Apa yang naik? Apa yang turun? Kalau banyak yang turun dari yang naik baguslah...senang sikit surirumah nak buat bajet sendiri...taklah selalu lari bajet
Ada yang dapat bonus tak? Kenaikan gaji? Dapat imbuhan? Tambahan bantuan? Pengurangan atau Penghapusan cukai atau tol?
Semua soalan ni tak boleh nak jawab sekarang kena tunggu Pembentangan Bajet 2013 esok 28.09.2012 jam 4 petang
Ada yang kata Bajet 2013 ni lebih kurang Bajet Pilihanraya Ke-13...Betul ke? Kalau betul baguslah sure banyak benda yang turun & ramai yang akan dapat habuan...dengar cerita BR1M pun ada pusingan kedua...amboi, siap ada second round pulak duit time 1st round dulu confirm dah habis...layak ke untuk masuk pusingan kedua kali ni?
Orang-orang kerja gomen sure dah plan apa nak bikin kalau-kalau dapat bonus untuk bajet kali ni...mana tau PM umumkan bonus untuk kakitangan awam...diaorang pun dah ada bajet sendiri...tapi, jangan buat bajet awal sangat mana tau tak dapat melopong...tapi, rasanya at least setengah bulan gaji dapat kot...mungkin lebih mana tau...hope, pekerja-pekerja swasta & kontrak pun dapat bahagian masing-masing biar adil & saksama
Macam sebelum-sebelum ni, Bajet 2013 akan dibentangkan pada hari Jumaat...nampak pelik kalau bajet dibentangkan pada hari Sabtu, Ahad sampailah hari Khamis...mungkin nak dapatkan keberkatan hari Jumaat penghulu segala hari kot...macam biasa jugak PM merangkap Menteri Kewangan 1 akan bentangkan bajet kali ni...penat jugak nak bentangkan bajet yang lebih kurang dekat 2jam tu...kita yang dengar ni pun naik penat...tapi, bila dapat habuan barulah hilang rasa penat
Sama-samalah kita tunggu esok...Bajetlah masa anda esok untuk dengar Pembentangan Bajet 2013 kat radio, tengok kat tv ataupun live streaming melalui internet...Bentanglah karpet kat depan tv & duduk ramai-ramai tengok & dengar apa yang dibentangkan dalam bajet kali ni...Berdoalah, bajet kali ni dapat manfaat pada semua rakyat Malaysia
BUFFERED EARNINGS (CPUV) | USEFUL TIPS
*nota kaki berbau :
Bajet kalau dah lari memang susah nak kejar balik...Tapi, orang kalau bajet hensem memang suka terkejar-kejar