06 February 2012

MUAR BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA


SULTAN Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dengan diiringi Abdul Ghani Othman dan lain-lain kenamaan berjalan ke Masjid Sultan Ibrahim untuk menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Muar, Johor, semalam.

MUAR 5 Feb. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Diraja selepas sekian lama dikenali sebagai Bandar Maharani.

Pengisytiharan tersebut dibuat baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri 1433 Hijrah di Masjid Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Baginda berharap dengan pengisytiharan tersebut, daerah ini akan menjadi bandar contoh bagi negeri ini termasuk dari segi kebersihan yang ketika ini kurang memuaskan.

"Setiap kali saya datang ke Muar, masalah yang dilihat adalah tahap kebersihan. Bandar Muar adalah bandar utama di Johor. Pembangunannya tidak pesat sehingga ada yang menggelar bandar ini sebagai bandar pencen.

"Muar sesuai untuk golongan yang mahu kedamaian dan ketenteraman. Oleh itu, saya mahu Muar menjadi bandar contoh sebagai bandar bersih dan damai. Dengan ini, sukacita saya isytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Diraja," titah baginda.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dan Mufti Johor, Datuk Mohamad Tahrir Samsuddin.

Sultan Ibrahim bertitah, tanggungjawab menjaga kebersihan daerah ini tidak seharusnya diletakkan di bahu pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja tetapi penduduk juga perlu turut memainkan peranan mereka.

"Penduduk Muar juga harus memberi kerjasama untuk menjaga kebersihan bandar Muar. Jangan hanya serah tanggungjawab itu kepada kerajaan atau pihak majlis.

"Hari ini selepas majlis ini kita dapat nilai sendiri adakah masyarakat Muar benar-benar mengamalkan kebersihan. Adakah kita akan lihat sampah sarap, kita tunggu dan lihat," titah baginda.

Terdahulu, baginda diiringi Abdul Ghani mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul yang disertai 1,500 kakitangan agensi kerajaan di seluruh negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada 80 kontijen.

Perarakan mulai pukul 7 pagi itu bermula dari Jalan Ibrahim sehingga ke masjid berkenaan sejauh kira-kira 2.5 kilometer.

SUMBER : Utusan Online

Tahniah orang Muo...yang paling penting sekali take note dengan perenggan ketiga akhir artikel ni; "Kita tunggu dan lihat"...kalau nak tau lebih lanjut tentang Muo Bandar  Pencen ops! Bandar Diraja boleh terjah cerita kat bawah ni...

MUO BANDAR MAHARANI


*nota kaki berbau :
Dari Parit Simen ke Parit Jawa, Dari Bandar Pencen Kini Bandar Diraja

6 KOMEN:

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

amboi odahh cam panass je citer nih hehee..ape2 pon muo tetap muo..hahaa... ^_^

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

shida'R : muo & taypeng mali xde smbong punyer...hoho

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

untunglah warga muar..tumpang sekaki..bangga jadi rakyat johor.^__^

wheeru said...[Mari Balas Komen Ini]

cliquez ici pour enquêter Chrome-Hearts Dolabuy anonyme réplique gucci visitez ce site Web -site sacs de répliques de Chine

theteeski said...[Mari Balas Komen Ini]

site Web ici meilleures répliques de sacs de créateurs cliquez sur le site sacs réplique gucci Site recommandé Valentino Dolabuy

dateceth said...[Mari Balas Komen Ini]

b3v65t1m84 r4h22k7c52 a5a90k7x85 j1d10n4d31 t6n49n5n30 n0m12j0t61

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...