13 September 2011

UPSR 2011 | GOOD LUCK ADIK-ADIKKU


Mr. Google Image

Inilah masanya untuk adik-adik kita membuktikan apa yang diaorang dah pun belajar kat sekolah selama 6 tahun...ada yang anggap exam UPSR ni tak penting & patut dimansuhkan...ada yang cakap result UPSR ni just jadi tiket untuk masuk ke sekolah asrama penuh jek bukan apa sangat pun...contohnya macam MRSM & Sekolah Sains...

Tapi, memang betul & logik jugak...peperiksaan UPSR ni akan menentukan kemana arah pelajar lepas habis belajar kat sekolah rendah, either lepas ni nak sambung belajar kat sekolah menengah harian biasa or sekolah berasrama penuh...sebenarnya belajar kat mana-mana pun sama jek...cuma kat sekolah asrama penuh tu nampak macam ada prestij sikit walaupun kadang-kadang result PMR or SPM nanti taklah gempak mana pun...yang penting niat masing-masing nak belajar...kalau ada niat masuk sekolah berasrama untuk berasmara memanglah result akan ke laut

Target 5A kalau sekolah kebangsaan & 7A untuk sekolah jenis kebangsaan cina & tamil...tak kesahlah dah nama exam tu buat jek betul-betul nanti taklah menangis menyesal time tengok result nanti...kalau result tu flying colours kan syok taklah malu nak tunjuk kat parents & boleh frame besar-besar gantung kat dinding...ada jugak yang result UPSR flying colours tapi result PMR & SPM langsung takde kaler...terpulanglah kat diri masing-masing untuk mewarnakannya 

Ok, OdahOne ucapkan selamat berjaya kepada semua adik-adikku...bagilah jawapan yang terbaek waktu menjawab soalan kertas peperiksaan nanti...keluarkanlah segala ilmu yang dah belajar selama 6 tahun ni...jangan keluarkan ilmu menipu & meniru sudahlah...tak payah tengok or ushar jawapan orang kat sebelah tu...dia pun bukan pandai mana pun...kita lagi pandai


SELASA 13 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
KHAMIS 15 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2

*nota kaki berbau :
Asahlah mata pensel 2B tu tajam-tajam...takut tumpul pulak nanti jawapannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...