25 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012




Jom kita sama-sama JOIN Himpunan Jutaan Belia 2012...walaupun dah tak termasuk dalam kategori belia sangat, tapi bila tengok segmen-segmen yang ada terus hati berubah jadi belia remaja...dengan tema "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" hope event ni pun berlangsung dengan lebih baik daripada tahun lepas & perangai belia pun akan jadi lebih baik



Target penganjur 2 juta belia yang akan datang join event ni...kalau tengok dari segmen yang ada rasanya memang boleh capai target ni...segmen hiburan tu dah memang confirm ramai yang datang...pandai-pandailah kita pilih segmen yang best & bermanfaat


Dalam banyak-banyak segmen inilah segmen yang paling best & ramai belia & non-belia yang excited nak tengok termasuklah OdahOne...segmen 'Fast & Furious'...bukan macam dalam filem tu tapi yang ni real punya...memang superb jom kita layan sama-sama kat Putrajaya

SEGMEN FAST & FURIOUS

SUPERMOTARD

SEGMEN : FAST & FURIOUS
PROGRAM : SUPERMOTARD HBN 2012
Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari oleh  peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal scrembler walaupun ianya tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu. Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension bagi litar offroad. Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua jenis laluan tersebut. Program Supermotard Hari Belia Negara 2012 lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan supermotard di Malaysia. Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara sihat.


AUTOKHANA


SEGMEN                  :           FAST AND FURIOUS
PROGRAM                 :           KBS AUTOKHANA (TAR MAC ATTACK)
PENJELASAN /SINOPSIS  AKTIVITI
   
KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya  golongan belia pemotoran  hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur


DRAG


SEGMEN : FAST AND FURIOUS
PROGRAM : KEJOHANAN KBS NATIONAL DRAG RACING CHAMPIONSHIP 2012
PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI
Kejohanan KBS National Drag Racing Championship adalah adalah perlumbaan secara lurus (Drag Race @ Sprint Test) dengan jarak hanya sejauh 200 meter / 300 meter bermula dari kedudukan pegun 2 buah jentera di lorong masing-masing dari garisan “START” sehingga ke garisan “END”. Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan “END”. Kejohanan ini adalah merupakan acara sukan permotoran Drag Racing (Sprint-Test) Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di seluruh pelusuk tanah air menerusi 8 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta dan motosikal bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi. Kejohanan ini merupakan program perlumbaan Drag Racing yang terunggul di Malaysia yang menggunakan sistem “Profesional Portatree Drag Racing Timing” beserta sistem aplikasi software & peralatan canggih sensor yang diiktiraf sepenuhnya oleh diiktiraf oleh badan FIA (Federation Internationale de I’Automobile). Kejohanan ini juga bertindak sebagai platfom bagi membantu pihak-pihak Penaja dan Kementerian Belia & Sukan dalam mengenal pasti serta melahirkan pasukan-pasukan permotoran yang berpotensi bagi mewakili Malaysia di peringkat yang lebih berprestij iaitu Perlumbaan Asean Drag Racing yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun 2013 kelak. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drag Racing) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Drag Racing di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kelas utama iaitu Kereta dan Motorsikal yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan setiap pusingan sebanyak RM 25,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Kategori Kereta adalah NA<1,600 cc / NA<2,000 cc / KCar<1,000 cc / Vtec Open cc dan 2wd Turbo Open cc. Manakala Kategori Motorsikal pula adalah 4t<125 cc Std Body / 4t<125 cc Open / RXZ/ Panther Std Body / 125Z Std Body dan King Of Drag Bike Open. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.


DRIFT

SEGMEN                     :           FAST AND FURIOUS
PROGRAM                  :           KEJOHANAN KBS DRIFT CHALLENGE (ROUND 3) PUTRAJAYA 2012
PENJELASAN /SINOPSIS  AKTIVITI

          Kejohanan KBS Drift Challenge Putrajaya 2012 adalah merupakan acara sukan permotoran Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di Putrajaya menerusi 4 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi. Kejohanan ini merupakan satu flatform strategik kepada penyatuan peminat-peminat sukan bermotor khususnya acara Drift tanpa mengira kaum,bangsa agama,profesion mahupun taraf ekonomi demi membudayakan gaya hidup yang sihat, aktif dan cergas serta memartabatkan sukan bermotor tanah air. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan kepada ribuan pengunjung khususnya  golongan belia pemotoran  hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drift) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan drift di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu Novice dan Expert  yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 10,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur. Pasukan dari Negara Jepun, Singapura, Indonesia dan Iran telah mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan kali ini.  


*nota kaki berbau :
"Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"...sebelum fikir hari esok pastikan hari ini kita dah jadi baik terlebih dahulu sebagai persediaan nak jadi lebih baik untuk hari esok kerana belum tentu kita akan hidup esok hari

6 KOMEN:

laskar pelangi said...[Mari Balas Komen Ini]

aduhai.nak pergi...tp mesti susah cari parking ni

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

laskar pelangi : xpe parking byk jauh sikit pun xpe coz ada transpot free dr tmpt prking...ada byk bas & tram yg dieorg sedikan xmcm thun lepas kalut sikit

azizah :) said...[Mari Balas Komen Ini]

bestnya kalau dpt pegi.. tapi sure la ramai giler org...sesak!

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

mesti bersesak amat.. Kalau la usung Dable H ke sama dapat dibayangkan camna keadaanya

Sokong sangat nota kaki tu :)

Azhafizah[フィザ] said...[Mari Balas Komen Ini]

tak sempat nak pegilah.sebok bebeno skang ni.-___-'

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

odah..selagi anak xramai xelbih 3org masih diagap belia..belia dewasa hahaha ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...