10 langkah melapangkan fikiran, tingkatkan kebahagiaan
1. Tanam pokok atau bela binatang peliharaan dan beri perhatian untuk menjaganya.
2. Ingat dan kira kebaikan yang anda terima setiap hari, sekurang – kurangnya
3. Ambil masa untuk berbicara atau berbual dengan seseorang yang disayangi selama sejam setiap minggu.
4. Telefon seorang kawan yang telah lama anda tidak temui dan rancangkan satu pertemuan.
5. Hadiahkan diri anda sesuatu setiap hari dan ambil masa menikmatinya.
6. Ketawa sekurang – kurangnya sekali setiap hari.
7. Bersenam selama setengah jam tiga kali seminggu.
8. Senyum dan beri salam kepada seseorang yang tidak dikenali sekurang – kurangnya sekali setiap hari.
9. Kurangkan separuh masa menonton televisyen anda.(Kerap menonton televisyen boleh mengurangkan daya kreativiti anak-anak).
10. Sebarkan kebaikan, lakukan kebaikan kepada seseorang setiap hari dan mencegah perkara – perkara yang buruk.
RENUNG-RENUNGKAN.....
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
WAN FADZIL BIN WAN ALI
PENOLONG PENGARAH PP(Ps)
PSIKOLOGI
- Saya telah meletakkan sebatang pokok untuk dibela didalam pasu berisi air. Setiap hari melihat tumbesaran pokok tersebut wlupun hanya mengeluarkan sehelai daun dalam masa 1 mggu.maaf xdapat bela binatang sebab binatang suka berak dan xsuka cuci taik mereka
- Setiap hari kadang-kadang tidak berkomunikasi lebih dari 1jam dengan orang lain. Dan x dapat mengira kebaikan yang diterima. Namun tidak ada apa2 yang hendak kesalkan kerana mendapat seorang penolong pengarah yang baik dan tidak banyak kerenah serta xpernah marah2. bekerja dengan aman dan sentosa
- Setiap mggu saya col mak n abah lebih kurang 30 minit. Xblh borak lama2 nnt sedih plak. Lagi pn takut dorang tanye “hang bila nk kawin??” itu adalah soalan maut … col bf ikut keadaan.. tp sms stp hari
- Saya malas nk telefon kwn2 lama mls nk jmpe coz sy suka tido… masa lapang lebih baik tido
- Setiap pg saya menghadiahkan doa untuk diri sendiri 1st doa diperlimpahkan rezeki yg halal dan banyak serta boleh p shping tanpa memikirkan duit di bank yg sudah smkin susut. Weekdays pagi2 sy hadiahkan diri sendiri nasi kerabu dengan lauk ikan supaya bertenaga sepanjang hari.
- Oh… rupa2nya dah lama sangat xketawa dan patut la orat2 muka semakin ketat.. klu ketawa berpura pura xbest lgsg.
- Setiap pagi dan balik keje saya berjalan lebihkurang 30 minit termasuk naikturun tangga. Selulit saya semakin kurang.. tapi sy perlu turunkan lagi 8kg berat badan supaya dapat kembali spt dlu.
- Oh.. sy seorang yg tidak smbong dan akan senyum dengan orang yg lalu disebelah saya terutama wanita kerana sy amat menghargai seorang wanita seperti sy. Wlupn muka sy nmpak smbong xpe lahh.
- Saya menonton televisyen selama 7 jam seminggu. Cinta balqis, merlin , berita terkini.
- Sebarkan kebaikan camaner ekk.. lakukan kebaikan cegah kejahatan… adakah perlu untuk aku mendaftar diri sebagai polis bantuan atau seorang anggota rela selepas ini??? Oh dunia….
0 KOMEN:
Post a Comment