09 February 2011

BERTUNANG | TUNANG | TUNANGAN



Bertunang? Apa tu?

Bertunang maksud dalam Bahasa Melayunya ialah muqaddimah atau permulaan (intro) kepada nikah atau kahwin...kalau dalam Bahasa arab dipanggil 'Khitbah'

Maksud Khitbah dalam Bahasa Melayunya ialah melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri...melamar pula bermaksud meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki...kalau mengikut Dr. Yusof Al Qardawi khitbah membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak atau kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita

Apa Hikmah, Faedah Atau Kelebihan Bertunang??? 

Bertunang boleh memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf atau berkenal-kenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin...inilah time untuk kita membuat penilaian either nak teruskan hingga ke jinjang pelamin atau sebaliknya

Bertunang jugak tempoh untuk kita menyerap segala kelemahan pasangan sebelum mendirikan rumahtangga...nanti bila dah kahwin & keluar perangai yang buruk-buruk taklah kita terperanjat beruk sebab dah biasa tengok perangai tu waktu bertunang dulu...tapi, kalau rasa tak boleh blah (terima) kelemahan pasangan kita adalah lebih baik putuskan saja tali pertunangan sebelum melangkah lebih jauh lagi...nanti dah kahwin bercerai-berai lagi bertambah masalah lebih-lebih lagi bila dah ada anak

Apakah Hukum Bertunang?

Hukum bertunang ini adalah harus...tapi Imam As-Syafie mengatakan hukumnya adalah sunat...dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukum sunat ini lebih aula (utama / baik) dari hukum harus tadi...so, kita boleh tafsir kat sini bahawa hukum bertunang adalah sunat

Rasulullah SAW pernah bersabda; "tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain" (haram kita meminang tunangan orang lain)

Adat Pertunangan Orang Melayu
  • Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. 
  • Majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. 
  • Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. 
  • Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. 
  • Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. 
  • Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. 
  • Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan. 


Aturcara Majlis Pertunangan
  • Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. 
  • Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. 
  • Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. 
  • Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. 
  • Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.
  • Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincinpertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut...Yeah! aku dah bertunang!...Opps..terover pulak...





"From Muo To Taypeng With Love" Part 1

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

Ewah...jawab jangan tak jawab...

Panjat- panjat si pohon bidara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman. 

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.

Dari sumbu terbit apinya,
Menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga.

*nota kaki berbau :

Lelaki tanpa pasangan ibarat pasu tanpa bunga...When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible...True love stories never have endings...Bersamamu hidup ini indah semuanya...

08 February 2011

ROGOL BELASAH CAMPAK

PARAH...Hamdan menunjukkan gambar mangsa.

Seorang wanita berusia 20-an telah dirogol, dibelasah & kemudian dicampak pulak kat persimpangan lampu isyarat...

What the hell man! manusia ke binatang yang buat kerja-kerja macam ni?

Separuh mati perempuan ni kena belasah sampai kritikal & terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan...sekarang ni mangsa dirawat kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dicampak kat persimpangan lampu isyarat Pekan Lukut Port Dickson...dah dibelasah kena rogol lagi lepas tu kena campak...manusia tak buat kerja macam ni aku rasa...binatang pun tak buat, so siapa yang buat agaknya?

Perempuan ni warga Malaysia bukan orang asing sebab ada suntikkan BCG pada bahu kirinya...kalau nak tahu GRO warga China senang jek tengoklah kat bahu kiri diaorang ada kesan suntikkan BCG ke tak...yang berlambak pakai sexy-sexy tu kadang-kadang bukan amoi Malaysia tapi di import dari China...cakap Melayu pun tak pandai

Hope dapat tangkaplah siapa yang buat kerja setan macam ni...nak tengok jugak muka orangnya macam mana...tapi Polis cakap ramai yang buat kerja ni bukan sorang jek...kepala mangsa kena pukul dengan objek tumpul maybe kayu kot...lutut & siku pun tercedera akibat diseret tapi still stabil setakat ni...



*nota kaki berbau :
We are each our own devil, and we make this world our hell

07 February 2011

SEHARI DI LEBUHRAYA






Semalam aku & segerombolan rombongan dari Muar, Kuala Lumpur & Kuala Lipis telah pun bertolak balik ke destinasi masing-masing melalui PLUS Highway setelah berjimba selama 3 hari 2 malam di Bukit Merah Laketown Resort...

Baru berapa minit masuk highway menuju ke selatan, kereta dah bergerak macam siput babi...tensionlah apa lagi...dah terbayang kat kepala perjalanan yang biasanya cuma 4-5 jam bakal jadi 8-10 jam...tambah pulak dengan cuaca panas semacam jek hari tu sampai air-cond pun jadi suam-suam kuku...ramai jugak yang cilok ikut lorong kecemasan...ada yang kantoi dengan polis tapi ramai yang lepas macam tu jek...polis pun dah tak kuasa nak tahan


RnR memang sesak gila tak payah nak cerita...penuh dengan kenderaan & orang...ada yang parking kat tepi highway & menapak ke RnR sebab kawasan parking dah full house...itu pun nasib baik ada anggota RELA yang jaga kawasan parking...kalau tak tambah lagi jammed kat RnR pulak...time tu jugak ramai bikers yang buat convoy...bersusun motor diaorang menambahkan lagi sesak kat kawasan parking

Boleh katakan semua RnR yang aku nak berhenti sesak sampaikan hentian sebelah yang biasanya tak ramai orang pun jadi sesak...aku ingatkan kalau berhenti kat tempat yang tak glamer clear tak ramai orang...nak makan kena beratur panjang, nak kencing pun kena long queue (toilet ladies lah queue yang paling panjang sekali)...nak isi minyak pun kena berbaris macam Perbarisan Hari Kebangsaan...senang cerita segala-galanya jadi sesaklah time hari tu

Sepanjang jalan banyak kereta yang berhenti kat tepi highway sambil hidupkan hazard lamp...bukan apa just nak bagi anak-anak kencing kat tepi jalan sebab kalau nak tunggu sampai RnR memang budak tu dah terkencing dalam kereta...yang bapak budak pun ada yang kencing kat celah-celah pokok

Mula-mula aku rasa macam rugi jek bayar duit tol semata-mata nak layankan jammed berjam-jam kat highway...tapi bila fikir balik nasib aku lagi baik sebab ikut highway...Si Odah yang bertolak pukul 11 pagi dari Parit Buntar sampai KL pukul 12 tengah malam sebab dia ikut jalan lama...ramai yang bajet kalau ikut jalan lama tak sesak tapi ternyata silap besar...makin menyesakkan...teman bukan orang Perak tak tau nak ikut jalan dalam ni...kalau tak nak jugak try


Masa kat Taiping hari tu dah lah kecewa...hasrat nak melawat siamang kat Zoo Taiping terpaksa dibatalkan memandangkan orang yang lebih ramai dari binatang-bintang yang ada kat dalam zoo...itu tak termasuk lagi orang yang berperangai binatang time bawak kereta....nak parking pun susah...nak lepak kat taman tasik Taiping pun dah hilang mood sebab terperangkap dalam jammed berjam-jam...sepanjang jalan nak ke Zoo Taiping memang penuh sesak tambah pulak dengan cuaca panas yang bikin hati jadi panas...kat bawah ni masa yang diambil untuk sampai ke destinasi masing-masing...semua dua kali ganda lambat dari biasa

Bukit Merah ke Kuala Lumpur : 8 jam
Bukit Merah ke Semenyih : 9 jam
Bukit Merah ke Muar : 11jam
Parit Buntar ke Kuala Lumpur : 12 jam (ikut jalan lama)
Moral of the story : rancanglah perjalanan anda masa cuti perayaan


*nota kaki berbau :
Dalam perjalanan ini, menuju destinasi, berbagai lebuhraya dilalui...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...