12 December 2012

TERIMA KASIH ENCIK CAPE


Pertama kali berhadapan dengan situasi tayar pancit...Adakah disebabkan kerana berat badan yang semakin bertambah disebabkan bawaan ibu mengandung?...atau dah memang takdir tayar nak pancit ditengah-tengah mentari yang memancar?

Oleh kerana ilmu nak ganti tayar memang takde...selalu cuma tengok F1 Race yang ganti tayar tak sampai 10saat tapi berat tayar yang lebih 10kilo ni memang tak larat kudrat nak mengangkat...maka simpati orang ramai yang lalu lalang ditagih ketika ini...malangnya, tak siapa sudi membantu

Sekali lagi timbul persoalan, mungkinkah kerana melihat perut perempuan yang membesar maka takde mana-mana lelaki perkasa yang sudi membantu?...kalau anak dara seksi sure ramai yang sudi membantu...tunggu punya tunggu ada jugak jejaka yang sudi tampil menyelesaikan masalah yang kian buntu

Dengan macho sekali mamat berbaju belang merah putih seakan-akan jalur gemilang (yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Cape) membuat  pertukaran tayar spare sambil diperhatikan oleh ibu mengandung yang tak berdaya sambil memakai baju berwarna hitam kuning

Semangat jalur gemilang seakan-akan terpancar dimuka Encik Cape sewaktu mengerah kudrat yang dipanah mentari...begitu juga semangat hitam kuning harimau malaya terpancar di wajah ibu mengandung sewaktu melihat aktiviti menukar tayar kereta giat dilakukan

Buat pertama kalinya jack dikeluarkan daripada perut kereta...rupanya ada Encik Jack yang tersembunyi dibawah tayar spare...berkilat lagi jack tu maklumlah tak pernah guna...selama ni dia tak dipedulikan tapi time-time camnilah khidmat & bakti beliau amat ditagih

Kalau tengok pada gaya En. Cape menukar tayar ni memang ibu mengandung tak larat nak buat...aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga disamping ketahanan mental yang tinggi bekerja dibawah panas terik matahari 

Kesimpulannya, En. Cape memang seorang yang berhati mulia...dia juga merupakan seorang yang cekap dalam menukar tayar kereta kerana tidak sampai 15 minit tayar spare dah pun siap dipasang

Kecekapannya menukar tayar kereta mungkin melayakkan dirinya bekerja di pit Formula 1 suatu hari nanti...Insyallah, kami doakan...hanya Allah yang dapat membalas budi En. Cape yang tidak menerima wang ringgit sebagai balasan cukup sekadar ucapan terima kasih

*nota kaki berbau :
Hidup manusia kadang-kadang umpama tayar kereta, ada kala di atas ada kala dibawah...sampai masa akan pancit jua...bersedialah tatkala tayar pancit nanti dengan jack & tayar spare...pastikan tayar spare sentiasa mempunyai angin agar perjalanan yang aman dapat diteruskan semula

19 November 2012

ODAHONE 1 YEARS OLD


Baru angka 1...Hope, angka-angka ini akan meningkat secara berterusan sampailah  infinity, Insyallah...kalau budak umur setahun baru nak belajar berjalan...tapi, ada juga yang dah pandai berlari

Angka 1...Masih mencari arah tujuan & destinasi...masih meredah  jelapang padi untuk mencari sesuap nasi...masih mengenal hati budi...teruskan berpimpin tangan jangan ada yang jalan berseorangan

Angka 1...lepas ni akan berganjak ke angka 2...Insyallah, lepas ini kami tidak akan berdua, malah lebih daripada 2...pastikan tiada orang ke-3


*nota kaki berbau :
Setahun sudah berlalu, setahun sudah bersama, setahun sudah mahligai terbina, bertahun-tahun lagi bakal menjelma

09 November 2012

PERSIAPAN MENYAMBUT BAYI


Nak sambut baby new born memang macam-macam benda yang nak kena beli...kalau baby yang kedua or yang ketiga & seterusnya maybe boleh mewarisi hasil peninggalan abang-abang atau kakak-kakaknya...tapi, anak sulung kenalah prepare semua sekali 

Kalau ada bajet memang macam-macam boleh beli...tapi, kalau takde bajet tu yang susah nak cari bajet...kalau tengok barang-barang baby memang ada yang lebih mahal daripada barangan bukan baby...kena pulak yang ada jenama, botol susu pun harga sama macam harga smartphone

Memang semua parents nak cari barang yang terbaik untuk baby masing-masing...asalkan barang tu selamat & harga berpatutan pun dah cukup tak payah nak membazir...lagipun barang-barang tu baby guna sekejap jek...baby pun cepat membesar bila dia dah besar semua barang tu akan masuk ke dalam stor

Tapi, kalau rasa barang tu nak digunakan sampai beberapa generasi belilah barang yang elok sikit...kalau plan nak ada ramai anak memang sesuailah...barang tu boleh diwarisi secara turun temurun dari kakak/abang sampailah ke adik-adik...tapi, kesian pulak kat adik-adik yang dapat barang 2nd or 3rd hand 

Alhamdulillah, setakat ni awal-awal lagi dah ada yang sponsor barang-barang untuk OdahOne Junior...untunglah, belum lahir lagi dah ada yang bermurah hati nak bagi macam-macam barang...hope, dah lahir nanti lagi murah rezeki...jom kita saksikan antara barangan yang mendapat tajaan



'Baby Bouncer' Itu nama saintifik bagi peralatan yang macam jongkang-jongket ni...just letak baby kat atas tu sambil goyang-goyangkan & tunggulah sampai baby tidur...lebih kurang macam buaianlah...memudahkan si ibu untuk menidurkan anak sambil si ibu join tidur sekali...kalau mak baby pandai menyanyi lagi cepat & lenalah baby tidur

Kalau mak baby nak memasak boleh jugak letak baby atas ni...taklah bimbang sangat boleh masak sambil perhatikan baby...si papa baby pulak kalau dah malas sangat nak tidurkan baby just goyangkan baby bouncer ni pakai kaki sambil tengok tv or baca paper 

Yang ni pulak 'Baby Car Seat' yang turut disponsor oleh individu yang bermurah hati...senang sikit nak bawak baby round-round naik kereta...siap ada seat belt lagi untuk keselamatan...memang kena ajar tabiat memakai seat belt sejak dari baby lagi...bila dah besar nanti taklah terkial-kial sibuk nak pakai seat belt bila tengok polis or JPJ kat atas jalan raya

Benda ni 2 in 1 boleh bergabung jadi baby stroller pulak...memang mudah lagi menyenangkan ibu & bapa baby...kalau nak beli sendiri paling kurang pun mau terbang 10 keping not RM50...sekaligus jek habis duit BR1M 2.0...tapi, bila ada yang sponsor 10 keping not RM50 tu dah boleh guna untuk beli benda-benda lain


Malangnya, Encik Bobo dah pun merasmikan dulu 'Baby Car Seat' ni sebelum OdahOne Junior...Si Bobo ni memang ada jek nak interframe kat mana-mana sudut (rujuk WORDLESS WEDNESDAY #53)...takpelah, lepas ni dah ada baby maybe si Bobo ni akan mula dilupakan...biasalah bak kata pepatah "Dah dapat gading bertuah tanduk dah tak berguna lagi"

Tapi, senang nak bela si Bobo ni tak payah nak pakai pampers or peralatan baby yang lain...dia ni jenis yang independent pandai manage hidup dia sendiri...steady jek tak banyak karenah


Ini Set Tilam Bayi yang diperbuat daripada kekabu asli yang di sponsor oleh MUHAS COLLECTION...ini just contoh barangan yang akan disponsor...warnanya belum decide lagi sebab tak tau lagi nanti dapat baby boy or girl...cun jugak kalau corak polka dot macam ni...material kainnya memang berkualitilah sure baby akan tidur lena...mak baby nak tumpang tidur sekali pun boleh sebab tilam ni empuk & sejuk


Tilam ni siap ada zip senang sikit nak tanggalkan & basuh bila dah kotor nanti...senang nak hilangkan peta-peta dunia yang dilakar kat atas tilam


Bantal yang comel untuk si comel...kalau rasa diri tu comel boleh jugak guna bantal ni...sarung bantal pun ada zip senang nak basuh...just plug & play


Set Tilam Bayi Kekabu ni terdiri daripada : 1biji bantal bersaiz bayi, 2 biji bantal peluk & 1 tilam bayi 


Kiutlah bantal ni...macam hotdog pun ada


Kalau bernasib baik maybe 'Baby Court' pun ada yang nak sponsor...tengah tunggu pengesahan ni...baby court sebenarnya taklah penting sangat tapi kalau ada orang yang nak bagi terima jeklah


Antara koleksi Bantal Kekaboo Yang Geboo dari MUHAS COLLECTION

Sarung Cadar Beropol-ropol pun ada dijual oleh MUHAS COLLECTION

Siapa yang berminat nak dapatkan Set Tilam Bayi Kekabu Asli dengan harga yang berpatutan lagi berbaloi bolehlah pergi ushar & tengok sendiri dengan KLIK  image kat atas ni

Tak ketinggalan Encik Nuff pun bagi jugak sumbangan buat OdahOne Junior...walaupun hanya 2 yang masih lagi bernyawa & lagi 5 dah pun meninggalkan dunia OdahOne...kira ok lah tu Encik Nuff masih ingat kat kami walaupun sekarang ni mood nak menaip entry agak merudum macam cuaca sekarang ni pagi petang siang malam hujan


*nota kaki berbau :
Anak itu rezeki, kalau takde anak mungkin belum ada rezeki, bila dah ada anak kena usaha lebih cari rezeki, kalau tiba-tiba dapat anak jangan pulak buang dalam perigi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...