23 February 2012

DIRI SENDIRI NAK SENANG ORANG LAIN BIAR SUSAH



Kehangatan cerita tentang parking-memarking masih belum reda lagi nampaknya...tapi, berbeza sikit dengan entry-entry yang sebelum ni; "LEPAS HANDBRAKE TAPI TOLAK GEAR 'P' = CACI MAKI HAMUN" & "KESAH KERETA KENA BLOCK"

Kali ni aku berhadapan dengan orang yang mementingkan diri sendiri & tamak lagi haloba, lagi rakus, lagi menyusahkan orang lain serta sekalian umat manusia

Ceritanya macam ni...Tempat parking umum, free parking tapi dia buat macam petak parking tu dia yang punya & macam dia bayar untuk parking space tu tiap-tiap bulan...konon-konon RESERVED PARKING lah tu...padahal parking untuk semua penghuni flat kos rendah area ni

Yang jadi masalahnya, petak parking tu hak semua orang berpandukan pada pantun; "Pat Pat Siku Lipat Siapa Cepat Dia Yang Dapat" ataupun "Pat Pat Nya Siapa Cepat Dia Yang Punya"...tiba-tiba pulak aku nak berpantun...biasalah; "Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun"

Kelihatan 3 objek asing (kon, motorsikal & ampaian baju) yang seolah-olah menghalang  orang lain daripada  terus parking disitu buat selama-lamanya...Apa kejadahnya semua ini saudara???

Tapi, memandangkan sikap pentingkan diri sendiri sentiasa menebal dalam diri maka jalan senang yang diaorang cari...letak kon or baldi yang telah diletak simen supaya aku susah nak alihkan or motorsikal buruk untuk halang orang lain daripada parking kat situ...semata-mata sebab nak rebutkan parking yang paling dekat dengan rumah

Kalau yang buat kerja tamak ni handicapped or OKU (Orang Kelainan Upaya) aku boleh consider lagi sebab kesian tengok diaorang nak menapak jauh-jauh ke rumah masing-masing, nak kena manjat tangga lagi....malangnya, yang buat kerja tak bersivik ni OKU jugak tapi Orang Kuat Upaya...badan kuat cuma malas nak berjalan sikit gunakan daya upaya & malas nak ushar parking...pendek kata nak senanglah, orang lain dia biarkan susah

Kelihatan tayar kereta yang di clamped kerana merampas parking reserved orang lain

Tinggallah kat rumah Condo or kawasan yang ada private parking kalau nak sangat buat perangai camni, takde siapa nak kacau or marah sebab dia bayar untuk parking lot tu...kalau ada orang lain masuk siap boleh clamped tayar kereta orang tu lagi...ini tidak, tinggal rumah flat kos rendah tapi nak buat perangai kos tinggi...bertimbang rasalah dengan orang lain yang tinggal kat situ

Ada satu lagi suggested solution untuk orang yang berperangai camni...buatlah rumah kat atas tanah sendiri...nanti nak buat tempat parking sampai dalam bilik tidur pun boleh kalau dah malas sangat nak berjalan & berebut parking dengan orang lain...takde siapa pun yang berani nak marah...but, sometimes the suggested solution is rubbish...so, carilah suggested solution yang lain...hoho

Selalunya aku balik kerja sampai rumah awal...of courselah semua orang nak cari tempat parking kosong yang terdekat...dari jauh aku dah ushar tempat tu kosong tapi bila datang dekat tengok ada letak kon & letak tong menandakan tempat tu dah di reserved...sabar jeklah

Kelihatan sebijik motor buruk yang terselit di tengah-tengah parking yang kosong...Apa motifnya semua ini???

Ushar parking kat sebelah pulak pun sama dah terpacak motor buruk kat situ...aku tengok motor tu memang tak pernah guna just jadi alat untuk reservekan parking tuan punya kereta yang tamak...yang letak pasu bunga pun ada jugak...kenapa tak letak kebun bunga sekali boleh aku bercucuk tanam

Punyalah hampa terpaksa aku cari port parking lain yang jauh sikit, siapa yang tak marah kalau jadi camni...stress aku dibuatnya...kita sampai dulu tapi kena parking jauh-jauh...aku masih baru kat area ni tapi dah dapat detect perangai orang-orang tamak yang tinggal kat sini...kalau dia buat benda ni sekali-sekala takpelah jugak, tapi macam dah permanent ruang parking tu memang takde siapa boleh masuk kecuali kereta dia & dia

Kelihatan salah seorang penghuni flat yang terpaksa berjalan kaki agak jauh sambil  membawa barangan yang agak berat oleh kerana haknya untuk parking di tempat yang lebih dekat telah dirampas oleh manusia yang rakus

Minta maaflah kalau ada yang terasa dengan kesah OdahOne kali ni...sebab kadang-kadang kita tak perasan benda yang kita buat tu salah & bila ada yang tegur baru kita sedar...sebenarnya kita dah pun mengambil hak orang lain secara tak sengaja or disengajakan

"Marilah kita sama-sama berebut-rebut parking secara adil & saksama untuk masa depan kita bersama"

*nota kaki berbau :
Setiap manusia mempunyai hak, berikanlah hak kepada mereka yang berhak, jangan buat hak orang lain macam hak sendiri, mengundi adalah hak bersama tunaikanlah hak anda sebagai pengundi

19 KOMEN:

نورعيم said...[Mari Balas Komen Ini]

ada jgk org pentingkan diri sendiri. haihhh, ssh org gini!

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

hish siap letak motor tu... geramkan... kalau pasu bunga tu buang je odah...seyes geram ni.betul2 menyusahkan orang.

eh aku pulak yg over ye..

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

kalau berkongsi kena buat cara berkongsi.jangan pentingkan diri sangat lah kan..sama sama guna dengan sebaiknya.^^

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

masalah paking ni kat mane2 je ade dpn umah bapak sy selamber je org paking tak minta izin plk tu susahkn orang nk keluar je...

Zawawi Japilos said...[Mari Balas Komen Ini]

ziarah balas sambil komen, kesian nya kat odah...dah dok tempat baru cerita macam ni lak berlaku yer..nampaknya lepas ni odah kena sewa dekat kondo atau villa pulakla baru dapat reserver parking khas untuk odah jer

wanbu said...[Mari Balas Komen Ini]

sabo jelah! dah mentaliti orang mesia dah mcm gini... nak wat lagu mana redho jela...

apa yang penting klu kita rasa benda tue salah jgn pulak kita buat

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Noraim : mmg ada...mmg ssh

syiela : kalo buang pasu bunga tkut nti kete kita pulak jadi mangsa

Azhafizah[フィザ] : org yg selfish ada kt mana2 jek mana reti nk kongsi2...kasi sekolah sama dieorg...hoho

niesa : ntah kdg2 org main ikut sedap jek xtau org lain ssh

awie958 : tgu dah kaya nnti duk banglo duk condo pun xsyok xleh prking depan umh...hoho

wanbu : yela mentaliti kelas dunia ketiga agaknya...hhoho

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Sabo ya kak, hidup bermadu memang macam tu kena we care we share.. Eh! Maap silap..

Sabo ya kak, hidup berkongsi tempat parking lelagi umah flat.. Masalah sama sepanjang zaman, main cop-cop tempat.. Sib tak tulis alip lam lam hah.. Sape curik berdosa.. Eh! Tu time sekolah dedulu...

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Kat area uma i ni pon sama je Cik Odah..
sepatutnya free parking..
tp org sini suka2 wat parking lot mcm dok kondo..
yg memang pembeli tu dia parking lot depat lift..
yg penyewa2 ni hujung2 tanjung dia bagi..
bengang jek..bila kita parking kt free parking yg disediakan sebab parking lot kita jauh bpusing2, dia ugut nak kasi parking lot kt org lain..
biar xde parking..jadah tol!
Geram jek!

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

bila free parking tp buat parking sendiri mmg bengang.. dok rumah lama Sop pun sama, tp 1 keluarga jer.. van, lori dia kuar, dia blog kete kat depan.. mmg org lain x leh parking tempat tu.. cam parking dia beli jer...
skrg mmg dah x der masalah sbb dah beli parking kat rumah baru :) huhuhu

Miss Anisah said...[Mari Balas Komen Ini]

Jiran saya pun macam ni... Siap letak kerusi bila dia kuarkan kete dari parking tu..

Ini ego orang duduk flat ko..terasa dia orang lama kat sini...

Liza Razak said...[Mari Balas Komen Ini]

geram pulak bila baca cerita sis ni...x baik pentingkan diri sendiri.senang cerita ajak jiran ramai2 alihkan motor buruk, pasu bunga ke tepi.biar kasi can org lain parking sama

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Cik Liza : ini xtaulah madu bape rasa2 mmg lebih dr empat ni...hoho

Azura Mendezz : mmg geram & wt org hangin satu bdn kan?


gnesop.com : legalh dh duk umh baru xngadap benda cmni lg ek


Miss Anisah : yup, yg wt keje cmni otai2 kot

Liza Razak : tkut nnti kete kita pulak kena alihkan...

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

babe gmbar yang blurrr tu menarik phatian ku..cian dia,...hehhee ^_^

CintaZulaikha said...[Mari Balas Komen Ini]

nak gelak kang rasa cam kita jahat plak kan...tp lawak lah bila baca entri nih.hahhaha

tp btollah kata cik odah, saya pon dlu duk umah flat bandaraya. paham jerlah kan kalau dah duk umah bandaraya nih, umah 4 tingkat ja, tp sebijik umah pakai spi 3 bijik kereta. tu membuatkan parking mmg tak cukup. bukn skdr kon polis depa letak, kekadang macam2 alatan umah depa letak kat parkir tuh. rasa nak caci maki pon ada jugak. tp apa gunanya, wat dosa kering ja..

bila kita alihkan harta benda depa tuh dan letak kereta kita. mulalah esok arinya, ada yang pecah cermin sisi...ada ka patot. dy igt kita beli cermin sisi tuh ngn daun pasu bunga umah dy ke apa. jadik apa nak buat..kang marah2 kang boley sakit jantung. jadik, mmg menyumpah dalam ati jerlah, pastu mampos spi mati pon tak letak kat c2 agi..biorlah depa ngn sikap 'pat2 siku lipat' depa tuh..tau jerlah balasannya nati...huuh...

emo sat~

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

shida'R : sian kn tgk budak tu

CintaZulaikha : cool down jgn emo sgt...hoho...mari kita gelak sama2....hahahohoho

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

jiran saya lagi kurang ajar.
parking seberang jalan boleh pulak dia reserve kereta dia.
bila pak mentua saya datang parking situ, boleh pulak dia parking kat depan dalam kawasan rumah saya yang saya nak guna untuk parking kereta sendiri.
cuba pikir !! boleh dia parking betul2 dlm kawasan rumah saya ??
memang sengaja mencabar.

geausleyt said...[Mari Balas Komen Ini]

click for more gucci replica site web high quality designer replica this website YSL Dolabuy

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

off white outlet
jordan outlet
off white jordan
fear of god clothing
air jordan
palm angels clothing
supreme hoodie
off white outlet
golden goose outlet
jordan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...