08 December 2011

KAMI DI SPONSOR OLEH ODAHONEBIZZ



Kalau artis kahwin aksesori di sponsor oleh Rafflesia sampai berjuta-juta, tapi kami kahwin hanya ditaja oleh syarikat sendirian berhad OdahOneBizz...hoho...sedih-sedih company sendiri yang sponsor...orang lain tak berani nak sponsor takpelah sponsor untuk diri sendiri...oklah jugak save bajet tak payah nak sewa semua barang-barang aksesori tu...mahal jugak kalau nak sewa pakaian termasuk aksesori

Pakej kahwin bajet semua benda kena bajetlah...setakat baju nikah tu kalau nak jimat beli jek sendiri...lepas nikah boleh guna lagi baju tu...tak pun masuk dalam muzium buat kenangan bila dah tua nanti boleh tunjuk kat anak cucu...tapi, jangan pulak guna untuk nikah buat kali kedua

Lagipun puas hati dapat bergaya dengan barang sendiri bukan barang pinjam...kalau dari atas sampai ke bawah semuanya ditaja tak best pulak...dapat bergaya kejap lepas tu kena pulang balik...kalau sponsor bagi terus buat harta bestlah...barang harga beratus ribu takkanlah sponsor nak bagi camtu jek???

Tapi, OdahOneBizz ni baik hati sikit...barang yang disponsor akan terus jadi hak milik orang yang kena sponsor...untunglah orang yang disponsor & hope rezeki orang yang sponsor pun makin melimpah ruah
 
Takmau banyak cerita boleh layan gambar-gambar kat bawah ni & kalau berminat boleh terjah ke kedai blog sponsor utama kami OdahOnebizz

Baju yang One pakai tu ditaja oleh Sabisa Tailor...Dokoh pada songkok & Baju Melayu@Baju Nikah pulak ditaja oleh OdahOneBizz...Dokoh 3 tingkat yang One pakai ni memang stylo bercorak moden klasik...maybe kat dalam gambar ni tak nampak sangat boleh terjah ke blog sponsor untuk lihat gambaran sebenar (KBK 48 G)...Rasanya dokoh yang paling tinggi pun cuma 5 tingkat jek, tak pernah lagi jumpa dokoh yang setinggi 88 tingkat macam KLCC...Yang kat sebelah tu adik One...Dokoh Besar yang melekap pada baju kurung tu turut ditaja oleh OdahOneBizz...dari jauh lagi dah terserlah akan keglamerannya
Ini pulak Kerongsang Besar yang dipakai oleh Kak Ngah Odah...Kak Ngah adalah nama gelaran bagi anak kedua dalam adik-beradik (saja nak bagitau)...macam biasa ditaja oleh OdahOneBizz jugak...tudung plain kaler merah bila ditambah dengan Kerongsang Besar sebagai aksesori tambahan membuatkan si pemakai kelihatan lebih Meletop! Malah mengalahkan keserian pengantin...orang pun nak jugak pakai aksesori tambahan bukan setakat kereta jek yang nak pakai skirting & tinted gelap
Ini songkok yang One guna time nikah...mula-mula dia malas nak pakai dokoh kat atas songkok sebab tak mau nampak glamer sangat & tak sanggup nak memberatkan kepala...betul gak dah lah nervous nak salam tangan Tok Kadi kena pulak usung songkok yang beratnya berkilo-kilo...sebenarnya dokoh ni lagi cun kalau pakai pada songkok plain yang bersaiz tinggi...tapi, dah takde songkok lain pakai jeklah lagipun orang dah sponsor takut kecik hati pulak...nasib baik One sekali lafaz dah berjaya...tak sia-sia OdahOneBizz bagi sponsor
Kerongsang Besar yang tersemat kat atas kepala Odah tu turut disponsor oleh OdahOneBizz...Nampak macam berat tapi sebenarnya benda tu ringan jek...tak perasan pun ada benda melekap kat atas kepala...Kalau pakai tudung plain bila letak Kerongsang Besar ni akan nampak lebih menyerlah keanggunannya...kalau takmau pakai kat kepala nak semat pada baju pun boleh jugak...benda ni sebenarnya flexible ikut kreativiti & kesesuaian diri masing-masing...tapi, jangan semat pada tempat yang tak sepatutnya sudahlah
Ini baju nikah Odah...Beli sendiri jek takmau sewa sebab nak simpan buat kenangan... Yelah kalau boleh nak nikah sekali jek seumur hidup takmau nikah setahun sekali...hoho...mula-mula baju nikah ni nampak dull & macam ada yang kurang...tapi, bila Odah gantung dokoh pada leher barulah nampak macam permaisuri sehari...kalau tak orang tak perasan siapa sebenarnya yang nak bernikah...yang datang semuanya pakai cantik-cantik pulak tu...terima kasih banyaklah kerana OdahOnebizz
Baju mak mertua yang turut mendapat sentuhan daripada OdahOneBizz...barulah nampak glamer bila baju kebaya dipadankan dengan Dokoh...kaler gold lagi...Dokoh ni memang Simple & Stunning...tak payah susah-susah nak bergaya just semat & bergaya...harga pun murah tak mahal sangat...mak mertua anda akan kelihatan 20 tahun lebih muda sampai orang ingatkan anda bergambar dengan kakak sendiri
*nota kaki berbau :
Anda ingin kelihatan bergaya tanpa perlu berbelanja lebih? Solution = "Dokoh 'Simple & Stunning' Hanya Semat & Bergaya" Memang smart pun! Pesanan penaja ini dibawakan oleh OdahOneBizz

07 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #20





*nota kaki berbau :
Gosok jangan tak gosok, Gosok sampai berkilat bontot periuk itu

02 December 2011

BERAKHIRLAH SUDAH MUSIM MENUAI BUFFERED EARNINGS



Buruk bebenor rupa ME ni...tak cun langsung
Start dari bulan Julai sampailah bulan November tiap-tiap hari ada jek iklan BE yang berjoget-joget kat blog OdahOne...boleh dikatakan 1 or 2 minggu sekali akan dapat BE yang baru...tapi, minggu ni bila check earnings semuanya dah bertukar rupa menjadi ME (Metered Earnings)...sure ramai blogger yang menyampah tengok rupa ME ni...kenapalah cepat sangat dia bertukar rupa? kan dah elok rupa BE tu...kalau tengok rupa BE sejuk sikit mata memandang

Musim menuai dah habis ke? Hari tu waktu outing ambik gambar kat bendang tengok sawah padi belum lagi nak menguning takkan dah habis musim menuai kot?...dah takde lagi ads yang sudi nak berjoget lambak kat blog OdahOne lagi ke?...maybe sebab bulan November yang lepas ni kami amat busy & jumlah visitor pun makin menurun...tak sempat nak update blog hari-hari...sebab tu agaknya dia merajuk takde orang yang nak layan dia berjoget...mana syok kan berjoget sorang-sorang

Anyway, puas jugaklah makan hasil dari BE...dapatlah tambah-tambah modal nak mendirikan masjid walaupun sekadar dapat beli batu bata jek...boleh jugak guna buat bayar duit upah mak andam...bagilah peluang kat orang lain merasa menuai hasil BE pulak...terima kasih untuk Encik Nuffnang & mereka yang sudi singgah & menyumbang untuk blog ni...ada rezeki kita tunggu pulak musim menuai untuk tahun depan...kali ni kita menuai pakai traktor pulak baru banyak sikit hasil


Mungkinkah ini BE yang terakhir buat tahun 2011?...Sayonara



BUFFERED EARNINGS | USEFUL TIPS



*nota kaki berbau :
Lambang BE yang gagah dipandang mulia dan indah...OdahOne terus mara untuk rakyat Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...