12 December 2012

TERIMA KASIH ENCIK CAPE


Pertama kali berhadapan dengan situasi tayar pancit...Adakah disebabkan kerana berat badan yang semakin bertambah disebabkan bawaan ibu mengandung?...atau dah memang takdir tayar nak pancit ditengah-tengah mentari yang memancar?

Oleh kerana ilmu nak ganti tayar memang takde...selalu cuma tengok F1 Race yang ganti tayar tak sampai 10saat tapi berat tayar yang lebih 10kilo ni memang tak larat kudrat nak mengangkat...maka simpati orang ramai yang lalu lalang ditagih ketika ini...malangnya, tak siapa sudi membantu

Sekali lagi timbul persoalan, mungkinkah kerana melihat perut perempuan yang membesar maka takde mana-mana lelaki perkasa yang sudi membantu?...kalau anak dara seksi sure ramai yang sudi membantu...tunggu punya tunggu ada jugak jejaka yang sudi tampil menyelesaikan masalah yang kian buntu

Dengan macho sekali mamat berbaju belang merah putih seakan-akan jalur gemilang (yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Cape) membuat  pertukaran tayar spare sambil diperhatikan oleh ibu mengandung yang tak berdaya sambil memakai baju berwarna hitam kuning

Semangat jalur gemilang seakan-akan terpancar dimuka Encik Cape sewaktu mengerah kudrat yang dipanah mentari...begitu juga semangat hitam kuning harimau malaya terpancar di wajah ibu mengandung sewaktu melihat aktiviti menukar tayar kereta giat dilakukan

Buat pertama kalinya jack dikeluarkan daripada perut kereta...rupanya ada Encik Jack yang tersembunyi dibawah tayar spare...berkilat lagi jack tu maklumlah tak pernah guna...selama ni dia tak dipedulikan tapi time-time camnilah khidmat & bakti beliau amat ditagih

Kalau tengok pada gaya En. Cape menukar tayar ni memang ibu mengandung tak larat nak buat...aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga disamping ketahanan mental yang tinggi bekerja dibawah panas terik matahari 

Kesimpulannya, En. Cape memang seorang yang berhati mulia...dia juga merupakan seorang yang cekap dalam menukar tayar kereta kerana tidak sampai 15 minit tayar spare dah pun siap dipasang

Kecekapannya menukar tayar kereta mungkin melayakkan dirinya bekerja di pit Formula 1 suatu hari nanti...Insyallah, kami doakan...hanya Allah yang dapat membalas budi En. Cape yang tidak menerima wang ringgit sebagai balasan cukup sekadar ucapan terima kasih

*nota kaki berbau :
Hidup manusia kadang-kadang umpama tayar kereta, ada kala di atas ada kala dibawah...sampai masa akan pancit jua...bersedialah tatkala tayar pancit nanti dengan jack & tayar spare...pastikan tayar spare sentiasa mempunyai angin agar perjalanan yang aman dapat diteruskan semula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...