28 August 2011

SALAM HARI RAYA DARI ODAHONE UNTUK SEMUA




SMS alert dah start berbunyi lagu raya...ring tone pun sama juga...bukak tv & radio berkumandang sudah lagu-lagu raya...pergi shopping complex pun sama juga...sana-sini orang sibuk jual kuih raya...pakaian baju pun sama juga...daun ketupat & lemang dah dijual sini sana untuk hari raya...ayam & daging pun sama juga

Apakah maksud semua ini?

Laa...dah dekat nak raya rupanya...Mood raya pun dah makin membuak-buak lebih-lebih lagi bila dah selamat sampai kat kampung yang tercinta...ada yang masih kat atas jalan raya untuk pulang beraya...berhati-hatilah dijalan raya, jangan memandu macam hantu raya...semoga selamat sampai selamat tiba

OdahOne nak ambil kesempatan di hari mulia yang bakal tiba ni untuk memohon ampun & maaf kepada semua pelawat blog yang serba merah ni...kalau ada terkasar bahasa or silap & salah semasa menulis entry, komen or apa-apa sahaja yang buat sesiapa terasa OdahOne ingin menyusun sepuluh jari mintak maaf...


Maklumlah, bukan semua yang kita tulis orang suka baca & bukan semua yang kita tulis itu betul belaka...kadang-kadang kita lupa & ada kala kita leka...So, inilah kesempatan terbaik untuk kita perbetulkan kesilapan & memohon maaf kepada para pembaca


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 0 - 0


Ini blog suka-suka
Bukan buat orang berduka
Malahan buat orang gembira
Bukan mengumpat atau mengata
Jauh sekali ungkapan mencerca
Sekadar berkongsi satu cerita
Buat tatapan para pembaca
Jika ada insan terluka
Mahupun ada yang terasa
Ampun dan maaf jua yang odahone pinta
Selamat Hari Raya untuk semua

From : muo to taypeng with love
"Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"



bighandesignbighandesign

*nota kaki berbau :
Hari raya hari bahagia, umat Islam semua bergembira, jangan lupa pada yang tiada, miskin papa dibantu juga, agar hidup sentiasa ceria...Maaf dan ampun perlu dipinta, kepada ibu mahupun bapa, sanak saudara tak juga lupa, itulah nikmat di hari raya

25 August 2011

TANGGAL TIGA PULUH SATU BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUH



Mr. Google Images


Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat yang sampai sekarang masih lagi kita ingat & terngiang-ngiang kat telinga...

Merdeka tu apa? Siapa yang merdeka sebenarnya ni?

Tengok orang sambut merdeka kita pun sambut jugak...tengok orang kibarkan bendera kita pun join sama...habis keliling rumah penuh dengan bendera sampai tak nampak pagar rumah & dah macam bangunan kerajaan...ke hulu ke hilir naik basikal & motor sambil bawak bendera...dengar orang laungkan merdeka kita pun ikut sama terjerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak

Apa itu merdeka?

Maksudnya kita bebas...bebas yang macam mana tu?...adakah malam merdeka tu kita bebas untuk merempit ke sana-sini sambil menyusahkan polis & orang ramai disamping menyusahkan doktor yang kerja oncall time malam merdeka?...Malam merdeka tu masa untuk muda mudi buat seks bebas ke?...bebas nak minum arak, bersosial laki & perempuan & bebas daripada kawalan mak bapak boleh bawak basikal & motor sampai jauh pagi sebab nak meraikan merdeka? 

Kalau dulu kita merdeka & bebas daripada penjajah tapi sekarang? Camne ek cara kita nak mermedekakan diri?

Orang yang merdeka tu boleh merubah hidupnya sesuai dengan apa yang dia fikir & mahukan, hidupnya tak lagi berada dibawah telunjuk atau tak berada dibawah ketiak orang lain...tak payahlah kita nak ikut-ikut orang or ikut trend yang tak tentu arah tu...kita merdeka dengan cara kita sendiri

Orang yang merdeka selalu fokus pada apa yang dia fikir & mahukan...tak excited sangat dengan benda yang dia belum dapat depan mata...yelah asyik berangan jek camne nak merdeka...duduk lah kat dunia angan-angan

Orang yang merdeka tak terlalu bergantung pada orang lain & tak pernah jemu untuk mencuba serta boleh berdiri di atas kaki sendiri@berdikari atau dalam bahasa Indonesianya mandiri...ewah, benda ni yang kita susah sikit nak buat asyik kena 'spoon feeding' jek tak reti nak suap makanan sendiri

Orang yang merdeka berhati & semangat waja, cekal hadapi rintangan sebab anggap rintangan & halangan tu dah macam makanan diaorang...kalau takde rintangan  rasa macam tak syok, terlampau senang sangat nak capai impian...setiap impian perlu di raih dengan perjuangan, kerja keras & titik peluh serta kecerdasan akal fikiran

Tengoklah dulu masa kita nak merdekakan negara kita ni bukan senang pun...sampai ada pertumpahan darah...pemimpin kita pun susah payah gunakan kebijaksanaan diaorang untuk percepatkan proses kemerdekaan...tak perlu sampai nak berperang-perang macam negara lain...tapi, ada yang lagi bijak dengan menumpang kemerdekaan negara lain  kemudian merdekakan negara sendiri

Orang yang merdeka selalunya ada dorongan untuk berjaya & selalu belajar daripada kesalahan...buat silap sekali tak kesah tapi jangan buat berkali-kali


Adakah diri anda masih lagi dijajah?...Marilah kita sama-sama bangkit daripada penjajahan & penjarahan! Siapa yang dah pun merdeka kekalkanlah kemerdekaan sampai mati & jangan menyesal dikemudian hari...


*nota kaki berbau :
MerdekaRaya or RayaMerdeka? Mana satu yang dulu ni? or Raya rayalah, merdeka merdekalah buat apa nak dicampur adukkan!

24 August 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #8









*nota kaki berbau :
Berarak mendung kelabu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...