03 February 2011

JOM BLOGWALKING DENGAN CARA LEBIH MUDAH



Apa itu "Jom Blogwalking?"

Ini adalah segmen yang telah dibuat oleh saudara Yiedpozi untuk memudahkan para blogger melakukan BW (BlogWalking) yang bertajuk "Jom Blogwalking Bersama Yiedpozi"

Kalau nak tahu lebih lanjut or nak JOIN segmen ni cuba KLIK kat gambar Frankenstien yang tengah berjalan tu;


Jom BlogWalking
Mudah sangat ker nak Blogwalking dengan cara ni? Macam mana tu cuba terangkan sikit?

Ok, cuba korang tengok sidebar widget kat sebelah blog odahone ni...kalau tak faham gambar ni mungkin boleh tolong explain...


Ini adalah widget untuk BlogWalking yang dah dipasang pada blog odahone
Bila KLIK pada LIST BLOGWALKING akan keluarlah semua senarai Blog List yang dah pun join Segmen ni (setakat ni dah ada lebih kurang 2000 senarai blog)
Then, pilihlah nak start BW dari list yang mana satu...contohnya kita mula dari Blog List 1...bila klik kat Blog List 1, maka akan keluarlah kesemua senarai yang ada kat dalam list ni...lepas tu KLIK pulak pada BLOGWALKING untuk memulakan langkah BW...nanti akan keluarlah semua tab bagi blog masing-masing macam kat gambar bawah ni...
Lihat ada 5 tabs yang dibuka sekaligus...mudah kan? KLIK image kalau nak besarkan...
Simple jek...easylah boy...Tak perlu nak klik satu persatu blog macam yang kita selalu buat tu (old fashion)...Sebenarnya lebih kurang sama jek macam segmen-segmen BW yang lain tu cuma caranya agak berlainan...objektifnya tetap sama untuk memudahkan kita melakukan BW

Kalau guna line internet yang laju macam rabbit ok lah...tapi bagi yang gunakan broadband@berukband yang slow macam kura-kura lembaplah sikit nak bukak lima blog sekaligus...tapi lama-lama dapat jugak bukak...alah macam kisah Arnab & Kura-Kura tu...last sekali kura-kura yang sampai dulu...hoho!...Marilah kita join beramai-ramai! JOM BLOGWALKING 1, 2, 3 GO!


*nota kaki berbau :
Blogwalking bukanlah satu senaman secara fizikal tetapi senaman secara maya atau virtual tanpa mengeluarkan peluh

02 February 2011

MISI SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR


Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. - BERNAMA



*nota kaki berbau :
Semoga kesemua rakyat Malaysia yang berada di Mesir berada dalam keadaan selamat sejahtera & dilindungi illahi...Amin

01 February 2011

BANJIR DI JOHOR LEBIH TERUK DARI TAHUN 2006?


Mungkinkah banjir kali ini lebih teruk dari banjir tahun 2006 yang menenggelamkan hampir sebahagian besar negeri Johor terutama sekali di Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Batu Pahat & Muar?

Hope perkara macam ni tak terjadi sama-samalah kita berdoa...berita terkini yang aku dapat hari ni cuaca cerah di kebanyakkan tempat di Johor...hampir seminggu matahari tak menjelma...mungkin dia pun sakit macam manusia jugak...tapi ada hikmah disebalik semua kejadian tuhan untuk kita fikirkan bersama-sama

Pilihanraya kecil di tenang yang berlangsung dalam keadaan tenang tapi diakhiri dengan gelora banjir yang memecahkan ketenangan...sampaikan pengumuman keputusan pilihanraya pun lambat diumumkan sebab terpaksa bawak peti undi guna bot mengharungi banjir...banjir di Johor pun dah meragut 2 nyawa setakat ini...jadi berhati-hatilah wahai masyarakat di Johor...belajarlah dari pengalaman 4 tahun lepas

Kat bawah ni adalah image yang aku download dari Facebook Persatuan Bangsa Johor...Lihatlah bertapa dahsyatnya banjir yang melanda Johor sekarang ni...


Banjir di Labis
Usaha mengharungi banjir
Daerah Segamat
Menyeberangi banjir dengan menaiki lori
Ladang getah di Labis
Banjir di Labis, Segamat
Jambatan gantung di bandar Kluang
Landasan keretapi di daerah Segamat
Felda Kemelah, Segamat
Bandar Segamat 6.30pm 31.01.11
Imej cuaca dari satelit
Keadaan banjir di bandar Kota Tinggi
Kereta yang ditenggelami air
Bandar Segamat@water world
Banjir di Segamat pada waktu malam


Berikut adalah adalah panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menghadapi situasi banjir;

Persediaan menghadapi banjir

* Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan
* Periksa dan bersihkan semua lubang air semada longkang atau saluran perparitan
* Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan

Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah

* Dengar pengumuman dari radio dan televisyen
* Simpan air bersih
* Bawa masuk perabut dari luar rumah
* Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
* Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
* Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
* Ikut laluan yang ditentukan

Di luar rumah

* Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat
* Pergi ke tempat tinggi dan selamat
* Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
* Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
* Jangan minum air yang tercemar
* Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
* Awasi kanak-kanak

Tindakan selepas banjir

* Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
* Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya
* Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
* Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan
* Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya
* Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
* Periksa kerosakan tangki septik
* Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam
* Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa

Jika kenderaan anda terperangkap di dalam banjir

* Kurangkan kelajuan kenderaan anda ketika hujan
* Nyalakan lampu kerana ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas
* Pilih laluan yang lebih selamat
* Jangan melalui jalan yang sedang dinaiki air
* Jangan memandu di dalam keadaan hujan yang terlalu lebat
* Berhenti di tempat yang selamat dan nyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light)
* Ikut arahan pihak berkuasa
* Jika enjin kenderaan anda mati di tengah banjir, keluar segera dan beredar ke kawasan yang lebih tinggi
* Jangan cemas dan bersedialah untuk meninggalkan kenderaan anda
* Segera tinggalkan kenderaan anda apabila keadaan bertambah buruk
* Segera ke tempat yang tinggi dan dapatkan bantuan
* Hubungi polis atau bomba untuk mendapatkan bantuan
* Ingat, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi

Berikut pula adalah panduan penjagaan kesihatan semasa banjir;

• Sentiasa minum air yang telah dimasak
• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
• Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
• Guna tandas yang sempurna
• Buang sampah di tempat yang betul
• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

Teringat pulak kisah banjir besar yang melanda negeri Johor tahun 2006 dulu...boleh baca entry ni kalau nak tahu cerita disebalik banjir & pengalaman aku ketika banjir pada masa tu "BANJIR OH BANJIR"

*nota kaki berbau :
Rain rain go away come again another day little Johnny want to play...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...