10 November 2011

GEMURUH SUARA DUA BERBALAS SATU


Dua Berbalas Satu? Apa tu? Hantaran Kahwin Ke? Awat sikit sangat saved bajet ke?

Apolah ingat nak kahwin jek...Tahniah! Tahniah! Tahniah! buat skuad bolasepak Sukan Sea (Harimau Muda) sebab berjaya membenam skuad Gajah Putih dengan keputusan Dua Berbalas Satu...


Tahniah jugak buat skuad hoki Projek 2013 kita yang berjaya mengalahkan pasukan Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2011 juga dengan keputusan Dua Berbalas Satu


Team bolasepak kita main bagus semalam sebab banyak buat serangan tapi masalahnya tiada penyudah...kita boleh beat Thailand lebih daripada 2 gol tapi malangnya barisan serangan kita masih tumpul & kena asah lagi kasi tajam...taring harimau tu tak cukup tajam nak siat daging gajah yang memang liat...alangkah bagusnya kalau ada penyerang macam Safi Salee dalam skuad Harimau Muda...sure lebih banyak gol yang dapat kita tengok

Skuad Hoki Projek 2013 kita pulak memang menghiburkan...start dari kelmarin waktu tengok match diaorang beat Korea Selatan 4-2 OdahOne dah mula minat nak tengok game-game seterusnya...skuad ni memang boleh pergi jauh sebab ramai pemain muda yang berbakat & corak permainan diaorang memang pantas

Anyway, esok hari Jumaat 11.11.2011 pasukan hoki kita akan menentang pasukan India...13.11.2011 pulak skuad Harimau Muda akan bertemu Cambodia atau pasukan Kemboja...yang paling kita nak tengok sekali match 17.11.2011 ni, sebab team kita akan melayan skuad bolesepak Indonesia...sure akan ada drama yang lebih menarik sebab awal-awal lagi team kita dah diuji dari segi mental & fizikal oleh tuan rumah...apa-apa pun kita tengok siapa yang akan kena ganyang nanti

Hope, Team Malaysia akan terus cemerlang...Marilah kita beramai-ramai nyanyikan lagu ni untuk support Team Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku...hayatilah lirik lagu ni dengan penuh semangat...Ayuh! julang panji Malaysia


*TELEKOM Malaysia Berhad (TM) telah memperkenalkan lagu tema untuk Team Malaysia bertajuk Gemuruh Suara. Tujuan utama adalah untuk menggabungkan bersama penyokong dan menanamkan semangat Malaysia Boleh dalam hati atlet negara. Lagu ini dihasilkan oleh KRU.




Lagu Tema Team Malaysia - Gemuruh Suara  
Team Malaysia's Theme Song - Gemuruh Suara

Kalau engkau jatuh,

Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,

Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,

Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,

Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Download
Lagu Tema Team Malaysia - Gemuruh Suara.mp3 | mediafire | 4shared |

Sumber >> Gemuruh Suara Lagu Tema Team Malaysia | SANoktah

via sanoktah.blogspot.com

*nota kaki berbau :
Dimana tumpahnya kuah kalau tak pada nasi...dimana tumpahnya keringat Team Malaysia kalau tak pada baju & atas padang...dimana tumpahnya darah kalau tak pada tanah air sendiri

8 KOMEN:

Fazleyatul Aini said...[Mari Balas Komen Ini]

hebat !!

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

lya : mmg hebat pung!

org muo said...[Mari Balas Komen Ini]

banyak peluang jaringan gol sebenarnya cuma sayang budak2 ni masa baby dulu kakinya x dibedung... x spt zaman allahyrham mokhtar dahari smua pemain kaki berbedung masa bayi...smua blh sumbat jaringan gol ngeh3x :)

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

2-1 perghhh!!!

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

peminat sukan rupanya odah...
majulah sukan untuk malaysia :)

alia zainol said...[Mari Balas Komen Ini]

go malaysia go :)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

org muo : hoho...kaki xbedung ker? bebi zmn skrg ni mmg rmi yg xpkai bedung...

sop : minat team msia jek team lain xminat

shida'R : baru 2-1 shida tgu pasni 12-1 baru boleh pergh!...hoho

alia : go msia! go alia!

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

Malayasia boleh!
tgk malam ni sukan sea pula berapa dapat
yeah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...