15 February 2012

OPS VALENTINE RAMAINYA YANG KENA CEKUP | TANPA SEURAT BENANG?


Google Images

"6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat"

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya. – mynewshub.my


"Ops Valentine: 35 dicekup penguatkuasa JAIP kerana khalwat dan judi"

KUANTAN: Seramai 35 dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaip) Pahang malam kelmarin melalui Ops Valentine kerana disyaki berkhalwat dan berjudi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi membabitkan 40 Penguat kuasa itu diadakan di beberapa hotel murah dan kawasan peranginan di sekitar Kuantan.

Menurutnya, semua Penguatkuasa menjalankan pemantauan pada petang Ahad dan tamat awal pagi kelmarin.

“Operasi bermula di pantai pada Ahad sebelum malam Valentine manakala serbuan di hotel murah berakhir jam 6 pagi semalam,” katanya ketika selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama, seramai 12 dicekup kerana dipercayai berjudi.

Katanya, kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pa-hang berjaya menahan lelaki berusia 30-an hingga 50-an terbabit.

“Semua yang ditahan diberi kaunseling sebelum didakwa di mahkamah dan operasi akan diterus untuk banteras kegiatan itu," katanya. -SH (warkahdaily)



"8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat"

KUALA LUMPUR: Wajah seorang gadis yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang, Selangor pucat selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa seurat benang dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih awal pagi semalam.

Dia yang cuba bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotelnya di Selayang, sebaik bilik penginapannya diserbu.

Pelajar itu antara lapan pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 1 dan berakhir dua jam kemudian di sekitar Selayang dan ibu kota.

Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan pegawai Jawi terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki.

Jurucakap Jawi berkata, ketika serbuan, gadis berkenaan tidak berpakaian dan duduk bersembunyi di belakang pintu tandas biliknya sementara pasangan lelakinya berada di atas katil dan lengkap berpakaian.

“Ketika ditanya teman lelaki gadis berkenaan mengaku mereka baru saja masuk ke bilik hotel berkenaan dan sudah bertunang.

“Sebaliknya gadis berkenaan mengaku mereka hanya berkawan dan tidak pernah bertunang,” katanya.
Menurutnya, pasangan berusia awal 20-an itu ditahan dan dibawa balik ke ibu pejabat Jawi untuk tindakan lanjut.
Selain pasangan berkenaan, seorang pemandu teksi yang sudah beristeri juga antara yang ditahan selepas didapati tidur bersama wanita warga asing di bilik hotel di kawasan sama.

Katanya, semua mereka ditahan mengaku tidak berkahwin dan pernah beberapa kali tidur bersama sebelum ini.

Menurutnya, operasi cegah maksiat dilakukan pihaknya itu bersempena sambutan Hari Kekasih semalam dan mengingatkan bahawa operasi seumpama itu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. (myMetro)


"Ratusan dicekup ops cegah maksiat Hari Kekasih"

KUALA LUMPUR: Ratusan pasangan dan remaja ditahan dalam operasi cegah maksiat bersepadu besar-besaran oleh pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan sempena Hari Kekasih di seluruh negara, malam kelmarin dan semalam.

Selain operasi cegah maksiat, Dewan Pemuda PAS turut mengadakan Ekspedisi Dakwah di seluruh negara bagi mendekati remaja dan pasangan melalui nasihat dan peringatan sambil mengedarkan risalah.

Di SHAH ALAM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 201 orang dalam Ops Valentine bermula jam 8 malam kelmarin sehingga jam 5 pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata daripada jumlah itu, 80 kes dibawa ke mahkamah, kaunseling (61 kes) dan amaran atau arahan beredar (60 kes).

Di IPOH:, empat pasangan termasuk seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditahan dalam operasi membabitkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri.

Dalam operasi lapan jam bermula 12 tengah malam itu turut ditahan tiga penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjadikan Hari Kekasih tarikh bermadu kasih di sebuah hotel.

Di ALOR SETAR, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan dua pasangan satu daripadanya penjawat awam di hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Di GEORGETOWN, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan sembilan pasang kekasih yang disyaki berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dalam Ops Hari Kekasih di beberapa lokasi di sini dan Butterworth.

Di MELAKA, empat pasangan dan sekumpulan empat lelaki serta seorang wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mengedar 3,000 risalah dan peringatan sempena Ekspedisi Dakwah yang dilakukan serentak di seluruh negara pada malam sambutan Hari Kekasih bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata semua negeri kecuali Johor yang mewartakan larangan menyambut Hari Kekasih di kalangan umat Islam.

Berikutan itu, beliau meminta semua negeri berbuat demikian selaras ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 pada 24 November 2005 yang memutuskan Hari Kekasih bertentangan dengan ajaran Islam.


*nota kaki berbau :
14 Februari 2012 nantikan hasilnya hujung tahun nanti samada di tepi longkang, dalam tong sampah, tandas, mahupun surau berdekatan tempat anda

16 KOMEN:

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Ya Allah Engkau berilh hidayah kepada mereka ini supaya insaf dan kembali kpd jln yg lurus.

Spongebob Tercekik said...[Mari Balas Komen Ini]

ramainya kena tangkap..

Ummu Athirah said...[Mari Balas Komen Ini]

Mmg sudah dijangka..
Remaja sekarang mmg tak pernah serik..semua tahu cari keseronokan yg sementara je.. Semoga mereka sedar..

نورعيم said...[Mari Balas Komen Ini]

mmg mcm tahun2 lepas jgk. takde kerja cari kerja. lps tu malukan mak bapak.

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Azek zk : amin...

Spongebob Tercekik : yg xkena tangkap lg ramai kot

:: Into The New World :: tiap2 thun mmg blaku bnda yg sama...

Noraim : sian mak bpk gak yg malu kan...so, kenalah jg ank btul2

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

adoi...hujung tahun ni penuh la wad bersalin anak luar nikah..huhuhu

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

kenapalah sambut valetin cam tuh..
dah sambutan x elok, sambut lg dgn x elok..ik ks iks isks

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Degil.. Padan muka kena cekup! Dari diorang wat maksiat tu baik duk umah tgk Vanila Coklat lagi berpaedah! Tak de kena tangkap, muka masuk paper.. Hahahaha..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Cik Azizah : duduklh luar wad kalo nk bersalin ank luar nikah...hoho

gnesop.com : xelok tuuuu....

Cik Liza : bagus gak idea tu ek...hoho

CintaZulaikha said...[Mari Balas Komen Ini]

kalau den, den khawinkan jugak depa malam tuh....

rhm slzr said...[Mari Balas Komen Ini]

dorang tak tau ke valentine's tu haram apatah lagi berzina?

Nauzubilla.

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

cari pasal je dorang ni kan..kan dah kene cekup

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

dorang ni memang sengaja cari padah..hu3

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

kess berat cmni..bila tiba valentine..ramai remaja dan org dewasa yg melakukn dosa..tiba valentine tiba lah doza..huhu..

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

supreme clothing
off white shoes
supreme
jordan shoes
steph curry shoes
birkin bag
lebron shoes
supreme hoodie
curry shoes
goyard

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

you could try this out Dolabuy Valentino over here aaa replica bags try this replica bags buy online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...