15 February 2012

OPS VALENTINE RAMAINYA YANG KENA CEKUP | TANPA SEURAT BENANG?


Google Images

"6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat"

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya. – mynewshub.my


"Ops Valentine: 35 dicekup penguatkuasa JAIP kerana khalwat dan judi"

KUANTAN: Seramai 35 dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaip) Pahang malam kelmarin melalui Ops Valentine kerana disyaki berkhalwat dan berjudi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi membabitkan 40 Penguat kuasa itu diadakan di beberapa hotel murah dan kawasan peranginan di sekitar Kuantan.

Menurutnya, semua Penguatkuasa menjalankan pemantauan pada petang Ahad dan tamat awal pagi kelmarin.

“Operasi bermula di pantai pada Ahad sebelum malam Valentine manakala serbuan di hotel murah berakhir jam 6 pagi semalam,” katanya ketika selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama, seramai 12 dicekup kerana dipercayai berjudi.

Katanya, kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pa-hang berjaya menahan lelaki berusia 30-an hingga 50-an terbabit.

“Semua yang ditahan diberi kaunseling sebelum didakwa di mahkamah dan operasi akan diterus untuk banteras kegiatan itu," katanya. -SH (warkahdaily)



"8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat"

KUALA LUMPUR: Wajah seorang gadis yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang, Selangor pucat selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa seurat benang dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih awal pagi semalam.

Dia yang cuba bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotelnya di Selayang, sebaik bilik penginapannya diserbu.

Pelajar itu antara lapan pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 1 dan berakhir dua jam kemudian di sekitar Selayang dan ibu kota.

Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan pegawai Jawi terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki.

Jurucakap Jawi berkata, ketika serbuan, gadis berkenaan tidak berpakaian dan duduk bersembunyi di belakang pintu tandas biliknya sementara pasangan lelakinya berada di atas katil dan lengkap berpakaian.

“Ketika ditanya teman lelaki gadis berkenaan mengaku mereka baru saja masuk ke bilik hotel berkenaan dan sudah bertunang.

“Sebaliknya gadis berkenaan mengaku mereka hanya berkawan dan tidak pernah bertunang,” katanya.
Menurutnya, pasangan berusia awal 20-an itu ditahan dan dibawa balik ke ibu pejabat Jawi untuk tindakan lanjut.
Selain pasangan berkenaan, seorang pemandu teksi yang sudah beristeri juga antara yang ditahan selepas didapati tidur bersama wanita warga asing di bilik hotel di kawasan sama.

Katanya, semua mereka ditahan mengaku tidak berkahwin dan pernah beberapa kali tidur bersama sebelum ini.

Menurutnya, operasi cegah maksiat dilakukan pihaknya itu bersempena sambutan Hari Kekasih semalam dan mengingatkan bahawa operasi seumpama itu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. (myMetro)


"Ratusan dicekup ops cegah maksiat Hari Kekasih"

KUALA LUMPUR: Ratusan pasangan dan remaja ditahan dalam operasi cegah maksiat bersepadu besar-besaran oleh pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan sempena Hari Kekasih di seluruh negara, malam kelmarin dan semalam.

Selain operasi cegah maksiat, Dewan Pemuda PAS turut mengadakan Ekspedisi Dakwah di seluruh negara bagi mendekati remaja dan pasangan melalui nasihat dan peringatan sambil mengedarkan risalah.

Di SHAH ALAM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 201 orang dalam Ops Valentine bermula jam 8 malam kelmarin sehingga jam 5 pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata daripada jumlah itu, 80 kes dibawa ke mahkamah, kaunseling (61 kes) dan amaran atau arahan beredar (60 kes).

Di IPOH:, empat pasangan termasuk seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditahan dalam operasi membabitkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri.

Dalam operasi lapan jam bermula 12 tengah malam itu turut ditahan tiga penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjadikan Hari Kekasih tarikh bermadu kasih di sebuah hotel.

Di ALOR SETAR, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan dua pasangan satu daripadanya penjawat awam di hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Di GEORGETOWN, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan sembilan pasang kekasih yang disyaki berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dalam Ops Hari Kekasih di beberapa lokasi di sini dan Butterworth.

Di MELAKA, empat pasangan dan sekumpulan empat lelaki serta seorang wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mengedar 3,000 risalah dan peringatan sempena Ekspedisi Dakwah yang dilakukan serentak di seluruh negara pada malam sambutan Hari Kekasih bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata semua negeri kecuali Johor yang mewartakan larangan menyambut Hari Kekasih di kalangan umat Islam.

Berikutan itu, beliau meminta semua negeri berbuat demikian selaras ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 pada 24 November 2005 yang memutuskan Hari Kekasih bertentangan dengan ajaran Islam.


*nota kaki berbau :
14 Februari 2012 nantikan hasilnya hujung tahun nanti samada di tepi longkang, dalam tong sampah, tandas, mahupun surau berdekatan tempat anda

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #29







*nota kaki berbau :
Laut yang tenang jangan disangka tiada ombak, jangan biarkan anak-anak anda ditelan ombak 

14 February 2012

APA ITU JANGKITAN ROTAVIRUS? | SIMPTOM & CARA MENGATASI



Tiba-tiba jadi interested nak tau lebih lanjut tentang virus ni memandangkan saudara-mara OdahOne ramai yang tinggal kat area Sungkai, Tapah, Bidor & kawasan-kawasan yang sedang dilanda wabak virus Rotavirus ni...

Setakat ni dah 2 orang mangsa yang dah meninggal dunia iaitu 2 orang bayi di Tapah, Perak & ramai lagi yang dah disahkan dijangkiti virus berbahaya ni


"Rotavirus: Dua Bayi Maut" (mStar Online)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut OdahOne pun buatlah survey tentang virus ni sebab tak banyak ilmu tentang sakit ni...yang tau cuma muntah-muntah & cirit-birit sebab salah makan or keracunan makanan...kalau perempuan baru kahwin pagi-pagi selalu muntah-muntah sebab 'Morning Sickness' & virus yang paling famous & orang paling takut ialah virus HIV

Apa itu jangkitan Rotavirus?

Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. 


Apa Itu Rotavirus? 

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.


Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
  • Cirit birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk
  • Komplikasi Rotavirus

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
  • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah


*nota kaki berbau :
Komputer ada software Antivirus, manusia ada software Antibodi kan bagus kalau ada software Antidosa boleh cegah virus HIV???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...