08 April 2011

1@One



Tajuk entry hari ni simple jek "1@One"...oleh itu, setiap entry ini akan dipenuhi dengan nombor 1, satu atau one...kenapa 1? ada apa dengan 1??? One???

1 adalah nombor atau digit yang pertama atau membawa maksud single entity...1 adalah nombor selepas '0' & sebelum nombor '2', itu satu dunia pun tahu...lagi satu, setiap nombor yang didarab dengan 1 akan jadi nombor yang didarab itu semula bermaksud tak membawa apa-apa perubahan...1juta x 1 = 1juta...begitulah seterusnya...

1 adalah nombor yang paling popular berbanding nombor-nombor yang lain & ia sering diperkatakan orang...satu-satunya nombor yang boleh ditunjukkan dengan jari & semua orang boleh faham yang itu adalah 1 sebab imejnya sama dengan jari yang kita tunjuk

Kalau dalam pertandingan semua orang nak jadi number 'one' or dapat tempat yang pertama...time belajar student berebut-rebut nak dapat nombor 1 dalam kelas...lumba lari pun semua nak dapat nombor satu...balik rumah bila bagitau tak dapat nombor satu family akan sedih...bolasepak, sukan olimpik even main congkak pun orang nak nombor 1

Bagi orang Islam kita wajib percaya hanya ada tuhan yang satu iaitu Allah Taala yang esa atau tunggal...dialah satu-satunya tuhan yang wajib kita sembah & hanya padanyalah tempat kita memohon pertolongan...bukan pada bomoh atau jin & syaitan...itu semua hanya akan membawa kita ke satu jalan, iaitu neraka

Kat Malaysia nombor 1 semakin popular & glamer mengalahkan nombor-nombor yang lain selepas slogan 1 Malaysia diperkenalkan...semua program kerajaan akan melibatkan nombor 1...antaranya 1Azam, 1Belia, 1 Murid 1 Sukan, 1Pengguna 1 Suara...1 Isteri??? ada ker slogan ni...kalau ada terselamatlah isteri-isteri kat luar tu daripada di madu...tapi, kesianlah pulak kat ibu tunggal or anak-anak dara ramailah yang tak kahwin kalau semua laki hanya boleh ada 1 Isteri???

Segala jenis signboard kat Malaysia or banner-banner akan di penuhi dengan simbol 1...tak tahulah sampai bila fenomena 1 ini akan berterusan...selain itu, kita ada tv1, radio 1, studio 1 & macam-macam lagi

Ahad ni kita boleh tengok perlumbaan Formula 1 kat litar antarabangsa Sepang...kita boleh tengok siapa yang akan dapat nombor 1...adakah Sebastian Vettel? Of course peminat F1 tunggu siapa yang akan dapat nombor 1 bukan nombor 10...“the winner ain't the one with the fastest car its the one who refuses to lose”

Odah1??? tak terfikir pulak nak tukar nama blog ni jadi macam tu...OdahOne4eva tak payah tukar-tukar lagi...thanx odah sebab bagi bantal yang cantik tu...one love...



Engkaulah yang satu
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku

*nota kaki berbau :
“To love someone is nothing, to be loved by someone is something, but to be loved by the one you love is everything”

06 April 2011

PANGGILAN POKAI




KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.

Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.

“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.

“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.


So, berhati-hatilah kepada sesiapa yang ada banyak duit tu sebab manusia sekarang ni dah semakin pandai...bukan pandai apa, pandai menipu...tapi, kalau diaorang call aku diaorang yang pokai sebab aku bukan ada banyak duit pun, diaorang tak payah call pun aku memang tengah pokai sekarang ni...hoho...

Moral of the story, nasihat bagi orang-orang yang berwang atau berduit lebat tu peganglah pada prinsip ni; "Trust No One"...sentiasa berhati-hati dengan segala urusan yang melibatkan duit walaupun sepuluh sen...bagi orang-orang yang wang tak berapa nak ada tu ambillah ikhtibar dari kejadian macam ni...mana tau esok lusa rezeki datang bergolek & terus jadi kaya raya ke???

Jangan mudah sangat percaya kat sesiapa walaupun saudara mara kalau urusan yang melibatkan duit ni...sebab duit boleh putus saudara...sebab duit orang sanggup berbunuh...kalau orang luar tu lagilah jangan percaya...selidik dulu asal usul orang yang buat panggilan sebab penjenayah intelligent ni memang expert bab menipu ni...maybe diaorang ada ambik Master or Phd bab tipu menipu ni kot...ada ke course macam tu??? 

Biasanya, kalau kita pergi rumah orang kaya non Muslim yang besar-besar tu sure kat pintu pagar tu ada tulisan "Beware Of Dog"...so, bagi kes macam ni eloklah letak pada wallpaper or screensaver pada handset anda ayat yang macam ni..."Beware Of Penipu"...setiap kali terima panggilan anda akan rasa lebih berhati-hati & duit anda pun terselamat daripada penipu yang ada kat luar sana tu

*nota kaki berbau :
Telefon berbunyi ring! ring! ring! Ku angkat ku tanya siapa???? Penipu? Penyangak?

01 April 2011

UPDATE TERKINI GA ODAHONE


Alhamdulillah....dah pun masuk 1 minggu Odahone buat GA & setakat ni sambutan yang diberikan oleh para blogger memang amat-amat menggalakkan...sampai masa entry ni di tulis jumlah keseluruhan Peserta GA OdahOne ialah seramai 69 orang...ok lah not bad untuk our 1st GA...lagipun ada masa lebih kurang 1 bulan dari sekarang untuk sesiapa yang belum JOIN & berminat nak JOIN sebab tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 APRIL 2011...kalau boleh jejak sampai 100 penyertaan maybe OdahOne nak tambah hadiah lagi kot

Kepada sesiapa yang dah pun JOIN thanks a a lot!!!...terima kasih banyak-banyak sebab sudi untuk meluangkan masa anda bersama-sama OdahOne...Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya...anda semua boleh semak nama kat page Peserta GA mana tau ada nama yang tercicir sebab cabutan hanya akan dibuat berdasarkan nama yang ada dalam senarai tersebut sahaja...kalau ada nama yang tercicir tolong inform secepat mungkin pada OdahOne...tapi, maybe takde kot sebab Odah bersama One dah buat double check sama-sama

Ok, diharap semua enjoy dengan apa yang korang buat...hari ni 1 april, kita dah pun menghabiskan 3 bulan pertama daripada tahun 2011...masih banyak lagi yang kita kena buat untuk teruskan hidup...pagi-pagi lagi dah di APRIL FOOL kan oleh member-member...tapi kalau setakat bergurau biasa-biasa tu boleh accept lagi jangan terover sudahlah...adios amigos...jumpa lagi!


*nota kaki berbau :
April Fool...fool me once, shame on you...fool me twice, shame on me...what a shame
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...