Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

30 January 2012

MISI MEMECAHKAN TABUNG B.A.B.I



Akhirnya terlaksana sudah misi memecahkan tabung...mintak maaflah gambo tabung yang kena pecah tak dapat di tunjukkan imagenya...hanya isinya saja yang dapat dipaparkan buat kali ini

Bukan apa, segan pulak aku nak upload gambo tabung tu sebab ia merupakan tabung binatang yang bernama Babi yang dulunya dikenali dengan panggilan nama Khinzir...aku pun pelik kenapa dulu kat dalam paper & berita malu-malu nak sebut perkataan Babi & digantikan dengan Khinzir?...padahal sama jek maksudnya...sama jek rupabentuk hidungnya...mungkin nama Khinzir itu lebih sopan gamaknya

Walaupun ia Babi tapi dia tetap makhluk Allah & dia tak salah apa-apa pun...cuma kita jek yang selalu sebut-sebut nama dia bila time marah...Babi yang tak bersalah menjadi mangsa...poor piggy


Tabung Babi ni bukan aku yang beli tapi member baik yang hadiahkan...dia pun tak perasan tabung yang disangka Teddy Bear berwarna pink itu adalah makhluk yang haram dimakan serta berstatus najis mughalazah...sebab member baik yang bagi dengan penuh ikhlas aku pun simpan tabung ni...Alhamdulillah, sekarang perutnya dah membuahkan hasil berupa duit syiling & tiba masa untuk dipecahkan setelah lama dia bertapa kat bawah katil

Mula-mula memang sayang nak pecahkan tabung Piggy ni...aku sayang bukan sebab rupabentuk dia tapi isi yang ada kat dalam ni, duit syiling...duit syiling yang aku start menabung dari zaman pergi kerja turun naik tren sampailah ke zaman berkereta...tiap-tiap hari balance duit aku masuk dalam tabung...sekarang perut dia dah sendat sangat macam orang nak bersalin...1bijik syiling 5sen pun dah tak boleh nak masuk...beratnya pun dah macam berat binatang tu

Maka, terpaksa aku pecahkan jugak...lagipun, mana tau kalau rumah kena pecah masuk pencuri sure tabung aku kena pecah...baik aku sendiri yang pecahkan


Dekat setengah jam jugak aku nak mengira syiling ni...kalau guna mesin macam kat bank tu tak sampai setengah minit pun...banyak jugak hasil yang keluar dari perut Si Piggy ni, sungguh tak kusangka...misi yang seterusnya kat mana aku nak tukar rupabentuk syiling ni menjadi wang kertas...kalau nak bawak pergi shopping semua syiling ni memang aku tak larat...ada apa-apa idea tak kawan-kawan?

Moral of the story; Menabung itu amalan mulia...bak kata pepatah; "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" atau lawannya "Sikit-sikit lama-lama habis"...betullah, menabung memang amalan mulia sebab time-time sesak duit yang kita simpan dalam tabung ni amatlah berharga...walaupun nilainya tak mencecah sampai 1K tapi boleh jugak cover-cover buat beli barang dapur...amalan yang tak mulia ialah kaki suka korek tabung member-member

*nota kaki berbau :
T-shirt roundneck + seluar tracksuit + kaki ayam + Herman Tino = RM 45K???

26 January 2012

JANGAN SUKA KETAWAKAN ORANG LAIN



Kadang-kadang kita tak sengaja ketawa bila tengok orang jatuh...padahal orang yang jatuh tu terpaksa menanggung azab sakit & malu sebab jatuh kat khalayak ramai...lebih-lebih lagi bila terjatuh dari kerusi empuk waktu tengah makan McD time peak hours pulak tu...insiden yang memang semua orang takmau berlaku pada diri sendiri tapi berlaku kat aku

Perrgh! time tu rasa sakit dah tak terasa sebab dah di cover oleh perasaan malu yang teramat sangat...walaupun punggung terasa sengal-sengal tapi bila diketawakan oleh orang yang sememangnya sengal rasa sakit tu dah berubah ke hati...sakitnya hati mengatasi sakit kat punggung...takde sape yang sudi tolong hanya diri sendiri yang menanggung...yang sudi gelakkan memang ramai

Nasib baik One dengan machonya mengangkat aku seakan-akan Prince Charming yang datang menyelamatkan Princessnya yang berada dalam kesusahan...dengan serius dia angkat aku tanpa pedulikan orang sekeliling yang sedang bergelak ketawa tanpa batasan seraya berkata; "Are you ok?"

Lega sikit bila suami sendiri tak join diaorang ketawa bersama-sama...padahal aku tak kenal pun orang kat sekeliling tu...cara diaorang gelakkan aku macam member-member dah 10 tahun kenal...


Agaknya memang lumrah manusia memang suka ketawa bila tengok orang jatuh...lebih-lebih lagi bila tengok bangsa sendiri jatuh...yang gelakkan time aku jatuh pun orang-orang kita jugak...bangsa lain cuma buat-buat tak tahu or buat-buat tak nampak...maybe sebab nak cover air muka orang yang jatuh...rasanya lagi baik buat-buat tak tahu daripada bantai gelak secara berjamaah ramai-ramai...bila suruh solat berjamaah takmau pulak...gelakkan orang laju jek

Mungkin jugak cara aku jatuh tu agak tragik & melucukan & buatkan orang tak boleh control urat ketawa...bukan setakat orang jek yang ketawa...aku sempat menjeling kat patung Ronald Mc Donald yang tengah dok berdiri kat pintu tu pun tersenyum sama, gelakkan aku gamaknya

Anyway, suka hati koranglah...hari ni kita diatas kerusi hempuk McD mana tau satu hari nanti kita pulak berada di bawah kerusi...lebih malang lagi, mana tau lain kali kalau kita gelakkan orang yang jatuh dari kerusi kita pulak yang kena hempuk sebab terover gelak

*nota kaki berbau :
Sekali kita jatuh tak bermakna kita tak boleh bangun lagi...sekali kita bangun tak bermakna kita tak boleh jatuh lagi...sekali kita jatuh cinta? Cukuplah hanya sekali...

20 January 2012

NAGA MENGGANAS LAGI


Naga Omputeh

Siapa yang nak tengok naga? Kalau nak sangat tengok marilah kita layan cerita Merlin season 4 kat TV...memang superb cerita ni OdahOne dah download & tengok sampai habis...sure, ramai yang terbayang akan kekurusan Merlin, kehenseman Prince Arthur & keayuan Lady Morgana & jangan lupa jugak dengan ketampanan Pakcik Gaius serta kemachoan Kilgharrah Si Naga yang selalu tolong Merlin tu

"Dragorn. Non didlkai. Kari miss, epsipass imalla krat. Katostar abore ceriss. Katicur. Me ta sentende divoless. Kar… krisass"

In a land of myth, and a time of magic, the destiny of a great kingdom rests on the shoulders of a young couple...His name...OdahOne

Tahun ni special sikit...naga ada dimana-mana saja...kat jalan raya, shopping complex or kedai-kedai semuanya ada lambang & replika naga...Tahun Baru Cina Tahun Naga...sebenarnya bukan setakat bangsa Cina yang percaya kewujudan naga tapi Omputeh & Melayu pun ada naga masing-masing

Naga Melayu...Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM)

Sebut pasal naga yang terbayang kat kepala cuma naga kat dalam cerita Merlin...lagi satu cerita Naga Tasik Chini...rasanya orang Chini pun tak pernah tengok naga secara live kot...tapi, yang peliknya orang Muar pernah tengok naga walaupun tak pernah dengar mitos tentang naga muncul kat Muar

Ceritanya berlaku lebih kurang 7 tahun lepas...penduduk Muar pun digemparkan dengan penemuan ular besar yang menyerupai naga

10,000 TUNGGU ULAR BESAR BATANG KELAPA

MUAR: Berita mengenai ular yang dikatakan lebih besar daripada batang kelapa di bawah tapak Pasar Awam Muar, Jalan Maharani, menyebabkan lebih 10,000 orang mengunjungi jeti di tepi sungai di pasar itu, sejak awal pagi semalam.

Malah, orang ramai dari luar Muar termasuk Singapura, Segamat, Kluang dan Melaka sanggup bersesak di jeti kecil itu dengan harapan untuk melihat kelibat ular berkenaan.

Orang ramai yang turut membawa keluarga dan anak kecil juga sanggup menahan bau busuk di tepi pasar itu yang turut diletakkan tong sampah besar, semata-mata untuk melihat lokasi yang dikatakan menjadi tempat persembunyian ular berkenaan.

Cerita ular besar itu juga turut menarik perhatian pihak stesen televisyen apabila sekumpulan krew rancangan Misteri Nusantara terbitan TV3 turut berada di lokasi berkenaan sejak petang semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai mula mengunjungi jeti itu sejak kira-kira jam 12.30 pagi semalam dan selepas waktu pejabat suasana di jeti itu bertukar seolah-olah tapak pesta dengan orang ramai berkumpul di lokasi berkenaan.

Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar berkenaan sehingga anggota polis trafik terpaksa dipanggil untuk mengawal lalu lintas.

Pegawai Daerah, Datuk Mohd Naim Nasir turut berada di jeti itu untuk meninjau kekecohan berkenaan.

Ketika ditemui Mohd Naim menafikan terdapat operasi besar-besaran untuk menangkap ular di pasar berkenaan.

Katanya, beliau sudah menghubungi semua agensi terbabit dan dimaklumkan bahawa setakat ini tidak terdapat sebarang usaha atau operasi berkaitan menangkap ular di kawasan berkenaan.

"Saya tidak tahu bagaimana berita mengenai penemuan ular besar itu boleh timbul sehingga menarik ramai orang ke jeti berkenaan. Pejabat Daerah dan saya sendiri juga menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang ingin kepastian mengenai berita berkenaan.

"Apa yang pasti kita tidak akan menjalankan operasi menangkap ular berkenaan. Persoalannya adakah terdapat ular sebenar itu yang boleh mencatatkan rekod dunia di bawah pasar berkenaan kerana setakat ini tiada bukti dakwaan itu," katanya.

Semalam Berita Harian melaporkan mengenai penduduk bandar itu digemparkan dengan cerita seekor ular besar dilihat di tepi sungai di tepi pasar berkenaan yang disebarkan sejak beberapa hari lalu.

Masyarakat daerah itu dikejutkan dengan berita mengenai pihak tertentu termasuk beberapa bomoh terkenal dari Indonesia dan Thailand dengan bantuan pasukan bomba akan menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

Bagaimanapun pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Muar termasuk pengurusan Pasar Awam Muar menafikan pihaknya akan menjalankan operasi berkenaan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Awam Muar, Rosli Laham, berkata, sejak awal pagi semalam, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi jeti kecil di tepi pasar berkenaan dengan harapan untuk melihat ular besar.

"Sejak awal pagi, saya agak hampir 10 ribu orang keluar masuk ke jeti sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pengunjung berikutan kawasan itu sempit dan orang ramai pula bersesak-sesak."Kita menjangkakan lebih ramai lagi orang akan datang ke jeti itu esok (hari ini) dan kita sudah meminta bantuan polis bagi memastikan keselamatan dan keadaan lalu lintas terkawal," katanya

SUMBER : Berita Harian, Sabtu, 28/08/04  

Pemandangan bawah pasar yang dipercayai bersembunyinya Naga Sungai Muar

"Lebih kurang 20 tahun dulu orang nampak ulor tu dah beso macam batang pokok kelapa...sekarang ni mesti dah beso macam naga agaknya" Encik Osman, pencen kerani pejabat pos

"Ular tu punya ekor jek dah beso macam tong deram cuba bayangkan kepala dia beso mana?" Pakcik peniaga kuih apam balik

"Makcik tengok ulor tu punya kepala beso macam kereta kancil & mata dia beso macam helmet fullface, dia ada duduk kat bawah pasor tu"...kata Makcik Senah peniaga pasar awam Muo dengan loghat orang Muo

Amboi makcik betul ke ada ular yang besar macam tu makcik...atau penipu yang beso

Pasaraya Astaka

"Tengah saya syok-syok susun botol kicap, tiba-tiba botol-botol kicap tu bergerak & berlaga-laga sesama sendiri, mungkin naga kat bawah pasar ni bergerak agaknya, tu baru dia gerak sikit dah bergegar supermarket ni, kalau bergerak lebih sikit mesti sampai Parit Jawa boleh rasa gegarannya" pekerja Pasaraya Astaka yang terletak di atas Pasar Awam Maharani@Muar

Pasor Awam Muo

Nampaknya 10 ribu orang dah kena tipu...kalau betul pun ada ular besar@naga OdahOne pun takmau datang dekat tengok...sekali dia mengamuk habis kena telan 10 ribu orang kat situ...kalau naga habis rentung berjelaga 10K orang kat situ...pergilah Amazon kalau teringin sangat nak tengok ular besar@anaconda...tak pun tengok cerita yang Jennifer Lopez berlakon tu

Kalau ada ular besar pun mungkin sebab dia membesar dengan sihat dengan makan sisa-sisa buangan yang dibuang peniaga pasar kat bawah tu...sisa ayam, ikan, daging & macam-macam lagi yang orang buang kat bawah pasar tu...maka gemuklah bukan setakat ular tapi mungkin ada tikus yang sebesar kucing...logiklah jugak boleh diterima akal

Tapi, kalau sekarang ni orang kata ada naga kat Muar OdahOne memang 100% percaya...naga tu bukan ada kat bawah pasar tapi atas pasar, Pasaraya Astaka...yelah tahun ni kan tahun naga diaorang sibuk decorate pasaraya tu dengan hiasan naga...mungkin naga yang ni memang tak menipu& betul-betul wujud

"MUO BANDAR MAHARANI"

 

 *nota kaki berbau :
Suka menipu atau senang kena tipu? Ular besar atau pembohong besar?

03 November 2011

MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG CUKUP INDAH | KEMBALIKAN MALAYSIAKU YANG TERCINTA


Mr. Google Images
Malaysia adalah sebuah negara yang cukup indah tapi kian dihimpit macam-macam masalah...masalah apa?  masalah politik, yang terus dikritik & mengkritik? masalah jenayah yang kian parah? masalah remaja kemaruk buat seks mengandung luar nikah & buang anak bersepah? lambakkan ragam drama & filem seram lagi tahyul kat TV & pawagam? 

Politik

Yang ni aku malas nak cerita...korang layan jeklah Buletin Utama time pukul 8.15 - 8.20pm sure tengah cerita tentang politik..time ni jugak aku tak berminat nak tengok berita...tunggu sampai berita dunia & berita sukan baru aku sambung tengok semula...cerita politik memang tak sudah-sudah kadang-kadang benda bodoh-bodoh pun nak bubuh dalam berita...apolah rakyat bijak dah boleh fikir sendiri...jangan sebab ideologi politik tergadai maruah bangsa & negara

Jenayah

Rasanya semua kaum kat Malaysia dah berganding bahu untuk setelkan masalah ni tak kira Melayu, Cina or India...cuba baca paper cerita tentang peragut kantoi kena tangkap...sure yang belasah peragut sampai lembik tu terdiri daripada berbilang bangsa & agama @ 1Malaysia...tak kiralah peragut tu berbangsa apa pun, Ali, Ah Chong & Maniam semua bagi sedas dua penumbuk...maybe sebab benda ni dah jadi isu 1Malaysia semua kaum tak terlepas dari penjenayah ragut...lembu peragut rumput maybe lagi mulia daripada peragut

Itu baru jenayah ragut belum lagi jenayah-jenayah berat yang lain...tak payah nak cerita selak jeklah halaman 2,3,4 or 5 surat kabo tu...kalau nak jenayah sifar maybe agak mustahil nak buat tapi, at lease kita boleh kurangkan kadar jenayah...tapi, masalahnya jenayah berat macam buang & bunuh anak akan terus berlaku selagi kita mengamalkan undang-undang yang dicipta oleh manusia

Warga Asing

Penjenayah kat Malaysia pun polis tak habis tangkap lagi datang pulak penjenayah import...kita tak bayar pun gaji diaorang macam pemain import tapi diaorang tetap nak datang jugak...diaorang ni penyumbang kepada kemajuan negara & dalam masa yang sama penyumbang kepada masalah jenayah negara...jasa-jasa diaorang memang kita tak lupakan & benda tak elok yang diaorang buat pun takkan kita nak diam jek

Aku sendiri pun kadang-kadang makan hasil air tangan diorang kalau tak bawak bekal makanan pergi kerja...maybe kebanyakkan rakyat Malaysia pernah rasa...makan kat kedai mamak, restoran, food court or hotel-hotel...ramai yang hire pekerja asing sebab boleh bayar gaji murah...kalau gajikan si Senah or Joyah majikan tak larat nak bayar gaji konon-kononnya...peniaga nasi lemak kat tepi-tepi jalan pun dah ramai warga asing...so, supportlah Kak Ton yang jual nasi lemak bukannya si Eka Ratnawati Putri


KLCC, Putrajaya, KLIA, Kompleks Sukan Bukit Jalil...alangkah berjasanya diaorang pada kita...namun, ada segelintir daripada mereka merompak pulak orang Malaysia...melarikan anak gadis kita, convert rakyat kita jadi keldai dadah, pecah rumah, ragut harta benda & ragut kehormatan gadis-gadis Malaysia, bunuh-membunuh & macam-macam spesies jenayah lagi...kadang-kadang ada jenayah yang memang rakyat Malaysia tak tau nak buat lagi tapi diaorang dah buat...bertapa expertnya diaorang ni...datang sebagai pelajar tapi sampai sini jadi pulak tenaga pengajar subjek jenayah 

Time cuti hujung minggu or cuti umum pun dah tak seronok nak lepak shopping kompleks or taman-taman awam sebab rasa macam tersepit kat negara sendiri...nak kena selak 5 or 6 orang Nepal, Bangladesh, Myanmar, Indonesia or yang seumpamanya baru jumpa sorang rakyat Malaysia kat situ...lagi aman cuti duduk rumah layan cerita ustad terbang lawan dengan hantu sampai keluar aura berapi-rapi...baca ayat Qurannya sikit tapi aura yang keluar pulak melebih-lebih...peh! mengarut...ini pun masalah jugak ni...hantu makin banyak atau makin banyak cerita hantu

Aku pun ada pengalaman kena sound kat negara sendiri oleh Awang Hitam...kebetulan aku just berdiri kat depan sebuah kedai tu sambil dok ushar barang-barang kulit daripada luar kedai...tak tau pulak ownernya warga asing...tiba-tiba dia datang dekat & sound;

"Why are you standing here? Just piss off!"

Aku pun terkejut beruk & mula panas telinga seraya spontan menjawab;

"Why is it wrong? This is Malaysia my country my homeland & i can be anywhere i want! Who are you?"

Aku pun tak sangka aku begitu berani tengking omhitam (omputeh kalo dia puteh) tu kuat-kuat depan khalayak ramai...padahal penumbuk dia memang dah sebesar muka aku & kalau singgah memang sure melekat...puas hati aku seolah-olah sedang memperjuangkan tahap kewarganegaraan yang aku miliki...aku just tengok barang-barang kulit yang dia jual dari luar salah ke? bukannya aku tengok kulit hitam dia tu...aku pun pelik kenapa banyak sangat kedai warga asing afrika kat area tu...authority please do something for our beloved country

Dah lah kat area kawasan perumahan pun diaorang conquer...naik lif diaorang mabuk selamba kencing dalam lif...tiap-tiap kali naik lif memang scary...ayat-ayat gangguan seksual tu memang dah biasa dengar cuma secara fizikal tu belum lagi...anak sedara aku nak main futsal pun terpaksa main kat atas jalan raya sebab gelanggang futsal dah dipenuhi dengan awang hitam...siapa yang berani sound kalau badan dah besar macam king kong

Ada sekali tu diaorang warga asing ni bawak undang-undang negara diaorang ke negara kita...ada ke kat highway LDP masa kita tengah laju bawak kereta diaorang boleh lintas jalan sambil angkat tangan?...maksudnya suruh bagi laluan diaorang nak melintaslah tu...nasib baik aku sempat brake...puas & jenuh aku rujuk undang-undang KEJARA tapi tak jumpa pulak perenggan undang-undang angkat tangan camtu...patutlah banyak perut pejalan kaki yang terburai kat atas jalan tu...almost foreigner

Rasanya setakat ini jek aku boleh cerita tentang masalah problem yang sedang melanda negara kita sekarang ni...Inilah luahan rasa dari aku Rakyat Malaysia pemegang IC biru...walaupun cip IC aku dah rosak & kena tukar IC baru, tapi aku takmau negara aku rosak sebab benda-benda camni...

*nota kaki berbau :
Malaysia Oh Tanah Airku...Tanah tempat tumpahnya darahku...negeri elok teramat ku cinta

02 August 2011

TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN


Hari pertama puasa, hari yang penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan ibadah berpuasa...tapi, tak sangka di awal Ramadhan lagi hidupku telah tersepit...beginilah kesahnya....

Setelah bersolek & touch up muka lebih kurang, aku pun bersiap-sedia untuk keluar rumah bershopping sambil membeli juadah berbuka puasa...kebetulan hari ni aku sorang jek yang cuti & housemate yang lain kerja...area KL tak ambik pulak cuti awal Ramadhan kalau tak boleh balik kampung berbuka bersama keluarga tercinta

Dah siap aku pun keluar rumah & dengan confidentnya menekan button kunci tombol pintu dari sebelah dalam & lantas menutup pintu...aku pun meraba kesemua poket seluar & handbag...Tiba! Tiba! OMG! aku tertinggal kunci kat dalam rumah rupanya...aku cuba mengontrol diri agar tidak panik...memang sah & confirmlah yang aku tertinggal kunci kat dalam rumah & dalam masa yang sama pintu grill still berkunci...alamak!...

Image menggambarkan situasi tersepit di  antara pintu dalam & pintu grill,  tapi bukan gambaran imej sebenar 

Baru ku sedar yang diriku kini sudah tersepit...tersepit di antara pintu dalam & pintu grill...aku blur sekejap sebab tak tau nak buat apa...nak menjerit mintak tolong rasa malu pulak...aku try call housemate untuk mintak bantuan SOS...kebetulan housemate yang tempat kerjanya paling dekat balik kampung sambut Ramadhan kat Kedah...housemate yang lagi sorang pulak tengah busy...paling cepat pun boleh sampai dalam masa 2 jam tapi dia cuba usahakan balik secepat yang mungkin

Masaklah aku kat sini nak tunggu housemate aku balik...takkan nak call Bomba pulak sure diaorang datang & gelakkan aku ramai-ramai silap-silap masuk dalam paper lagilah malu...nak tergelak pun ada sebab dah macam monyet yang kat dalam zoo...macam mana aku boleh terkurung kat dalam ni?...hoho...pada muka aku...

Setiap kali ada orang yang lalu lalang kat situ aku pun berpura-pura berlakon macam takde apa yang berlaku...konon-konon tengah nak bukak pintu masuk rumahlah, cover line baek punyer!...setengah jam lepas tu ada orang yang sama jugak yang lalu & aku masih disitu & kali ni aku dah tak larat lagi dah nak berlakon...letih dah berdiri tercegat kat situ dah habis power...dia pun daring aku macam tengok binatang dalam zoo...nasib baik dia tak baling pisang...aku pun malas nak mintak bantuan dengan mamat tu

Setelah hampir 1 jam tersepit pasukan rescue pun sampai & akhirnya aku dilepaskan...nasib baik housemate dapat balik awal & melepaskan aku daripada penjara ciptaan aku sendiri...barulah aku sedar betapa besarnya nikmat kebebasan dalam hidup ini & betapa beruntungnya orang yang tinggal kat luar penjara...lepas tu aku pun jadi bahan gelak rakan-rakan & mungkin disepanjang Ramadhan diaorang akan gelakkan kot  

Dalam tempoh menunggu tadi sempat jugaklah aku buat video call dengan One...dia pun gelakkan aku sambil nyanyikan lagu Ramlah Ram; "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu"...Cis! apo punya boyfriend...lain kali aku akan lebih berhati-hati supaya insiden yang memalukan macam ni takkan berlaku lagi


Inilah dia imej sebenar...Sempat tersenyum & berposing lagi tu walaupun dalam keadaan tersepit...gambar terpaksa di blurkan sebab nak cover line...nasib baiklah ada space sikit ngam-ngam untuk berdiri & duduk mengcangkung...kalau tak memang mati tersepitlah  kat situ

*nota kaki berbau :
Jangan biarkan diri anda tersepit di antara celah-celah pintu kerana ia akan membuatkan hidup anda rasa tersepit di celah-celah kehidupan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...