05 July 2011

SHOWDOWN 2011 | THE FINAL SHOWDOWN





Esok Showdown 2011 dah pun sampai ke peringkat Final Showdown...ada 4 krew yang memang gempak akan buat showdown esok...diaorang semua memang superb & layak untuk berentap ke final...jom layan krew-krew ni...





Diaorang semua ni akan mempersembahkan tarian dengan ‘style’ “krump-ing”, “lock-ing” dan “break dance” time final nanti...pilihlah krew mana yang korang suka...tapi aku tengok krew-krew kali ni lagi gempak sebab ada macam-macam style & lebih variasi...macam-macam element tarian yang diaorang selitkan berbanding Showdown 2010...krew-krew lebih kreatif dengan menggabungkan tarian-tarian lain dalam setiap persembahan...taklah stick pada tarian hip hop jek

SHOWDOWN 2011 start on air pada 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam di 8TV...aku pun tak pasti ramai ke tak yang layan rancangan ni...budak-budak muda yang baru nak naik minat kot...aku yang dah tak berapa muda pun layan jugak...paling aku suka time 'Battle'...lagipun dulu aku suka main game 'Samurai Showdown'...ni yang sampai terbawak-bawak...rancangan SHOWDOWN memang satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia untuk mencari krew terbaik...best among the best beb!

Kalau dulu orang pandang tarian jalanan ni macam sesuatu yang tak berkembang just kat jalanan jek...bergolek-golek & terkinja-kinja kat tepi-tepi jalan sambil orang lalu lalang tengok & pandang negatif...yelah dah nama pun JALANAN orang mesti dah set kat kepala benda yang tak elok...tapi, kalau diubah jadi bahasa orang puteh bunyinya jadi best sikit 'Street Dance' walaupun maksudnya sama jek...macam jugak street soccer bila dinaik taraf dimainkan dalam gelanggang & tukar nama Futsal terus popular & ramai yang nak main tak kira laki or perempuan

Rancangan Showdown ni dah pun menaikkan taraf tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ni...tarian jalanan pun nak jugak penghormatan & perhatian setaraf dengan tarian-tarian glamer yang lain macam ‘ballroom dancing’ & tarian tradisional...taklah orang asyik  nak layan tarian zapin & tarian makyung jek...tapi kalau tarian tiang lagi ramai yang suka layan


Kat atas ni Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim orang yang tanggungjawab mengacarakan SHOWDOWN 2011 termasuklah time Final Showdown esok...dia buat jobs memang sempoi sambil dimeriahkan dengan kehadiran Joe Flizzow, penyanyi rap terkenal dan Maple Loo (koreografer / penari) selaku juri tetap SHOWDOWN 2011...Jom kita Showdown esok!...Siapa yang akan dapat Grandprize RM50k???

*nota kaki berbau :
Are You Ready for the showdown? The whistle got to blow.......downnnnnnnn!...Preet!...Preeet!...Preeeeet!


MTV World Stage is happening Live in Malaysia at iCity Shah Alam on 24th July 2011

04 July 2011

1ST ANNIVERSARY GIVEAWAY DUNIA SEBENAR SHIDA


Setelah di TAG oleh Princess MOMOY, maka dengan ini diumumkan OdahOne secara rasminya menJOINkan diri dalam GA seperti yang tertera di atas..."1st Anniversary Giveaway Dunia Sebenar Shida"...Sesiapa yang berminat bolehlah KLIK banner kat atas tu mana tau anda bernasib baik untuk memenangi hadiah-hadiah seperti berikut :




Menarik bukan? Tapi jangan terkeliru dengan salah satu hadiah tu...bukannya menang dapat laptop just notebook skin jek...Untuk makluman hanya 100 peserta terawal sahaja yang layak untuk JOIN GA ni...So, siapa lambat boleh cuba lain kali pulak


Pendapat Anda Tentang Shida Dan Blog Shida (ini soalan yang wajib kena jawab sebelum layak nak menang hadiah...tidak melebihi 100 patah perkataan...penganjur GA cakap jangan buat macam karangan SPM)

Tentang Shida :
Ini pendapat OdahOne tentang Cik Shida melalui penampilan dalam blog sebab tak pernah jumpa...
Seorang yang kreatif | Sukakan warna-warna yang lembut mungkin juga berjiwa lembut | Tak lokek ilmu sebab siap bagi tutorial dalam blog | Peramah & Mesra Alam (follower pun ramai) | Sukakan filem-filem lama sebab backrgound blog ada efek macam filem dulu-dulu (sori kalau silap)

Blog Shida :
Blog berwarna biru yang membuatkan para pengunjung jadi cool | Kemas & tersusun | Mesra pengguna dengan background berwarna putih beserta tulisan & gaya penulisan yang senang nak baca | Widget icon & font yang menarik | banyak info & tutorial berguna

Kawan-kawan Yang Di Tag untuk menJOINkan diri :


*nota kaki berbau :
Tak salah kalau ingin mencuba...Tak salah kalau ingin meneka...Tak salah jugak kalau dah cuba & dah teka tapi tak menang-menang



Apa Jenis Smartphone Anda? Learn about The Differences Between Smartphones

02 July 2011

SEDAP HINGGA MENJILAT KAKI


Baru jap tadi lunch kat Kepsi (KFC) & baru jap tadi surf internet guna wifi Kepsi...jumpa pulak video budak kerja Kepsi yang buat perangai macam gampang...Sure ramai yang dah tengok & rasa jijik melihatnya...pada yang belum tengok boleh tengok kat SINI...ni baru sorang yang kita dapat reveal, agaknya berapa ramai lagi yang suka buat perangai pengotoq camni???

Kalau Encik Colonel Sanders (ala pakcik yang rambut & janggut putih tu) masih hidup & tengok video ni sure dia naik hangin...buat malu company sebab dapat staff yang sakit macam ni...siapa agaknya mangsa yang makan ayam goreng bersalut tapak kasut tu???


Slogan "It's Finger Lickin' Good" dah jadi "It's Kaki Linkin' Good"

So...GGG double O D Good! (So Good)...S...ST double O PID...Stoopid! (So Stoopid)

Kerja tu dah bagus bro kerja yang halal tukang sapu tepung KFC pada ayam Kepsi...tapi, janganlah biadap sangat sampai sapu kat kaki@kasut...You pay for that!... kali ni kau buat kat orang, lain kali kalau kau makan kat mana-mana & orang  buat benda yang sama or lagi teruk daripada tu janganlah pelik...ini namanya hukum karma...lagipun barang makanan yang masuk kat dalam perut tak eloklah kalau engkau buat perangai jijik camtu bro...Wasssup Bro!

*nota kaki berbau :
Berkaki Ayam ialah orang yang berjalan tanpa menggunakan kasut...Letak Ayam Di Tapak Kaki pula ialah perlakuan yang dilakukan oleh orang yang kurang siuman serta berperangai setan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...