26 April 2012

MARI BELAJAR BUAT KEK KUKUS COKLAT MOIST



Segala bahan-bahan dah disediakan dah tiba masanya untuk mencurahkah segala skill & ilmu untuk membuat Kek Kukus Coklat Moist yang dipelajari dari internet


Kos untuk bahan-bahan lebih kurang RM 25.00...memang berbaloi kalau dapat hasilkan kek yang sempurna lagi sedap bagi kat suami makan...One memang suka makan kek coklat, bolehlah dia makan puas-puas kalau bini dia pandai buat sendiri...tapi, still ada risiko memandangkan ini adalah percubaan buat pertama kalinya...kalau tak sedap sure rugi & akan menjejaskan reputasi


Akhirnya...kek yang dihasilkan memang tak menepati citarasa sesiapa sahaja baik yang tua maupun yang muda...tak sanggup nak upload gambar kek yang dah siap...takde rupa kek coklat langsung sampai tak tau nak bubuh nama apa sebab ia tak menyerupai mana-mana objek yang ada kat muka bumi ini...malangnya nasib kek & si pembuat kek & si yang nak makan kek coklat

Terpaksa kek dicampakkan ke dalam tong sampah sebab aku sendiri pun tak sanggup nak makan inikan pula nak bagi si suami makan...dah lah buruk rupanya rasa pulak pahit semacam takde rasa coklat langsung...moist lagilah takde 

Maybe ada bahan yang aku terlebih letak or resepi yang cuba nak menipu or peralatan kuno yang aku gunakan untuk membuat kek

Lepas ni, post mortem akan dijalankan & proses transformasi akan dilakukan untuk projek membuat kek coklat pada masa-masa akan datang...kebetulan aku dah dapat cikgu yang memang expert sangat dalam kerjaya membuat kek kukus...tunggukan hasilnya selepas ini

Moral of the story : Nak belajar sesuatu ilmu tu mesti berguru kalau berguru dengan internet ada benda yang kita tak faham tak boleh nak tanya secara direct...macam tu jugak kalau kita menuntut ilmu agama sorang-sorang...takut pulak nanti kita berguru dengan syaitan...lepas tu startlah mengarut mengaku yang diri dia tu nabi

*nota kaki berbau :
Sekali gagal boleh cuba lagi...sekali lagi gagal boleh cuba buat sekali lagi...kalau tak cuba langsung memang gagal buat selama-lamanya

10 KOMEN:

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

alahai sayangnya, takpe nanti cuba lagi, rasanya kalau nak selamat, cuba try resepi dari yg ramai dah try, inshaallah

gnesop said...[Mari Balas Komen Ini]

cuba lagi.. usaha tangga kejayaan :) heheh

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

kat blog fiza ade resepi kek coklat kukus..trylah..setakat ni yang fiza ajar kengkawan menjadi je..^__^..kalau ade yang kurang jelas boleh tanya..lepas ni boleh cuba..tak salah mencuba sampai menjadi.^__^

Azlina said...[Mari Balas Komen Ini]

cari tepung siap jer..nnt bancuh...hehe

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

haha shida suka nota kaki tu odah hehee ^_^

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

cuba lagi nanti.... saya selalu buat yg dah bungkus siap.. balik masuk telur je.. hehehhe

نورعيم said...[Mari Balas Komen Ini]

sedapnya kakk. blh cuba buat guna resepi ni. hehe.

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Waahhhh..xpe..cuba lagi..
Cik Mendezz pon x penah try buat lg..
hehe!

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

yeezy boost
louboutin shoes
longchamp
supreme shirt
golden gooses sneakers
jordan shoes
jordan 11
birkin bag
christian louboutin shoes
kd 10

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

lebron shoes
cheap jordans
kd shoes
jordan shoes
yeezy boost 350 v2
balenciaga shoes
hermes handbags
curry 7 sour patch
supreme clothing
air jordan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...