Pagi-pagi dah kena bangun awal siap-siap nak pergi kerja...penat layankan jammed kat highway semalam pun tak hilang lagi ni...tapi, kalau tak pergi kerja mau makan apa?...balik kampung beraya duit dah habis beratus-ratus...dah kena topup balik...tapi takpe sebab puas hati dapat beraya dengan family & saudara-mara...bukan senang nak berkumpul adik-beradik...sementara bujang ni better beraya puas-puas
Mana yang stay area pantai timur semalam lagi dah start kerja...hari Jumaat, Sabtu & Ahad ramai yang dah pulang ke ibu kota...Welcome home warga kota!...mari kita sama-sama menyesakkan kembali area Kuala Lumpur ni...jangan biarkan jalan-jalan kat KL ni lengang lama sangat sampai orang boleh baring kat tengah-tengah jalan
Mula-mula ingatkan bila balik kampung boleh lari daripada masalah jammed ni tapi, time raya jalan-jalan kampung pulak yang jadi sesak...jammed kat kampung lagi teruk sebab jalan kecik cuma satu lorong jek...jalan sesak & jammed memang tak boleh dipisahkan nampaknya...terpaksa mengadap benda ni hari-hari selagi masih hidup...sungguh menyesakkan hidup
Mood beraya pun masih kuat lagi mengatasi mood nak kerja...still teringat pada ketupat & lemang...suara anak-anak buah menjerit keriangan masih terngiang-ngiang kat telinga...mood nak menaip entry pun masih belum datang lagi ni...traffik visitor pun jatuh menjunam time bulan raya...yelah, takkan nak beraya kat depan internet jek...semua orang ada agenda masing-masing time raya terpaksa tinggalkan alam maya buat sementara waktu
Lastly, selamat kembali bekerja & teruskan kehidupan seperti biasa selepas raya....
*nota kaki berbau :
Malas adalah sejenis penyakit yang sehingga kini masih belum ada penawar, vaksin atau sebarang ubat untuk menyembuhkannya?