02 December 2011

BERAKHIRLAH SUDAH MUSIM MENUAI BUFFERED EARNINGS



Buruk bebenor rupa ME ni...tak cun langsung
Start dari bulan Julai sampailah bulan November tiap-tiap hari ada jek iklan BE yang berjoget-joget kat blog OdahOne...boleh dikatakan 1 or 2 minggu sekali akan dapat BE yang baru...tapi, minggu ni bila check earnings semuanya dah bertukar rupa menjadi ME (Metered Earnings)...sure ramai blogger yang menyampah tengok rupa ME ni...kenapalah cepat sangat dia bertukar rupa? kan dah elok rupa BE tu...kalau tengok rupa BE sejuk sikit mata memandang

Musim menuai dah habis ke? Hari tu waktu outing ambik gambar kat bendang tengok sawah padi belum lagi nak menguning takkan dah habis musim menuai kot?...dah takde lagi ads yang sudi nak berjoget lambak kat blog OdahOne lagi ke?...maybe sebab bulan November yang lepas ni kami amat busy & jumlah visitor pun makin menurun...tak sempat nak update blog hari-hari...sebab tu agaknya dia merajuk takde orang yang nak layan dia berjoget...mana syok kan berjoget sorang-sorang

Anyway, puas jugaklah makan hasil dari BE...dapatlah tambah-tambah modal nak mendirikan masjid walaupun sekadar dapat beli batu bata jek...boleh jugak guna buat bayar duit upah mak andam...bagilah peluang kat orang lain merasa menuai hasil BE pulak...terima kasih untuk Encik Nuffnang & mereka yang sudi singgah & menyumbang untuk blog ni...ada rezeki kita tunggu pulak musim menuai untuk tahun depan...kali ni kita menuai pakai traktor pulak baru banyak sikit hasil


Mungkinkah ini BE yang terakhir buat tahun 2011?...Sayonara



BUFFERED EARNINGS | USEFUL TIPS



*nota kaki berbau :
Lambang BE yang gagah dipandang mulia dan indah...OdahOne terus mara untuk rakyat Malaysia!

30 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #19





*nota kaki berbau :
Aku terima nikahnya...maka syaitan pun menangis

29 November 2011

RISIK MEMPELAI TERNYATA TIDAK MENGECEWAKAN MALAH MENGASYIKKAN


Selesai sudah satu episod "From Muo To Taypeng With Love (Final Episode)"...kisah percintaan ni kan macam drama...syukurlah kami dah sampai ke final episode...dah tak larat lagi dah nak berlakon depan kamera...dah jemu nak menghafal skrip hari-hari...persamaan yang selama ni susah sangat nak diselesaikan dah pun dijawab dengan jayanya...Odah + One = OdahOne...jawapan yang perfect & dapat score A+++

Overall episod ni semua ok & semua orang berpuas hati dengan endingnya...majlis pun berjalan lancar...Alhamdulillah, sepanjang majlis tak hujan walaupun sekarang ni musim hujan turun mencurah-curah...habis jek majlis, tepat pukul 6.30 petang barulah hujan turun selebat-lebatnya sampai bawak ke malam...maybe sebab mendengar suara si makcik menyumbangkan suaranya pada peti karaoke si deejay...ada jugak suara sumbang yang cakap, "Untunglah pengantin, malam ni hujan lebat"...??? 

Nasi & lauk pun cukup untuk tetamu makan takde yang nangis sebab tak dapat makan...makanan sedap-sedap pulak tu siap ada laksa utara lagi...memang syok jamu tetamu makan puas-puas...tetamu yang hadir pun boleh tahan ramai...tak jangka ramai gak yang datang even time tu kat sana sini penuh dengan signboard orang kahwin kat trafik light mahupun pada tiang-tiang lampu...balance nasi & lauk kenduri pun tak banyak...dapatlah ayam & itik merasa sorang sikit nasi minyak pengantin

Yang paling puas hati sekali pakej perkahwinan yang OdahOne ambik dari Butik Pengantin Risik Mempelai...ternyata tidak mengecewakan...memang berbaloi-baloi dengan duit yang kami bajet...boleh ushar entry ni kalau nak tau lebih lanjut tentang "Risik Mempelai" yang terletak di Parit Buntar...terima kasih banyak untuk Syahrul & the crew...credit untuk you all, good jobs!...diaorang ni jenis yang tak berkira sangat tu yang best...takdelah sampai benda-benda kecik pun nak charge

"Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk kelihatan cantik dihari perkahwinan"...ewah! ayat nak macam drama petang-petang...yelah, kami kahwin pun bajet ciput so kena ushar pakej kahwin yang paling murah, jimat lagi cantik...pilihlah butik pengantin elok-elok kalau nak kahwin kalau tak sampai anak dah 3 orang pun still rasa terkilan bila tengok gambar sendiri kahwin 

Ramai yang puji start dari design baju, warna, decoration, aksesori, solekkan, pelamin, meja makan & tempat tidur...yang keji setakat ni tak dengar lagi, maybe lepas tengok gambar kat bawah ni ada yang akan mengeji kot???...pujian or kejian orang tu semua tak penting yang penting Odah & One sendiri puas hati

Warna pink & biru yang kami pilih memang match dengan warna kulit walaupun pilih kaler baju ni last-last minute...yang paling menghidupkan suasana ialah hiasan 100% bunga hidup pada meja makan, pelamin & tempat tidur termasuklah bunga tangan...betul-betul menghidupkan suasana...habis jek majlis, rumah pun dah jadi macam taman bunga...nasib baiklah bunga di taman dah pun dipetik orang

Kadang-kadang keluar bajet kahwin sampai berpuluh ribu pun orang still kutuk jugak kan...so, yang paling penting tuan punya badan puas hati pedulikan mulut-mulut longkang tu semua...just beli penutup longkang & tutup habis cerita...tapi, sekarang penutup longkang pun orang nak rembat...tak tau nak tutup pakai apa lagi dah

Hiasan bilik tidur pengantin pun dah macam pelamin penuh dengan bunga-bunga cinta sampai member-member ingatkan OdahOne bersanding kat atas katil...ada ker orang yang bersanding kat atas katil?...mau roboh katil kalau bergambar ramai-ramai dengan family atas katil...mak, ayah, mak long, pokde, tok wan, tok anjang, kak chik, acu semua naik atas katil bergambar...tak dapat nak bayangkan camne...ngerinya

Kat bawah ni OdahOne belanja pengunjung blog ni dengan gambar-gambar kahwin pada siapa yang sudi nak tengok...ni gambar yang tak official kami curi dari Facebook member-member...yang official tak keluar lagi

Episod di Taiping, Perak dah pun berakhir kita berjumpa pulak dalam episod seterusnya di Muar, Johor...tungguuuu....












*nota kaki berbau :
Cik Saloma jangan suka mencaci, aku sudah pun beristeri/bersuami, dah kena rantai kaki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...