26 April 2012

MARI BELAJAR BUAT KEK KUKUS COKLAT MOIST



Segala bahan-bahan dah disediakan dah tiba masanya untuk mencurahkah segala skill & ilmu untuk membuat Kek Kukus Coklat Moist yang dipelajari dari internet


Kos untuk bahan-bahan lebih kurang RM 25.00...memang berbaloi kalau dapat hasilkan kek yang sempurna lagi sedap bagi kat suami makan...One memang suka makan kek coklat, bolehlah dia makan puas-puas kalau bini dia pandai buat sendiri...tapi, still ada risiko memandangkan ini adalah percubaan buat pertama kalinya...kalau tak sedap sure rugi & akan menjejaskan reputasi


Akhirnya...kek yang dihasilkan memang tak menepati citarasa sesiapa sahaja baik yang tua maupun yang muda...tak sanggup nak upload gambar kek yang dah siap...takde rupa kek coklat langsung sampai tak tau nak bubuh nama apa sebab ia tak menyerupai mana-mana objek yang ada kat muka bumi ini...malangnya nasib kek & si pembuat kek & si yang nak makan kek coklat

Terpaksa kek dicampakkan ke dalam tong sampah sebab aku sendiri pun tak sanggup nak makan inikan pula nak bagi si suami makan...dah lah buruk rupanya rasa pulak pahit semacam takde rasa coklat langsung...moist lagilah takde 

Maybe ada bahan yang aku terlebih letak or resepi yang cuba nak menipu or peralatan kuno yang aku gunakan untuk membuat kek

Lepas ni, post mortem akan dijalankan & proses transformasi akan dilakukan untuk projek membuat kek coklat pada masa-masa akan datang...kebetulan aku dah dapat cikgu yang memang expert sangat dalam kerjaya membuat kek kukus...tunggukan hasilnya selepas ini

Moral of the story : Nak belajar sesuatu ilmu tu mesti berguru kalau berguru dengan internet ada benda yang kita tak faham tak boleh nak tanya secara direct...macam tu jugak kalau kita menuntut ilmu agama sorang-sorang...takut pulak nanti kita berguru dengan syaitan...lepas tu startlah mengarut mengaku yang diri dia tu nabi

*nota kaki berbau :
Sekali gagal boleh cuba lagi...sekali lagi gagal boleh cuba buat sekali lagi...kalau tak cuba langsung memang gagal buat selama-lamanya

25 April 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #37




*nota kaki berbau :
Ada sekeping nota ku jumpa di atas meja

23 April 2012

NUFFNANG NEW AD CODES | MARI TUKAR KOD IKLAN NUFFNANG YANG BARU


Dear Nuffnanger,

We at Nuffnang are always looking to make your blogging experience smooth, flawless and of course much much better. ;)

With the constant need to be better, we are launching brand new Ad Codes! These new Ad Codes are optimized to load without affecting the rest of your blog’s content to load. You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.

The existing Ad Codes will be functioning as per usual but we do advise all bloggers to change to these new codes.

If you ever need any help from any of us, please feel free to use our Nuffnang Help Desk and we will be responding to your issues quicker and more effectively than ever.

Thank you so much for your cooperation! :)

Cheers,
Community Relations,
Nuffnang Sdn. Bhd.
Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community


Done! OdahOne baru jek tukar Nuffnang ad codes yang baru...maybe ramai yang dah tukar sebab dapat announcement ni minggu lepas 19.04.2012 tapi baru hari ni ada masa nak tukar...kepada sesiapa yang belum bertukar marilah kita melakukan satu transformasi

Kalau tak tukar tak boleh ke?

Sukati...kalau tak tukar pun takpe sebab kod iklan yang lama still boleh guna lagi...cuma Encik Nuffnang nasihatkan bloggers supaya bertukar kepada kod yang baru

Macam jugak kad pengenalan...kita tak perlu tukar IC lama dengan yang baru sebab yang lama masih boleh guna lagi...tapi kalau tukar IC baru sure ada banyak kelebihannya berbanding dengan yang lama

Apa kelebihannya bila dah bertukar ke kod iklan Nuffnang yang baru?

Setakat ni perbezaan yang OdahOne tengok iklan Nuffnang ni akan berdesup keluar tak macam selalu kadang-kadang agak lembap nak keluar & ada masa takmau keluar langsung, jenuh nak menunggu...maksudnya cara loading ads ni dapat di optimumkan tanpa menggangu content yang sedia ada dalam blog

Dalam bahasa mudahnya ads ni tak kacaulah content yang lain dia pandai buat hal dia sendiri ataupun pandai berdikari...sebab tu dia boleh keluar dengan lebih pantas

Sebelum ni kalau kita tengok ads Panduan 701 yang loading paling pantas berbanding ads Nuffnang...tapi setelah di upgrade ads mereka dah boleh bersaing dari segi kepantasan...nanti kita tentukan siapa pemenangnya

Bila ads loading laju barulah visitor ada semangat nak klik-klik iklan Nuff tu...kebetulan pulak OdahOne baru dapat benda ni...


Kalau ads lambat sangat keluar rugi banyak woo...Nuffnang sekali lagi menimbulkan misteri & tanda tanya kepada OdahOne...kenapa agaknya dia still bagi BE sedangkan kami cuma publish entry seminggu hanya 2 or 3 kali jek disebabkan kesibukkan yang memanjang-manjang...orang dah bagi banyak pulak tanya...anyway, thanks to Nuffnang & VW Polo Sedan Launch (Phase 2) sebab sudi meletakkan ads anda diblog kami...biarlah dia berjoget kat sini sampai penat

Kereta ni memang pantas bersesuaian dengan nuffnang new ad codes yang lebih pantas bila loading...agaknya visitor blog ni pun akan pantas jari mereka untuk mengelik ads yang sedang berjoget ini

Dapatkan NUFFNANG NEW AD CODES disini sementara stok masih ada!

*nota kaki berbau :
Rezeki yang tak disangka-sangka akan datang tanpa kita menjangka tapi jangan selalu menjangka rezeki yang kita sangka kita punya & jangan pula merampas rezeki orang lain macam bom jangka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...