21 February 2012

KITAR SEMULA? PERLU KE RASA MALU?



Sebut jek kitar semula sure ramai yang ingat tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca & tong jingga untuk tin aluminium, besi & plastik...lagi satu kita akan bayangkan orang yang berpakaian selekeh or mat gian yang kerjanya menyelongkar tong sampah rumah orang, kutip sampah kat tepi-tepi jalan untuk cari barang kitar semula...

Diaorang jek ke yang boleh buat amalan kitar semula ni, kita tak boleh?

Ada yang jadikan aktiviti kitar semula ni sebagai sumber pendapatan atau side income & ada jugak yang buat just suka-suka or niat nak jaga alam sekitar...yang penting amalan kitar semula ni memang amalan yang mulia...boleh jaga alam sekitar sambil dapat income

Itu tak termasuk lagi yang kerjayanya mencuri penutup longkang untuk dikitar semula...yang ni termasuk dalam kategori sampah masyarakat bukannya pengutip sampah kitar semula...orang macam ni kalau nak kitar semula pun tak boleh sebab tak laku kat market...menyusah & membahayakan nyawa orang lain

Bagi pengitar semula tegar or yang jadikan amalan kitar semula ni sebagai pendapatan diaorang memang takkan segan silu nak kutip tin, botol plastik, kotak or apa-apa barang yang boleh dijual...sanggup selongkar tong sampah semata-mata nak cari rezeki yang halal


Sesungguhnya, pengutip sampah itu lebih mulia daripada orang yang suka membuang sampah merata-rata...lagi jijik tengok orang yang suka-suka baling sampah keluar ikut tingkap kereta, suka-suka buang sampah dalam sungai, suka-suka pentik buang putung rokok

Sebenarnya, semua orang kat Malaysia ni patut amalkan kitar semula bukan sebab nak cari income just nak save our planet...jangan jadikan dunia ni penuh dengan sampah, biarlah dia penuh dengan flora & fauna...lagipun amalan kitar semula ni kita boleh buat kat rumah jek tanpa perlu berusaha keras selongkar tong sampah or kutip kat mana-mana



Banyak barang-barang yang kat dalam rumah dah kita guna & boleh dikitar semula tapi kita tak perasan...contohnya, surat khabar (lama or baru), kotak-kotak barang (kotak tv, kotak blender, kotak tisu), kertas (bil air or apa-apa bil, majalah, komik, buku yellow pages), tin susu, tin sardin, barang elektrik yang dah rosak (kipas, tv), besi buruk (besi katil), botol-botol plastik (syampu, shower gel, handwash, botol air mineral), botol kaca (botol kicap or sos, botol arak bagi non-muslim) dan macam-macam lagi


Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
1
Surat khabar lama
0.40
10
Aluminium mengikut jenis
3.50-4.70
2
Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)
0.20
11
Wayar bercampur
2.00
3
Kertas hitam/putih
0.40
12
Wayar rumah
7.50
4
Plastik 1 (lembut)
0.80
13
Copper (logam)
20.00
5
Plastik 2 (keras)
0.30
14
Monitor, TV,Peti sejuk.
Mesin basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.
Harga boleh run


Tengok senarai harga jualan barangan terpakai kat atas ni...lumayan jugak sebab tu ramai yang buat kerja ni...tapi, harga dia sentiasa turun naik & kadang-kadang berbeza ikut tempat


Kalau ada barang-barang elektrik yang dah rosak kasi operatedlah, jangan buang camtu jek sebab organ-organ dia semuanya boleh diguna semula...contohnya; kipas angin...asingkan antara plastik, besi, tembaga & wayar sebab benda ni boleh dijual secara berasingan...harga pun lain-lain (rujuk harga kat atas tu)...kalau jual kipas rosak sebijik camtu harganya murah...tapi, kena buat kerja lebih sikitlah nak kena kopakkan satu-satu komponen kipas tu...serahkan pada yang pakar

Senangkan nak cari duit dari rumah dengan kitar semula...memanglah hasilnya tak banyak & tak boleh nak beli kereta Myvi secara cash, tapi niat nak jaga alam sekitar tu yang penting...bukannya susah sangat just pijak-pijak botol plastik tu jadi kemek & kecik...jadi, senanglah nak simpan taklah dia tinggi membukit & makan space rumah banyak sangat 



Make sure simpan barang-barang nak recyled ni elok-elok & kemas...jangan letak kat tempat yang mudah terbakar...sebab kalau rumah dah hangus rentung terbakar dah tak boleh nak recycled lagi...terpaksa pindah rumah baru

Dulu, OdahOne memang buang segala apa barang yang dah tak guna & anggap semua benda tu sampah lagi menyemakkan rumah tangga...

Kesedaran tu datang bila melawat rumah member yang besar macam muzium tapi kat dalam stornya penuh dengan barang-barang kitar semula...niat dia bukan nak cari duit lebih tapi atas kesedaran untuk jaga alam sekitar...ada berlonggok-longgok botol air Tropicana Twister kat dalam stor tu sebab member OdahOne ni memang addict minum air ni...

Orang kaya boleh buat...Buat apa kita yang tak berapa nak kaya ni nak malu?

Lagipun, last week waktu jual barang-barang kitar semula ni OdahOne terserempak dengan sebijik kereta BMW 5 Series...ingatkan kereta tokey syarikat kitar semula...sekali bukak bonet tengok penuh dengan botol-botol plastik...dengan selamba jek owner kereta tu jual barang recycled tanpa segan silu sebab niat dia nak jaga alam sekitar bukannya nak tambah duit yang dah sedia berkepuk-kepuk tu...Apa nak malu?

Barang-barang yang bakal dikitar semula

Total sebulan boleh dapat dalam RM50 kalau kita rajin kumpul & jual barang-barang recycled...itupun just kumpul main-main kalau aktif lagi banyak yang kita dapat...higher risk higher return...boleh guna buat bayar bil & beli barang dapur

Hanya sediakan sedikit space dalam rumah, keluar duit minyak sikit & tenaga untuk loading semua barang recycled masuk dalam kereta....

Sampai masa kamu akan ku jual

Bagi member-member yang belum amalkan kitar semula marilah kita mulakan dari sekarang...tak perlu rasa malu sebab kita buat kebajikan pada bumi kita sendiri...dapat duit, dapat pahala & dapat jaga alam sekitar dari dicemari oleh sampah sarap...kalau nampak tin aluminium bergolek kat tepi jalan jangan segan silu nak kutip

Pedulikanlah kalau ada orang cakap kita suka kumpul sampah or kaki pengutip sebab kita tak mintak rezeki kat diaorang...

Selamat Mencuba Sambil Beramal Sambil Tambah Income...

***Pesanan khidmat masyarakat ini telah dibawakan oleh OdahOne

*nota kaki berbau 
Tak kusangka sampah yang tak berguna rupa-rupanya boleh berubah rupa menjadi duit...Kesian pada sampah masyarakat, kerana selama-lamanya akan menjadi sampah yang tak berguna selagi tak dibersihkan

16 KOMEN:

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Yess!! Duit free hasil recycle + nuffnang = Leh ge bli mekdonel.. Yeaaahhh!!

Farah Hanis said...[Mari Balas Komen Ini]

Adik saya bercita-cita nak jadi menteri alam sekitar :D

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

tak perlu malu kot.disamping tambah duit,leh jage persekitaran.^_^

Zawawi Japilos said...[Mari Balas Komen Ini]

rajinnya odah kitar semula yer, terima kasih kasi info tentang harga barangan kitar semula...lepas ni nak print lepas tu nak tampal kat dinding, boleh kitar semula barangan dekat rumah

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

betol2...umah mertua jijah banyak besi2 buruk sebab bapanya welding..rasa macam nak jual je besi tu..mahal tau kalau kitar semula..sejuk mata pandang pemandangan xde besi buruk..ekeke :p

CintaZulaikha said...[Mari Balas Komen Ini]

salu ja kalau kitar paper...dapat gak belanja poket..hehheh

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Cik Liza : bkn setakat mekdonel restoran kepsi pun bleh...hoho


Farah Hanis : bagus hope cita2 dia tercapai...amin


Azhafizah[フィザ] : wtpe nk malu ek, malu dgn alam sekitar


awie958 : harga brgn lusoh ni berubah2 awie kdg2 hrga ikut tmpt kita jual tu kena survey cr mana yg ambik harga paling tinggi


Cik Azizah : yup, besi buruk kasi jual biar diaorg buat besi baru pulak

CintaZulaikha : xrugikn kalo kumpul paper lama

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

wehhh kitar semula kpe nk rsa malu..patutnye rsa syokk..umah bersihh hehee ^_^

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

shida'R : rumah bersih baru syok sikit nak berblog ek shida

NJihe.am said...[Mari Balas Komen Ini]

yup nk 'print' odah punya senarai barang kitar semula, lagipun kat rumah ni tengah buat operasi kitar semula...hehe. tahun lepas dh buat, dptlah dlm RM40. itupun baru kertas+buku+majalah+kotak..sekarang baru tahu, palstik+logam pun boleh dikitar semula, agaknya berapalah income tahun ni..saya pelajar lepasan spm, cuba buat duit dr rumah sbb ibubapa x beri kerja kat luar, bahaya katanya, tapi takpelah..anyway thanks a lot :D

http://studioous.blogspot.com/

mamawana said...[Mari Balas Komen Ini]

Bagus info ini. Bleh bagi saya no tipon ajen yg kutip brg2 paper lama ini tak? Saya dari Cheras, KL. Tq

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@NJihe.am..u r welcome...baguslh wt kerja kitar semula pun ok gak..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@mamawana...alamak xsmpn pulak no. telefon tmpt jual brg lusoh tu..tp kt area cheras mmg byk tmpt cmtu

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Syukur...hasilnya dh dapat, biarpn part time...

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

slam odah...saya berminat dengan kitar semula tu..just nak tanya saya banyak tin susu anak saya... nak jual kemana ya...bole bg idea... lebih 20 nos tin anmum 1.6kilo punya... nanti wassap ke saya 0132177107

Dunia familyku said...[Mari Balas Komen Ini]

Assalam cik odah semalam kami anak beranak nampak tin mcm nampak emas you...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...