Tiba-tiba jadi interested nak tau lebih lanjut tentang virus ni memandangkan saudara-mara OdahOne ramai yang tinggal kat area Sungkai, Tapah, Bidor & kawasan-kawasan yang sedang dilanda wabak virus Rotavirus ni...
Setakat ni dah 2 orang mangsa yang dah meninggal dunia iaitu 2 orang bayi di Tapah, Perak & ramai lagi yang dah disahkan dijangkiti virus berbahaya ni
"Two babies dead, 2,236 people contracted Rotavirus" (NewStraitsTimes)
"Rotavirus: Dua Bayi Maut" (mStar Online)
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut OdahOne pun buatlah survey tentang virus ni sebab tak banyak ilmu tentang sakit ni...yang tau cuma muntah-muntah & cirit-birit sebab salah makan or keracunan makanan...kalau perempuan baru kahwin pagi-pagi selalu muntah-muntah sebab 'Morning Sickness' & virus yang paling famous & orang paling takut ialah virus HIV
Apa itu jangkitan Rotavirus?
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.
Apa Itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.
Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
- Cirit birit berlarutan
- Muntah berterusan
- Sakit perut
- Demam dan selsema
- Bau najis terlalu busuk
- Komplikasi Rotavirus
Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.
Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
- Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
- Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
- Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
- Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah
Sumber: Vaksin Untuk Rotavirus
*nota kaki berbau :
Komputer ada software Antivirus, manusia ada software Antibodi kan bagus kalau ada software Antidosa boleh cegah virus HIV???
13 KOMEN:
alahai, mintak jauhlah dari segala virus ni. ank2 buah sy kecik2 lg.
yang paling penting jaga kebersihan,makanan tercemar,air yang selalu kta guna untuk masak..ia berjangkit melalui air..huhuhu
setakat ni kat wad jijah takde lagi kanak2 kena penyakit ni. kalau ciritbirit o muntah biasa adalah.. :)
Noraim : yela...virus go away dont come again another day little child want to play
Cik Azizah : baik misi...bestnya jg wad kanak2
Thankz 4 sharing da info..
P/s: Hamboi sejak dah kawen entry lebih berunsurkan informasi terkini.. Bagus!!
harap semua berjaga2..
MOHON SHARE YE..
Anak sy baru kena rotavirus.. kena admit ward. Kesian tgk anak. Dripada aktif trus totally lembik
Doctor baru je inform yg baby saya kena jangkitan rotavirus 😫 Mula2 dia muntah seharian n now cirit non stop! Sekarang baby dh kena tahan wad (2hari dah)
Doakan baby saya cepat sihat ya.. tq
Berapa lama dia amik masa pulih yer?..anak saya baru disyaki rotavirus..admit semalam..
Doctor ckp anak buah saya pun terkena jangkitan ini. Dah 2 hari warded. Mula2 pergi emergency doctor ckp demam biasa je. Balik tu singgah giant jap beli barang. Tiba2 dia kena sawan smpai trpaksa call ambulans sebab badan dh jadi biru semua. Doakan dia cepat sembuh 😢
Doctor ckp anak buah saya pun terkena jangkitan ini. Dah 2 hari warded. Mula2 pergi emergency doctor ckp demam biasa je. Balik tu singgah giant jap beli barang. Tiba2 dia kena sawan smpai trpaksa call ambulans sebab badan dh jadi biru semua. Doakan dia cepat sembuh 😢
Org besar bole terjangkit kn?
kd 12
nike air max 270
hogan outlet online
nike 270
yeezy shoes
goyard handbags
nike shoes
goyard bags
moncler coat
golden goose francy
Post a Comment