14 April 2011

ALL MEN ARE BROTHERS


Genre:
Action Asian Chinese Drama

Synopsis
All Men Are Brothers also known as Water Margin tells the story of why and how 108 heroes (105 men, 3 women) gathered at the Liang Mountain and soon became outlaw armies to fight against pompous and heartless tyrants. It is a drama of martial arts, political corruption, murder, hatred and love. Led by director Kuk Kok Leung, the epic series boasts an equally epic all-star cast.

Starring: Zhang Tielin, Tong Dawei, Ray Lui, Kao Fu, Yan Kuan, Jing Gangshan, Anita Yuen, Hu Ke, and Ady An.

Every Monday - Friday
8.30pm


Siapa yang layan cerita ni???...Setiap hari Isnin-Jumaat pukul 8.30 PM kat 8TV...Layannnn....

Drama ni memang superb penuh dengan aksi kung fu & keganasan...hoho...budak-budak memang tak sesuai tengok...dengar lagu tema dia pun aku dah jadi bersemangat nak bersilat@berkungfu...nak tengok video & dengar lagu tu boleh klik kat SINI...lagi satu cerita ni memang ramai sangat hero tu yang best...hero yang terer kungfu & berlawan bukan superhero yang boleh terbang or mengarut ada macam-macam power tu...pilihlah hero mana yang korang suka, ada 108 orang hero tak kira baik or jahat, hensem or tak hensem...105 heroes & 3 heroin

 Wu Song (武松)
Harm Star (天傷星)
Nickname: "Pilgrim"
Position: Infantry
1st appearance: Episode 22/86
Hero yang paling aku suka dalam cerita ni of courselah Wu Song...dia ni memang hati kering & no mercy...tapi pada orang jahat & yang cari pasal dengan dia jek...dengan orang lain dia ok...karakter brutal tapi berhemah macam ni yang aku suka...cuma dia ni kuat minum arak tu yang aku tak berapa berkenan...tapi, bila mabuk dia jadi lagi kuat & ganas...dah macam Popeye The Sailorman lah pulak jadi kuat bila makan sayur spinach or bayam...mamat ni memang sempoi & fighting spirit dia memang kuat...wa caya sama lu beb

Siapa yang sukakan cerita Cina & Kung Fu drama ni memang sesuai untuk jiwa korang...habis cerita Roda-Roda Kuala Lumpur or drama-drama Melayu yang lain aku tak kasi orang lain tengok...pukul 8.30pm memang aku dah booking tv awal-awal & tercegat kat depan tu...orang lain nak tengok Buletin Utama pun aku tak bagi...lagipun sekarang ni tengah cerita pasal Pilihanraya Sarawak...cerita politik yang agak bosan sikit...baik aku layan berkungfu kat drama daripada berkungfu kat medan politik

8TV pun ada buat contest untuk drama ni...korang just posing depan tv time cerita ni on air ikut kreativiti masing-masing...lepas tu pilih siapa favorite hero korang & kenapa korang suka sangat kat hero tu & scene mana yang korang paling suka sekali..hadiah dia iPhone 4 best gak tu...kalau nak tahu detail tengok kat bawah ni...aku pun rasa macam nak join contest ni lah...my favourite hero siapa lagi...En. Wu Song lah...mari JOIN!...aku tolong 8TV promote contest pulak kat sini


iPhone & All Men Are Brothers Contest

Watch Every Monday to Friday start from 14 Mar- 15 Apr
8:30pm "All Men Are Brothers"
To win a brand new iPhone 4

Contest Instructions as below:
1. Take a photo of yourself with a creative pose when "All Men Are Brothers" is on air.
2. Write who is your favourite hero in "All Men Are Brothers" and why, most favourite scene

Email your photo and answer to chinese@8tv.com.my or 8tvchinese@gmail.com
The 2 winners with the most creative photo and answer will each win an iPhone 4
For more information, please log on to www.8tv.com.my
Closing date: 15 April

Ini contoh gambar yang aku ambil dari laman sesawang 8TV...kreatif tak budak ni...hoho
So, siapa yang belum layan lagi cerita ni bolehlah tengok malam ni & korang judge sendiri either best or tak cerita cina ni...selamat menonton....


Jom Layan Entry Ni Pulak... "108 WIRA LIANGSHAN | ALL MEN ARE BROTHERS"

*nota kaki berbau :
All men are brothers...setiap muslim adalah bersaudara...setiap hero itu tidak boleh digelar sebagai hero kecuali hanya di dalam dunia hero

11 April 2011

F1 RACE DI DATARAN MERDEKA



Orang sibuk layan live F1 race kat litar sepang tapi aku layan kat Dataran Merdeka jek...walaupun cuaca hujan ramai jugak yang still tak berganjak layankan race tu sambil pegang payung...tapi, ada jugak yang kental just tadah air hujan atas kepala...ada yang just stay tengok dari dalam kereta termasuklah aku...rasa macam tengok movie sambil duduk kat dalam kereta...

Berbaloi jugaklah daripada tengok kat rumah tu feel nya lain sikit...boleh tengok kat skrin raksasa, sound system pun superb...gambar cantik Astro HD lagi...tapi lagi best kalau dapat tengok live kat grand stand

Tak mampu pulak nak beli tiket mahal-mahal...dulu, aku pernah tengok F1 kat litar sepang tu & beli tiket yang paling murah sekali RM50...duduklah aku kat atas bukit tu sambil dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit...habis badan semua gatal-gatal, nasib bail medical team kat situ memang dah standby ubat untuk gatal-gatal kulit...memang ramai pun yang badan merah-merah sambil menggaru, ingatkan aku sorang jek...

So, lepas daripada tu kalau tak dapat tiket kat area grandstand memang aku tak mahu tengok kat grandhill tu lagi...

Pada aku yang best layan live F1 race kat litar Sepang tu sebab nak tengok kepantasan & bunyi kereta Formula 1 tu...lagipun ada bunyi yang kita tak dapat dengar kat dalam tv cuma dapat dengar secara live jek...dia punya speed jangan cerita macam tak puas nak tengok, kereta tu cuma jalan sepintas lalu jek...

Anyway, thanx to DBKL sebab sponsor siaran langsung F1 race ni...ramai yang enjoy walaupun hujan

*nota kaki berbau :
"Racing drivers have balls, unfortunantly, none of them are crystal" (David Coulthard)

10 April 2011

KATAK HIJAU YANG MENGGEMBIRAKAN...



Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. 


Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.

Ada macam-macam jenis katak kat dalam dunia ni...ada katak pisang, katak puru, katak takang, katang wong & macam-macam katak lagi...

Tapi, ada seekor katak ni telah berjaya menggembirakan hati OdahOne...Kenapa agaknya??? cuba KLIK pada gambar katak yang tersenyum kat atas tu...kat sana ada jawapannya...jawapan disebalik katak yang tersenyum...Thanx Mr. Froggy kerana berjaya menggembirakan kami berdua...kamu adalah katak hijau yang sungguh menggembirakan

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah

*nota kaki berbau :
Saya tidak akan mencium seekor katak walaupun katak itu akan bertukar menjadi seorang Putera Raja yang kacak sebaik sahaja dicium, anda bagaimana?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...