16 June 2011

PENGGODAM ANONYMOUS | MARI SELAMATKAN BLOG KITA


Seperti yang telah dijanjikan penggodam yang bernama anonymous & yang seumpama dengannya akhirnya mengotakan janji untuk menggodam web Kerajaan Malaysia...Kalau ikut modus operandi, diaorang akan start godam secara besar-besaran pada pukul 3.30 pagi tadi



Antara laman web yang awal-awal dah pun kena sampuk adalah web Sabah Tourism, Uitm Penang (siap dengar lagu hepi besday lagi) & beberapa lagi laman web yang bakal menyusul...tadi test bukak webpage government ada yang tak boleh bukak & ada yang loading time lama gila sampai tak larat nak tunggu...ingat nak ping entry kat gengblogger tapi benda ni yang kuar;



OIC...ingatkan cuma webpage government jek yang kena tapi bloggers pun ada yang kena gak...itu yang bahaya...ada beberapa blog yang dah pun kena godam...salah satu sebab blog kena godam ialah sebab password untuk email, blogger & facebook semua guna password yang sama...kuat jugak kuasa hackers ni untuk menggegarkan dunia...Amerika yang terkenal dengan security tahap gaban pun pernah kena serang hackers gak...tak peliklah kalau Malaysia pun kena serang

Siapa tu Penggodam? Robot Gundam Ker?

Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan.

Kalau kita baca paper The Star semalam, Ini pesanan diaorang kepada Kerajaan Malaysia :

"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."

Motif diaorang sebab SKMM nak sekat 10 laman web yang kebanyakannya web file sharing & file hosting... apa lagi kecewalah kaki-kaki download online...kira tindakkan menggodam web Kerajaan Malaysia ni macam Revenge or bagi Warning lah ni...tujuan utama SKMM buat macam ni sebab nak bendung piracy & lindungi copyright (hakcipta)

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Ramai yang sure familiar dengan beberapa webpage kat atas coz kat situ lah hari-hari kita download mp3, download movie & macam-macam lagi dari subuh sampai malam...ada benda free watpe kita susah-susah nak beli ya tak???...hoho...

Apa Yang Patut Kita Buat?

OdahOne ni dah lah buta IT...kalau blog ni kena hack sure gelabah puyuh kalut tak tau nak buat apa...So, ini jeklah yang OdahOne tau buat & memang sebelum ni dah pun  praktikkan cara ni...walaupun nampak macam bodoh at lease selamat

1. Kalau sayangkan template yang cantik tu setelah penat modified siap bubuh blink-blink lagi bolehlah backup template tu simpan dalam harddisk or pendrive or kat mana-mana pun...rasanya semua orang dah tau cara ni :

dashboard --> design ---> edit html ---> download full template

2. Kalau sayangkan semua entry download lah full backup untuk entry...siapa yang tak sayang bini oi!...ops! silap siapa yang tak sayang entry oi!...template boleh download & cari tapi entry kalau hilang memang menangis habis segala penat lelah...macam orang hilang bini...simpanlah backup entry kat dalam hardisk untuk kegunaan masa hadapan :

dashboard ---> setting ---> basic ---> export blog

3. Kalau sayangkan widget korang copylah semua html code  widget kesayangan korang & paste dlm notepad & rename lah nanti senang kalau nak letak semula...mana tau tiba-tiba kena hack


copy html code widget ---> paste kat notepad ---> rename setiap widget

Tak payah tunggu hackers datang untuk hack just beware buat jek backup awal-awal...bak kata pepatah; "Sediakan payung sebelum hujan turun dengan lebatnya...Pakai baju hujan siap-siap sebelum naik motor kalau tengok langit tu dah gelap tak payah tunggu hujan turun baru terkial-kial nak berenti kat tepi sarung baju hujan"...amboi panjangnya kata pepatah

Mintak-mintak penggodam taklah godam blog cabuk OdahOne ni...Kami tak kacau orang kami buat hal sendiri-sendiri...

*nota kaki berbau :
Ada 3 jenis "Penggodam" dalam dunia ini iaitu; penggodam Topi Hitam iaitu penggodam yang berniat jahat atau jenayah...Penggodam Topi Putih iaitu penggodam yang beretika...Penggodam Topi Kelabu iaitu penggodam yang samar-samar kedudukannya either hitam or putih

15 June 2011

BUNUH KAWAN MAKAN ISTERI



Ini adalah tajuk utama akhbar Metro...First time baca tajuk berita ni aku ingatkan orang tu bunuh kawan dia sebab kawan dia makan isteri dia???...tapi rupanya....

KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

SUMBER : myMetro

Begitulah kesahnya; Bunuh Kawan 'Makan' Kawan...Ngeri betul pagi-pagi dah baca cerita macam ni...yang kawannya tu pun satu hal...apa kena kau pergi merogol isteri kawan sendiri...siapa yang tak hangin kalau tengok kawan makan isteri kawan...tercabar kejantanan kawan...biasanya kita selalu dengar kawan makan kawan tapi kes ni ada lain sikit...endingnya kawan bunuh kawan sebab kawan nak makan isteri kawan...apa ni ayat berbelit-belit

Sorang kawan mati & sorang lagi berhadapan dengan hukuman mati or penjara...begitulah berakhirnya tragedi kisah antara kawan...orang kata makan biar berkawan bukan kawan makan kawan

Harapkan pagar tapi pagar yang pergi bukak pintu pagar...lebih kurang camtulah perumpamaannya...sepatutnya kawan tolong kawan bukan nak menjahanamkan kawan...tapi, aku dah jumpa ramai kawan yang macam ni especially kat tempat kerja....masing-masing sibuk kipas bontot bos sebab nakkan pangkat & jawatan & disayangi bos...

So, boleh buat kerja relax-relax & kerja yang susah-susah boleh serahkan kat orang lain@kawan sendiri...dalam masa yang sama jugak memburuk-burukkan kawan sendiri walaupun muka kawan tu tak seburuk macam muka sendiri

Apa punya kawanlah!...baik takde kawan kalau macam ni...nak cari kawan tu memang senang berlambak-lambak tapi nak cari sahabat or teman sejati tu yang ada payah sikit...kawan sesama blogger even tak pernah jumpa pun ada yang busuk hati & nak kenakan kawan

So, berhati-hatilah bila pilih kawan jangan dapat kawan yang makan kawan or makan isteri kawan macam kes kat atas tu...TRUST NO ONE...zaman sekarang ni kadang-kadang ada baiknya kita amalkan prinsip ni...tapi, susah jugak kan kalau dah tak boleh nak percaya kat sesiapa even kawan baik sendiri???


*nota kaki berbau :
Kawan itu membantu kawan, kawan itu teman untuk kita berkawan, kawan itu mementingkan semangat setiakawan, kawan itu selalu berkawan-kawan, kawan itu bukan untuk kita makan, kawan itu buat kita gembira sakan, kawan itu kadang-kala mengecewakan...namun, sahabat itu hadir di saat kita memerlukan

12 June 2011

ALAHAI SI MERAH ALAHAI SI HITAM PUTIH



Tak sampai sepurnama yang lepas, negara berjiran Si Merah dan Si Hitam Putih bertelagah kini mereka bertembung kembali...pertembungan yang lalu dimenangi oleh Si Merah...mungkin dikala itu Si Hitam Putih masih tak cukup ilmu di dada, lantaran tenaga muda Si Merah yang meluap-luap membakar api semangat perjuangan dengan penuh harmonis tanpa prejudis

Bak tanduk Si Kijang perut Si Hitam Putih di ratah-ratah...menghambur keluar isi perutnya dengan kesan darah yang mencurah-curah...3 kali tubuh Si Hitam Putih dirobek-robek oleh Si Merah tanpa belas dan ikhsan

Kali ini Si Hitam Putih datang lagi membawa semangat yang tidak berbelah bagi...luka lama kian berdarah kembali...

Semangat kepahlawanan Abdul Rahman Limbong terus disanjung dan dijunjung...al-maklum bersama-sama para pengikutnya yang ulung seakan-akan mahu menakluk Bukit Si Jalil yang agung

Perjalanan berbatu-batu namun mereka tak pernah lesu dek kerana matlamat yang satu...terus mengira detik dan waktu, masih jauhkah destinasi nak di tuju, jantung tak henti berdegup laju

"Kain putih sebagai baju, akan kami musnahkan musuh seteru, kain hitam dibuat seluar jangan harap kami terkeluar!!!" laung pengikut Si Hitam Putih sekadar bidalan buat rakan dan taulan

"Biar aku hapuskan angin-angin hitam itu dahulu, bukan putihnya yg aku kejarin!!!" dibalas pula oleh pengikut Si Merah dikenali sebagai Wak Joko

Walaupun Si Merah datang bersama-sama ribuan para pengikut kipas susah matinya, Si Hitam Putih tetap menenggelamkan semangat Si Merah bak nakhoda kapal yang hilang arah...sedikit pun tidak ada perasaan takut dan gentar...bahkan semangat Si Hitam Putih kian mendidih-didih

Datangnya Si Merah bersama Maharaja kesayangan, diiringi pula Pak Menteri berserban...Si Hitam Putih turut tak ketinggalan, Ketua Negara dibawa bekalan, untung nasib jua yang dipertaruhkan

Medan pertarungan itu dipenuhi dengan lautan merah dan hitam putih, yang merah kibarkan bendera merah dan yang hitam putih pula berkibarlah bendera hitam putih...Gelombang Merah turut hadir memberi semangat disamping memasang anganan mahu menakluk kembali bumi serambi

Si Gergasi Merah dan Tok Gajah pula dah lama berputih mata dek kerana penangan Si Pahlawan Merah & Si Peteh

Semboyan perang pun bergema menandakan pertarungan sudah bermula, hiruk pikuk di sambut dengan gegak dan gempita...ada yang berdiri ada yang melata, sambil menyusun tutur dan kata, dikepalai oleh si tukang kata, dipenuhi umpat, caci dan cerca...begitulah semangat rakyat jelata, tak pernah jemu tak pernah leka, bagai di rasuk sang puaka

Begitulah halnya di tengah gelanggang...Si Hitam Putih dan Si Merah pantas menyerang sebaik pertarungan hidup dan mati itu di mulakan oleh Si Baju Hijau Fluoresent

"Si baju hijau sedang bertugas di perbatasan peluru tak bermata harus waspada"...nyanyian Sanisah Huri berdendang di telinga tatkala memulakan tugasan

Segala ilmu menundukkan lawan kini dipergunakan...berkat usaha, ilmu dan latihan...Si Merah tampak penuh semangat berkeyakinan...kemenangan lalu di jadikan sebagai sandaran dan pingat...agar musuh selalu beringat...kejayaan tak bermakna tanpa peluh, darah dan keringat

Separuh masa kini tamat...baki pertarungan diteruskan dengan penuh rasa terhormat...Si Merah terus datang menyengat buat Si Hitam Putih tak rasa selamat

Yang indahnya, Si Hitam Putih tak mudah gundah...setiap serangan Si Red berjaya dipatahkan tanpa ada setitik darah...akan tetapi, akibat serangan yang bertubi-tubi, akhirnya Si Hitam Putih mulai rebah ke bumi, buat kali pertama di satu arah, Si Merah mudah meratah-ratah, golok disungkit terus menerjah, tak tercapai dek pemandu arah

Si penyokong merah pun berlonjak sakan...tenggelam mereka dalam kenikmatan...melihat musuh mudah dijinakkan...menggaru kepala geleng-gelengan...sambil menghirup udara kepenatan

Pantang Si Hitam Putih menyerah kalah...mungkin itu lah semangat yang dibawa kali ini...sepurnama yang lalu aku budak mentah baru bertatih...kini, aku kembali untuk menuntut hutang darah yang mesti ku balas dengan darah yang mendidih...nantikan kebangkitanku wahai Si Merah tak bermaruah

Luka Sang Penyu kian terawat...Si Hitam Putih mengatur strategi bagi menundukkan lawannya yang kalis senjata dan kekwat...tanpa dibantu sebarang ubat

Sambil diiringi paluan gendang bersama-sama jeneral perang, Si Hitam Putih menyusun langkah lebih garang...Pak Ashari mengepalai serangan berakar tunjang...Si Merah jatuh cedera memanjang

Rentak permainan menjadi terhenti dan sumbang lantaran objek di tepi padang...campur tangan orang luar berlaku biadap bikin hati melihat jadi tak sedap...amaran diberi penuh beradab mujur pertarungan terus di santap

Kali ini Si Hitam Putih bergerak lebih ampuh dan jitu...ke sasaran terus mereka tuju...masa yang ada kian cemburu pelbagai serangan datang menuju...matlamat tetap pada yang satu

Akhirnya...kelekaan Si Merah membawa padah...kelalaian yang membawa padah sesal tak sudah sudah...masa dinanti tak menyebelah...kepala yang ditadah membawa madah, itulah detik kejatuhan Si Merah

Berhamburlah darah Si Merah memercik-mercik sebaik kelemahan diri di terokai oleh si licik...luka tertusuk duri sendiri buat sesal empunya diri

"Nah! rasakan penangan Si Hitam Putih! " nada  Si Putih penuh merintih

Arakian dengan itu bersoraklah pengikut Si Hitam Putih buat pengikut Si Merah jadi tak tentu arah...Si Merah tertunduk menahan pedih yang semakin parah

Masa pertarungan kini berlanjutan...Si Merah terus lesu kepenatan...ramai yang tumbang akibat kecederaan...

Kelemahan Si Merah terus dihidu... semua lubuk ditumbuk diserbu...biar tinggal arang menjadi debu...pantang berundur pahlawan melayu...itulah dia tekad Sang Penyu

Si Merah kian lemah...tonggak utama ramai yang parah...diusung keluar memapah-mapah...sambil di jeling penyokong merah

Nafiri perjuangan terus di tiup kepada rakan-rakan yang lain tanda semangat berjuang Si Merah belum pun luntur...sekali lagi jentera disusun dan di atur

Apakan daya nasib Si Merah...Si Jelaga terpaku menahan marah...fikiran bercelaru kian menerjah...menanti-nanti saat nan indah ...saban masa tersasar arah

Tak daya nampaknya Si Merah melawan kudrat Si Hitam Putih...kali ini datang pula tusukan kedua yang membawa lebih parah...nadi Si Merah kian berdenyut lemah

Para pengikut terpaku membisu, tatkala lembing Si Hitam Putih menerobos tubuh yang longlai bernyawa lesu...kesakitan menerpa berpusu-pusu...wira gantian pembuat isu

"Ayuh, bangkit Si Merah!" terdengar pekikan lemah Tuan Penasihat Pasukan Merah

"Gomol! Sang Penyu gomol!" terdengar pula pekikan semangat Si Baju Basah sambil di sambut dengan sorokan bergemuruh sang pengikut setia

Si Merah cuba bangkit tetapi ada saja yang menjadi batu penghalang seakan bukit...yang lemah ditukar ganti dengan yang gagah sedikit...tapi luka yang terasa tak pernah lega dan sembuh, malah terus terasa sakit

Akhirnya...tumbang jua Si Merah yang disangka gagah...maka berakhirlah riwayat kekebalan Si Merah di tangan pahlawan hitam putih yang berilmu tebal

"Alahai Si Merah...ku sangka kau kebal tapi sebenarnya kau bebal" ejekan Si Hitam Putih penuh drama

"Alahai Si Hitam Putih! jangan kau cepat berdalih, ini pahlawan Si Merah bukan sebarang merah...lain masa akan kau ku ratah-ratah, biar tulangmu ku patah-patah" pekikan Tok Ketua

"Ha...ha...ha...!...Apa sudah jadi saudara???...keputusan di atas kertas sudah diterbalikkan di atas padang" kata Si Pengacara pertarungan Enchik Abdullah Awang

Mujur tidak berlaku pertumpahan darah di kalangan pengikut sang merah dan sang hitam putih...walau gugur wira si merah namun terbendung amukan si penyokong merah penuh maruah...nasib tiada yang kena belasah...semua ambil peduli dan ambil kesah

Al-maklum pengikut si merah memang terkenal dengan semangat api...berapi-api ke mana jua meraka pergi...mungkin itulah perjuangan warna merah sejati

Si Baju Hijau Fluoresent pula tersenyum lebar tanda puas & faham...tugasan dilaksana penuh iltizam...menunggu arahan seterusnya dari Si Fam

Terkunci mulut Pak Hitam seakan gam...bersalam tahniah dengan Si Baju Basah

Langkah longlai mengiringi pemergian Si Merah...Langkah wira mengiringi rentak Si Hitam Putih...Langkah sinis mengakhiri cerita penulis...sekian


Hasil nukilan : odahone kapinatodongok anak song cham

*Cerita ini hanyalah hiburan semata-mata...tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah kembali ke rahmatullah

*nota kaki berbau :
Minat pada Si Merah Biru & Si Kuning Hitam, malangnya dah lama jatuh tersembam...Tahniah buat Si Hitam Putih sebab tak bermata putih & buat Si Merah padam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...