28 December 2010

KENAPA AGAKNYA SELALU SANGAT JAMMED KAT HIGHWAY SEREMBAN?


Tiap hari petang Jumaat & Ahad sure highway PLUS jammed...kalau Jumaat petang jam menghala ke selatan & Ahad petang pulak jam menghala ke KL...bayar tol pun rasa macam rugi...ingatkan nak cepat sebab tu ikut highway, tapi jadi makin lambat...perjalanan yang biasanya tak sampai 3 jam dah extend sampai jadi 4-5 jam...buang masa, tenaga & duit minyaklah

Yang buat aku pelik kenapa tiap kali petang Jumaat aku nak balik kampung sure jam teruk bila masuk area Seremban? tapi bila lepas jek dari Seremban lalulintas jadi macam biasa tak macam siput berjalan-jalan (mengesot)

Kenapa area tu tiba-tiba jadi crowded dengan kereta entah...aku pun tak faham sangat...kadang-kadang start dari Nilai dah jam bawak sampai ke Seremban...kenapa kat are situ jek yang jammed teruk area lain relax aku tengok (lepas sikit dari area tu jalan jadi smooth)...masuk jek area sempadan N9 & Melaka biasanya baru boleh pecut 110kmsj & kadang-kadang lebih sebab nak cover balik masa yang terbuang time jam tadi

Kalau kat plaza tol Sungai Besi tu aku tak pelik sangatlah sebab tu memang kawasan tumpuan orang nak keluar masuk bandaraya Kuala Lumpur...kat situ pun dah tension ingatkan lepas dari tu dah lega boleh drive macam biasa tapi sampai area Seremban dah kena tempoh lagi satu azab

Entah-entah kereta yang banyak-banyak tu bukan orang kot yang drive? Makhluk tu sengaja nak bikin orang lambat sampai ke destinasi & dalam masa yang sama si driver pun caci maki & sumpah seranah kat orang lain tension punya pasal...aku mengarut jek tapi tak mustahil gak sebab setan memang dah berjanji akan ganggu anak cucu Adam sampai hari kiamat...orang nak balik kampung jumpa mak bapak pun dia ambil kesempatan nak ganggu jugaklah gamaknya


*nota kaki berbau :
Lawak yang tak suka didengar time jammed; "kalau jam ambik roti sapulah"...jam & jem adalah perkataan yang berbeza & tak sama maksudnya, jem boleh dimakan bersama roti, tapi jam buat orang makan hati


PIALA AFF SUZUKI 2010 | 1001 CERITA MENJELANG PERLAWANAN AKHIR 2







Vs





  • WALAUPUN mempunyai harapan tipis untuk menafikan kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF, ia tidak mematahkan semangat rakyat Indonesia untuk memberikan semangat kepada skuad Sang Garuda itu menjelang perlawanan akhir kedua malam esok
  • Media tempatan Indonesia memainkan peranan besar dengan membangkitkan kata-kata semangat dan sokongan padu kepada skuad kebangsaannya dengan pelbagai tajuk utama seperti Dunia belum kiamat, bangkitlah! (akhbar Pos Kota), Indonesia Perlu Belajar (Kompas) dan Berat Perjuangan Tim Garuda (Bali Post).
  • Susilo Bambang Yudhoyono mahu rakyat Indonesia supaya terus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara itu di Stadium Gelora Bung Karno malam esok. Susilo menjelaskan peluang masih ada di perlawanan akhir kedua untuk mereka bangkit.
  • Rata-rata rakyat Indonesia menyalahkan pancaran laser yang didakwa dipancarkan kearah pemain mereka terutamanya penjaga gol, Markus Harison Ririhana sebagai punca kekalahan 3-0 itu. 
  • Indonesia di bawah pimpinan jurulatih Alfred Riedl kini memerlukan empat gol bagi memastikan kejuaraan milik skuad Merah Putih itu selepas Malaysia menewaskan mereka dengan keputusan 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.
  • Kejayaan Indonesia layak ke final mencetuskan sambutan luar dugaan di kalangan rakyat republik itu namun Stadium Gelora Bung Karno hanya dapat menampung kira-kira 83,000 penyokong.
  • Dilaporkan berlaku insiden rempuhan akibat masalah tiket yang berpunca daripada 50,000 penyokong dikumpulkan di dalam stadium sedangkan tiket kelas tiga yang dijual hanyalah berjumlah 30,000 keping saja. Insiden rempuhan itu menyebabkan AFF memberi amaran keras dengan berkemungkinan stadium itu tidak akan dapat digunakan untuk perlawanan akhir kedua.
  • STADIUM Gelora Bung Karno layak untuk dijadikan gelanggang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF esok malam selepas dilaporkan mengalami kerosakan akibat rempuhan penyokong pada Ahad lalu. Pegawai AFF turut turun padang bagi meninjau kerosakan sebenar dan proses membaik pulih.
  • Bagi memastikan keadaan padang bersedia untuk perlawanan, kedua-dua pasukan (Malaysia dan Indonesia) tidak dibenarkan menggunakan padang untuk latihan kerana terdapat bahagian padang yang rosak akibat dipijak penyokong. Larangan merokok juga akan diperketatkan pada final kedua itu nanti.
  • SOROTAN sinar laser yang menjadi kekecohan pemain Indonesia mungkin dipancarkan penyokong pasukan Indonesia sendiriHal itu diungkapkan jurulatih pasukan Malaysia, K Rajagobal, selepas selesai pertandingan final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
  • Menurut Alfred Riedl PANCARAN laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia di tangan Malaysia pada final pertama Piala AFF, malam kelmarin tetapi berpunca daripada kesalahan individu pemainSelepas permainan dihentikan dan disambung semula, kami masih bermain bagus. Namun, selepas gol pertama, keadaan seperti melawan kami. Malaysia semakin percayakan diri sendiri manakala pertahanan kami mula kacau.
  • ENGGAN terlalu yakin, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat menganggap ketahanan mental adalah elemen yang penting bagi dirinya sebagi benteng terakhir skuad kebangsaan apabila turun beraksi di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta menentang Indonesia, malam esok.
  • Skuad kebangsaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarnio-Hatta, Jakarta semalam dengan sambutan hangat sekumpulan penyokong Malaysia. Malah peminat Indonesia juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat datang serta bergambar dengan pemain kebangsaan terutamanya Mohd Safee Sali yang menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir pertama.
  • TIADA sebarang kerisauan ditunjukkan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal walaupun bakal kehilangan dua tonggak pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok. 
  • Pemain sayap kanan, Mohd Amirulhadi Zainal dan tonggak pertahanan kanan, Mahali Jasuli, masing-masing dilayangkan kad kuning oleh pengadil dari Jepun, Toma Masaaki pada perlawanan akhir pertama, Ahad lalu akan mengharungi penggantungan satu perlawanan. Kedua-dua pemain itu mendapat kad kuning pertama ketika menyingkirkan juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir minggu lalu.
  • Rajagobal pastinya tidak mempunyai masalah menggantikan Mohd Amirulhadi apabila sudah menggunakan penjaring terbanyak Liga Super, Mohd Ashaari Shamsuddin pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Pemain lincah Sang Garuda, Oktovianus Maniani turut terlepas aksi di Jakarta itu selepas mengumpul dua kad kuning, sekali gus mengurangkan tekanan kepada barisan pertahanan muda skuad kebangsaan.
  • JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yakin skuad kebangsaan mampu menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia, kelmarin.
  • PENYOKONG Indonesia yang berang dengan kekalahan 3-0, kelmarin, membanjiri laman Twitter dengan mengeluarkan tuduhan liar Malaysia memenangi perlawanan secara tidak adil menggunakan cahaya laser untuk mengaburi pemain Indonesia.
  • Hanya dalam tempoh sejam, ‘malaysiacheatlaser’ tersenarai di ranking nombor satu dalam carta topik terbanyak diperkatakan secara global di Twitter. Antara lain adalah ‘Use Laser’, ‘Curang’ yang membawa maksud menipu dan ‘Support Garuda’ yang ditujukan kepada skuad Indonesia.
  • ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu. Sebenarnya tindakan itu awal-awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu.
  • Sepanjang babak pertama dan kedua sewaktu skuad kendalian K Rajagobal diratah 5-1 oleh Indonesia, ada saja kelihatan pancaran laser ditujukan kepada barisan pemain negara. Insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima pada masa kecederaan.
  • Walaupun skuad kendalian Alfred Riedl terutama penjaga gol mereka, Markus Harison Rihihina berkali-kali menuduh penyokong Malaysia sebagai punca kekalahan mereka, namun ramai juga penyokong setia skuad Garuda muak dengan alasan berkenaan.
  • Laman web Kompas.com dihujani dengan komen-komen peminat Indonesia yang menyatakan mereka mengakui terlebih dulu melakukan penggunaan laser selain tidak menganggap isu berkenaan sebagai punca utama kekalahan skuad kesayangan mereka. Jelas sesetengah pihak di Indonesia hanya menggunakan isu laser itu untuk mencari jalan keluar daripada kekalahan yang mereka terima. Malah, sepanjang masa 15 minit ketika Malaysia menjaringkan ketiga-tiga gol itu, ketika tiada sebarang pancaran laser dipancarkan kepada pemain Indonesia.


SUMBER : myMetro > Arena

*nota kaki berbau :
Yang kalah penuh sifat benci, yang kalah tak puas hati, yang kalah suka cari publisiti, yang kalah suka mengeji, yang kalah tak sedar diri, yang kalah suka menunding jari, yang kalah tak jaga maruah diri...yang ESA sekadar menguji

27 December 2010

PSSI KENA AMARAN KERAS



SERBU...penyokong Indonesia merobohkan pagar keselamatan di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

MINAT besar para penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu, semalam.

Sehubungan itu Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, setelah mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

“Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno,” kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne, semalam.

“Kerana itu, saya mohon agar para penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita,” katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium itu berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 keping sahaja.

“Jadi pasti ada akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong tetap dapat menyaksikan final ini,” katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa provokator sehingga para penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat menerima hakikat itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi semalam.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.

Mereka juga tidak hiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. - Bernama

SUMBER : myMetro

Awas!!!

Ini baru intro nak neli tiket jek dah jadi ganas macam ni...kalau dah dalam stadium & tengok pulak team sendiri kalah lagilah huru hara dibuatnya...stadium sendiri pun nak ditibai sampai jahanam...fanatik betullah diaorang ni...ditambah pulak provokasi yang sengaja di api-apikan lagi oleh media Indonesia especially tentang pancaran laser tu...pasukan & penyokong Malaysia kena buat persiapan macam nak pergi peranglah gamaknya ni...


Dah semakin terasa bahang 2nd final ni...hope tak terjadi kejadian-kejadian yang tak diingini sebab pasukan kita datang sana nak main bolasepak & bukan nak cari musuh or cari gaduh...semalam, kalau penyokong Indonesia dapat tau yang team diaorang kena bantai 3-0 sure tak jadi kejadian macam ni...mesti tak ramai yang still berminat nak tengok final match...contohnya; semalam ramai penyokong yang dah angkat kaki awal-awal tinggalkan tempat duduk stadium walaupun match belum habis lagi...kita jumpa di Jakarta...blog aku dah jadi macam blog pengulas sukan pulak hari ni...siapa cakap orang pompuan tak minat tengok bola? Majulah sukan untuk 1 Malaysia

"Some people believe football is a matter of life and death. I'm very disappointed with that attitude. I can assure you it is much, much more important than that"


Bill Shankly
English soccer manager.

*nota kaki berbau :
Undang-undang bolasepak itu terlalu mudah, lebih kurang macam ni; kalau tengok bola tu bergolek just tendang jek & kalau tengok bola tu tak bergolek maka tendanglah sampai ia bergolek-golek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...