sebanyak RM 25,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Kategori Kereta adalah NA<1,600 cc / NA<2,000 cc / KCar<1,000 cc / Vtec Open cc dan 2wd Turbo Open cc. Manakala Kategori Motorsikal pula adalah 4t<125 cc Std Body / 4t<125 cc Open / RXZ/ Panther Std Body / 125Z Std Body dan King Of Drag Bike Open. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.
|
SEGMEN : FAST AND FURIOUS
PROGRAM : KEJOHANAN KBS DRIFT CHALLENGE (ROUND 3) PUTRAJAYA 2012
PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI
|
*nota kaki berbau :
*nota kaki berbau :
http://www.gnesop.com/2012/05/cabutan-bertuah-lampu-lampan-ikea.html |
*nota kaki berbau :
*nota kaki berbau :
*nota kaki berbau :