15 September 2011

SEKARANG BARU AKU FAHAM KENAPA ABAH TAK BAGI BELAJAR MEMANDU KERETA DENGAN ORANG YANG TAK KENAL



Hari pertama masuk sekolah memandu kereta macam biasa terus kena pegang steering...itulah 1st time aku pegang steering kereta dalam keadaan enjin hidup...selama ni pegang jugak tapi setakat eksyen jek...gelek steering kiri kanan tapi kereta tak bergerak ke mana pun...

Cikgu memandu pun bagi macam-macam instruction & aku pun mulalah memandu...maklumlah orang baru belajar tangan still menggigil lagi bila pulas steering & masuk gear...so, cikgu memandu pun selalulah menghulurkan bantuan dengan pegang tangan aku setiap kali nak belok & nak masuk gear...amboi syoklah jadi cikgu memandu kalau camni boleh pegang tangan anak dara orang free-free...hoho

Aku mula rasa tak selesa...mungkin ini termasuk dalam kaedah pembelajaran kot...setiap kali nak masuk gear si mamat cikgu driving school ni akan pegang tangan sampai aku naik rimas...kalau asyik tolong aku masukkan gear sampai bila aku nak pandai belajar masukkan gear sendiri?...aku dah mula syak yang mamat ni macam sengaja nak ambik kesempatan pegang tangan aku yang tak berapa licin & gebu ni

Hari ni masuk hari kedua...kali ni awal-awal lagi aku dah bagitau aku nak belajar drive sendiri termasuk masukkan gear dengan tangan aku sendiri bukan tangan dia pegang kat atas...mamat tu angguk kepala sambil buat muka garing...maybe dia dah tau yang taktik jahatnya aku dah boleh hidu

Aku pun mula memandu dengan penuh confident tanpa tangan yang berbulu mengacau steering & gear...teror jugaklah hari tu banyak progress yang aku dah buat...aku dah boleh memandu kat tengah-tengah bandar tanpa kena hon dengan kereta lain & boleh memandu tanpa enjin mati kat tengah-tengah jalan...tapi, mood cikgu ajar memandu aku hari tu agak dingin...ajar aku pun macam nak or tak nak...maybe sebab tak merasa pegang tangan aku kot...belajar tak sampai sejam dia dah suruh drive balik tak macam semalam belajar sampai dekat 2jam

Hari ketiga macam biasa...hari ni mood mamat ajar driving ni elok sikit sebab pagi-pagi lagi dah tersengeh macam siamang busuk kat aku...aku pun mula memandu macam biasa lebih hebat dari semalam...akan tetapi ada benda baru yang mamat ni buat yang meloyakan aku untuk terus memandu...rasa macam nak drive langgar buntut lori jek

Mamat ni dah start buat perangai bangsat kembali...tapi, kali ni bukan dengan sentuhan just percakapan...memanglah just percakapan tapi aku jijik nak dengar...dia mula tanya aku dengan soalan-soalan lucah@18sx...walaupun masa tu aku dah pun berumur 18 tahun ke atas & dah layak untuk mengundi, tapi soalan macam tu aku tak pernah dengar & belum ada jawapannya lagi...bila aku buat tak layan & malas nak jawab dia bukak pulak cerita lucah sambil cerita kat aku...nak buat aku ghairahlah konon-kononnya tu...

Aku dah start meremang bulu tengkuk...apa lagi aku pun tipu mamat tu cakap aku tak boleh drive hari ni sebab pening kepala & dia pun drive hantar aku balik rumah on the spot...fuhh!...selamat

Hari keempat...enough is enough!...better aku stop kat sini jek sebelum terjadi perkara yang bukan-bukan...semalam pun dia dah start suruh aku drive kereta masuk jalan-jalan kampung yang sunyi...cuma kereta Kancil (L) sebijik jek yang lalu kat situ...memang scary gila...so, aku pun keluar baris & tamatkan pembelajaran memandu dengan driving school yang ada cikgu memandu gila seks tu

Itulah padan muka aku...tak mau ikut cakap abah...konon-konon tak mau belajar memandu dengan pakcik tua member abah...sekali dapat cikgu muda tak hensem plus gila seks pulak tu...akhirnya pakcik tua tulah yang berjaya mengajar aku memandu dengan sekali test jek dah lulus...Alhamdulillah...sampailah sekarang dah jauh pun aku memandu...terima kasih pakcik tua & kasihmu tak diterima wahai cikgu memandu yang gatal lagi gila seks

SEKARANG BARU AKU FAHAM KENAPA ABAH TAK BAGI BELAJAR MEMANDU KERETA DENGAN ORANG YANG TAK KENAL...amboi...dah macam karangan budak UPSR pulak...tapi, bukan semua cikgu memandu tu gatal even tua or muda...aku tak blame semua cikgu memandu just certain cikgu memandu lelaki yang suka ambik kesempatan...yang penting niat masing-masing nak mengajar bagi orang pandai...ada tak cikgu memandu perempuan yang ambik kesempatan kat student lelaki?...kalau ada tolonglah cerita...

*nota kaki berbau :
Berhati-hati bila belajar memandu, berhati-hati dengan cikgu memandu...pastikan anda diajar untuk memandu bukan untuk dipandu & berhati-hati bila dah dapat lesen memandu...jangan melulu-lulu bila memandu

12 KOMEN:

Lya Colours said...[Mari Balas Komen Ini]

amboi over gila cikgu tuh. saya dulu blaja kete, xde plak cikgu tuh pegang2 tgn if nak ajar masuk gear. kasi karate je lain kali. eh kenapa x report je dekat pengurusan dorang. sampai bwk msk jalan2 kg. bahaya ooo. report pengurusan, biar dia kene sebijik

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

haha...
momoy pun ada exp. camtu gak dear
tapi lain sikit

momoy nyer kes cikgu kat situ nak ajar momoy
sampai bergaduh2 sesama diaoarng
pelik
apa la. tunjuk contoh x baik
last sekali berhenti belajar sebab tiap kali momoy tiba kat tempat tu, cikgu-cikgu bergaduh
lastly quit, duit habis byk tapi lesen x dapt


sampai sekarang xde lesen lagi
next week momoy start semula setelah sekian lama
tapi kali ni momoy cari tempat yang booking cikgu tu seorang saja. cikgu ompuan. selamat

aleen aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

hu3.gile ah!die tanye lucah2 ape weh?ape2?


*Semangat ingin tahu membuak2.hahah

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

wehh odah scary kot hahaa...gilesss takot lak aku nk amik lesen keta nih haihhh..

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

iks iks iks...
buat jer laporan kat pihak berwajib
jgn ada lain plak jd mangsa :)

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

lya : xpela bnda dh lepas & lum kena cabul lagi...hoho

MOMOY : yup kalo ckgu gurl lg slmt takleh nk amik ksmptn..

aleen : nk cite ke aleen? segan pulak ni ty tahap lucah yg mlampau2 tkut xsnngup nk dgr...hoho...cntrl smgt ingin tahu tu dulu ya...xtau pun xpe kot bkn best pn dgr soalan cmtu...dgr soaln bdk darjah 1 lagi best

shida : xpyh tkut bkn sume ckgu mmndu cmtu...cuma odah jek yg bnaseb malang agknya

gnesop : tkutlh nk wt laporn time tu coz dia dah tau umh kita kt mana bhaya takut kena simbah asid pulak...tapi rasanya skrg dia dh xkeje situ lg kot

Muhamad Arif Bin Zaripin said...[Mari Balas Komen Ini]

hehehe..pengalaman...dah tua x amik lesen kete lg..bila nak amik nie

- abdul hadi abdul muti - said...[Mari Balas Komen Ini]

mana boleh dia pegang-pegang, hurm,dia amik kesempatanlah tu!!

afifi embong said...[Mari Balas Komen Ini]

ade gak cg m,cm tu ek..haha ..kesian

Miss Euoni said...[Mari Balas Komen Ini]

huhu . ade gak guru memandu yg gitu ekk . nasib Oni dulu tak dapat guru yang perangai meloyakan tuu .. Thx GOD n congrate kat Odah !! tajam gak hidung tu mghidu aroma kejahatan dia ekk .. hehehe .. Tu la , degil sangat .. [*juz a joke] .. len kali jangan degil2 tauu ~!!

Lucy Saputri said...[Mari Balas Komen Ini]

http://ceritalucahcikgu.com/

Hafiz Shuhaili said...[Mari Balas Komen Ini]

Baru tgok... tp pengalaman sy taun lpas mmg rare... Wktu tu hujan lebat... Kmi yg dpt cikgu perempuan kene stay bwh bumbung tp cikgu llki n awek comel berlari msok kete... Tp serius x thn dpt cikgu comel x sng dok laa kjap brek minum laa cari rokok laa... Hihihi... Akhirnya lulus gak aq... Psal awek tu aq bwu dpt twu dia tiga kali test jpj... Akhirnya dia jd makwe aq jgk... Sorry cikgu kebas ank murid idaman cikgu yg bersusah pyh mngajar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...