31 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #55





*nota kaki berbau :
Berusahalah memanjat tangga walaupun tinggi bukan hanya duduk saja...Gajah duduk pergi masjid gajah manjat tangga pergi celcom

25 October 2012

JOM BALIK KAMPUNG | SALAM AIDILADHA




Tepat pukul 5 petang ni (25.10.2012) maka berangkat pulanglah ke kampung halaman...tahun ni beraya Haji kat muar sebab raya puasa hari tu dah balik taiping...mungkin raya haji ni tak terasa sayu sangat beraya tanpa mak & abah disisi...kalau raya puasa tu touchinglah jugak

Kereta baru hantar servis minyak pun dah isi full...semalam dah hantar cuci kereta siap-siap...tapi on the way balik rumah hujan pun turun mencurah-curah...maka body kereta pun jadi kotor semula kena air brush dengan air lecak...kereta pulak kaler putih lagilah naik warna air brushnya

Takpelah yang penting suasana dalam kereta dah bersih barulah ada mood nak drive balik kampung...mana tau tersangkut kat jammed berjam-jam selesalah sikit nak luangkan masa duduk dalam kereta sambil melayan pemandangan lampu brek kereta orang depan

Kad Touch N Go pun dah top-up awal-awal...cukup untuk perjalanan pergi & balik...malas nak beratur panjang-panjang kat lorong tiket tu...tapi, kadang-kadang lorong T&G pun sesak jugak lagi lambat daripada lorong tiket...time tulah rasa better guna Smart Tag

Pagi tadi lalu dekat kawasan balai raya tengok lembu-lembu dah standby tunggu masa nak kena korban...boleh tahan gemuk-gemuk lembunya siap ada bonggol macam unta lagi...barulah best buat ibadah korban lembu yang besar, sihat & kuat

Kita kat Malaysia ni sibuk balik kampung tapi saudara mara kita yang kat Mekah pulak sibuk buat persiapan untuk Wuquf di Arafah...sama-samalah kita doakan diaorang dapat sempurnakan ibadat haji & dapat haji yang mabrur...tak tau bila agaknya giliran kita nak ke sana

Anyway, hope semuanya berjalan lancar...esok pagi boleh makan juadah yang ada & boleh solat Aidiladha bersama-sama keluarga...bagi orang laki-laki esok boleh dengar khutbah 2 kali...khutbah hari raya & khutbah Jumaat...petang pulak boleh gotong-royong buat ibadah korban...

"SALAM AIDILADHA"

*nota kaki berbau :
Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa? Kena tengok jugak berkorban untuk apa & untuk siapa jangan main korban sebarang jek


24 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #54



*nota kaki berbau :
Melangkah ke arah 2 musim...musim orang kahwin & musim hujan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...