17 May 2012

TERIMA KASIH | THANK YOU


Sepanjang bulan Mei ni ada beberapa individu yang kita patut ucapkan Terima Kasih...antaranya ialah;



Terima kasih kepada semua Jururawat sempena Hari Jururawat (12 Mei)...terima kasih banyak-banyak sebab sudi layan kami waktu berurusan dengan pihak hospital...terima kasih jugak sebab sudi jaga kami masa masuk wad...terima kasih sebab inject kami dengan ubat untuk lekas sembuh walaupun rasa sakit macam kena gigit semut api (sebenarnya lagi sakit daripada tu, ini ayat familiar jururawat waktu nak beri injection kat budak-budak)



Terima kasih pada ibu kami serta semua kaum ibu sempena Hari Ibu (13 Mei)... Sebenarnya lagi elok kalau hari-hari kita ucapkan terima pada ibu kita tak payah nak tunggu sambutan hari ibu...lagipun jasa ibu tak terbalas sekadar ucapan terima kasih jek...tapi, kalau tak ucap langsung lagilah tak patut...memang sesuai jadi tanggang moden, anak yang tak kenang budi nak ucap terima kasih pun susah...at least ucaplah thank you kalu tak reti nak cakap bahasa melayu




Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami selama ini sempena Hari Guru (16 Mei)...tanpa guru maybe entry ni takkan ke udara di blog OdahOne sebab kami tak reti nak mengeja...oleh itu kenanglah jasa guru-guru yang telah ajar kita mengeja termasuklah guru tadika yang ajar kita kenal huruf dari A sampailah Z sehinggalah kita mampu membuat blog & publish entry-entry hebat selama ini (hebat ker?)

dan akhir sekali...last but not least...





Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi bagi BE (Buffered Earning) lagi...antara tips nak dapatkan BE walaupun tak rajin nak publish entry hari-hari ialah sentiasa ucapkan terima kasih kat Nuffnang setiap kali dia bagi BE & setiap kali cheque Nuffnang sampai kat rumah...bukan susah sangat pun just hantar ticket kat Nuffnang untuk wish thank you or terima kasih...orang berbudi kita berbahasa barulah orang bagi kita merasa BE lagi


*nota kaki berbau :
Orang yang susah nak ucapkan terima kasih ialah orang yang paling susah nak diterima kasihnya...oleh itu ucaplah terima kasih selalu agar anda dikasihi selalu

9 KOMEN:

nairaariaa said...[Mari Balas Komen Ini]

terima kasih.thank you..tocheee...hehe =)
mmg jasa mereka besar...

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

mereka yang banyak berjasa pada pembangunan negara..thank you juga..congrate dapat BE lagi.^__^

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

tahniah semuanya :)
tahniah juga kat odah sebab ade byk BE mee so jelesss heheee :)

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

wah manyak BE

wa manyak jeles ooo


nak cepat2 jugak hantar ticket ucap tima ksih.. moga dia bg BE manyak mcm odah :)

*** sklan says kat blog tak ganggu status nuff ke.. tlg info skit blh?

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

terimakasih pd ibu kerana ilmu pertama dpt dr ibu barulah guru :)

tahniah kak! sampai 4 BE tu..masyukkk ni..

gnesop said...[Mari Balas Komen Ini]

wah odah, mmg rajin Nuff bg kat odah BE.. sungguh jeles,, hehehe

mmg harus TQ :)

نورعيم said...[Mari Balas Komen Ini]

bulan 5 ni banyak peristiwa berlaku. dlm hidup sy pun byk jgk!

thaniah dapat BE kak! :)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

nairaariaa : jasa besar xterbalas

Azhafizah[フィザ] : thanx...blogger pn byk bjasa pd pmbgnn negara gak kan...hoho

shida'R : terima kasih shida sbb jeles...hoho...dont wory u lg rajin dr i nnti lg byk BE yg u dapat sbb org rajin mmg akan dpt ganjaran

syiela : cpt2lah say thank u nnti adalah habuan yg nuff bg xcaya cuba try...utk jawab soalan tu says mmg akan ganggu status geli2 or gliterati nuff...odahone xletak pun ads says kt blog yg ada tu just invite jek tp ads nya xletak kt situ...tylah encik nuff utk mklumt lanjut diaorg lg suka kita ty mcm2 means ada feedback barulah bleh dpt BE byk2...amboi mcm terer jek jwb soalan...hoho

azizah : yela ibu tu cikgu ptama yg ajar mcm2 kt kita kira ibu tu merangkap guru gaklah kan...xmasyuk sgtlh shida setakat lepas byr bil b.band sebulan jek

gnesop : jeles cmni xkesah en sop jgn jeles smpi bom blog odahone pulak..hoho...nnti xde tmpt nak mengarut & meluahkan perasaan...esk lusa nuff bglh BE en sop

Noraim : thanx...byk peristiwa manis or pahit? hope byk peristiwa yg best2lh kn

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

fear of god outlet
supreme shirt
goyard handbags & purses
golden goose
adidas yeezy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...